FINALE

19.7K 617 73
                                    

HAQ CADEN!

Seorang kanak-kanak lelaki berlari di celah-celah pokok dengan senyuman di bibir. Haq yang sudah berusia 2 tahun begitu tangkas melarikan diri daripada pengawal peribadinya iaitu Abu.

"Cepatlah uncle... uncle ni lembablah." Haq yang petah bercakap mengusik Abu yang kelihatan termengah-
mengah mengejar kanak-kanak itu.

"Haq Caden! Kenapa cakap macam tu dekat uncle. Apologize now!" Dahlia memarahi anaknya.

"Eh! Tak apa Dahlia. Abang  Abu yang lemah. Faktor umur agaknya."

"Tak boleh Abang Abu. Haq tak boleh cakap begitu. Nanti dia terbiasa tak hormat orang tua. Lia tak suka."

Abu hanya tunduk. Dia akui Dahlia agak tegas dalam mendidik anak. Bukan dia tak pernah lihat Dahlia pukul Haq tapi pukul manja-manja saja.

Ray memberi sepenuh kepercayaan kepada Dahlia untuk mendidik Haq mengikut acuannya. Namun Haq dimanja secara berlebihan oleh pakcik-pakciknya yang lain... siapa lagi kalau bukan Karl, Mike dan Eden.

"Haq Caden..."

"Okey... okey... sowey uncle. Tak buat dah... promise." Haq angkat tangan kanan tanda berjanji tapi senyumannya cukup nakal.

"Tak apa Haq. Lain kali jangan nakal lagi ye." Haq sekadar mengangguk.

Haq terpaksa berbuat demikian di hadapan ibunya. Kalau tidak Dahlia akan mendendanya. Haq paling tak suka jika didenda oleh Dahlia kerana dendanya Haq tak boleh keluar berjalan dengan uncle-uncle bertiga itu.

Keluar dengan Karl, Mike dan Eden merupakan syurga buat Haq kerana dia boleh menjalani aktiviti lasak. Mereka mengajarnya menembak, satu permainan kesukaan Haq. (Jangan risau, bukan guna senjata betul pun.)

Sudah tentu Dahlia tidak mengetahui aktiviti mereka. Kalau tidak mesti mereka akan dihalang daripada membawa Haq.

"How's my little Black Panther today? Have fun?" Ray muncul bersama Karl, Mike dan Eden.

Ray mendukung Haq yang kelihatan berpeluh akibat bermain aci ligan dengan Abu tadi. Wajah kemerahan anaknya dilap dengan tangan.

Suka melihat Haq yang begitu ceria dan keletahnya menghiburkan hati Ray. Dia tahu Haq agak nakal apabila melihat wajah cemberut Dahlia.

"Haq buat ibu marah ke?" bisik Ray ke telinga anaknya.

Haq hanya tersengih, mulut dikulum rapat... kepala diangguk beberapa kali. Walaupun dia tahu daddynya tidak akan marahkannya tapi dia tidak boleh menipu di depan Dahlia. Ray tetap akan tegurnya... dia tahu perkara itu.

"Janji! Lain kali jangan bagi ibu marah. Kesian ibu, penat lahirkan Haq belum habis sekarang nak besarkan Haq lagi."
Ray meraih jari kelingking anaknya dan bersatu dengan jari kelingking dia. Pinky promise kononnya.

"Eleh! macamlah dia tahu." Karl mendengus perlahan.

"Haq budak cerdik la." Eden membela.

"Kesian ibu konon. Daddy dia yang pengsan masa tu." Mike hanya ketawa memikirkan kisah Ray pengsan semasa Dahlia melahirkan Haq.

"Aku haramkan kisah aku pengsan diceritakan kepada anak aku. Faham!"

"Tengoklah dulu."

"Kalau aku ingat."

"Aku tak janji. Cerita kau pengsan klasik sangat. Tak patut disimpan dalam muzium."

"You all lucky I'm not bring my gun. Otherwise you're dead." bentak Ray apabila anak-anak buahnya ketawa serentak.

ALEXANDER RAY: UNEXPECTED MAFIA HUSBANDTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang