NOVEL : RINDU YANG TERAKHIR

By mimieismail90

23.8K 401 29

MANUSKRIP : PESANAN AKHIR RAY Kini sebuah novel!! RINDU YANG TERAKHIR Terbitan Suara Hati Publication. Dapat... More

Please Read This First...
PART 1 - THOSE DAYS...
He Is Not The One
PART 2 - Suatu Permulaan
Who is he?
PART 3 - I'm In Love
PART 4 - The Only One That I Needed
Satu Kebetulan
PART 5 - Sarah
He'll Pay Hell
Part 6 : Liku Hidup Ray
Liku Hidup Ray (2)
Part 7 - Time is Ticking
Part 8 - Suara Hati Tak Pernah Silap!
Part 8 - Api Benci Yang Tak Pernah Padam
Part 9 - You've ruined everything!
Patung Tidak Bernyawa
Promise Are Made to be Broken
PART 10 - The Battle
Takkan Ada Tempat Di Hati Rheya
PART 11 - Apa Salah Aku, Sayang?
Bagai Singa Hilang Taring
PART 12 - Takkan Pernah Mengalah
I Just Wanna Be Happy
PART 13 - Please Stay
I'm Fine
PART 14 - Hope? Kosong.
PART 15 - Meant to Be
RINDU YANG TERAKHIR
PART 16 - Hati Yang Kau Sakiti
PART 17 - "Jangan Terlalu Benci" - Radit
PART 18 - Hati Perempuan
PART 19 - Tak Pernah Serik?
Malang Tak Berbau - 1
PART 20 - Apa Yang Terselindung di Hati Radit
PART 21 - Kesangsian Ingrid
'Ianya Satu Kesilapan' - Radit
PART 22 - 'Dasar Muka Tembok!' - Rheya
PART 23 - Baby Step
PART 24 - Everyone Is Trying Their Best
PART 25 - First Date
PART 26 - Satu Demi Satu, Okay?
PART 28 - Hidayah Tak Kenal Dosa
PART 29 - Missing Him Everyday
MY PART - Hey There!
PART 30 - Please, Let Me Stay By Your Side...
PART 31 - It Feels Right...
PART 32 - It's In The Corner
PART 33 - We Are Bro!
PART 34 - Kau Takkan Pernah Jadi Milikku!
PART 35 - JANJI
PART 36 - Tersingkap
PART 37 - Musuh Dalam Selimut
PART 38
PART 39 - Desperate
PART 40 - The Cracking
PART 41 - End?
PART 42 - Semuanya Berakhir
PART 43 - I Can Never Forgive You!
Part 44 - Kasih Yang Terlerai
PART 45 - It's crystal.
PART 46 - The Glooms
PART 47 - "You Are My Light, Rheya..."
PART 48 - Let Me Stay...
Notis Untuk Rindu Yang Terakhir

PART 27 - Lelaki Dan Janji Mereka

260 3 0
By mimieismail90

"Ceh! Mana boleh blah, Rheya. Kau tengok tu ada ke patut duduk dalam nenas. And kau tau tak, Spongebob tu gay. Eww.." kutuk Shita. Mengambil sekeping kerepek kentang lalu dimakannya rakus. Dia tahu betapa Rheya tidak suka dia mengutuk-ngutuk Spongebob.

"Mana ada gay lah. Dia cuma feminin je. Dah la, kau tak payah bising, orang nak santai hujung minggu bukan nak dengar kau membebel." Balas Rheya. Shita dan dia sedang bermalasan di ruang tamu rumahnya. Shita di situ sudah dua hari menemaninya hujung minggu. Sebetulnya Shita sedang melarikan diri dari hiruk pikuk rumahnya yang bising dengan kerja-kerja ubahsuai oleh jiran sebelah rumah.

Shita hanya ketawa. "Santailah sangat. Asyik mesej cik abang aje dari tadi." Perli Shita.

Rheya lantas meletakkan telefonnya di riba. Matanya kembali tertumpu di kaca televisyen. "Mana ada."

"Iye. Dari semalam dan sejak berminggu-minggu lagi." Sejak Rheya cedera, sejak itulah temannya ini kelihatan berbaik dengan Radit.

Rheya tertawa kecil. "Ya ke?" tak perasan pulak. Raditlah yang kerap menghubunginya melalui mesej atau panggilan telefon. Lelaki itu pandai membuka topik sehingga kadang-kala berjam-jam mereka berbual. Rheya mahu Radit meminjam keretanya dahulu sementara Radit membeli kereta baru, tetapi ditolak lelaki itu semasa menghantar Rheya pulang ke rumahnya sendiri dua minggu yang lalu. Bahunya juga sudah sembuh sepenuhnya.

