BAB 31

45 4 0
                                    

RUMAH sudah gelap apabila aku sampai. Salam diberi semasa kaki menjejak masuk ke dalam rumah. Sampai di dapur, aku terus hidupkan suis lampu. Letak jeruk dan bag atas meja makan, aku berjalan ke peti ais untuk melihat isi dalamnya. Kerana seingat aku, barang dapur macam dah nak habis. Jadi, bolehlah kalau aku nak buat senarai barang hari ni dan keluar pergi beli barang yang tak ada esok.

Benda pertama yang menjadi perhatian aku ketika membuka pintu peti ais adalah, limau kasturi. Tiba-tiba aku teringat satu video Tiktok yang lalu di for your page aku, di mana orang tersebut membuang kulit limau kasturi, mencampurkannya dengan gula dan juga chilli flakes. Berfikir tentang itu sahaja sudah cukup membuatkan aku kecur liur.

Ya Allah, sedapnya!

Pintu kabinet aku buka untuk mencari chilli flakes. Namun sayangnya, apa yang aku harapkan tiada di dalam kabinet. Kempunan aku nak makan limau kasturi. Terpaksalah aku menunggu esok hari untuk makan limau kasturi itu. Haih...

"Baru balik dari mana?"

Aku toleh ke belakang apabila terdengar suara garau yang berselang dengan bunyi kerusi yang ditarik. Haziq duduk sambil memandang aku dengan wajah seriusnya. Elok sahaja jari-jarinya yang bertaut diletakkan di atas meja. Seperti biasa, jika tiba waktu malam, Haziq akan mengenakan t-shirt dan seluar track sahaja.

"Jumpa Haikal dekat kedai mamak depan tu aje," jawabku jujur dan berani. Yalah, bukannya aku menipu pun. Nak takut buat apa?

Nampak sahaja pandangan maut Haziq, aku lepaskan keluhan. "Awak dah makan?" soalku sekaligus menukar topik. Aku tidak mahu membangkitkan isu Haikal dalam hal kami memandangkan aku berasa tidak sedap badan sejak pagi tadi.

"Belum." Haziq balas ringkas.

"Kenapa tak makan? Awak keluar dengan Zulaikha, kan? Tak akan tak makan?"

"Air tangan dia orang tak sama dengan air tangan kau. Aku tak suka."

"Nak apa-apa tak? Saya boleh masakkan untuk awak."

Haziq geleng. Kemudian, dia capai balang jeruk atas meja dan ditenung macam nak tembus. "Haikal belikan?"

"Ya."

"Kenapa?"

"Sebab saya nak."

Sekali lagi, Haziq berikan pandangan mautnya padaku, dan aku beranikan diri untuk tatap anak mata itu. Sambil itu, aku bersandar pada kabinet dapur bersama tangan yang berpeluk tubuh. Perlahan-lahan, pandangan Haziq berubah redup. Satu keluhan berat terlepas daripada bibir merah itu.

"Kenapa tak minta dekat abang? Kenapa minta orang lain belikan untuk Mai?"

"Awak peduli ke kalau saya minta awak belikan?" balang jeruk di tangannya aku rampas. "Bukan ke Zulaikah tu segala-galanya bagi awak? Saya ni cuma kuli awak sahaja. Atau nak lagi best, awak boleh kata saya ni hamba awak."

"Maisarah..."

Aku menjauh daripadanya apabila tanganku cuba dipegang. "Jangan pura-pura baik dengan saya kalau awak berniat nak sakitkan hati saya, Haziq. Saya tak nak terima segala kebaikan yang awak buat pada saya. Saya... saya tak nak terhutang budi dengan awak. Awak get ready ajelah dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku."

Beg aku capai dan aku sangkut ke bahu. Baru sahaja aku mahu menapak, bicara Haziq membuatkan langkah aku mati.

"Mai sungguh nak tuntut fasakh?" suara itu bertanya dalam nada yang sayu.

Jangan percaya Maisarah... jangan sesekali percaya.

"Itu keputusan saya. Lagipun saya berhak tuntut fasakh. Awak zalimi saya dan tak berlaku adil pada saya." Aku pusing pandang dia di belakang. "Jadi, sekarang ni saya nak awak pilih, ceraikan saya dengan cara yang baik atau saya tuntut fasakh. Awak tahu yang saya tak akan biarkan diri saya dipijak. Jadi saya harap awak faham..."

[C] THE SECOND CHANCEWhere stories live. Discover now