BAB 1

70 7 0
                                    

10 Tahun sebelum...

BUNYI teriakkan dari dalam kelas ini benar-benar merimaskan aku. Sumpah aku katakan yang aku benar-benar tidak suka dengan suasana yang begini. Sudahlah di kelilingi oleh orang ramai yang tidak habis-habis tersenyum sesama mereka. Ditambah pula ada yang berbisik antara satu sama lain sambil memandang ke arah aku, atau ayat yang lebih tepat patut aku katakan adalah, pada kami kerana tika ini, ada seorang lelaki yang sedang duduk melutut sebelah kaki sambil menghulur sejambak bunga pada aku.

Euw! Sangat menjijikkan.

"Terima aku, Mai." Lelaki itu masih meminta.

Aku mengerling ke sekeliling aku. Sumpah aku katakan bahawa aku sedang malu dengan suasana yang begini. Bagaimana lelaki ini boleh terfikir untuk membuat perkara sebegini? Helo, dasar tak sedar diri! Kau fikir aku akan terima? Kirim salam ajelah!

"Az..." sejambak bunga tadi aku ambil daripadanya bersama sebuah senyuman yang boleh aku katakan sangatlah plastik namun dipercayai oleh orang-orang di sekeliling aku. Kerana lihat sahajalah, bertapa seronoknya mereka apabila aku mengambil bunga itu daripada tangan lelaki yang bernama Azman ini.

Dasar bawang! Kau fikir kau sedang berada di drama Korea, atau bagaimana?

"Kenapa, Mai? Ada apa-apa yang kurang pada bunga tu?" soalnya sambil mula berdiri.

Akau pantas menggeleng lalu menahan bahunya dari terus mencuba untuk berdiri. Oh, no! No! Jangan pernah sesekali kau berangan untuk lepas daripada aku selepas kau dah buat aku jadi pusat pemerhatian atas apa yang kau dah buat! Heh.

"No! Az tak perlu berdiri. Berlutut sahaja," kata aku yang masih menahan bahunya.

"Kenapa, Mai?" dahinya berkerut ketika dia bertanya. Barangkali dia sedang berasa pelik, mengapa itu yang aku arahkan padanya?

Huh? Senyuman senget, aku tarik. Kau tanya... kenapa?

"Az..." kelopak-kelopak bunga yang berada di hadapam mata aku ini, aku mainkan sebelum aku pandang ke arah Azman yang masih menunggu kata-kata aku ini.

Melihat akan hal itu, senyuman akum ula mati. Jambangan bunga yang aku genggam ini, aku campak tepat ke mukanya dengan sangat kasar kerana aku benar-benar membencikannya. "Kau fikir, aku akan terima kau?" serentak dengan soalan aku itu, kedengaran suara-suara orang yang barangkali terkejut dengan tindakan aku ini. Barangkali, mereka juga tidak menyangka dengan tindakan yang aku lakukan sebentar tadi.

Huh? Sepatutnya mereka tahu yang aku bukan sejenis manusia yang senang untuk kau dekati apatah lagi kau bergelar lelaki. Kekasih hati? Sedangkan berkawan pun aku tidak mahu apatah lagi kekasih hati.

"Kau dan kau punya bunga, dah boleh blah daripada aku." Tubuhnya aku langar.

Aku tak peduli jika mereka mahu berkata apa sekalipun yang penting aku pernah memberitahunya untuk tidak mengganggu aku. Dia sahaja yang tidak tahu malu dan masih terus mengganggu aku.

Tak sedar diri!

"Mai... Mai!"

Langkah kaki aku yang tiada hala tuju, mula berhenti. Zulaikha di belakang, aku pandang. Dengan keadaan yang tercungap-cungap, dia menghampiri aku. Aku memandangnya, malas. Aku tahu apa yang hendak dia sampaikan pada aku sebentar nanti.

"Kenapa kau buat Az macam tu? Malu dia, depan semua orang, Mai."

Tubuh aku peluk. Sungguh, aku memang sudah boleh agak topik perbualan yang dibuka oleh Zulaikha kerana perangai Zulaikha, sangat lain daripada aku dan sangat-sangat jauh! Hati dia lembut bak kain sutera manakala hati aku pula, keras bak batu yang mungkin lebih keras tapi aku peduli apa? Aku memang tidak suka jika ada yang buat sesuatu perkara yang aku tidak suka. Bahkan, aku paling benci jika seseorang itu sudah tahu apa yang aku tidak suka tetapi tetap sahaja mahu membuatnya. Memang sengaja mahu mendidihkan darah aku!

[C] THE SECOND CHANCEWhere stories live. Discover now