"Untuk apa?"

"Susahlah dapat kawan bengap percintaan macam kau ni. Ajaklah dia dating. Eh, tak perlu. Ajak kahwin terus!" Luthfan ketawa lepas. Rasa kelakar pula dengan cadangan sendiri. 

Mendengus kasar, Emiir bangkit dari sofa. Dia sudah dapat agak, cadangan Luthfan memang selalunya kurang bijak. Gila ke apa tak kenal tiba-tiba nak ajak dating, kahwin bagai. Gila! Mati hidup semula pun Emiir takkan lakukan semua itu. Ada banyak lagi kerja dia perlu uruskan daripada melayan benda remeh. 

"Oi, oi!" 

Belum sempat Emiir buka langkah, Luthfan tarik lengan lelaki itu supaya duduk di sebelahnya semula. Wajah ketat Emiir menyapa pandangan. Luthfan jungkit kening, cebirkan bibir. Sekalipun Emiir akan pecat dia selepas ini, dia tetap boleh ganggu lelaki itu. Memang setiap hari dia akan datang sini untuk jenguk Eshaq. Tidak sanggup memikirkan jika budak itu tinggal bersama Emiir yang sejuk beku ini berdua. 

"Aku gurau ajelah. Kau pergi jumpa perempuan tu dulu. Kenal dia luar dan dalam. I think I like her. Dia baik, lembut, manis, cantik, lemah-lembut, sopan. Sebab itulah Eshaq selesa dengan dia."

"Dah tu, kau jelah pergi kahwin dengan dia. Kenapa aku pulak?" Emiir kerut kening tidak suka. 

"Sekarang ni Eshaq tu anak kau atau anak aku?"

Emiir terdiam. Memang Eshaq itu anak dia. Tapi takkanlah dia perlu buat semua itu demi ingin memuaskan kehendak budak itu? Untuk beberapa saat, Emiir hanyut dalam kebisuan. Memikirkan baik dan buruk cadangan Luthfan. Tenggelam dalam kenangan lama, entah kenapa hati dia jadi hangat tidak semena-mena. 

"Pergi jumpa dia eh? Demi Eshaq, anak kau." 

Kumpul liur, ditelan rasa payah. Emiir balas tatapan penuh berharap Luthfan. Mata dipejamkan untuk beberapa saat. Wajah sayu Eshaq yang sedang menangis tiba-tiba terkilas dalam fikiran. Bayangan anaknya itu tersenyum bahagia, Emiir sangat menginginkan semua itu. Sekarang baru Emiir sedar, sepanjang membesarkan Eshaq jarang dia dengar gelak tawa budak itu. Manakan tidaknya, selama ini dia sering meninggalkan Eshaq bersama pengasuh demi urusan kerja. 

"So?"  Luthfan jungkit kening, meminta kepastian. 

Emiir tidak mengiyakan atau menafikan. Tetapi dari gerak-geri lelaki peti ais itu, Luthfan sudah dapat agak jawapan Emiir.

Lebar sengih di bibir Luthfan. Jarang sangatlah pujukan dia berjaya. Agaknya jika dia tidak sebut nama Eshaq, memang hati lelaki itu masih keras sekerasnya. Nama Eshaq memainkan peranan penting dalam lakonan Akasianya. 

"Aku tak kena pecat kan?!" Laung Luthfan kepada Emiir yang sudah melangkah ke arah tangga. Langkah lelaki itu terhenti seketika. Hala pandangan kepada Luthfan dengan wajah serius.

"Pergi siapkan kerja kau kalau tak mahu aku pecat betul-betul."

"Ay ay boss!" Luthfan ketawa besar.

*****

JELITA mengerutkan kening. Melihat Aliah yang tidak henti-henti tersenyum, buat dia naik hairan. Entah apa yang dilihat oleh gadis itu pada majalah antarabangsa itu. Dia baru sahaja selesai membuat pesanan sebentar tadi, perut lapar minta diisi. Pagi tadi tidak sempat sarapan pagi. Waktu sudah menginjak jam 12 tengah hari, baru berpeluang keluar ke restoran berdekatan tadika.

"Apa kau tengok tu?"

"Tengoklah ni, cover majalah ni," jawab Aliah yang masih tersenyum. Majalah di tangan dihulurkan kepada Jelita.

Hendak tidak hendak, Jelita membelek juga gambar muka hadapan majalah itu. Kening bertaut. Macam kenal aje. Macam pernah nampak, tapi di mana ya? Bila baca nama model muka hadapan majalah itu, barulah Jelita teringat. Raja Emiir Farran. Oh, ini bapa Eshaq. Jelita renung gambar itu sekali lagi.

Mr. Cold Dictator [ ON GOING ]Where stories live. Discover now