BAB 6

23 5 0
                                    

AKU tidak tahu apa yang sudah jadi dengan aku. Disumpah atau sebaliknya, aku sendiri tidak tahu kerana sekarang ini, aku benar-benar dihantui dengan luahan hati Haziq seminggu yang lepas dan aku sangat rimas dengan perkara itu bagai aku mahu menghantukkan kepala sendiri pada dinding supaya aku amnesia.

Ergh!

"Hoi! Kau kenapa tumbuk meja?"

Teguran daripada Aryana itu membuatkan aku menoleh memandangnya bersama kerutan di dahi. "Masa bila aku tumbuk meja?"

"Tu..." Aryana memuncung ke arah penumbuk yang sejak bila aku kepal, aku sendiri tidak tahu, di atas meja.

"Heish!" kepala sendiri aku garu. "Aku... sebenarnya nak bagitahu something tapi..." muka sendiri aku raup. Sejujurnya aku tidak tahu sama ada aku patut memberitahu Aryana tentang perkara yang menganggu fikiran aku ini ataupun tidak.

Fakta yang sebenar mengatakan bahawa, aku mahu memberitahu tentang apa yang mengganggu di fikiran aku. Namun tatkala terfikirkan Aryana yang sudah lama menyimpan perasaan terhadap Haziq, aku mula berasa ragu-ragu kerana takut yang dia akan terasa hati dengan aku.

Dalam masa yang sama, aku tidak mahu memberitahu kerana aku rasa, itu hanyalah masalah kecil sahaja. Hanya memberitahu bahawa Haziq meluahkan perasaannya terhadap aku? Bukankah jika aku bercerita dan meluahkan, aku akan dianggap sebagai meminta pendapat yang mengatakan, seolah-olah aku menyukai Haziq?

Entahlah. Aku rasa itu hanya tanggapan mengarut aku sahaja. Tapi hendak buat bagaimana? Memang aku suka fikir perkara yang mengarut dan tidak masuk akal yang hanya aku sahaja yang akan faham. Heh.

"Mengeluh pula. Kau kenapa ni?" Zulaikha pula menyampuk membuatkan aku bersandar lemah pada kerusi.

Belum sempat aku membuka suara, guru matematik kami masuk ke dalam kelas membuatkan aku, menarik nafas lega kerana kedatangan cikgu mampu mendiamkan dua manusia yang ingin tahu itu. Namun sayangnya, rasa lega itu, hanya sementara.

Ya, sementara! Kerana sepanjang kelas berjalan, fikiran aku masih melayang pada kejadian seminggu yang lepas. Ini bukan bermakna aku angau dengan kata-katanya tetapi kerana aku berasa tidak selesa dan terasa bagai dihantui. Terasa seperti... apa sahaja yang aku buat, walaupun aku sibuk, ayat Haziq itu akan tiba-tiba muncul dalam kepala otak aku membuatkan aku meremang kerana aku tidak pernah terfikir yang dia akan membuat sesi luahan hati yang bagi aku agak... menggelikan. Walaupun luahannya simple... sumpah aku tidak suka!

Sorry, I'm anti romantic!

Sebaik sahaja kelas tamat, aku fikir yang aku akan dapat menarik nafas aku dengan aman sentosa lagikan harmoni. Sayangnya, sekali lagi aku diserbu dengan soalan Zulaikha dan Aryana tentang perkara tadi. Memang tak suka tengok aku senang atau bagaimana? Nasib member. Kalau tidak, sudah lama aku bagi karate pada mereka berdua ini.

Jangan kau tidak tahu yang aku hampir sahaja masuk taekwando. Diulang... hampir. Kerana ibu tidak membenarkan aku masuk taekwando. Kata ibu, takut aku belasah orang sesuka hati kerana dari aku kecil, aku sangat garang dan suka memukul orang lain setiap kali aku marah. Habit aku yang satu itu semakin menghilang sebaik sahaja umur aku menginjak naik. Kerana sekarang, aku hanya akan mendiamkan diri ketika marah. Maksud aku di sini, jika aku benar-benar marah.

"Cepatlah cerita. Apa jadi? Kenapa? Kenapa? Kenapa kau mengeluh? Kenapa kau tumbuk meja? Kenapa kau tak fokus kelas matematik tadi? Kenapa Mai? Kenapa..."

"Aryana, diam. Bising!" Zulaikha menegur.

Aku mengangkat ibu jari kanan aku pada Aryana bersama senyuman lalu berkata, "Padan muka."

[C] THE SECOND CHANCEWhere stories live. Discover now