NOVEL : RINDU YANG TERAKHIR

By mimieismail90

23.8K 401 29

MANUSKRIP : PESANAN AKHIR RAY Kini sebuah novel!! RINDU YANG TERAKHIR Terbitan Suara Hati Publication. Dapat... More

Please Read This First...
PART 1 - THOSE DAYS...
He Is Not The One
PART 2 - Suatu Permulaan
Who is he?
PART 3 - I'm In Love
PART 4 - The Only One That I Needed
Satu Kebetulan
PART 5 - Sarah
He'll Pay Hell
Part 6 : Liku Hidup Ray
Liku Hidup Ray (2)
Part 7 - Time is Ticking
Part 8 - Suara Hati Tak Pernah Silap!
Part 8 - Api Benci Yang Tak Pernah Padam
Part 9 - You've ruined everything!
Patung Tidak Bernyawa
Promise Are Made to be Broken
PART 10 - The Battle
Takkan Ada Tempat Di Hati Rheya
PART 11 - Apa Salah Aku, Sayang?
Bagai Singa Hilang Taring
PART 12 - Takkan Pernah Mengalah
I Just Wanna Be Happy
PART 13 - Please Stay
I'm Fine
PART 14 - Hope? Kosong.
PART 15 - Meant to Be
RINDU YANG TERAKHIR
PART 16 - Hati Yang Kau Sakiti
PART 17 - "Jangan Terlalu Benci" - Radit
PART 18 - Hati Perempuan
PART 19 - Tak Pernah Serik?
Malang Tak Berbau - 1
PART 20 - Apa Yang Terselindung di Hati Radit
PART 21 - Kesangsian Ingrid
'Ianya Satu Kesilapan' - Radit
PART 22 - 'Dasar Muka Tembok!' - Rheya
PART 23 - Baby Step
PART 24 - Everyone Is Trying Their Best
PART 25 - First Date
PART 26 - Satu Demi Satu, Okay?
PART 27 - Lelaki Dan Janji Mereka
PART 28 - Hidayah Tak Kenal Dosa
PART 29 - Missing Him Everyday
MY PART - Hey There!
PART 30 - Please, Let Me Stay By Your Side...
PART 31 - It Feels Right...
PART 32 - It's In The Corner
PART 33 - We Are Bro!
PART 34 - Kau Takkan Pernah Jadi Milikku!
PART 35 - JANJI
PART 36 - Tersingkap
PART 38
PART 39 - Desperate
PART 40 - The Cracking
PART 41 - End?
PART 42 - Semuanya Berakhir
PART 43 - I Can Never Forgive You!
Part 44 - Kasih Yang Terlerai
PART 45 - It's crystal.
PART 46 - The Glooms
PART 47 - "You Are My Light, Rheya..."
PART 48 - Let Me Stay...
Notis Untuk Rindu Yang Terakhir

PART 37 - Musuh Dalam Selimut

219 5 0
By mimieismail90


Rheya menanda-nanda kertas di tangannya. Kerja remeh untuk kenduri nanti semua telah selesai. Dia hanya akan memberi Radit lima dulang sahaja, begitu juga lelaki itu, hanya lima dulang. Rheya tidak mahu membazir. Lagipun, kelima-lima dulang itu terdiri daripada makanan.

Rheya terasa bahunya dicubit. Pantas dia berpaling.

"Shita!!" Rheya terjerit kecil melihat teman baiknya sudah tersengih nakal mengusap bahunya sendiri. Dia mengajak Shita untuk menemaninya membeli kasut untuk majlis resepsi nanti. Semalam semasa dia meneliti senarai perkara yang hendak dilakukan, terselit perkataan kasut yang belum ditanda!

"Jauhnya menung! Aku panggil dari tadi lagi. Ingatkan Radit ke?"

"Takdelah. Ingatkan apa lagi benda yang aku tak buat. Majlis lagi sebulan je."

"Iyalah orang dah nak kahwin. Ingatkan majlis ajelah ya?" Shita bergurau.

Rheya ketawa. "Jomlah. Aku tak tau nak pilih yang mana ni. Rambang gila biji mata!" seru Rheya sambil mengheret Shita yang hanya mengikut.

Mereka berjalan dari satu kedai ke satu kedai di dalam supermarket itu. Semuanya Rheya tidak berkenan. Ada yang tinggi sangatlah. Ada pula design dah cantik tapi warna pula Rheya tidak suka.

"Ginilah Rheya. Aku masuk kedai lain, kau masuk kedai lain. Cepat sikit jumpa kan. Aku rasa ada ni, Cuma tak jumpa aje. Kedai punya banyak kan." Cadang Shita.

