BAB 18

31 5 0
                                    

SIAP!

Bekas makanan berwarna pink aku tutup lalu aku masukkan ke dalam beg kain berwana pink cair yang berbentuk hati. Selepas Haziq ke tempat kerja, aku sempat meminta izin padanya untuk keluar seketika. Dia ada bertanya aku mahu ke mana dan aku menjawab bersama sengihan sahaja. Yang sebenarnya aku mahu membeli barang-barang memasak untuk aku bawakan bekal tengah hari untuknya. Yalah, dah alang-alang cuti, ada baiknya aku sediakan makanan tengah harinya, kan? Lagipun aku selalu tengok ibu buat macam tu pada ayah. Rasa... seronok!

Setelah siap membungkus nasi kosong yang berlaukkan ikan goreng dan sambal petai, aku naik ke bilik untuk bersiap dengan senyuman yang sangat mekar. Kejadian pagi tadi masih berlegar-legar dalam ruangan kepala aku. Rasa macam nak hempuk aje kepala aku dekat dinding!

──────⊱◈◈◈⊰───────

Pagi itu...

MATA aku mengecil dari tadi. Memang khusyuk pandang tali leher yang sedang cuba diikat oleh Haziq. Kaki ni pun dah gatal nak berjalan ke arah dia. Tapi aku sabarkan juga hati dan kekal terpacak di depan muka pintu bilik ini dengan tangan yang bersilang ke dada. Dah hampir 10 minit aku pandang dia ikat tali leher tahu tak?

Apabila mata kami bertembung pada pantulan cermin, Haziq tersengih. Macam biasa, lesung pipitnya terserlah. "Mai... reti ikat tali leher?"

"Hai... dah berapa kali pakai tali leher, tak akan masih tak reti pakai?" dalam perlian, aku memegang juga tali leher yang sudah melilit pada lehernya. Dengan muka masam, aku mengikat tali leher tersebut dengan berhati-hati. Dalam kepala otak aku ni, dah fikir-fikir macam-macam. Kalau jerut leher dia ni...

Ya Allah, Mai... tak baik!

"Selama ni mama yang ikatkan. Kalau tak mama, Humairah yang ikatkan..."

Gerakkan tangan aku mati. Pandangan mata aku naik memandang anak matanya yang berwarna coklat pekat. Tiba-tiba aku rasa terpukau. Cantik gilos!

"Mai..."

"Siapa Humairah?" nada aku membeku ketika bertanya.

Haziq merenungku dengan pandangan redupnya. Dengan perlahan-lahan, senyumannya naik diikuti lesung pipit di kedua belah pipinya. Grrr... kalau lesung pipit tu boleh dipindahkan, dah lama aku suruh dia bagi aku. Geram betul!

Tawa kecilnya terlepas. Kali ini mata aku jatuh pada gigi taringnya. Baru aku perasan yang dia ada gigi taring. Comel betul!

"Humairah tu adik Haziqlah. Tak payah nak jealous sangat."

Aku mendecit dengan bola mata yang diputarkan. "Menyampah aku. Nak jealous buat apa? Buang masa aku aje." Kolar baju kemeja Haziq aku lipat setelah tali leher selesai aku ikat. Kedudukan bajunya juga aku betulkan. "Siap!"

"Eleh, betul ke tak jealous?"

"Ya!" balas aku bersungguh sebelum aku menunduk untuk membuka laci almari. Stokin berwarna kelabu tarik.

"Tak apalah, satu hari nanti Mai akan jealous juga kalau Haz dengan perempuan lain."

"Kalau masih tak jealous?"

"Haz akan buat sampai jadi. Lagipun Mai kan dah janji yang Mai nak bukakan hati Mai untuk Haz."

"Ah, kau. Yakin betul, kan?" aku tersengih sambil melihat dia yang sedang memakai stokin di atas lantai.

"Kita hidup kenalah yakin."

"Tapi kalau yakin sangat pun susah juga. Nanti diri sendiri dapat malu, tahu?"

[C] THE SECOND CHANCEWhere stories live. Discover now