"Ya cik Rheya. Takpelah asalkan kau bahagia aku pun turut bahagia untuk kau." Ujar Shita.

Rheya tidak memberi komen apa-apa lagi. Apa yang terjadi dia hendak lupakan sahaja. Hanya beberapa bulan sahaja lagi dia akan mengahwini Radit. Tidak pernah langsung terlintas bahawa Radit akan menjadi sebahagian dari hidupnya semula. Suami pulak tu! Takdir memang tidak terjangkakan.

TING!

Rheya tersenyum, dicapainya telefon. Pasti Radit. Sangkaannya meleset. Nombor siapa entah. Ada pautan gambar. Rheya membuka kesemua empat gambar itu.

Hatinya yang tenang-tenang sahaja tadi terus terasa hendak meletup. Kesemuanya Radit. Tidak syak lagi berpelukan dengan entah perempuan mana, asyik bergencak sakan di atas pentas. What the hell!!!

TING! Mesej baru masuk.

Hisy...tunang ko kan ni? Apa punya tunang daa..kaki pompuan. klu pompuan org kta betina sundal. Ni laki nk kta jantan sundal boleh x? ini semalam punya crita'

Dan mesej itu disertai emoji ketawa terbahak-bahak. Hati Rheya sakit. Semalam ada Radit mengajaknya keluar tetapi ditolak Rheya kerana mahu menghabiskan masa di rumah sahaja dan kebetulan Shita juga ada di rumahnya. Agaknya lelaki itu ke kelab.

"Kau kenapa Rheya?" tanya Shita apabila melihat Rheya bangun ke biliknya. Rheya tidak menjawab. Dia terlalu emosi sekarang. Dan dia perlukan penjelasan.

Rheya menghenyakkan punggungnya di atas katil. Kesemua empat gambar itu dihantar kepada Radit.

************************************

Radit sedang meneliti kerja di laptop di biliknya. Hujung minggu sepatutnya berehat tetapi kerja tidak pernah habis-habis. Semalam dah keluar hingga ke tengah malam.

Telefonnya berbunyi nyaring. Ada mesej. Rheya! Hatinya girang. Hatinya tersentap sedikit melihat mesej Rheya.

'Care 2 explain?' taip Rheya. Tanpa berlengah Radit membuka pautan gambar yang dihantar oleh Rheya. Matanya terbeliak. Macam mana gambar dia sedang menari ni boleh ada dengan Rheya. Radit mengimbas semula peristiwa semalam.

Dia memang ke kelab biasanya. Dan terserempak Hanna yang membawa kawannya bersama.

"Dit, kawan I ni minat you. Hari ni hari jadi dia, boleh tak jadi good gentlemen and dance with her?" Hanna meminta sambil menarik-narik lengan Radit. Lelaki itu tertegun sebentar melihat Sandy.

"Hey, Dit, I'm Sandy. Come and dance with me? Please..." Sandy sudah melentok-lentokkan tubuhnya. Radit serba salah. Nak tolak kang bukan anak jantan. Dah orang serah diri, belasah aje lah! Hatinya jahat dirasuk syaitan. Dia sudah bangun.

"Eh! Takpe-takpe, tinggal aje phone you dengan I kat sini." halang Hanna sebaik Radit ingin mencapai telefonnya di atas meja. Radit tidak mengesyaki apa-apa kerana sudah biasa meninggalkan telefonnya dengan Hanna. Dia terus didorong ke lantai tarian oleh Sandy. Dah macam kucing siam si Sandy. Apa lagi Radit sudah lupa diri, lupa segalanya hanya mengikut hawa nafsunya. Mujur tidak melarat-larat ke bilik tidur itupun hanya kerana dia tidak minum semalam. Allah...Allah...bilalah Radit akan betul-betul berubah?

Radit tersedar dari lamunannya. Patutlah beria benar Hanna menyuruh Radit mengikut Sandy. Pasti Hanna telah mengambil nombor Rheya hanya untuk menghantar gambar-gambar dia sedang menari dengan Sandy. Radit meramas rambutnya, geram.

Dia terus menghubungi Rheya. Panggilannya tidak berangkat. Dia terus menaip mesej kepada tunangnya. Sepuluh minit. Setengah jam. Radit menelefon Rheya sekali lagi. Kali ini Rheya menutup telefonnya. Rheya benar-benar marah. Rosaklah rancangannya yang sedang berjalan lancar itu.

"You ni memang tak guna kan? Sanggup you perangkap I dengan kawan you tu. Berapa you bayar dia?" hambur Radit tanpa bertangguh apabila dia menghubungi Hanna.

