BAB 35

67 6 0
                                    

"MACAM mana mama dan papa boleh datang sini?" aku bertanya pada ibu yang sedang memasukkan gula ke dalam teko yang berisi air teh.

"Ibu yang jemput mereka datang." Dengan penuh tenang, ibu berkata.

"Kenapa ibu jemput?"

"Ibu nak masalah Mai ni cepat selesai. Keluarga Haziq berhak tahu apa yang anak dia dah buat pada anak ibu. Tapi Mai tak perlulah risau sangat." Ibu pandang aku. Sebuah senyuman lebar terlakar pada wajah manisnya. Tangan aku dicapai dan ditepuk. "Ibu tak akan salahkan mereka. Ibu cuma nak ajak mereka berbincang sahaja."

Perasaan yang bercampur baur cuba aku tenangkan dengan zikrullah di dalam hati. Sesekali aku memandang Haikal untuk meminta pertolongan daripadanya. Sayangnya, lelaki itu hanya mengangkat bahu tanda dia pun tidak tahu bagaimana mahu menolong aku.

Aduhai...

Aku ikut langkah kaki ibu ke ruang tamu selepas ibu siap membancuh air teh. Sempat aku beri isyarat mata pada Haikal supaya mengikut aku sekali untuk ke depan. Yalah, kan ibu cakap yang ibu nak masalah aku selesai. Jadi, Haikal memang perlu ada sekali! Lagipun, ini kan rancangan dia untuk aku tahu sama ada mama dan papa tahu tentang perkahwinan Haziq dan Zulaikha.

"Masya-Allah... lamanya mama tak nampak menantu mama..." mama tarik aku untuk duduk di sebelahnya lalu tubuhku dipeluk erat-erat bagai tidak mahu lepas. Mungkin kerana mahu melepaskan segala kerinduannya. Yalah, lepas aku kahwin dengan Haziq, kami memang tidak bertemu kerana masing-masing sibuk dengan urusan sendiri.

"Maisarah sihat?" papa yang berada di kiri mama pula yang bertanya.

Aku tersenyum manis lalu mengangguk. "Sihat, pa. Mama dan papa sihat?"

"Alhamdulillah, kami berdua sihat." Mama menjawab bersama senyuman yang tidak lekang. Kemudian, matanya tertancap pada Haikal yang sedang duduk di sebelah ibu, di hadapan kami.

Haikal tersenyum kekok apabila dirinya menjadi tumpuan. "Saya Haikal, mak cik, pak cik. Kawan universiti Maisarah."

Membulat mulut mama dan papa selepas Haikal memperkenalkan dirinya. Beberapa minit yang berlalu diikuti dengan perbualan kosong sahaja. Sempat juga papa bertanya tentang keberadaan ayah pada ibu. Kata ibu pula, ayah keluar untuk membeli barang dapur dan beberapa keperluan yang lain. Sepatutnya ibu pergi sekali dengan ayah. Akan tetapi, disebabkan Haikal datang mengejut, ayah buat keputusan untuk pergi seorang diri sahaja. Kata ayah, dia memang dah pro bab barang-barang dapur dan barang keperluan harian.

Melalui cerita ayah, sejak berkahwin dengan Mummy Sara, ayah banyak belajar tentang urusan rumah kerana Mummy Sara dan anak perempuannya itu hanya tahu duduk dan goyang kaki sahaja di rumah. Maka disebabkan itu, akibat malas mahu bertegang urat setiap hari, ayah mengambil keputusan untuk belajar segala hal dalam rumah termasuklah memasak dan mengemas rumah. Dipendekkan kata, ayah memang dah mahir dalam menguruskan hal rumah.

Ayah memang padu!

"Sebenarnya, apa hajat Halina jemput kami ke mari?" papa mula membuka mukadimah pada topik utama yang menjadi punca mereka ke rumah ayah.

Ibu di hadapanku memandangku dengan serba salah. Mungkin ibu rasa yang ibu tak patut masuk campur urusan aku dan Haziq. Mungkin juga ibu rasa risau jika ibu membuka bicara, mama dan papa akan mula memandang serong padanya.

Akibat tidak mahu membebankan ibu dengan masalah rumah tangga aku, aku bangkit daripada duduk dan berlutut di hadapan mama dan papa. Terkejut mereka berdua tatkala melihat tindakkan aku ini. Mama menyuruh aku bangun. Akan tetapi aku berkeras dan akhirnya mama membiarkan sahaja.

Aku pegang tangan mama dan papa. Kemudian, aku pandang muka keduanya silih berganti. "Mai... nak minta maaf dekat mama dan papa sebab Mai tak boleh jadi menantu yang baik untuk mama dan papa." Dalam debar, aku cuba untuk menuturkan ayat.

[C] THE SECOND CHANCEWhere stories live. Discover now