BAB 34

44 5 0
                                    

LAJU sahaja aku mengelak daripada kapas yang ingin menyentuh luka pada bibirku. Ketika aku mendesis sakit, Aryana berikan renungan tajamnya pada aku. Kemudian, aku hanya mampu tersengih dan membiarkan dia buat kerjanya.

"Macam mana kau tahu rumah Haziq?"

Aryana turunkan tangannya daripada muka aku. Riak mukanya jelas mengatakan yang dia penat dengan aku. "Kau ni, lepas terjun tadi terus biul ke? Aku rasa, yang mendarat tadi kaki kau dulu, bukannya kepala. Kan, aku pernah datang situ." Aryana sambung cuci luka aku.

Aku sengih lagi. "Aku tersalah soalan. Sebenarnya aku nak tanya, kenapa kau datang situ?"

Aryana letak kapas ke tepi lalu mengambil plaster dan ditampal pada kesan calar pada pipi aku. "Ini ibu yang cerita dekat aku. Mula-mula tu, ibu cakap Haikal call ibu sebab dia kata kau dah seminggu tak datang sekolah. Mula-mula tu Haikal fikir kau cuti. Tapi bila tiba-tiba pengetua cari kau, Haikal jadi pelik. Terus dia call ibu. Ibu pula, tak tahu apa-apa. Lepas tu, ibu call aku pula dan tanya, aku ada nampak kau ke? Sebabnya, bila kami bertiga call kau, telefon kau mati. Sebab tu aku datang rumah Haziq, nak tengok keadaan kau. Tahu-tahu, aku nampak monyet melompat."

Pap! Laju sahaja aku tepuk paha Aryana yang sudah mencebik kesakitan itu.

"Berani kau panggil aku monyet, ya?"

Aryana terkekeh. "Sumpah macam monyet tadi!" bersungguh Aryana berkata. Kemudian, kami sama-sama ketawa.

Setelah beberapa detik kemudian, suasana di meja makan rumah sewa Aryana ini menjadi sunyi. Yang kedengaran hanyalah bunyi kipas sahaja. Malaikat lalu agaknya.

"Hmmm... Mai..."

"Ya?" terangkat kening aku tatkala memandangnya yang duduk di sebelahku.

"Kau... jangan pendam boleh? Kali ni aje aku minta daripada kau. Tolong jangan pendam. Tolong cerita pada aku tentang kau dan Haziq. Tapi kali ni kau tak boleh menipu aku yang kau okey. Sebab Haikal dah cerita semua benda pada aku. Lepas ibu call aku, aku terus minta nombor Haikal dekat ibu dan ajak jumpa." Satu pandangan sayu diberikannya pada aku. Akhirnya aku menunduk kerana tidak mahu bertentang mata. Sebak di dada cuba aku tahu sebaik mungkin.

"Kenapa kau diam, Maisarah? Kenapa kau tak bercerita pada aku? Kenapa kau tak pernah beritahu aku masalah rumah tangga kau? Aku tak marah kalau kau bercerita terlebih dahulu pada Haikal walaupun aku berkawan dengan kau lebih lama daripada Haikal. Tapi apa yang buatkan aku terkilan, kau suka pendam perasaan kau dan buat macam tak ada apa-apa yang berlaku. Kau tengok ajelah sekarang. Boleh pula kau bergelak ketawa dan langsung tak menangis padahal kau baru sahaja lompat dari tingkat dua rumah tu sebab nak larikan diri."

Terlepas keluhan aku dengan bebelan Aryana. "Aku bukannya tak nak menangis. Aku nak sangat Yana, tapi aku tak boleh. Sejak akhir-akhir ni aku paksa diri aku untuk tak menangis. Kadang-kadang tu memanglah terhambur juga tangisan aku tapi, selagi aku boleh tahan, aku memang tak akan menangis. Sebab aku pegang pada prinsip baru aku yang aku tak akan menangis pada perkara yang sia-sia."

"No... kau tak boleh macam ni!" Aryana bangkang kata-kata aku. "Kau tak boleh ada prinsip macam tu Husna Maisarah. Tak elok untuk kesihatan mental kau. Kau tak risau terkena depression ke kalau asyik pendam aje memanjang? Kita ni manusia Maisarah, bukannya patung yang tak ada perasaan. Kita layak dan berhak menangis sebab itu fitrah kita untuk berasa sedih. Aku boleh faham dan masih boleh terima kalau kau kata yang kau tak nak bercerita pada someone sebab kau tak boleh nak percaya orang. Tapi tahan diri daripada menangis, is a big no for me, Husna Maisarah. Kalau kau tak nak orang nampak, menangis dekat mana-mana tempat yang tersembunyilah. Kenapa nak simpan? Fikirlah sikit. Dia orang dah dera fizikal dan mental kau. Tak akanlah kau nak dera diri sendiri pula?"

[C] THE SECOND CHANCEWhere stories live. Discover now