BAB 20

40 5 0
                                    

"PENGANTIN baru... pengantin baru. Hoi! Duduk bersanding... tersipu malu..."


"Hoi, jantan! Kau diam sekarang! Bising aje kerja kau. Suara dahlah buruk! Muka pun hauk! Tak ada dah pengantin barunya. Dah dekat lima hari Maisarah ni kahwin."

"Apalah kau ni." Haikal geleng kepala. Kaki yang diletakkan di atas meja dengan penuh selamba, diturunkan. Safiyyah dipandang dengan muka cemberut. "Suka hati akulah. Kau sibuk kenapa? Lagi satu, mana ada muka aku hauk. Aku handsomelah. Kan Mai?"

Haikal pandang aku dengan senyuman. Mungkin berharap yang aku akan puji dia. Kalau memang itu yang dia nak, memang taklah! Dalam mimpi pun belum tentu aku nak puji. Boleh blah!

"Perasanlah kau ni Kal. Handsome celah mana pun aku tak tahu." Tergeleng-geleng kepala aku. Kemudian, aku sambung tanda buku pelajar-pelajar aku. Ada masa aku kecilkan mata. Ada masa aku besarkan mata nak menghadap tulisan dia orang. Yang elok tu, alhamdulillah. Yang tak berapa elok tu, astaghfirullah... rasa macam nak ketuk kepala!

"Alah, tanya kau pun tak guna Mai. Kan dah kahwin. Sia-sia aje tanya. Mesti laki kau aje yang terpaling hesmes pada abad ini..."

"Kau diam sekarang sebelum aku campak pen ni dekat kau." Tangan aku angkat, bersedia untuk baling pen merah di tangan. Sekali lagi diingatkan, aku ni panas baran. "Aku ni tengah sakit kepala, jangan cari pasal dengan aku." Tangan aku turunkan semula. Perlahan-lahan aku mula fokus pada kerja aku.

"Garangnya kau ni. Laki kau tak lari ke Mai?" Haikal bersuara lagi. Dia ni mana pernah takut dengan aku.

"Nak lari kenapa pula?" walaupun mulut aku bersuara, akan tetapi mata masih fokus pada buku latihan.

"Yalah, dapat bini garang sangat. Macam harimau."

"Kau kutuk aku, esok lusa kau dapat bini macam yang kau cakap baru kau tahu."

"100 persen aku yakin, tak akan. Sebab orang yang aku suka tu sangat lemah lembut dan sopan." Dengan penuh berlagak Haikal berkata. Sombong betul!

"Masalahnya kau yakin ke yang kau akan kahwin dengan perempuan yang kau suka tu? Kalau tiba-tiba jodoh kau macam Maisarah, tak haru hidup kau?" Safiyyah menyampuk, sekaligus menyokong aku.

"Eleh, ini Muhammad Haikal Nasrullah bin Sufianlah. Aku tak akan terjebak dengan perempuan harimau macam Maisarah. Kau rileks aje."

Decitan aku terlepas. Dengar ayat angkuh Haikal tu buat aku loya tekak aje. Macamlah dia boleh agak masa depan. Kau tunggu ajelah, kalau dia dapat perempuan yang garangnya macam harimau, memang 7 keturunan dia aku gelak habis-habisan. Biar padan muka dia! Nak kutuk aku sangat, kan? Kau tunggu dendam kesumat aku. Muahahaha...

"Tapi Mai... kenapa kau tak habiskan cuti kahwin kau? Sepatutnya kan, seminggu. Kenapa kau ambil cuti dua hari aje?" Safiyyah mengajukan soalan. Berkerut dahinya memandang aku. Elok sahaja pen hitam mendarat pada dagu.

"Aku risau dengan budak-budak yang nak SPM tu. Nanti siapa nak ajar dia orang? Aku kalau boleh tak nak dia orang bercampur-campur ajaran. Lagi-lagi kelas 5 Beta dan 5 Delta. Dia orang kan dah biasa dengan aku dari form 4. Nanti dia orang keliru nak ikut yang mana satu. Kalau cikgu lain ganti tak apalah. Kalau Haikal ganti, jahanam budak-budak tu nanti." Aku kerling Haikal yang terbeliak pandang aku. Tadi dia buli aku, kan? Sekarang, biar aku pula yang buli dia!

"Eh, cakap baik sikit. Aku cucuk anak tekak kau nanti, baru kau tahu. Aku dapat anugerah guru cemerlang tiga tahun berturut-turut tau. Elok sikit..."

Aku putar bola mata. Malas betul aku nak melayan si Haikal ni. Makin dilayan makin menjadi. Tak pasal-pasal aku yang sakit jiwa nanti. Ada baiknya jika aku diam sahaja.

[C] THE SECOND CHANCEWhere stories live. Discover now