Blade melihat saja langkah Ren yang semakin lama semakin jauh ke hadapan menuju ke pintu masuk club malam tersebut.

Mengikut rancangan Ren, dia akan masuk ke dalam setelah 20 minit Ren berada di dalam. Jadi, sementara itu dia memejamkan matanya seketika.

Sejak akhir-akhir ni dia memang tidak cukup tidur dan sedikit penat. Dengan hal kerja di pejabat, hal Eagle Eyes, tentang Qaisha lagi dan juga mendalami tentang agama Islam. Setakat ini tentang solat dia sudah hafal pergerakan dan bacaan dalam solat.

Pada mulanya memang susah untuk dia buat sampaikan dia perlu tampal bacaan solat di dinding untuk dia baca. Tetapi lama kelamaan dia mulai hafal dan tidak lagi memerlukan kertas-kertas yang di tampalnya untuk panduan bacaannya.

Hampir 20 minit, Blade keluar daripada keretanya setelah mematikan enjin keretanya. Hoodienya di tarik hingga hampir menutup wajahnya.

Seperti biasa dia akan mencari kelibat Qaisha yang sedang bekerja di bahagian bar. Melihat Qaisha yang sedang membancuh air jus dengan wajah yang serius membuatkan dia menyungging senyuman kecil.

Tidak jauh daripada situ matanya mengerling ke arah Ren yang sedang berbual rancak dengan Sam Smith.

Ren yang perasan Blade memandangnya hanya mengukir senyuman sinis pada lelaki itu sebelum kembali berbual dengan Sam Smith yang separa sedar kerana terlalu mabuk.

"Hey Qaisha." Sapa Blade sebaik saja dia mengambil tempat duduk di hadapan Qaisha.

Qaisha terkejut melihat kedatangan Blade yang tiba-tiba itu.

"Blade? How are you?" Balas Qaisha dengan nada yang dikawal setenang yang boleh bagi mengelakkan dirinya daripada terlalu gembira melihat kedatangan lelaki itu di sini.

"You look happy." Tegur Blade dengan senyuman senget.

Qaisha terkedu. Ketara sangatkah? Wajahnya mula membahang menahan malu. Dia berdehem kecil.

"Mana ada, biasa je." Nafinya.

Ternaik kening Blade. Bukan dia tidak perasan reaksi yang ditunjukkan oleh perempuan itu saat memandang dirinya. Walaupun Qaisha cuba mengawal riak wajahnya tetapi matanya tajam membaca air muka perempuan itu.

"Whatever, by the way i'm fine alhamdulillah. How about you?"

"I'm fine too. So, ada apa datang sini?" Soal Qaisha sekadar ingin berbual kosong.

"Saja. Kenapa? Tak boleh?" Soalan berbalas soalan.

Qaisha menggeleng kecil.

"Jusk ask. Nak minum apa-apa tak?"

"Orange juice." Pinta Blade.

Qaisha terus membancuh jus oren yang di pinta oleh Blade itu.

Blade melihat sekelilingnya. Kelibat Jackson di cari tetapi langsung tiada. Malah kelibat Amelya pun tiada. Pergi mana lah diorang berdua tu.

"Jackson dengan Amelya tak ada. Diorang berdua keluar pergi makan. Maybe around satu jam lebih baru nampak muka diorang berdua kat sini." Kata Qaisha tanpa di pinta. Gelas yang berisi jus oren diletakkan di hadapan Blade.

"Thank you." Ucap Blade lalu meneguk air jus tersebut seteguk.

"Hmmm Blade can i ask you something?"

"Can."

"It is true i have twins? Jack tanya aku sama ada aku ada kembar atau pun tidak tapi setahu aku, aku takde kembar atau pun adik beradik. Aku anak tunggal. Mustahil aku ada kembar. Tapi Jack cakap kau jumpa seorang perempuan yang muka sama dengan muka aku dan mengaku dia tu kembar aku. Betul ke?" Tanya Qaisha dengan perasaan ingin tahu.

OUR BEAUTIFUL FATE √√Where stories live. Discover now