NOVEL : RINDU YANG TERAKHIR

By mimieismail90

23.8K 401 29

MANUSKRIP : PESANAN AKHIR RAY Kini sebuah novel!! RINDU YANG TERAKHIR Terbitan Suara Hati Publication. Dapat... More

Please Read This First...
PART 1 - THOSE DAYS...
He Is Not The One
PART 2 - Suatu Permulaan
Who is he?
PART 3 - I'm In Love
PART 4 - The Only One That I Needed
Satu Kebetulan
PART 5 - Sarah
He'll Pay Hell
Part 6 : Liku Hidup Ray
Liku Hidup Ray (2)
Part 7 - Time is Ticking
Part 8 - Suara Hati Tak Pernah Silap!
Part 8 - Api Benci Yang Tak Pernah Padam
Part 9 - You've ruined everything!
Patung Tidak Bernyawa
Promise Are Made to be Broken
PART 10 - The Battle
Takkan Ada Tempat Di Hati Rheya
PART 11 - Apa Salah Aku, Sayang?
Bagai Singa Hilang Taring
PART 12 - Takkan Pernah Mengalah
I Just Wanna Be Happy
PART 13 - Please Stay
I'm Fine
PART 14 - Hope? Kosong.
PART 15 - Meant to Be
RINDU YANG TERAKHIR
PART 16 - Hati Yang Kau Sakiti
PART 17 - "Jangan Terlalu Benci" - Radit
PART 18 - Hati Perempuan
PART 19 - Tak Pernah Serik?
Malang Tak Berbau - 1
PART 20 - Apa Yang Terselindung di Hati Radit
PART 21 - Kesangsian Ingrid
'Ianya Satu Kesilapan' - Radit
PART 22 - 'Dasar Muka Tembok!' - Rheya
PART 23 - Baby Step
PART 24 - Everyone Is Trying Their Best
PART 25 - First Date
PART 26 - Satu Demi Satu, Okay?
PART 27 - Lelaki Dan Janji Mereka
PART 28 - Hidayah Tak Kenal Dosa
PART 29 - Missing Him Everyday
MY PART - Hey There!
PART 30 - Please, Let Me Stay By Your Side...
PART 32 - It's In The Corner
PART 33 - We Are Bro!
PART 34 - Kau Takkan Pernah Jadi Milikku!
PART 35 - JANJI
PART 36 - Tersingkap
PART 37 - Musuh Dalam Selimut
PART 38
PART 39 - Desperate
PART 40 - The Cracking
PART 41 - End?
PART 42 - Semuanya Berakhir
PART 43 - I Can Never Forgive You!
Part 44 - Kasih Yang Terlerai
PART 45 - It's crystal.
PART 46 - The Glooms
PART 47 - "You Are My Light, Rheya..."
PART 48 - Let Me Stay...
Notis Untuk Rindu Yang Terakhir

PART 31 - It Feels Right...

248 5 0
By mimieismail90


Datin Yasmin sedang menjirus pokok bunga petang itu ketika Radit tiba di rumah.

Selesai membayar tambang uber, Radit menyusun langkah ke arah pintu pagar. Terlihat kelibat Datin Yasmin sedang menjirus pokok. Mak memang suka menghabiskan masanya bersama pokok-pokok. Salam diberi.

Pantas Datin Yasmin menutup pili airnya dan menjengah di pagar. Serta-merta dia membuka kunci. "Dit!

"Mak..sihat ke?" sapa Radit bersalam dan mencium tangan maknya. Rindu pula dengan mak yang selalu meleterinya. Ah, mak mana yang tidak membebel kepada satu-satunya anak yang dimiliki?

"Sihat, Dit. Datang dengan siapa?" Datin Yasmin menjengah ke belakang Radit kalau-kalau ada kelibat kereta Ammar. Kosong.

"Sorang je, naik uber mak." Jawab Radit bersahaja.

Datin Yasmin merenung wajah si anak. "Kesian anak mak." Dia mengusap pipi Radit yang tersenyum. Mana pernah Radit dibiarkan bersusah begitu. Memanjat tangga bas, teksi, LRT. Belas hatinya!

