BAB 4

27 4 0
                                    

"MAI okey?"

Aku bangun daripada tanah lalu menepuk belakang baju aku yang terkena pasir. Untuk beberapa saat, aku mengerling orang yang membantu aku. Kepala, aku angguk bersama bibir yang berkata, "Terima kasih."

Mata aku menangkap pemergian kereta yang hampir sahaja melanggar aku tadi. Dalam diam, aku sempat mengutuk tukang pandu kereta. Aku tahu aku salah, tapi tak boleh ke kalau dia keluar dan tanya, sama ada aku okey atau tidak? Ini, main blah aje. Huh!

"Mai, okey tak?" Zulaikha dan Aryana menerpa ke arah aku dan soalan yang diajukan itu adalah daripada mereka berdua.

"Okey." Satu senyuman nipis terlakar.

"Lepas ni, jalan hati-hati. Jangan menonong aje jalan tu. Bahaya, Mai."

Suara orang yang menegur tadi membuatkan aku memandang ke arahnya sebelum aku mendengus, kuat.

"Husna Maisarah..." suara Zulaikha yang seakan menegur cara aku melayan orang yang membantu aku tadi, membuatkan aku memutarkan bola mata aku.

"Aku dah cakap, terima kasih, kan? Apa masalahnya? Apa lagi yang tak kena?"

Meninggalkan mereka bertiga, sekali lagi aku mendengus. Sempat aku menjeling ke arah lelaki yang membantu aku tadi. Telinga aku sempat mendengar Zulaikha meminta maaf kepada lelaki itu atas kekasaran aku tadi. Dan lelaki yang bernama Haz itu, hanya ketawa kecil dengan mengatakan, 'tidak mengapa'.

Heh.

──────⊱◈◈◈⊰───────

"ASSALAMUALAIKUM." Pintu pagar aku kunci. Perkara pertama yang menjadi tumpuan aku ketika membuka kunci pintu pagar tadi adalah, sebuah kereta mewah di halaman rumah ibu ini.

Kereta siapa? Kerana setahu aku, ibu hanya ada kereta kancil sahaja. Akan tetapi, kereta yang berada di hadapan mata aku ini adalah kereta BMW hitam yang masih berkilat. Kalau aku tak salah, kereta ni macam kereta yang baru dikeluarkan kerana badan keretanya kelihatan sangat baru.

Musykil betul.

"Maisarah, lambat balik." Ibu yang baru keluar menuruni anak tangga dan berjalan ke arah aku, menegur.

"Ada hal tadi, bu." Tangan ibu aku capai dan aku kucup. Tidak lupa, pipi ibu juga aku kucup. "Ibu tak buka kedai hari ni?"

"Buka. Tapi Wawa tolong jagakan. Kan ada tetamu ni."

Aku menganggukkan kepala apabila ibu menunjuk kereta BMW yang menjadi persoalan aku sebentar tadi. Agak-agak, siapa datang, ya?

"Husna Maisarah, lama mummy tak nampak you."

Seorang wanita yang berumur sekitar 30-an menghampiri membuatkan aku mengalihkan pandangan. Serentak dengan itu, api kemarahan aku menjulang naik. Senyuman sumbing aku juga terhasil saat melihat wajahnya. Berani betul dia datang sini.

"Mummy?" gelakkan sinis aku terhasil. "Saya kenal awak ke?"

"Maisarah..."

Teguran ibu, tidak aku hiraukan. Yang menghiraukan aku sekarang ini adalah, perempuan di hadapan aku ini. "Apa kau buat dekat sini?"

"Maisarah..."

"Perangai you, makin garang. Takut mummy tengok." Perempuan itu, memotong kata-kata ibu.

Aku mendengus. Tubuh sendiri, aku peluk. "Tak suruh tengok pun. Plus, pintu pagar tu masih berfungsi kalau nak keluar. Dipersilakan." Tangan aku arahkan ke belakang, ke arah pintu pagar yang aku kunci beberapa minit yang lepas.

[C] THE SECOND CHANCEWhere stories live. Discover now