BAB 11

25 5 0
                                    

HAZIQ yang mengenakan baju melayu berwarna hitam dan kain pelekat kotak-kotak berwarna coklat datang menegur aku bersama dengan Nenek Asma yang dibaluti telekung. Laju sahaja aku mahu memutarkan bola mata aku. Namun membayangkan hati dan perasaan Nenek Asma, terus mati hasrat aku itu.

"Eh, hai Haz!" tangan aku lambai pada Haziq dengan penuh mesra yang dibuat-buat. Setelah itu, aku mengendeng pada Nenek Asma dan menolak Mak Kiah yang menghalang laluan aku.

Waktu ini, aku dapat melihat Azman sudah berpatah balik untuk ke gerai burger dan Mak Kiah sudah berpamitan untuk pulang ke rumah. Sebaik sahaja kedua-duanya berlalu pergi, nafas dalam penuh kelegaan aku hembus. Syukur, Alhadmulillah!

"Mak Kiah kata apa pada Mai?" Nenek Asma bertanya.

Aku mula mencebik tidak suka apabila Nenek Asma bertanya. "Alah, macam biasalah! Mengutuk sana sini." Aku mengadu.

"Alahai... kesian cucu nenek ni." Nenek Asma mengusap kepala aku sambil ketawa kecil.

"Alah, apa ni nek? Sampai hati nenek duakan Haz."

Aku memandang Haziq yang sedang berpura-pura merajuk itu. Dan tanpa sedar, aku membuat sesuatu iaitu mengejeknya kerana tidak mendapat perhatian daripada nenek Asma. Seperti aku yang terkejut dengan tindakkan sendiri, Haziq turut terkejut sehingga menyebabkan dia terpana. Kami berdua akhirnya beradu mata sehingga Nenek Asma sendiri yang mematikan lamunan kami dengan memetik jari.

Aku tersedar!

"Errr... Mai baliklah nek. Nanti ibu cari pula." Kepala sendiri aku garu.

Yalah, tak akan aku nak menggaru kepala beruk pula, kan? Haha, kelakar Mai. Kelakarrr... sangat!

"Jomlah, Haz dengan nenek teman Mai balik. Tak eloklah balik seorang. Nanti kena lalu depan gerai burger, kan? Nanti kalau Azman tu kacau Mai lagi macam mana?"

Aduuu... lelaki ni memang nak kena dengan aku, tahu? Memang mengambil kesempatan betul!

"Haah, Mai. Jom kami teman Mai," ajak Nenek Asma pula.

"Eh, tak apalah nek. Mai boleh jalan seorang. Mai, kan, gengster."

"Gengster, tak gengster, Haz tak peduli. Bahayalah kalau Mai jalan sorang-sorang."

Kali ini aku tidak menunggu lama untuk membiarkan bola mata aku digulingkan ke atas. Kecil besar, kecil besar aje aku pandang lelaki yang sedang tersengih sumbing ini. Memang nak kena dengan aku!

"Okay, fine. Tapi aku nak berjalan dengan nenek dekat belakang. Kau jalan depan."

"Sure! Why not!" bahunya diangkat dengan penuh yakin. Setelah itu dia memulakan langkah untuk menghantar aku pulang diikuti Nenek Asma di sebelah aku.

Sepanjang perjalanan kami, aku terfikir akan sesuatu. Lelaki ini memang tiada rasa malu atau dia memang tiada perasaan? Bagaimana dia boleh menunjukkan dirinya di hadapan aku, seseorang yang pernah menolak perasaannya? Kalau aku jadi dia, aku rasa sudah lama aku melarikan diri daripada orang yang tahu tentang perasaan aku. Yalah, malu tahu tak? Jadi, bagaimana lelaki ini boleh munculkan dirinya dengan selamba di hadapan aku? Dia memang tak ada perasaan ke?

──────⊱◈◈◈⊰───────

CUTI aku berjalan dengan sangat huru-hara dan sangat tidak diinginkan oleh aku. Mana tidaknya, ketika aku pulang ke rumah bersama Haziq dan Nenek Asma tempoh hari, ayah masih ada di rumah dan sampai sekarang ayah masih menetap di situ. Sungguh aku tidak tahu dan tidak mahu tahu apa tujuan ayah tetapi aku sangat-sangat tidak suka dengan kehadirannya di rumah itu!

[C] THE SECOND CHANCEWhere stories live. Discover now