BAB 17

48 6 0
                                    

AKU terjaga apabila hidungku menangkap bau yang sangat sedap di tingkat bawah. Selipar bunny yang sempat aku kutip dari rumah ayah, aku sarungkan ke kaki. Wajah yang sembab akibat baru bangun daripada tidur aku biarkan. Setelah itu, aku berjalan menuju ke ruangan dapur. Semakin dekat jarak aku dengan dapur, semakin kuat bau sedap tadi. Macam bau... ikan asam pedas!

"Mai dah bangun?" Haziq menoleh pada aku di belakangnya. Atau lebih tepat, dia sekadar menoleh sipi-sipi sahaja kerana dia sibuk mengacau kuah di dalam periuk.

Dia tak takut kuah tu marah ke, dia kacau?

Okay, enough with your dad jokes, Husna Maisarah!

"Kalau belum bangun, aku tak terpacak belakang kau ni, ha!" kata aku dengan nada perli sambil mata mengintai kuah berwarna merah di dalam periuk. Beberapa saat kemudian, aku memandangnya yang sedang tersengih dalam diam. "Senyum-senyum apa?"

"Tak ada apa." Laju sahaja Haziq membalas. Setelah itu, dia menutup api dapur. Periuk diangkat lalu diletakkan ke atas meja. Sempat dia menyuruh aku menjauhinya kerana takut aku terkena periuk panas yang dipegangnya itu.

Fikir manislah perangai tu?

Tapi memang manis dan aku tak dapat nafikan!

"Mai nak makan sekarang atau nanti?" sebaik sahaja periuk diletakkan di atas meja, Haziq terus bertanya pada aku yang masih tercegat di tempat aku berdiri dari tadi.

"Mai ikut Haz. Kalau Haz nak makan, Mai makanlah."

"Kenapa pula nak ikut Haz?"

"Suka hati akulah!" aku membentaknya. Berkerut dahiku memandangnya tika ini. Banyak tanya!

Haziq terkekeh. Apa yang kelakar, aku sendiri tidak tahu. Huh!

"Ada beli ke barang yang Mai suruh beli tadi?" soal aku sebaik sahaja Haziq mencapai dua biji pinggan di pangkin pinggan mangkuk. Dalam diam aku mempersoalkan diri sendiri dengan bahasa yang digunakan dari tadi.

Kau dah kenapa, Maisarah? Sekejap guna nama, sekejap guna kau-aku. Ada masalah krisis dengan identiti sendiri ke?

Berbalik kepada soalan aku tadi, Haziq mengangguk. "Ada. Haziq ada letak dalam laci almari baju, dekat dalam bilik."

Aku hanya mengangguk sahaja dengan info yang aku terima itu. Setelah itu, aku berjalan menghampiri meja untuk makan. Yalah, bau dah sedap sampai perut buat bunyi rock kapak, tak akanlah aku nak diam dan tenung aje ikan asam pedas Haziq tu? Rugi!

Baru sahaja aku mahu mencapai pinggan yang berada di atas meja, perutku mula terasa memulas sekaligus membuatkan aku memegang perut secara drastik. Waktu aku nak makan, waktu nilah dia nak kena!

"Mai... okey?"

Walaupun aku tidak melihat wajah Haziq kerana aku sedang menundukkan kepala aku sekarang ini, tetapi telinga aku tetap menangkap suara risaunya pada gegendang telingaku.

"A... aku okey." Aku balas bersama suara bergetar, menahan sakit. Menyusahkan aku betullah!

"Tapi... muka Mai nampak pucat..."

"Haziq..." bibir aku ketap sedikit kuat bagi menahan sakit yang masih terasa. Baru sahaja aku mahu mengangkat kepala untuk memandangnya yang berada di hadapan aku, kelibatnya sudah hilang. Ke mana lelaki itu pergi?

Ah, lantaklah! Sakit aku lebih penting...

"Nah, minyak angin..."

Aku mendongak apabila ada satu tangan yang menghulur minyak angin betul-betul di hadapan mukaku. Haziq yang kerisauan aku pandang dengan dahi yang berkerut. Yalah, kan tengah tahan sakit?

[C] THE SECOND CHANCEDonde viven las historias. Descúbrelo ahora