Hanna ketawa menyakitkan telinganya apatah lagi hati Radit. Pasti Rheya sudah marahkan Radit. Dia hanya mengatakan yang Radit memang patut menerima balasannya kerana berani meninggalkannya begitu sahaja.

"Eh! Antara kita tak pernah ada apa-apa tau? Yang you nak sentap sangat macam you ni girlfriend I kenapa?"

Tut..tut..tut...Radit merenung telefonnya tidak percaya. Hanna memutuskan panggilannya. Sial! Radit meletakkan telefonnya ke tepi. Esok dia akan memujuk Rheya. Sehingga semalam, hubungan mereka elok-elok sahaja. Hingga Rheya ada mengajaknya makan tengah hari bersama esok dan Radit tidak sabar-sabar hendak berjumpa tunangnya itu kerana kali terakhir dia berjumpa Rheya hanya pada hari dia menghantar Rheya dan keretanya di rumah gadis itu. Masaklah dia hendak memujuk Rheya.

Coklat berkacang hazel lagi?

.

.

.

Kali ini Rheya sudah bersedia dari mental dan fizikal. Dia sudah betah dengan keadaan ini. Rasanya sudah lama dia tidak berasa marah begini. Sementelah Ray seorang lelaki yang baik, bukan kaki clubbing tentunya! Dia boleh menasihatkan Radit jika itulah sebab semuanya terjadi. Mungkin Allah aturkan begini supaya Radit menjadi lebih baik dan melalui Rheya sendiri. Dia tidak merasakan dirinya lebih baik dari Radit, tetapi dia tahu rasanya menjadi liar, tidak tentu arah hidup, hidup hari-hari hanya untuk berseronok. Dan sepatutnya Radit yang menjadi pembimbingnya sebagai suami kelak!

"Cik Rheya, Encik Radit nak jumpa cik." Setiausahanya bersuara melalui butang interkom.

"Suruh dia masuk." jawab Rheya tanpa bertangguh. Dia cuba menenangkan diri. Pintu ditolak perlahan, beberapa saat kemudian, wajah sugul Radit kelihatan.

"Assalamualaikum." Sapa lelaki itu.

"Waalaikumsalam." Jawab Rheya. "Kalau you ada bawak coklat ke, just simpan dalam poket you, I'm not that easy." Perli Rheya. Radit baru sahaja ingin mengeluarkan bar coklatnya.

"You're so bright." Ujar Radit meleretkan senyum.

"Dan I juga tak makan kata pujian."

"Look Rheya, I..." Radit terhenti berkata-kata apabila Rheya menggeleng-geleng.

"No, Dit. I tak nak kata-kata maaf. I dah bosan dengar. I cuba menerima you. Mana effort you untuk berubah? Apa yang I lihat semalam tu bukan perubahan namanya Dit." Ujar Rheya, masih tenang.

"Rheya, I'm sorry. I janji perkara semalam tu bukan yang macam you lihat..."

"Kenapa, you nak kata I buta ke tak kenal you? I kenal you sampaikan lihat dari belakang kepala you pun I dah boleh kenal itu you." Potong Rheya, geram.

"I can explain that. Hanna yang perangkap I, and Sandy paksa I untuk menari dengan dia..." Radit terhenti dari berkata-kata kerana apa yang sedang dikatakannya tidak langsung menunjukkan yang dia adalah mangsa di mata Rheya. Rheya terlalu mengenalinya. Hanya dia yang tidak mengenali Rheya.

"Wau..kesiannya Radit. Mangsa keadaan. Sedih I dengar. You lelaki! Tak boleh ke cakap tak nak. Tak boleh. And the point here is, you buat apa di kelab sedangkan you dah cakap dengan I yang you akan berubah." Dakwa Rheya.

"I memang sedang berubah. For your information cik Rheya Indriani, semalam I tak minum setitik pun, in fact, dah dua minggu I tak minum okey. I tahu I salah pergi clubbing, tapi you kena faham, clubbing selama ni dah jadi hidup I, I perlukan waktu untuk tinggalkan semua ni."

"You sayangkan hidup maksiat you yang hanya nampak indah. Indah yang palsu Dit." Air mata Rheya mengalir. 'Ya Allah, lelaki inikah yang akan menjadi pembimbingku kelak?' batinnya merintih hiba.

"I tahulah you dah berubah, but this is...ah!" Radit bangun sambil berjalan ke arah tingkap. Air mata Rheya menyakitkan hatinya. Radit berperang dengan dirinya. Dia jahat, sangat jahat.

