BAB 14

24 5 0
                                    

"ASSALAMUALAIKUM."

Pita suara aku betulkan sebelum salam itu aku jawab. "Waalaikumussalam. Nak apa?"

"Nak call tunang sendiri pun tak boleh?"

Aku memutarkan bola mata aku. "Memanglah boleh tapi sekarang dah malam. Waktu tidur. Kenapa tak call esok aje?"

"Esokkan Isnin. Ada masa ke Mai nak jawab call Haz?"

Aku terdiam seketika. Panggilan itu membuatkan aku teringatkan Haziq yang tidak aku ketahui khabarnya. Sejak aku pindah, hanya khabar Aryana sahaja yang aku tahu kerana kami masih berhubung. Mengamuk juga sahabat aku itu kerana aku pindah tanpa mengabarinya. Terisak-isak juga dia semasa dia menelefon aku dan memarahi aku ketika itu. Aku pula hanya mampu ketawa kerana aku sudah mengagak reaksinya itu.

Zulaikha pula, tidak aku tahu khabarnya. Apabila aku bertanya pada Aryana, kata gadis itu, dia tidak tahu. Kerana katanya lagi, Zulaikha tidak mahu aku tahu tentang keadaannya. Aku musykil mendengarkan itu. Zulaikha masih merajuk dengan aku tentang kejadian di pusat sumber itukah? Aku tahu ada masa Zulaikha akan naik angin tetapi biasanya marah Zulaikha tidak lama. Dia pasti akan baik-baik sahaja selepas aku meminta maaf. Kerana memang itu yang dia mahukan. Tapi kali ini, aku memang tidak boleh berfikir dengan waras tentang perangainya.

Apa yang dia marahkan sangat pada aku sehinggakan sampai sekarang dia masih mendiamkan diri tanpa menghubungi aku? Ada juga aku cuba untuk menghubunginya tetapi nombornya tidak aktif. Apabila aku bertanya pada Aryana, kata sahabat aku yang sudah menjadi seorang penulis sepenuh masa itu, Zulaikha sudah menukar nombor. Lima tahun ke belakangan ini juga, Aryana tidak mendengar khabar tentang Zulaikha selepas keluarganya berpindah ke Johor.

"Mai? Tidur dah?"

Muka aku raup apabila ditegur oleh Hazrul. "Sorry, mengelamun."

"Rindu Haz?"

"Eee! Nak rindu kau buat apa? Kita jumpa pun tak pernah, nak rindu macam mana?"

"Kalau macam tu, jom jumpa Jumaat depan. Haz cuti."

"Tak naklah. Malas."

"Betul? Haz nak ajak kenal-kenal ni. Nanti kalau dah kahwin, Mai jangan menyesal pula."

Aku cuba menahan sabar aku kerana aku tidak tahu berapa kali aku perlu bagitahu pada orang-orang yang aku tidak mahu berjumpa dengan Hazrul sehinggalah waktu akad nikah nanti. "Tak, aku tak akan menyesal. Jangan risau."

"Okeylah kalau macam tu." Sepi seketika. "Hmmm... Haz nak request sesuatu pada Mai boleh?" soalnya kedengaran seakan ragu-ragu.

Aku menoleh jam berbentuk petak di atas meja. Hampir 12 malam. "Request apa? Aku nak tidur ni. Cepat sikit."

"Kalau boleh, lepas kahwin nanti, Haz tak nak Mai kau-aku dengan Haz. Haz tak paksa kalau Mai tak boleh ubah dalam masa yang terdekat tapi kalau boleh... tak naklah. Tak manis."

Aku terdiam seketika. Disbebakan perkahwinan ini memang keinginan aku walaupun aku tidak mengenalinya tetapi tak apalah.

"Okey, as you wish. Tapi biar aku gunakan bahasa macam ni selagi kita belum nikah."

"Okey, as you wish too." Kedengaran suara itu berkata dengan senang hati. "Haz tidur dulu. Mai terus tidur, ya? Jangan berjaga sampai subuh baca novel."

Aku terpempan. Memang itu kebiasaan aku iaitu membaca novel sehingga subuh tetapi... bagaimana lelaki ini boleh tahu? Jangan-jangan lelaki ini stalker? Kerana sepanjang aku berhubung dengannya melalui telefon, kata-kata dan cara lelaki ini berbicara dengan aku seolah-olah dia sudah lama mengenali aku. Atau sebenarnya aku saling mengenali tetapi hanya aku sahaja yang tidak perasan? Jika benar, siapa lelaki ini?

[C] THE SECOND CHANCEWhere stories live. Discover now