KUUKIR HANYA NAMAMU

By AK_Raffhan

172K 7.9K 1K

BLURB NUR KHADEEJA. Gadis itu polos dan istimewa dengan caranya tersendiri. Masa lalunya kelam, jarang-jarang... More

Kuukir Hanya Namamu
02
03
04
05
06
07
08
09
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29

01

4.8K 376 37
By AK_Raffhan

01...🦋

GADIS bertubuh kurus dan kecil itu teresak. Kepalanya tersembam di atas lutut. Disudutkan diri di satu ceruk dinding yang dirasakan paling selamat.

Tak pernah dia rasa terkurung dalam penjara seperti ini. Batinnya memberontak, jiwanya meraung. Tapi sayang, dia terpaksa memendam.

Hari ini sebuah kisah klise yang selalu terjadi dalam drama tontonan seluruh rakyat Malaysia terjadi dalam hidupnya.

Salah siapa? Salah TUHAN? Atau salah dia yang tak berani menolak segala kesulitan yang dihadapkan kepadanya? Namun, siapa dia untuk salahkan TUHAN?

“Ya ALLAH.” Ketika kamu merasakan kamu tak punya sesiapa, ingatlah ALLAH. Dia sentiasa ada, di mana-mana!

Tubuhnya ditegakkan, bibirnya diketap.

Khadeeja meraba lehernya sehingga tangannya menyentuh sebuah loket. Satu-satunya harta peninggalan arwah ibunya. Satu-satunya juga barang yang membuatkan dia rasa dia tak pernah keseorangan.

"Ibu." Dia menyeru.

Fikirannya mula menerawang. Air mata kembali menitis.

 🦋.🦋.🦋.🦋.🦋

Beberapa hari sebelum itu...

"ARGH!"

Mata Khadeeja membulat. Terkejut! Terus jantungnya berdegup laju. Cepat-cepat pisau dicapai. Sambil memegang pisau, cuping telinga diletakkan ke daun pintu.

Suara siapa yang tengah mengerang tu? Takkan suara hantu kut?

“Tak ada pun.”

Agaknya yang dia dengar hanya khayalan. Maklumlah telinga tengah berdesing kerana tak sihat. Lama juga dia cuba mengamati, namun bunyi itu tidak kedengaran lagi.

Baru dia nak tarik nafas lega, boleh pula suara itu terdengar semula. Tak kelakarlah siapa pun yang buat bunyi di lorong belakang rumahnya itu. Malam Jumaat ni banyak hantu syaitan yang berkeliaran.

"To...long." Suara terdengar.

Aduh, dia minta tolong pula. Orang ke hantu ni? Boleh ditolong ke?

Tok! Khadeeja terlompat. Terkejut bukan kepalang.

"Siapa?" Takut-takut dia bertanya.

"Tolong..." Tak boleh kalau dalam hati tak ada syak wasangka langsung. Buatnya bukan manusia, matilah dia. Namun, dalam takut-takut itu dia beranikan diri membuka pintu belakang. Selagi tak tengok sendiri selagi itulah hatinya tak tenteram.

"Si..." Buk! Tak sempat habis soalan, tubuhnya ditimpa sesuatu. Lantaran terlalu terkejut dia bergegas menolak sesuatu yang menimpa tubuhnya. Pisau di tangan terpelanting di bawah singki.

Gedegang!

"Ya ALLAH!" Dia dah cederakan orang ke? Dia nampak muka lelaki itu mencium pintu.

Susah payah tubuh seberat anak gajah itu ditarik. Pintu dapur dikunci.

"En...cik?"

Tiada sahutan. Dia mula berkeringat, berat menampung tubuh kejung itu.

Dengan segala kudrat, keliru untuk bertindak, dia mengheret lelaki itu masuk ke dalam biliknya. Biliknya paling dekat dengan dapur. Buka pintu bilik, terus nampak dapur.

Terbaring saja lelaki itu di atas tilamnya, dia meraba kocek seluar. Mencari telefon bimbit, bukan telefon pintar.

Nombor Ismail didail. "Baki anda tidak "

"Aduh, kredit dah expired!"

Dia memandang telefon dan lelaki itu silih berganti. Pada siapa dia hendak meminta tolong? Tak mungkin dia berjalan semula ke tempat kerja, kepalanya sakit.

Rasa menyesal kerana mengheret lelaki itu masuk ke biliknya. Kenapa tak ke ruang tamu saja? Aduh, kepalanya semakin pening!

"Apa nak buat ni?" Panik dan takut bercampur-baur.

"Mak Cik Kamariah!" Tiba-tiba dia teringatkan seorang jiran, wanita separuh baya yang tinggal di sebelah rumahnya. Mungkin mak cik itu boleh membantunya.

 🦋.🦋.🦋.🦋.🦋

KEJADIAN itu bagaikan mimpi. Sekelip mata saja berlaku. Dia berharap dia mampu mengulang masa. Kalaulah dia tidak berbaik hati membantu lelaki itu, mungkin perkara seumpama ini tidak berlaku. Ketika ini dia pasti masih seorang Khadeeja, pekerja restoran makanan segera yang hidup sebatang kara.

“Ibu, apa salah Eja? Kenapa nasib Eja selalu buruk?” Tangan kanannya menggenggam loket di dada.

Perasaan marah dan sedih bersatu di dada. Dia belum dapat menerima kenyataan ini. Puas dipujuk, namun hatinya enggan reda.

Tak boleh ke kalau dia terus diceraikan saja? Dia tidak mahu menjadi isteri sesiapa, apatah lagi dalam keadaan terpaksa.

Setahun lebih ini baru dia dapat merasakan nikmat sebuah ketenangan. Kenapa tiba-tiba ketenangan dan bahagia yang sedikit itu turut dirampas darinya?

Insan seperti dirinya, tak layak ke berbahagia seperti manusia lain?

"Khadeeja."

Khadeeja bingkas bangun. Sisa air mata yang berbekas di pipi disapu kasar. Pintu bilik dihampiri.

Dia berdeham beberapa kali. Nafasnya ditarik perlahan kemudian dihembus bagi membuang debar. Dengan tangan menggigil, tombol pintu dipulas.

"Ya?" Teragak-agak dia bertanya setelah pintu bilik dibuka. Di hadapan pintu biliknya, terjengul wajah seorang wanita separuh baya.

Datin Saloma! Wanita itu tersenyum mesra, membuatkan dia berasa segan. Pertama kali mengetahui status Datin Saloma, nafasnya terus mengap-mengap kerana tidak menduga ibu mentuanya mempunyai darjat setinggi itu.

"Boleh mama masuk?"

"Hah? Err...." Tergeliat lidahnya. Nak panggil mama ke datin?

"Khadeeja dah kemas semua baju? Tadi mama dah beritahu kan? Lepas ni Khadeeja kena ikut mama balik rumah."

Mama? Khadeeja telan air liurnya.

"Banyak ke barang Khadeeja? Kalau belum siap, mari mama tolong kemaskan."

"Eh, tak apa. Sa... saya boleh kemas sendiri."

Datin Saloma tidak mengendahkan penolakan Khadeeja. Gadis kurus itu didorong masuk ke dalam bilik.

Matanya menerjah bilik kecil itu. "Kemasnya bilik Khadeeja. Bersih." Pujinya ikhlas.

"Khadeeja duduk sorang dalam bilik ni?"

Secara logik, Khadeeja sepatutnya hanya duduk seorang di dalam bilik ini. Bilik itu kecil, terletak di bahagian dapur. Tetapi dia tetap mahu bertanya. Dia tidak tahu berapa orang teman serumah Khadeeja. Boleh jadi ramai. Kalau ramai tak mustahil penghuni bilik ini juga ramai.

"Ya. Saya duduk sorang."

Ke mana pandangan Datin Saloma, ke situ jugalah Khadeeja mengarahkan bola matanya. Apa agaknya yang Datin Saloma lihat? Biliknya bukan ada apa-apa yang istimewa. Hanya terdapat sebuah tilam bujang nipis, dan tiga biji bantal termasuk sebiji bantal peluk. Di pojok kiri bilik terdapat sebuah almari plastik. Di tepi almari tergantung cermin kecil, saiz muat-muat muka.

"Mama panggil Eja je, boleh?"

Khadeeja tersentak. Tak semena-mena dia teringatkan arwah ibunya.

"Boleh, sayang?"

"Bo... boleh."

“Dah lama Eja tinggal kat sini?”

“Er, setahun lebih.”

"Sebelum ni?"

"Duduk dengan mak cik."

"Oh, mak cik Eja yang garang tu?" Datin Saloma tersenyum tipis.

Khadeeja tidak tahu sama ada hendak tersenyum atau sambung menangis. Datin Saloma tampak peramah, tidak lokek menghulur senyum. Dia yang segan hendak menyambut, terasa kerdil di samping Datin Saloma.

Dia bukan seorang yang peramah. Dia juga kurang suka bergaul dengan orang lain. Pengalaman membuatkan dia serik untuk berkawan rapat dengan sesiapa. Satu-satunya teman yang dia percaya adalah Nabila. Itu pun masih banyak rahsia yang disorokkan daripada Nabila.

Tak boleh ke kalau dia terus tinggal di sini? Mereka hanya mahukan status bagi menutup malu saja, bukan? Apa guna dia ikut mereka pulang? Tempatnya bukan di situ.

"Kenapa, sayang?” Perasankan Khadeeja yang termenung, Datin Saloma memegang lengan Khadeeja. Hangat kulit Khadeeja menyentuh telapak tangannya.

Demam ke Khadeeja?

"Eja tak sihat ke? Pipi sakit lagi?" Pipi Khadeeja yang samar-samar terdapat kesan lebam dan goresan disentuh perlahan.

Khadeeja menggeleng. Dia tiada niat hendak mengadu. Sakit di seluruh tubuhnya masih boleh ditanggung. Tak sebanding dengan sakit yang diterima mentalnya selama ini. Kalau tak kuat, mungkin sudah lama dia jadi gila.

Continue Reading

You'll Also Like

133K 4.5K 52
Disebabkan trauma dengan perkahwinan ibu bapanya, Hayfa Irdina langsung tak berniat untuk berkahwin. Bercinta pun tidak. Baginya, apabila bercinta pa...
73.6K 2.2K 52
Menceritakan tentang kehidupan seorang gadis muda belia bernama Raina Tasnim dan kisah cinta nya yang rumit. nak tahu? Kena baca hehehe
5.9M 237K 49
[ 1st BOOK = ARS ] ___________________ Dia berbahaya. Dia penuh dengan misteri. Dia penuh dengan muslihat. Dia... Danny Asyraf Lee. Mafia yang digeru...
709K 16.6K 58
[COMPLETED] Cinta tiga segi itu wujud? Atau adakah kedatangan seseorang lelaki selepas kehilangan orang yang aku cinta itu sudah ditakdirkan? Aku tid...