"Kenapa Dit? You nak cakap I jangan tunjuk baik ke?" provok Rheya. Kali pertama selepas enam tahun lelaki itu meningkah cakapnya. Dan hanya kerana lelaki itu ingin mempertahankan sikap buruknya!

Radit melingkarkan tangan ke tubuhnya menghadap tingkap. "I tahu I jahat tak macam you, baik."

"I tak baik Dit. Tapi I cuba berubah. Berubahlah Dit, bukan untuk I, tapi untuk diri you sendiri. Berubah kerana Allah. Balik ke pangkal jalan Dit. I sentiasa doakan you selama ni." Rheya memberitahu kebenaran itu hari ini di hadapan tuan tubuh sendiri. Setiap kali selepas solat, Rheya selitkan Radit di dalam doanya. Hanya kerana Radit pernah curang dengannya dan tidak bermakna dia mahukan yang buruk buat lelaki itu.

Radit berpaling ke arahnya. Ada cahaya di mata itu. Radit terpana. Hatinya terasa hangat. Betapa Rheya mengambil berat tentangnya walaupun mereka tidak bersama ketika itu. Dia sendiri? Adakah dia ingat tentang Rheya setelah mereka berpisah? Sudah tentu tidak. Banyak lagi gadis lain yang sibuk diulitnya.

"You tak lupakan I?" tanya Radit untuk kepastian.

"Hampir mustahil untuk lupa." Akui Rheya. "Cuma I belajar terima hakikat, belajar untuk hidup tanpa you. I did it. Tapi sekarang you kembali dalam hidup I, I kena belajar semula terima you. So do you." Rheya tenang sahaja dalam bicaranya. "I beri you peluang Dit. At least hargainya." Pinta Rheya. Sepanjang mereka bercinta dahulu, tidak pernah dia bercakap dengan Radit begini. Bicara seperti orang dewasa. Agaknya dahulu mereka tidak pernah ada rancangan untuk berkahwin.

"Okay. I balik dulu. Maafkan I. Bye."

"I tau you boleh berubah. Satu hari you akan jumpa jalannya." Kata-kata Rheya itu tidak dibalasnya.

Rheya tidak menahan lelaki itu. Radit sedang berperang dengan dirinya. Syaitan tidak akan diam dalam menghasut manusia untuk terus sesat dalam khayalan. Rheya faham kerana itulah marah-marah Radit pun tiada guna, hanya memberi tekanan kepada lelaki itu. Yang dia tahu sekarang, dia cuma boleh bersabar. Aku ni baik sangat ke maafkan dia sekali lagi? Hati Rheya sendiri tidak pasti. Kalau dengan Ray ini semua tidak akan berlaku. Ah! Hatinya selalu begitu. Tiba-tiba dadanya terasa berat apabila wajah Ray berbayang di matanya. Sampai hati you tinggalkan I Ray ...air matanya bertakung.

*****************************

Ray membalas lambaian adiknya dari balkoni. Ingrid sedang berbual dengan tukang kebun mereka yang akan datang seminggu sekali mengemas halaman yang sederhana luas itu.

"Ray nak makan apa-apa tak? Kalau ada, nak call delivery. Ingat tak kedai burger kat town. Burger Factory tu."

"Tak nak masak?" gurau Ray tersenyum.

Ingrid memutarkan matanya ke atas. "You know that I am a bad cook?"

"Of course. Belajar la masak dik. Asyik makan kedai je, takpun ibu yang masak. Walaupun perempuan tak wajib masak, sekurang-kurangnya tau. Kalau-kalau tercampak kat lombong ke, hutan ke." Gurau Ray.

"Alah, doa yang baik-baik la. Ada pulak tercampak kat lombong. Doalah dapat husband yang pandai masak, haa.Ingrid boleh tumpang makan kat dia aje nanti." Ingrid ketawa lepas dengan kata-katanya. Ray tersengih.

"Burger pun bueger lah. Tapi abang nak funnel cake tambah coklat. Sementara hidup ni, nak makan apa yang ada." Ujar Ray selamba.

Ingrid tersentap. "Ray, kenapa cakap macam ni? You tak boleh ke mana-mana. Macam mana Ingrid dengan ibu nak hidup?" Ingrid mengalirkan air matanya.

Ray pantas tersedar. "Shit! Sorry...sorry.abang main-main je. Come here." Pinta Ray mendepangkan tangannya. Ingrid memeluk Ray erat.

"Jangan cakap macam ni lagi Ray. It hurts me!" Ingrid teresak-esak.

"Dah...dah...jangan nangis." Pujuk Ray. "Jom kita makan burger."

bersambung...

Continue Reading