"Aku setuju. Aku masuk kedai ni, okay." Shita hanya mengangguk dan berjalan ke kedai selang dari kedai yang Rheya masuk.

Rheya ralit melihat kasut-kasut yang tersusun di rak.

Ting!

Telefonnya berbunyi.

'Rheya tgh buat apa tu?' tanya Radit.

'tgh jamu mata' balas Rheya, bibirnya tersengih nakal.

'Hep! Jangan mcm2 k. tgk I sorang dahlah, dah cukup hensem tau' balas lelaki itu pula, berbaur cemburu yang mengundang tawa kecil di bibir Rheya.

'alah, sekali sekala tak salah kan' Rheya masih bermain-main.

'Rheya..u kat mana ni? I dtg skarng' balas Radit.

Rheya ketawa tanpa sedar. Tangannya ligat membalas. 'I kat mall jamu mata tgk kasut kawinlah. Gosh! Cemburunya dia...' Rheya meletakkan emoji ketawa di hujung teksnya.

'syg! U mmg nk kena dgn I. Watch out darling, I'll pay back later!' Radit menarik nafas lega walaupun tahu yang takkan Rheya hendak mengorat lelaki lain. Hell no, lelaki lain yang mengorat tunangnya itu. Fikir Radit lagi. Dia ketawa pula mengenangkan cemburunya dia walau Rheya hanya bermain-main. Ah! Angaunya dia!

'hahaha...see u' mesej Rheya dipandang. Radit tersenyum sebelum membalas emoji berbentuk hati.

Rheya menyimpan telefonnya ke dalam beg semula.

"Amboi..bahagia sungguh aku tengok kau sekarang." Tegur satu suara. Rheya lantas berpaling.

Hilang wajah cerianya bertukar masam. Hanna! Tetapi cepat-cepat Rheya senyum sinis.

"Of course bahagia. Kau ada masalah ke?" Ujar Rheya. Menyampah pula melihat wajah perempuan di depannya ini.

"Takdelah. Cuma nak cakap, hati-hati sikit dengan Radit tu." Hanna menyimpul-nyimpul hujung rambutnya berlagak tahu apa yang Rheya tidak tahu.

Rheya mengerutkan dahinya. "Kau cakap apa ni?"

Hanna tersengih. "You'll never know. 'Kaylah Rheya, I got to go. Aku ada appointment dengan hairstylist kejap lagi, bye!" Hanna terus meninggalkan Rheya tercengang-cengang.

"Eh! Tu bukan...Hanna kan? Rheya, kau okey?" sapa Shita tiba-tiba muncul di sisi Rheya turut melihat kelibat Hanna yang kian menjauh.

Sudah bertahun dia tidak melihat perempuan itu.

"Dia tu sakit hati dengan aku sebab aku nak kahwin dengan Radit. Tapi makin menjadi-jadilah." Tidak dapat tidak, Rheya terasa risau.

"Apa dia cakap dengan kau tadi?" tanya Hanna.

"Dia warning aku pasal Radit. Dia cakap jaga-jaga dengan Radit." Ujar Rheya.

"Kenapa nak cakap macam tu. Saja nak bagi orang tertanya-tanya. Cer cakap terus terang. Bodoh betul!" rengus Hanna. Macam nak panggil dan tanya sahaja dengan Hanna sendiri. "Aku rasa takde apalah. Orang kalau dah busuk hati macam tulah. Tapi kau hati-hatilah. Sekarang ni banyak orang gila macam-macam boleh jadi."

"Kau menakutkan aku." Rheya melihat Shita dengan raut wajah risau.

Shita tertawa kecil. "Tak sayang. Cuma nak kau lebih hati-hati. Tambah pulak ada perempuan sakit otak gitu." Pesannya lagi.

Rheya mengangguk-angguk. Dia cuba bertenang walaupun hatinya semakin tidak senang. Kata-kata Hanna bermain di fikirannya sepanjang hari.

******************************

"Kempiskan sikit perut kau. Gulungkan nanti yang kat atas tu." Ujar Ammar. Dia baru sahaja melilitkan samping ke pinggang Radit. Mereka di sini, di butik pengantin tempat Radit dan Rheya menempah pakaian raja sehari mereka.

Radit hanya menurut. Dia menggulungkan lebihan kain dari atas ke bawah.

"Hahaha..! Kembang bro sebelah bawah dia." Ammar melambakkan ketawanya. Dia menunjukkan ke arah samping Radit yang terbuka kembang di bahagian bawah.

"Loh!! Kau ni, Mar!" lantas Radit lekas-lekas membuka kembali gulungan sampingnya.

"Hai budak-budak ni. Bak sini papa buatkan. Dasar amatur." kutuk Datuk Zulkarnain menghampiri dua anak muda itu. Dia mengambil alih kerja memakaikan samping Radit. Dia sengaja turut serta untuk melihat Radit mencuba bajunya.

"Haaa..biar pro pakaikan untuk aku. Teruk kau ni Mar!" rengus Radit. Sekejap sahaja Datuk Zulkarnain membuatnya. Dua lelaki muda itu hampir ternganga. Macam senang.

"Nak kena praktis lagi dorang tu, Datuk. Datuk jangan risau, saya akan uruskan pemakaian baju encik Radit nanti." Ujar pereka baju pengantin itu turut ketawa. "Mana pengantin perempuan ya? Baju dia dah ada ni."

"Rheya tak datang hari ni. Maybe esok." Beritahu Radit.

Pereka itu hanya mengangguk. Rheya tidak dapat datang kerana sibuk di pejabatnya. Gadis itu hendak menghabiskan seberapa banyak kerja yang mungkin sebelum bercuti panjang selama tiga minggu. Dia masih tidak memberitahu Rheya ke mana dia akan dibawa untuk bulan madu mereka nanti. Radit sudah memilih satu tempat yang diidamkan gadis itu iaitu Sarajevo, Bosnia.

"Dit, papa nak balik office dulu. Payment dah settle ya." Beritahu Datuk Zulkarnain.

Radit menahan papanya. "Eh! Janganlah macam tu pa. Biar Dit settle sendiri, banyak ni pa." dua persalinan sahaja sudah memakan belanja puluhan ribu.

"Anak papa nak kahwin, tanggungjawab papa tu." Mudah sahaja Datuk Zulkarnain berkata. Dia menepuk bahu anaknya. Sinar matanya memberitahu dia gembira. Radit agak diselubungi emosi.

"Anggap aje hadiah kahwin Dit dan Rheya." Ujar Datuk Zulkarnain lagi. Dia tidak kisahkan tentang duit demi apa yang dilihatnya pada hari ini. Radit sudah berubah menjadi Radit yang tidak pernah dia lihat sebelum ini. Syukur.

"Kau okay bro?" tanya Ammar melihat Radit masih berdiri terkaku walapun sudah beberapa minit papanya keluar dari butik itu.

"My dad never says something like that." Beritahu Radit.

"Dia gembira. Itu aje. Aku pun tak pernah terlintas nak tengok kau macam ni hari ni." Komen Ammar.

"Macam mana?" tanya Radit.

"Macam nilah. Nak kahwin, dah tak clubbing, tahu menghargai Rheya. Syukur Dit, syukur." Ammar menepuk bahu Radit kuat.

"Thanks, Ammar." Dia menyeringai sambil menggosok bahunya. Pedih. "Sakit! Siot!"

Ammar hanya ketawa.

**************************************

Julia melangkah cepat ke arah pejabatnya. Dia tertinggal invois untuk pelanggannya. Dia terhenti sejenak melihat pintu pejabat yang renggang. Julia perlahan melangkah ke arah pintu itu lalu mengintai di celah pintu. Kelibat Alin mundar-mandir di dalam pejabat. Macam tercari-cari sesuatu.

Julia lekas menolak luas pintu pejabat. "Alin cari apa?"

Alin terkejut dia pantas menutup laci meja kerja Julia. Busted!!

"Err...takde apa-apa. Lin cari..er..cari tisu. Selsema sikit kak." Alin lekas mencari alasan.

Julia mengecilkan matanya, curiga. Dan curiganya semakin bertambah. Alin kebelakangan ini amat lain, selalu bergayut di telefon dalam masa kerja. Yang setiap kali ditanya, alasannya maknya yang selalu menelefon.

"Tisu kat dapur kan banyak. Lin nak cari apa sebenarnya ni?" tanya Julia berjalan ke arah mejanya. Alin segea menepi.

"Err...takde apa kak. Alin keluar dulu!" Alin lekas-lekas keluar dari situ.

Dia sebenarnya sedang mencari nombor telefon Ray yang baru. Lelaki itu menukar nombor telefonnya dan Hanna mahukan nombor baru tersebut. Kali ini Julia tidak lagi meninggalkan telefonnya yang entah kenapa. Jangan-jangan Julia sudah mula mengesyaki ada sesuatu yang Alin lakukan. Ah! Sudah. Alin mesti berhati-hati.


bersambung...

Continue Reading

You'll Also Like

78K 8.9K 16
"Airis dah terlanjur dan sekarang Airis mengandung." Siapakah yang menanggung semua ini jikalau bukan gadis muda ni. Belum sempat Airis memberitahu p...
75.5K 1.4K 7
Pertengkaran sepasang suami isteri akhirnya membawa kepada penyelesaian yg tidak dijangkakan
563K 21.6K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
3.3M 294K 95
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...