CHAPTER 7

14.4K 696 25
                                    

Dahlia memandang Ray tidak berkelip mata. Dia sebenarnya tidak tahu pun apa yang Ray katakan tadi. Apa yang dia tahu..you, i, like.. itu saja. Yang lain dia tak dapat hadam.

"Kan saya dah kata jangan cakap bahasa alien dengan saya. Saya tak fahamlah." Dahlia kelihatan bebal.

"Eh! Cik kak, tak kan tak faham apa yang Ray kata tadi?" Abu tanya Dahlia.

Dahlia menggelengkan kepala beberapa kali.

"Saya tak reti bahasa Inggeris. Cikgu yang ajar tu pilih kasih. Dia ajar orang pandai saja, yang tak berapa pandai dia tak ajar sangat."

"Eleh! Mesti kau yang malas kan, nak salahkan cikgu pula. Abang Abu kau ni walaupun penyangak tapi abang reti jugak bahasa Inggeris tu." Abu tepuk dada tanda bangga.

Dahlia buat muka meluat. Abang konon, sejak bila emaknya lahirkan Abu agaknya. Bob, Gopal dan Ah Seng malas nak kata apa sebab tak penting bagi mereka pun. Bob meneruskan perjalanan yang tergendala tadi.

Ray hanya mendengar percakapan antara Dahlia dan Abu dan dia merumuskan sesuatu, Dahlia bukanlah seorang pelajar pintar. Mungkin kedudukan rumahnya yang jauh pedalaman menyebabkan dia tidak terbuka dengan dunia sebenar.

Dahlia gadis yang naif dan sebab itu dia agak tertarik dengan gadis polos ini. Tidak seperti gadis yang selalu mendekatinya, fake dan plastik. Hanya berpura-pura di hadapannya. Dia tidak suka gadis begitu.

"Apa yang awak cakapkan tadi?" Soalan Dahlia menyebabkan Ray agak tersentak.

"Err..tak ada apalah. Tak penting pun."

"Nak abang bagitau Dahlia ke apa yang Ray kata tadi?" pelawa Abu.

"NO!!" Nada suara Ray naik seoktaf. "Don't you dare."

"Alaa Ray mana tau, last wish ke?"

Dahlia masih terpinga-pinga melihat pertengkaran mulut di antara Ray dan Abu. Abu pula sengaja senyum sinis dan Ray, wajahnya bertukar merah.

"Mind your own business."

"Jangan menyesal." Abu angkat tangan tanda menyerah.

Dahlia mengambil keputusan untuk tidak bertanya lagi. Lantaklah Ray nak kata apa pun. Apa yang penting sekarang dia mesti mencari jalan untuk melepaskan diri. Dia tidak rela terjebak dalam persengketaan Ray dan Count Drac.

"Siapa Count Drac?"

Konco-konco Count Drac dan Ray menarik nafas panjang selepas mendengar pertanyaan Dahlia. Siapa hendak terangkan kepada Dahlia? Perlukah Dahlia tahu siapa Count Drac itu? Dahlia hairan melihat wajah masing-masing yang cuba mengelak daripada memberitahu dia.

Sebelum sempat sesiapa menjawab, Bob menjerit dari tempat pemandu dan membrek mpv itu dengan kuat..sekali lagi.

Sktreeeeeet!!!

Sekali lagi semua yang berada dalam mpv terhumban ke hadapan. Gopal yang paling malang sekali, terhantuk di cermin hadapan mpv itu, nasib tak terkeluar ja lagi. Ah Seng dan Abu terperosok di tempat letak kaki.

Ray sempat menggunakan tubuhnya untuk menghadang Dahlia daripada terjatuh, cuma terantuk di cermin tingkap saja. Apabila keadaan reda, mereka melihat lampu tinggi dua buah kereta disuluh di tengah jalan itu.

Kereta tersebut menghalang laluan mpv yang dipandu Bob. Gopal menyumpah. Tadi kena pukulan kuali, sekarang terantuk di cermin pula. Lagi sekali rasanya putus kepalanya. Dia nekad selepas pulang nanti dia kena ziarah kuil berhampiran rumahnya. Nak ambil berkat.

Sebelum sempat konco-konco Count Drac bertindak, mereka sudah dikepung oleh beberapa orang yang bersenjata berat. Abu, Ah Seng, Gopal dan Bob telan air liur apabila diserang hendap oleh orang Ray.

ALEXANDER RAY: UNEXPECTED MAFIA HUSBANDWhere stories live. Discover now