BAB 5

30 5 0
                                    

"TERIMA KASIH. Sila datang lagi." Senyuman aku terukir pada customer yang baru sahaja selesai membuat pembayaran pada kaunter. Setelah itu, aku mendapatkan kain basah lalu berjalan ke arah meja yang digunakan oleh customer tadi dan membersihkannya.

Belum sempat aku mahu menyusun mangkuk-mangkuk dan cawan-cawan kotor itu di atas dulang, ibu datang kepada aku membuatkan pergerakkan aku terhenti. Pada pandangan mata aku, di tangan ibu terdapat sebungkus plastik besar yang berisi dua bungkus mi dan dua bungkus kuah kari. Okey, aku sudah tahu untuk siapa.

"Ya?"

"Tolong beri pada nenek Asma. Meja tu, biar ibu yang kemas." Bungkusan itu diberi pada aku.

Kepala aku angguk lalu kain basah serta bungkusan mi kari tadi bertukar tangan. Tanpa menunggu lama, aku terus berjalan kaki untuk ke rumah nenek Asma yang terletak tidak jauh daripada gerai ibu. Dalam... 15 minit? Lebih kuranglah. Bab kira-kira ni, aku malas sikit nak ambil tahu. Sebab itulah. Apa yang penting, aku selamat sampai, itu sahaja. Heh.

Sampai sahaja di halaman rumah nenek Asma, aku memberi salam. Agak kuat juga laungan aku kerana kadang-kadang, nenek Asma berada di halaman belakang rumahnya menyebabkan wanita yang berusia lebih daripada separuh abad itu, tidak mendengarnya. Dan perkara itu sering terjadi. Contohnya macam sekarang nilah. Tiada siapa yang menyahut dan pintu rumah pula tertutup rapat.

Dahi aku garu. Aku tahu di mana nenek Asma berada. Maka, dengan langkah yang laju, aku bergerak untuk ke halaman belakang. Namun langkah aku mati secara drastik apabila aku hampir sahaja berlanggar dengan seseorang yang sangat aku kenali. Mata aku membulat memandang Haz yang dilehernya bersangkut tuala. Aku memandangnya dari atas ke bawah. Dia buat apa dekat sini?

"Buat apa dekat sini?"

Baik, sekarang ni bukan masanya untuk kami bersweet-sweet dengan bertanyakan soalan yang sama pada waktu yang serentak. Ergh! Geli!

"Mai... kenapa datang sini?"

Bola mata, aku putarkan. Jujur, aku tidak suka melihat wajah innocent milik Haz itu. Entah mengapa, aku berasa geli. Betul ke dia ni nerd? Atau yang sebenarnya, dia hanya berpura-pura menjadi nerd sahaja?

Argh! Pergi lantaklah! Siapa peduli? Aku tak nak peduli pun. Huh!

"Nenek Asma ada ke?"

Haz tersenyum lebar lalu mengangguk. Seperti biasa, dia membetulkan cermin mata besarnya bagai ia merupakan satu habit yang tidak boleh dia tinggalkan. Kalau sehari dia tak buat depan aku tak boleh ke? Bukan apa, aku pula yang berasa rimas. Kadang-kadang, bila aku tengok, terasa macam mahu ikut perbuatannya pun, ada juga. Haihlah...

"Ada. Tengah petik cili. Jomlah..."

"Tak payah." Kepala aku geleng. Bungkusan mi kari tadi, aku beri padanya. "Bagi pada nenek Asma. Ibu suruh bagi. Ibu kata, cucu nenek Asma suka mi kari. Bagi dia sekali. Kau jangan makan pula. Cukup-cukup untuk nenek Asma dan cucu..."

"Sayalah cucu nenek Asma."

Mata aku terbeliak. Kerongkong aku juga terasa bagai tercekik air liur. Biar kebenaran mamat ni?

"Jangan main-main, eh? Aku tumbuk kau kang." Penumbuk aku angkat setinggi-tingginya. Manakan tidak, lelaki ini, tingginya mengalahkan tiang lampu. Walaupun pada hakikatnya, aku seorang yang berketinggian 169 sentimeter tetapi ketahuilah lelaki ini tingginya dalam linkungan 179 ke 181. Macam mana aku boleh agak? Sebab aku suka ukur tinggi aku dekat Google dengan bias aku, Haruto!

Tapi Haruto tinggi lagi hmmm...

Tawa kecil milik Haz yang terletus secara tiba-tiba membuatkan aku berkerut dahi. Lawak ke?

[C] THE SECOND CHANCETempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang