BAB 12

21 6 0
                                    

TANGAN aku sejuk, dahi aku juga sudah mula mengeluarkan peluh. Memandang para pelajar yang sedang elok duduk di tapak perhimpunan membuatkan aku tidak senang duduk kerana terlampau nervous! Menyesal pula aku menawarkan diri untuk menjadi pengacara majlis untuk progrom Anak Seni yang dianjurkan oleh kelab Pusat Sumber Sekolah. Isy!

"Bersabarlah duhai sahabat, dugaan anda hanya sebentar sahaja. Jangan takut-takut, jangan risau-risau. Kakak ada menemani mu di sini..."

"Isy!" aku tahu ayat Aryana masih belum habis tetapi laju sahaja tangan aku menampar lengannya. Waktu aku sedang seriuslah dia mahu ajak bergurau. "Kita ni jarak dua bulan aje. Tak payah nak berkakak-kakak sangatlah."

Aryana tersengih. "Alah, biarlah. Kau anak tunggal, aku anak tunggal, Zulaikha pun anak tunggal. Jadi, apa masalahnya... eh, baru aku perasan! Mana Zulaikha, ya?" soalnya sambil meninjau ke serata tempat. Mungkin mahu mencari keberadaan Zulaikha.

"Entah, tak tahu." Bahu aku angkat dengan malas.

"Hmmm... pelik betul kalau dia tak ada. Biasanya dia yang handle majlis-majlis berkaitan dengan pusat sumber. Pelik betul." Aryana berkata dengan nada musykil.

Secara jujurnya, aku juga pelik kerana tidak melihat kelibat Zulaikha. Sama seperti yang dikatakan oleh Aryana, memang Zulaikha selalu mengambil alih program-program yang dianjurkan oleh pusat sumber sekolah mahupun Kelab Pusat Sumber. Dan sepatutnya juga, dialah yang menjadi pengacara majlis bagi program kali ini seperti tahun-tahun yang sudah tetapi tiba-tiba sahaja pada awal pagi tadi aku mendapat pesanan daripada Cikgu Nor supaya aku hadir ke sekolah lebih awal kerana aku perlu menjadi pengacara majlis untuk program kali ini. Tanpa berfikir panjang, aku bersetuju dan sekarang aku sangat menyesal.

Haih...

"Maisarah get ready, ya? Majlis dah nak bermula lagi 10 minit," kata Cikgu Nor yang baru sahaja berdiri di sebelah aku sambil mengusap belakang badan aku bagi meredakan diriku yang sedang gementar.

Jujur aku katakan dari hati yang bersih lagikan suci ini, aku mungkin seorang yang lantang bersuara tetapi apabila berhadapan dengan orang ramai, aku sangatlah takut dan gugup apatah lagi ketika diperhatikan oleh beratus pasang mata. Bayangkan jika aku tersalah kata atau tergagap, tidak ke malu aku nanti? Memanglah ditangan aku terdapat skrip yang telah disediakan oleh Cikgu Nor tetapi tetap sahaja, aku takut!

"Awak jangan risau sangat Maisarah. Haziq akan jadi partner MC awak."

"Ha?" terbeliak biji mata aku memandang Cikgu Nor yang sudah mengangguk pada aku bersama sebuah senyuman.

Ha, sudah! Makin aku elak, makin dekat pula dia!

"Amboi!" Aryana menyiku lengan aku sebaik sahaja Cikgu Nor beransur pergi. "Dengan cik abang!"

"Sebelum aku gam mulut kau, lebih baik kau diam." Aku mengugutnya yang sudah tersenyum gatal. Memang nak kena dengan aku tau si Aryana gila ni!

"Eleh, padahal suka." Lengan aku dicuitnya pula.

"Hai, sorry lambat. Haz ke tandas tadi, sakit perut." Haziq datang pada kami bersama muka serba salahnya.

"Tak ada yang tanya pun." Aku balas tanpa perasaan.

"Dengan ini dijemput saudari Husna Maisarah dan saudara Muhammad Hazrul Haziq untuk mengendalikan acara yang seterusnya."

Suara daripada salah seorang pengawas yang menguruskan perhimpunan rasmi membuatkan aku sekali lagi merasa gugup.

"Tak apa, Haz ada dengan Mai. Mai jangan risau," kata Haziq separuh berbisik padaku.

Mungkin kali ini sahaja aku patut terima pertolongan daripada dia.

[C] THE SECOND CHANCEWhere stories live. Discover now