Syafina menyentuh dada. Sudah syaf. Abaikan manusia manusia tahap IQ rendah dekat sini. Kalau kau masuk kelab sana tazkirahkan diorang pun entah entah kau jugak yang kena halau. Fuh sabar. Ingat, tujuan kita tadi nak pergi 7 eleven beli roti gardenia enak dimakan begitu sahaja je kan? So dah beli kan? Ha okay so mari kita balik apartment kita cepat cepat.

Skrettt!

Dia yang baru nak menyambung langkahnya yang tergendala terus terkejut dengan bunyi brek mengejut di sebelahnya.
"Mummy kau hijau!" Termelatah syafina dibuatnya kerana bayangan kereta yang tiba tiba berhenti di hadapan matanya. tanjat gegirl.

Terkebil kebil dia memandang belakang kereta hitam yang panjang bagai van yang sedap main berhenti di depan matanya.

Syafina mengetap bibir geram. Wah wah. Enak betul main parking je eh . Eh anda fikir sebabkan kereta anda besar dan berkilat anda boleh main parking mengejut depan orang macam ni ke? Eh adab mana adab?

Ini mesti manusia dalam kereta ni tak sabar sangat nak masuk tempat maksiat ni lepastu nak berjoget bersuka ria . Woi entah entah berjoget pun macam kayu . Ada hati nak masuk.

Baru dia ingin melangkah geram ingin menyerang membebel pada tuan punya kereta itu, tersentak dirinya apabila keluar 2 orang lelaki tegap dari dalam kereta . Syafina menelan air liur. Uish sado lah pulak . Risau pula nak bebel. Takut muka aku yang lebam nanti.

Tiba tiba keluar seorang lagi lelaki tinggi lampai berjaket kulit hitam. Dari wajah nampak sangat kaum cina. Dengan rantai besi yang dipakai di leher lelaki itu tambahan pula ada parut di bahagian tepi mata pada muka lelaki cina itu dapat syafina rasakan mereka ni sekumpulan samseng jalanan. Atau kalangan gansgter. Tapi nak bahasa lagi mudah sampah masyarakat . Eh deep pulak.

Syafina mendecit. Sebabkan kau sado je aku lepaskan. Kalau lagi sekali kau main brek je lepasni depan muka aku lagi, tak payah cakap banyak, jom masuk balai . Kita settle dengan cara main polis and thief wan tu jaga.

Dia yang pada mulanya ingin kembali menapak pergi untuk balik ke apartment nya secara tiba diserang rasa terkejut. Tambah terdiam. Terkaku dirinya.

Terkelip kelip matanya cuba mempercayai permandangan yang terhidang di hadapan mata.

Tak mungkin. Syafina mengecilkan mata untuk fokus betul betul pada wajah manusia yang melangkah bersama lelaki cina tadi.

Takkanlah wanita yang bahunya dipeluk lelaki cina tadi ialah perempuan tu? Perempuan yang berjaya curi hati Hadif Rizki? Takkanlah dia Anggun Dellisya?!

Syafìna menelan air liur keliru. Tambah resah. Dia tidak tahu ingin berbuat apa. Apa patut aku buat sekarang? Adakah betul perempuan yang baru sahaja masuk ke dalam kelab malam  dengan lelaki cina acah ganster tadi itu ialah anggun Dellisya?
Tapi kenapa dia ke sini? Dengan ganster pulak tu.

Takkanlah anggun sanggup berbuat begitu? Takkanlah anggun dellisya tak tahu  pergi ke tempat itu adalah suatu dosa? Tapi bukankah anggun dellisya memegang watak baik dalam cerita ni? Tapi why? Why dia masuk ke dalam kelab. Dan seperti ada hubungan dengan makhluk jahanam macam ganster tu!

Aku pulak yang dapat watak jahat, tapi aku tak pernah dan tak berani pula nak masuk ke dalam sana! Apa punya twist ni?

Atau mungkin..... dia dalam bahaya?

Eh tapi ... yeke?

Syafina menggaru dahi yang tiba tiba blur tak tau nak buat apa.  Ting! Dia akhirnya diberi cahaya jalan penyelesaian. Kita kena dapatkan bantuan . Ya bantuan.

Laju dia mengeluarkan telefon dari poket seluarnya. Jarinya laju menekan sesuatu pada skrin telefon sebelum ia diletakkan di telinga.

Tit..tit..

DIA Encik Crush Sombong! ✅حيث تعيش القصص. اكتشف الآن