BAB 25

28 6 0
                                    

SUDAH hampir sebulan berlalu. Minggu depan aku akan Terengganu untuk trip bersama Haziq selama 3 hari dua malam. Sebenarnya, trip itu untuk pekerja-pekerja Haziq. Katanya sebagai hadiah atas kerja keras mereka semua. Pada awalnya, Haziq tidak mahu ikut kerana hadiah diberikan hanya untuk mereka. Tetapi apabila ada salah seorang perkerjanya yang bersungguh mengajak, maka suamiku itu terpaksa ikut. Maka, aku pun tertarik sama. Tapi seronok juga. Lagipun minggu depan cuti penggal. Hohoho...

Tak sabar nak pergi Pantai Batu Buruk!

"Tersengih-sengih macam orang angau. Kau ni dah gila ke?"

Haikal datang macam orang nak gaduh. Alah, biasalah dia tu. Bila aje dia nak cakap elok-elok dengan aku?

"Aku rasa kau ni dah elok kahwinlah Kal. Kasar nak mampus."

"Haah, nanti jadi macam kau, kan? Sebelum kahwin kasar nak mampus, tapi lepas kahwin, boleh tahan lembut percakapan kau. Macam mana laki kau boleh tahan dengan perangai keras kepala kau ni, eh? Cuba minta tips daripada dia. Mana tahu aku dapat isteri kasar, bolehlah aku prepare," katanya yang sudah tarik kerusi di hadapan meja aku.

"Tak ada tips. Kuncinya sabar. Kalau kau dapat bini kasar, tak sampai sehari meletup terus rumah tu. Yalah, seorang kasar, seorang lagi suka menyakat. Kau pula, boleh tahan kuat sentapnya."

"Ehhh... mana ada." Haikal jeling.

Aku cebik, bantah keras-keras dengan penafian Haikal tu.

"Eh, tadi masa aku sampai, aku nampak kau bawa Honda HRV. Kereta baru ke?" aku bertanya dengan penuh teruja. Kereta yang Haikal bawa tadi kerta idaman wei! Memanglah teruja gila!

"Tak ada lah baru sangat. Nak dekat seminggu aku guna. Hari ni baru aku bawa pergi sekolah. Asal?"

"Aku... nak bawa boleh?"

"Ah, tak boleh! Nanti kau langgar tiang lagi."

"Alaaa... bolehlah Kal. Sekali aje..." mata, aku bulatkan. Kononnya nak nampak comel. Tapi aku tahu, kalau orang yang buat muka comel tu aku, memang Haikal loya tekak terus. Tapi aku tak peduli! Demi kereta idaman, aku sanggup ditolak berkali-kali!

"Tak boleh, nanti kereta aku jahanam."

"Kalau macam tu bagi aku tumpang..."

"Laki kau pakai Honda, kan?"

"Ala, dia pakai Honda Civic. Aku nak Honda HRV..." saja tayang muka dan suara sedih. Tolonglah bagi aku naik!

Haikal dah pandang aku semacam. Sempat juga dia membebel perlahan. Aku tak dengar dia cakap apa. Tapi yang aku tahu, biasanya kalau dia dah bagi muka judge macam tu, ada kemungkinan besar yang dia...

"Esok ajelah."

"Yes! Sebab tu aku sayang gila dekat kau sebagai seorang kawan! Sama rata dengan Aryana!"

Haikal tersengih kecil. Selepas itu, dia hulur sesuatu pada aku. Elok sahaja aku mahu buka PC, terus terbatal niat apabila aku nampak voucher buku. Terus membulat mata aku, sebulat cermin mata Nobita.

Okey, gurau aje.

"Wahhh... voucher buku! Mana dapat?"

"Sepupu aku bagi. Katanya dia dapat dekat bookstore yang dia pergi tu. Mula-mula aku tak nak ambil, tapi teringat yang kau suka baca buku, itu yang aku ambil. Last date boleh guna, esok. So alang-alang kau nak rembat kereta aku, bolehlah kita pergi sana sekali."

"Wahhh... siapa nama sepupu kau tu?"

"Azalea."

"Ohhh... cantik nama."

[C] THE SECOND CHANCEWhere stories live. Discover now