"Takpe mak. Radit dah biasa. Best pulak." Seru Radit. Sebetulnya banyak yang dipelajarinya sepanjang tidak berkereta itu. Tentang sabar, bagaimana perasaan mereka yang kurang berkemampuan bergerak dari satu tempat ke satu tempat dan bagaimana hendak berjimat kerana dia tidak perlu lagi membayar wang petrolnya. Radit juga dapat berkenalan dengan beberapa orang yang semuanya warga emas.

Ada seorang wanita tua, Mak Jah namanya berulang alik dari rumahnya ke pusat bandar semata-mata untuk menjaja kerepek buatannya sendiri, bagaimana anak-anak membuangnya sehingga dia terpaksa mencari nafkah sendiri. Semua itu mengajar Radit bahawa betapa nikmatnya hidupnya yang masih punya pekerjaan yang boleh menyara hidupnya sendiri.

Radit mula melihat kehidupannya dari perspektif yang berbeza. Dan hari ini, dia terserempak dengan pak cik tua yang pernah dihalaunya dari tepi pejabatnya tidak berapa lama dahulu dengan kata-kata nista. Pak cik Hashim langsung tidak terasa dengan kata-kata Radit kepadanya ketika itu.

Dan Radit sesungguh hati meminta maaf dengannya. Sempat lagi Radit menghulurkan wang ke tangan pak cik Hashim yang amat berat untuk menerimanya. Kata pak cik Hashim, duit tidak dapat mengembalikan isteri dan anak-anaknya yang telah meninggal dunia. Pak cik Hashim menasihatkan Radit supaya sentiasa menghargai segalanya yang ada di dalam hidupnya, walaupun sekecil perkara. Juga memesan Radit supaya jangan tinggal solat.

Radit rasa terhenyak perasaannya apabila pak cik Hashim mengatakan yang dia dahulu adalah kaki mabuk, kaki judi yang sentiasa berada di rumah-rumah urut dan rumah pelacuran. Anak isteri diabaikan sehingga suatu hari rumahnya terbakar hangus berserta segala harta benda dan anak isterinya turut terkorban dalam kemalangan itu.

Kini dia menghabiskan masanya berjalan ke sana sini mencari ketenangan. Dia sedar Tuhan sedang memberinya pembalasan atas segala perbuatannya. Kini, dia tinggal di masjid-masjid dan mengalas perut dengan apa sahaja yang diperoleh. Walaupun dia adalah seorang pendosa, Allah sentiasa memberikan rezeki walau di mana sahaja dia berdiri walau setelah apa yang pernah dilakukannya. Mungin juga kerana dia telah bertaubat nasuha. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun. Radit sedar yang dia mesti berubah segera sebelum terlambat!

"Mari masuk Dit. Dit dah makan ke ni? Ada lagi lauk tengah hari tadi. Makan ya? Bibik! Tolong siapkan makan. Radit balik ni." Laung Datin Yasmin sambil menarik tangan anaknya ke dalam. Radit hanya menurut. Rindu masakan rumah. Terdengar bibik menyahut dari belakang.

"Macam mana Dit dengan Rheya sekarang?" tanya Datin Yasmin turut makan bersama walaupun dia telah makan tadi.

Radit tersenyum. "Makin baik mak." Jawab Radit. Dia sedang senang hati sebenarnya. Rheya tidak lagi seliar merpati apabila Radit cuba merapatinya.

"Jagalah Rheya baik-baik ya Dit. Dia tu baik. Mak ingat lagi masa Dit putus dengan dia dulu, walaupun jarang jumpa, tapi mak tahu yang dia tu baik. Tambah sekarang ni. Mak anggap dia tu macam anak mak sendiri. Macam Dit jugak. Mak kecewa kalau kali ni pun tak jadi jugak." Ujar Datin Yasmin penuh harap.

Radit berasa tidak senang. Harapan mak terlalu tinggi terhadapnya. "Sebenarnya mak..." Radit tidak jadi hendak berkata-kata apabila papanya masuk ke ruang makan.

"Haa..baru nak nampak batang hidung?" sapa Datuk Zulkarnain sinis.

"Duduk bang." Datin Yasmin segera menuangkan air ke dalam gelas lalu diletakkan di hadapan suaminya.

