BAB 24

29 4 0
                                    

CELIK sahaja biji mata aku, yang aku nampak di hadapan mata adalah Haziq yang sedang duduk di meja kerja ditemani lampu meja. Kenapalah suka kerja lebih masa, Haziq?

"Abang?"

Haziq toleh ke belakang. Kedudukan cermin mata dibetulkan. "Hei? Kenapa bangun? Baru jam dua pagi, Mai. Pergi sambung tidur," katanya lalu menghampiri katil. Kemudian, dia duduk di birai katil, di sebelah lengan aku.

"Kenapa abang tak tidur lagi?"

"Abang tengah siapkan kerja."

"Sambung ajelah esok."

"Hmmm... esok abang ada hal. Jadi, kena siapkan hari ni juga."

"Tapi..."

"Tidur aje Mai. Nanti nak bangun solat subuh pula."

Diam. Aku pandang Haziq, Haziq pandang aku.

"Mai tak boleh tidur. Perbincangan kita tak habis lagi."

"Astaghfirullah-al-azim..." Haziq tepuk dahi. Kemudian, dia tergelak kecil. "Esok pagi, kan ada. Kita borak esok ajelah."

Aku bangun daripada baringan dan belakang badan bersandar pada kepala katil. Di sebalik selimut, aku duduk bersila menghadap Haziq. "Tak boleh. Rasa nak tahu tu membuak-buak. Dekat ofis tadi, Haziq cakap ada perkara yang Haziq nak beritahu Mai. Apa?"

Terlepas keluhan Haziq. Aku dipaksa baring semula. Kemudian, dia tarik selimut sehingga ke paras leherku. Rambutku pula diusap sebelum dia melabuhkan kucupannya pada ubun-ubun aku.

"Mai tidur aje dengan tenang. Abang janji, esok pagi abang bagitahu Mai, okey?"

"Promise?" Pinky promise, aku berikan.

"Ya, promise." Jarinya ditautkan pada jari aku. "Sekarang, tidur."

Ditemani suara Haziq yang menyanyi kecil di tepi telingaku, akhirnya aku tidur kembali dengan sangat lena. Aku kembali bangun pada jam 5:30 pagi. Haziq yang kejut aku bangun, mandi dan bersiap untuk solat subuh. Seperti hari kebiasaan, Haziq akan ajak aku mengaji selepas solat subuh. Dan jika diikutkan, biasanya kami akan solat sunat sebelum subuh 2 rakaat. Tapi disebabkan tadi aku lambat bangun, maka tak sempat untuk kami lakukan solat sunat.

Tutup sahaja al-Quran, aku salam Haziq. Biasanya aku memang akan duduk berhadapan dengannya semasa mengaji kerana dia akan cek setiap bacaan aku. Kata Haziq, memang dari kecil ayah Zamarul akan arahkannya dan adik perempuannya untuk mengaji di hadapan ayah Zamarul dan bacaan mereka akan dipantau oleh ayah Zamarul. Mungkin sebab dah biasa, maka dia buat perkara itu pada aku juga.

Alahai bertuahnya diri sendiri...

"Mai tak payah pergi sekolahlah. Cuti aje..."

"Ehhh... mana boleh!"

"Boleh. Abang ada call sekolah tadi, cakap yang Mai ambil cuti sehari. Lagipun cuti kahwin hari tu tak habis, kan? Kira ambil dari situ ajelah."

Terbeliak biji mata aku dengan ayat Haziq. "Abang ingat tu sekolah swasta ke, abang nak minta cuti sesuka hati? Mai kerja kerajaan tau!" paha Haziq, aku pukul kuat. Mendecit sakit lak itu, kemudiannya. Padan muka. Buat tak bagitahu aku, dah kenapa?

"Kalau macam tu, Mai berhenti ajelah. Duduk rumah, uruskan abang..."

"Eeee, tak malu! Ingat abang tu budak kecil lagi ke, Mai nak uruskan?" aku jeling dia. Gedik betul.

Haziq tersengih. "Abang suruh cuti sebab abang nak bawa Mai pergi satu tempat ni. Kalau nak tunggu weekend, lambat sangat. Abang tak sabar nak bawa Mai pergi situ. Sebab tu abang suruh Mai cuti hari ni."

[C] THE SECOND CHANCEWhere stories live. Discover now