BAB 13

23 4 0
                                    

10 tahun kemudian...

"BANGUN! Bangun! Bangun!"

"Alah... apa ni, ibu?" aku menarik selimut yang terasa meleret ke bawah supaya menutup mukaku kembali.

"Bangun Husna Maisarah. Hari ni keluarga Datin Aini nak datang ke rumah untuk majlis bertunang." Berselang dengan suara ibu itu, aku mendengar bunyi langsir yang diselak.

Dengan malas, aku menyelak selimut yang menutupi muka dan memandang ibu yang membuka tingkap bilik aku supaya angin luar masuk. Kata ibu, kalau bilik ini dikurung tanpa membuka tingkap, nanti berbahang. Elok aje, aku berkurung dalam bilik ini tanpa membuka tingkap selama hari ni.

"Kalau suruh mereka datang esok tak boleh ke?"

"Hei!" ibu memukul kaki aku yang masih berbungkus selimut. "Mai jangan merepek, ya?"

"Yalah, bukannya Mai yang beria nak bertunang. Ibu dengan ayah yang sibuk sangat nak jodohkan Mai dengan anak kawan ayah tu. Kalau memang Mai suka, excitedlah juga nak bertunangnya." Aku mengeluh sambil menguatkan semangat untuk duduk.

"Tak payah nak mengarut, ya? Mai juga kata tak kisah sesiapa pun, kan?"

"Memanglah tapi..."

"Tak ada, tak ada. Ibu tak nak dengar alasan daripada Mai. Mai bangun pergi mandi sekarang juga. Sekejap lagi mak andam nak datang..."

"Ibu..." aku memandang ibu yang baru sahaja mahu melangkah keluar daripada bilik aku.

"Apa lagi Husna Maisarah?" ibu memandang aku dengan muka malasnya itu.

"Kenapa nak panggil mak andam? Tunang aje, kan? Mai boleh makeup sendirilah." Aku memprotes.

Jujur aku kata, aku memang tidak pandai makeup tetapi tak ada lah sampai tidak tahu langsung. Setakat ni, aku masih boleh bezakan yang mana bedak, yang mana foundation. Tengok? Aku pandai, kan?

"Tak payah banyak bunyi. Pergi bersiap. Ibu memang tak percaya dengan Mai."

"Isy!" katil menjadi mangsa tumbukkan aku sebaik sahaja ibu menutup pintu selepas keluar. "Kalau aku tahu siapa anak Datin Aini tu, memang aku pijak-pijak muka dia, tahu? Eee, geram!" buat kali kedua, aku memukul katil. Kali ini berkali-kali dan lebih ganas kerana melepaskan geram.

Sungguh aku katakan yang aku memang tidak boleh lupakan permintaan ayah yang mahu aku berkahwin dengan anak Datin Aini yang bernama Hazrul beberapa bulan yang sudah. Kata ayah juga, Hazrul mahu menjadikan aku sebagai isterinya tanpa bertunang terlebih dahulu. Aku yang mendengar kata-kata ayah tika itu sudah semestinya sudah naik berang. Manakan tidak, sudahlah aku tidak mengenalinya, tiba-tiba sahaja dia mahu bernikah dengan aku.

Melalui cerita ayah, aku dapat mengagak yang lelaki itu mengenali aku. Sayangnya aku tidak mengenali lelaki tidak guna lagi menyusahkan itu. Secara jujur daripada hati yang tidak berapa ikhlas ini, aku tidak kisah jika aku dijodohkan dengan lelaki yang tidak aku kenali. Yalah, bak kata ibu, aku tidak kisah. Tetapi maksud aku di sini adalah bukannya berkahwin secara membuta tuli tanpa aku mengetahui siapa calon suami aku!

Paling tidak pun, jika benar lelaki itu tidak mahu bertunang, apa salahnya jika kami mengamalkan taaruf. Bukankah itu lebih baik? Mengikut landasan Islam yang tepat. Tak begitu?

Tiba-tiba pula aku jadi ustazah tapi lupakan tentang itu!

Bagaimana kalau lelaki itu lebih tua daripada aku? Aku tidak mahu. Oh, membayangkan sahaja membuatkan tekak aku berasa kembang dan ingin meletup. Aku memang tidak suka lelaki tua daripada aku walaupun hanya setahun! Muda apatah lagi. Aku rasa, bukan tekak aku aje yang meletup kerana berasa geli tetapi dengan diri aku sendiri terasa mahu meletup dan nyah dari bumi! Lebih-lebih lagi jika lelaki itu berwajah jambu dan...

[C] THE SECOND CHANCEDonde viven las historias. Descúbrelo ahora