"Papa sihat?" balas Radit. Tidak menghiraukan nada sinis Datuk Zulkarnain. Dia sedar dia telah banyak melukakan hati kedua-duanya.

"Hmm...datang dengan apa?" tanya Datuk Zulkarnain lagi. Wajahnya serius.

"Uber." Jawab Radit sepatah.

"Balik karang ambik kunci, bawak balik kereta tu. Tempat letak kereta tu nanti nak letak pasu bunga." Ujar Datuk Zulkarnain seraya bangun meninggalkan ruangan itu. Datin Yasmin tersenyum sahaja. Kelakar melihat telatah suaminya yang hatinya sudah tidak marah kepada anak mereka tetapi tidak pula ingin berlembut.

"Hmm...papa..papa..macam tulah kalau dah cool down tu. Asyik tanya pasal Dit kebelakangan ni." Komen Datin Yasmin menggeleng-geleng. Pasu mana pula yang hendak diletakkan di tempat letak kereta Radit itu? Alasan bukan main...

"Dit, dah jangan nak naikkan semula darah papa. Ikut cakap dia, ambik semula kereta Dit tu. I think you had learn your lesson enough, right?"

Radit tersenyum lebar. Mak takkan tahu apa yang telah dilaluinya sejak dia hidup di luar itu. "Baik mak. Tapi Dit tak nak balik kerja dengan papa. Well, bukan dalam masa terdekat ni." Dia sayang pula mahu meninggalkan kerjanya dengan Ammar. Mereka ada merancang untuk bergabung dan membuka firma arkitek sendiri. Namun, kasihan pula dengan papa. Teringat juga dengan janjinya dengan Rheya tempoh hari.

"Yalah, mak faham." Balas Datin Yasmin. Biarlah mereka mengambil langkah satu-persatu. Dia bersyukur sebenarnya kerana perubahan Radit yang begitu ketara.

Radit membunyikan hon kepada maknya hampir sejam kemudian. Lama benar tidak memandu kereta kesayangannya ini. Nak selfie sikitlah. Kemudian, dia menghantarnya kepada Rheya. Dan Rheya membalasnya dengan emoji terkejut dan thumbs up! Radit tertawa. Dia langsung mengajak Rheya makan malam dengannya.

*********************************

Hanna memandang pasangan di hadapannya ini. Hatinya diselubungi satu rasa. Ada bayi di dalam kendongan si lelaki. Bapa budak itu agaknya.

Serta-merta dia teringat peristiwa lalu. Hanna sedar dia jahat. Dia sudah melakukan perkara jahat. Dia pernah terlanjur dengan seorang lelaki yang acap kali berkata kepadanya bahawa dia akan mengahwininya suatu hari nanti. Dan setiap kali itu juga Hanna terpujuk dengan rayuan lidah tidak bertulang lelaki itu. Dia pernah mengandungkan anak lelaki itu. Sudah pasti lelaki itu tidak mahu bertanggung jawab dan menawarkan pembiayaan semua kos untuk Hanna gugurkan kandungannya. Oh! Betapa bodohnya dia masa itu.

Teringat wajah umi yang kesedihan. Umi seorang yang alim. Tetapi iman bukanlah diwarisi. Hanna hanyut lagi selepas itu. Terbang bebas dari satu lelaki ke satu lelaki. Radit dikenalinya tidak lama selepas itu dan Hanna sedar Raditlah lelaki yang sesuai denganya. Sedar yang Radit bukanlah lelaki yang baik apatah lagi boleh membimbingnya, namun ada kalanya Hanna berharap Radit akan menganggapnya lebih dari teman biasa. Hanna terlupa, Radit juga manusia biasa.

Tetapi lelaki itu juga sama! Lelaki itu juga turut meninggalkannya untuk berkahwin dengan perempuan lain. Hanna terasa dipermainkan walaupun hakikatnya dia dan Radit tidak pernah jelas hubungan mereka apatah lagi punya rancangan untuk berkahwin! Tetapi Hanna lebih suka punya sesuatu atau seseorang untuk dipersalahkan.

Radit tidak akan bahagia! Hanna terasa melalui Radit, dendam lamanya terhadap teman lelakinya dahulu yang menghilangkan diri setelah Hanna menggugurkan kandungannya dahulu, akan terbalas, dan hatinya akan puas sekali melihat musnahnya hidup Radit.

Hanna terus mencapai beg tangannya dan buru-buru keluar dari situ. Hatinya sakit setiap kali mengingatkan tentang dia yang tidak akan pernah bahagia. Radit dan Ray sama sahaja! Meninggalkannya setelah berjumpa dengan perempuan yang lebih baik!

.

.

.

.

.

BAB 34

Sambil menunggu Radit ke tandas, Rheya menyelak-nyelak majalah di tangannya. 'Cantiknya!' pantas Rheya mengambil gambar dari muka surat itu dan menghantarnya kepada Shita. Pendapat Shita diperlukan sebagai ketua pengapitnya nanti. Baju untuk majlis akad nikah sudah ditempah, sekarang Rheya hendak mencari rekaan untuk majlis resepsi pula. Rancangan yang dipersetujui oleh mereka berdua adalah hanya majlis akad nikah yang dihadiri sahabat dan keluarga terdekat sahaja. Manakala majlis resepsi nanti akan didatangi tetamu dari kedua-dua belah pihak.

Baju yang dicuba tempoh hari dibatalkan kerana Rheya menemui rekaan yang lebih menarik tetapi menggunakan perkhidmatan dari pereka yang sama seperti yang Datin Yasmin mahukan. Radit hanya mengikut sahaja. Tetapi bab makan, hiasan dewan. Menang Radit dari Rheya. Mereka bergaduh juga tentang hiasan dewan sehingga naik pening Kak Suria hendak menguruskan kehendak dua otak yang berbeza. Satu arkitek, satu pereka hiasan dalaman. Dengan sikap Rheya yang sudah menerima Radit memudahkan segala-galanya. Baik emak Radit ataupun mama Rheya sudah boleh menarik nafas lega.

Rheya ketawa kecil melihat mesej yang diterima dari Shita. Spontan dia memanggungkan kepalanya apabila mendengar namanya dipanggil.

"Ingrid? Hai!" Rheya bingkas bangun dan memeluk erat adik Ray itu.

Serta-merta teringat seraut wajah Ray yang tenang. Perpisahan mereka masih menyakitinya. Mengingatkan puncanya membuatkan hati Rheya berbelah bahagi. Hatinya memang sudah redha dan dapat menerima Radit tetapi apabila teringatkan Ray, selalu sahaja hatinya berkata jahat tentang Radit. Rheya juga merasakan dirinya mengkhianati cintanya terhadap Ray. Namun, dayanya sebagai manusia biasa tidak setanding dengan kuasa Allah.

"Kak sihat ke?" tanya Ingrid. Dia merenung wajah Rheya yang kelihatan berseri.

"Akak sihat. Ingrid? Ibu?'

"Semua sihat aje kak. Lama tak nampak akak di restoran. Tak rindu masakan Acik ke?" gurau Ingrid.

"Rindu. Cuma sibuk sekarang. Nanti lapang akak pergi ya."

"Akak sorang aje ke ni?"tanya Ingrid. Dia melihat jamnya. Agak lewat dari janji hendak bertemu ibu di hospital. Kesihatan Ray agak memuaskan hari ini.

"Tak. Dengan tunang. Dia ke toilet kejap. Hah, dah sampai pun." Rheya melihat ke arah belakang Ingrid.

Seorang lelaki yang tidak asing lagi muncul di sebelah mereka. Berubah air muka Radit apabila ternampak Ingrid di situ. 'Oh, crap!'

"Dit, kenalkan Ingrid. Ingrid, ini tunang akak, Radit." Rheya memperkenalkan keduanya. Radit memasang senyum. Ingrid hanya merenung wajah lelaki itu. Radit hampir pasti rahsia Ray, rahsianya akan terbongkar hari ini. Ingrid pasti akan membuka habis-habisan kepada Rheya.

"Hai, Radit. Nice to meet you." Ujar Ingrid mengangguk sedikit ke arah Radit. "Bila kenduri, jangan lupa jemput." Ujarnya berpura-pura senang hati diperkenalkan dengan tunang Radit. Ingrid pasti sekarang Radit mengenali Rheya bukanlah kebetulan, tetapi ada rancangan di sebaliknya. Kalau kebetulan, itulah kebetulan yang paling aneh sekali di dunia. Ray pasti disebalik semua ini.

"Tak lama dah. Nanti akak kasi kad jemputan." Ujar Rheya tersenyum langsung tidak menangkap pandangan mata Ingrid kepada Radit terdiam seribu bahasa itu.

"Okaylah akak. Ingird nak kena gerak dah. Nak jumpa ibu. Nice meeting you, Encik Radit." Sinis kata-kata itu di telinga Radit. Radit mengangguk. "Me too."

Ingrid memeluk Rheya sebelum meninggalkan pasangan itu.

"Huih! Penuh orang kat toilet." Suara Radit mengejutkan Rheya dari lamunannya.

Rheya berusaha memaniskan roman wajahnya. Tetapi terlambat apabila Radit lebih cekap mengesan perubahannya.

"Kenapa sayang?" tanya Radit hairan merenung wajah Rheya.

Rheya mengukir senyum. "Takde apa-apalah. You nak makan apa? Order lah." Jawab Rheya semberono.

Kening Radit terjungkit. "Kan kita dah order sebelum I ke toilet tadi?" tanya Radit.

Rheya tergeleng-geleng, ketawa kecil. "Oh ya tak ya! Sorry, I lupa. You tengok ni, pendapat you macam mana? Cantik tak design ni. I rasa I dah jumpa design yang I nak." Rheya menunjukkan gambar baju pengantin di dalam majalahnya.

Tetapi mata Radit tidak melihat gambar itu. Dia hanya merenung wajah Rheya yang terserlah sedang menyembunyikan sesuatu. "Rheya, cakap dengan I. I tahu ada sesuatu yang you fikir. Jangan ingat you aje kenal I. Coz' I know you too. Just like the back of my hand." Ujar Radit.

Rheya menarik nafasnya dalam-dalam. "Takde apa. I cuma...cuma Ingrid adik Ray. I teringatkan dia. Sorry, takde niat pun. Just wondering how is he doing right now." Luah Rheya menutup majalahnya lalu ditolak ke tepi.

Radit terdiam. Hatinya cemburu tiba-tiba. Beberapa minit berlalu. Tiada siapa yang bersuara sehingga pesanan mereka sampai. Dia lega Ingrid tidak membuka mulut yang mereka saling mengenali. Hatinya yang merusuh tadi kembali tenang.

"Jom kita makan." Ajak Radit, mencapai sudu dan garfunya. Beriak tiada apa-apa yang berlaku.

Rheya masih beku. Serba salah. Wajah Radit tidak menunjukkan reaksi marah. Tetapi hanya ketenangan. "Dit." Panggil Rheya.

"Makan sayang. Kang sejuk tak sedap." Suruh Radit.

Rheya hanya mencapai sudunya tetapi masih tidak makan. Dia rasa bersalah dengan apa yang dikatanya.

"Untuk apa yang you cakap tu, I okay. Tak marah pun just a little bit jealous. Tapi itu hak you. I faham." Ujar Radit.

"I tak nak you terasa. Maybe I tak patut beritahu you." Rheya tidak senang hati.

"I okey. I percayakan you. I tahu lama-lama nanti you akan sayangkan I semula macam dulu. Masa akan kembalikan you pada I. I tak minta apa-apa dari you. Sekarang, you dah tak marah I pun I dah bersyukur sangat-sangat." Radit berkata. Sungguh itu pun sudah lebih dari cukup. Siapalah dia hendak meminta lebih-lebih seperti sesuatu yang berharga seperti cinta Rheya. Yang penting semuanya lancar demi Ray.

"Still, I'm sorry." Ucap Rheya dengan nada rendah.

"Makanlah nasi tu nanti sejuk." Suruh Radit tersengih lebar.

*************************************

Julia meneliti akaun restoran di hadapannya. Hmm...tiada masalah. Lega. Dia terlihat gambar Ray, Ingrid dan ibu mereka yang tergantung di dinding pejabat.

Teringat Ray yang terlantar sekarang di hospital. Pada Julia, tindakan Ray itu sudah pasti berasas tetapi Rheya mesti tahu penyakit Ray.

Dia terdengar perbualan telefon antara ibu Ray dan lelaki itu. Ibu Ray sempat menasihati Ray supaya berterus terang dengan Rheya tentang keadaannya yang semakin merosot. Tetapi Ray tetap berkeras.

Julia langsung bertanya kepada ibu Ray apa yang sedang berlaku. Memandangkan Julia sudah terdengar dan merupakan orang kepercayaan mereka. Ibu Ray memberitahu perkara sebenar dan meminta Julia supaya merahsiakan perkara itu.

Julia terduduk mendengar kebenaran itu. Patutlah sudah lama dia tidak melihat Ray di restoran. Hanya ibu Ray dan adiknya sahaja yang datang ke restoran itu. Julia pelik tetapi hanya menerima sahaja kata-kata Ingrid tentang urusan Ray di tempat lain dan tidak akan ke restoran untuk satu tempoh.

Sedih sungguh hatinya mengetahui tentang rahsia penyakit Ray dari pengetahuan Rheya. Di restoran, hanya Julia sahaja yang tahu tentang hal ini. Patutlah Ray memintanya berpura-pura mesra dengan lelaki itu tempoh hari, semunya hanya untuk membuat Rheya marah dan tinggalkan Ray.

"Kak Julia! Amboi, jauh menung." Tegur Alin yang menjengulkan mukanya di balik pintu.

"Eh! Alin, belum balik ke?" tanya Julia membetulkan duduknya.

"Err...ada hal sikit nak cakap dengan kak Julia ni." Raut wajah Alin tergambar serba-salah.

"Ada apa ni Lin. Ada buat salah ke?" tebak Julia tersengih. Alin terkenal dengan sifat kelam kabutnya. Ada sahaja cawan atau pinggan pecah di dapur.

"Takdelah kak. Cuma...err...cuma.."

"Cuma apa ni, Lin. Cer cakap terus terang. Gagap pulak dia!" sergah Julia.

Alin tergaru-garu kepalanya. "Nak mintak advance sikit kak." Ujar Alin.

"Advance? Bulan lepas pun dah ambik. Ini kenapa ni? Cuba cakap masalah Lin. Kot-kot akak boleh bantu. Karang selalu ambik advance, berapa pula tinggal hujung bulan nanti." Ujar Julia. Kebajikan pekerja seliannya dijaga sebaik mungkin.

"Nak pakai duit kak. Tengah sesak. Adik nak bayar yuran tusyen." Alin beralasan. Semalam teman lelakinya minta pinjam RM 200.00 untuk membaiki motorsikalnya yang kemalangan.

Julia memiringkan kepalanya melihat raut wajah Alin yang keresahan. Bukan dia tidak kenal Alin atau keluarganya. "Berapa Lin nak pakai duit?"

"RM 400 je. Bolehlah kak."

"Mahal yuran sekarang kan? Takpelah, nanti akak tanyakan boss. Lebih dari tiga ratus akak kena tanya dulu Puan Sarah."

"Alah kak, takleh ke luluskan aje. Tak payah bagitaulah. Karang tak dapat pulak." Rungut Alin sambil memintal-mintal tali begnya. Tak dapat nanti masaklah dia dimarahi Badrul yang baran.

"Eh, peraturan tetap peraturan. Sekarang, pergi buat kerja." Arah Julia bersahaja. Kembali menatap kertas-kertas di hadapannya.

Alin mengetap bibirnya tidak puas hati. Tetapi untuk berhenti kerja memang bukan pilihannya. Dia keluar dengan perasaan sebal. Kerana tahu maknya Ray jarang hendak meluluskan advance yang melebihi apa yang telah di tetapkan.

Continue Reading

You'll Also Like

261K 17.1K 42
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...
3.2M 288K 93
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
4.9M 240K 61
In editing process! Meskipun dibesarkan dalam keluarga yang dihormati, Haura Mikayla tidak pernah diajar oleh Dato' Azham dan Datin Suhaila mengenai...
401K 20.3K 50
Pertemuan mereka suatu kesalahan. Namun membawa kepada suatu hubungan yang istimewa. Seorang ustaz disatukan dengan seorang gadis sosial. Start: 17...