CHAPTER 28

15.2K 603 28
                                    

Ray dan Dahlia memerhati Fizi yang sedang mengelamun. Fizi tidak sedarkah yang dia diperhati dengan penuh perasaan oleh suami isteri itu.

Ray tersenyum sinis manakala Dahlia hanya mampu menjeling ke arah Ray yang terang-terang mengutuk Fizi di dalam hati.

"Tak perlu mengelamun begitu, dia masih single dan available, tapi kalau kau nak mengorat bodyguard aku... kau kena lalui tapisan aku dulu." Ray senyum senget.

"What the hell? Bila masa aku ingatkan CT, aku cuma..." Fizi cuba berdalih.

"Aku tak sebut pun nama CT, aku hanya sebut bodyguard dan untuk pengetahuan kau... aku ada ramai bodyguard."

Apa maksud Ray, dia ada ramai bodyguard yang single dan available? Ayat Ray memang membuatkan wajah Fizi bera. Ray ingat dia bengkok ke? Dia tahulah yang hanya CT seorang bodyguard perempuan.

Dahlia tahan ketawa dari meletus. Sejak bila Ray pandai buat lawak? Selalunya Ray akan bersikap serius dengan pekerjanya.

"Apa abang ni? Tak baik tau." Dahlia tampar lengan Ray.

"Lia... Lia okey ke? Apa kata Lia balik kampung dan duduk dengan ayah... selamat sikit."

Fizi tukar topik dan menyebabkan wajah Ray berubah kelat.

"Dah kenapa Dahlia kena tinggal bersama ayah kau pula? Dia isteri aku dan dia selamat dengan aku!" Ray sudah menaikkan oktaf suaranya.

Suasana menjadi tegang.

"Kau tengok apa dah jadi dengan Dahlia? Dia cedera walaupun kau letak bodyguard jaga dia."

"Jadi dengan tinggal bersama dengan ayah kau, dia akan selamat? Kau yakin?"

Dahlia mula rasakan yang keadaan bertambah panas. Fizi sudah lupakah yang dia sudah menjadi isteri Ray? Dia tidak akan tinggalkan Ray walaupun nyawanya terancam.

"At least mereka tidak tahu kampung Dahlia. Dia akan selamat di sana. Ayah aku bekas tentera, dia tahu jaga Dahlia."
Fizi masih tidak mahu kalah berhujah.

Ray mengambil tempat duduk di sofa. Dia menarik Dahlia duduk di sebelahnya. Tangannya mengelus perlahan bahu Dahlia. Dahlia pula meramas tangan Ray... cuba meredakan hati Ray yang sedang panas.

Fizi dengan wajah tak tahu nak gambarkan bagaimana, menghempaskan diri di sofa tunggal. Kedua tangan menggenggam kemas pemegang sofa dan diramasnya kuat. Geram tengok wajah berlagak Ray.

"For your information, you don't know who are you dealing with? If you know who he is, then you can't let Dahlia unguarded."

"Who?"

Suasana sepi seketika. Dahlia pandang Ray dan Fizi silih berganti. Dia pun hairan kenapa isu dia menjadi hangat sekarang. Fizi pula seolah-olah mencabar Ray. Apa yang Fizi cuba lakukan.

"Fizi... Lia selamat bersama Ray. Fizi jangan risau."

"Lia tak kenal siapa Ray sebenarnya. Kalau Lia tahu mesti..."

"Lia tahu... Lia tahu siapa Ray sebenarnya..."

"Jadi Lia tahu siapa yang cuba cederakan Lia?"

Dahlia mengangguk laju. Fizi tercengang.

"Siapa?"

Dahlia pandang Ray... bertanya dalam diam, perlukah dia beritahu Fizi. Ray sekadar mengangguk memberi kebenaran.

"Count Drac."

"Astaghfirullah al azim...." Fizi tersandar lemah mendengar jawapan Dahlia.

"Lia... Lia tahu tak siapa Count Drac?"

ALEXANDER RAY: UNEXPECTED MAFIA HUSBANDWhere stories live. Discover now