The Eternal Love

By BaeJiyu

507K 12.2K 440

Don't Like Don't Read. Harith, lelaki yang ego, kejam, playboy akhirnya jatuh ke dalam pelukan Mia, seorang g... More

Cast
Bab 1
Bab 2 [EDITED]
Bab 3 [EDITED]
Bab 4 [EDITED]
Bab 5 [EDITED]
Bab 6 [EDITED]
Bab 7 [EDITED]
Bab 8 [EDITED]
Bab 9 [EDITED]
Bab 10 [EDITED]
Sembang #1
Bab 11 [EDITED]
Bab 12 [EDITED]
Bab 13 [EDITED]
Bab 14 [EDITED]
Bab 15 [EDITED]
Bab 16 [EDITED]
Bab 17 [EDITED]
Bab 18 [EDITED]
Bab 19 [EDITED]
Bab 20 [EDITED]
Bab 21 [EDITED]
Bab 22 [EDITED]
Bab 23 [EDITED]
Bab 24 [EDITED]
Bab 25 [EDITED]
Not An Update
Bab 26 [EDITED]
Im back!!
Bab 27 [EDITED]
Bab 28 [EDITED]
I'm back
Bab 29 [EDITED]
Bab 30 [EDITED]
Bab 31 [EDITED]
Bab 32 [EDITED]
Bab 33 [EDITED]
Sembang #2
Bab 34 [EDITED]
Bab 35 [EDITED]
Bab 36 [EDITED]
Bab 37 [EDITED]
Bab 38 [EDITED]
Bab 39 [EDITED]
Bab 40 [EDITED]
Bab 41 [EDITED]
Bab 42 [EDITED]
Bab 43 [EDITED]
Bab 44 [EDITED]
Bab 46 [EDITED]
Bab 47 [EDITED]
Bab 48 [EDITED]
Im back again zz
Bab 49 [EDITED]
Bab 50
Bab 51
NOT AN UPDATE

Bab 45 [EDITED]

6.6K 240 31
By BaeJiyu

Tepat pukul 5 petang, Mia sudah berdiri di foyer kondo, untuk menunggu ketibaan Harith. Baru sahaja dia mahu menelefon suaminya, Range Rover Evoque berwarna putih tiba di hadapannya. Mia tersenyum kepada Harith yang sedang melambai kepadanya.

"Hi, abang." Tegur Mia setelah duduk dengan selesa di sebelah Harith.

"Hi, princess." Balas Harith sebelum merangkul pinggang isterinya lalu memberikan kucupan lembut di bibir. Mia hanya tersenyum malu ketika Harith menjarakkan tubuh.

Kereta itu meluncur ke lebuhraya Kuala Lumpur dengan perlahan disebabkan kesesakan lalu lintas. Seperti kebiasaan, lebuhraya di Kuala Lumpur akan sesak kerana waktu ini merupakan waktu puncak. Sesekali Harith mengerling ke arah Mia yang comel memakai bawal berwarna pink pastel. Kardigan berwarna hitam menambahkan lagi kecomelan Mia yang bertubuh genit.

"Sayang?" Tegur Harith setelah lama mereka berdiam diri.

"Ye, abang?" Balas Mia acuh tak acuh. Mia ketika ini sedang membuat nota di telefon pintarnya untuk bahan-bahan yang perlu dibelinya nanti.

"Abang rindu." Ujar Harith sebelum menarik tangan Mia lalu digenggam erat. Mia menoleh ke arah suaminya dengan senyuman. Senyumannya semakin lebar apabila Harith menyulamkan jari-jemari mereka.

"Mia pun rindu abang." Balas Mia lembut sambil memandang wajah tampan suaminya. Harith yang ketika ini memakai suit berwarna kelabu berserta cermin mata hitam kelihatan sangat kacak di matanya.

"Abang tak sabar nak balik rumah peluk cium isteri abang ni." Gurau Harith sebelum mencuit hidung mancung Mia.

Wajah Mia memerah mendengar kata-kata nakal suaminya.

"Abang ni tak pernah tak gatal. Tak suka tau."

Harith tersenyum. Dia sesekali memandang tangan mereka yang bersulaman sebelum dibawa ke bibir lalu dikucup lembut. Mia tergelak kecil sebelum melentokkan kepalanya di bahu Harith.

***

Setibanya mereka di Pasaraya Tesco, Harith dan Mia langsung menolak troli ke bahagian sayur-sayuran dan buah-buahan. Mia memilih sayur-sayuran seperti pucuk-paku, bayam, kubis serta beberapa jenis sayur-sayuran kampung. Setelah itu, mereka memilih buah mangga untuk dibuat sambal. Harith memberitahu bahawa Zayn sangat gemarkan sambal itu.

Harith yang sedang leka memilih ayam mentah tersedar yang Mia sedari tadi merenungnya.

"Ye, sayang? Abang tau sayang rindu abang. Sabar dulu, ye?" ujar Harith dengan sengihan nakal.

Mia menjulingkan mata ke atas sebelum memeluk lengan suaminya. Harith ketika ini masih memakai kemeja kerja dengan lengan yang dilipat sehingga ke siku. Fizikal Harith ketika itu tidak dapat digambarkan kesegakannya.

"No, lah. Mia proud je. Ada suami yang tak malu teman isteri beli barang dapur, dengan kemeja kerja pulak tu." Balas Mia dengan senyuman lebar di bibirnya.

Harith hanya senyum lebar mendengar pujian daripada isterinya. Kembang kempis hatinya apabila dipuji sebegitu. Harith sempat mengerling wajah cantik Mia.

"You know what? If abang sekarang ni tak pegang ayam mentah, dah lama abang tarik cium peluk sayang dekat sini jugak."

Mia terus masam mencuka mendengar kata-kata suaminya. Dia menjeling tajam sebelum senyuman kecil terlepas di sudut bibirnya.

"Abang tahu sayang suka. Tak perlu nak cover sangat." Usik Harith sebelum beredar ke tempat timbang harga. Dia sempat mengenyitkan mata nakal ke arah Mia. Mia menggeleng dengan wajah yang merah padam.

***

Mia berjaya menyiapkan empat jenis masakan kampung dalam masa 2 jam berkat atas pertolongan Harith. Pucuk-paku goreng belacan, sambal udang petai, sup bayam serta sotong sumbat terus dihidangkan di meja makan.

Mia tersenyum senang melihat hasil masakan mereka berdua, lebih tepat hasil masakannya. Harith hanya membantu untuk memotong sayur-sayuran, tetapi selebihnya hanya suka menempel di belakang tubuhnya, konon sibuk mahu tolong memasak padahal mahu bermanja.

Sesekali Mia menjerit geram apabila Harith sengaja mempermainkannya dengan mengucup sekitar leher dan bahunya yang terdedah. Apabila dia memarahi Harith, Harith akan melepaskan pelukan lalu duduk di island chair untuk melihatnya masak, tetapi 5 minit kemudian, tubuh suaminya menempel kembali di belakang tubuhnya. Mia tidak lagi bising tetapi hanya membiarkan.

"Sedapnya bau. Abang tak sabar nak makan." Kata Harith sebelum menarik tubuh Mia yang masih dibaluti apron ke atas ribanya. Ketika ini dia sedang selesa duduk di island chair.

Mia memeluk erat leher suaminya. "Abang memang suka kan kacau Mia? Tak boleh tengok Mia tenang langsung, tau."

Harith berpura-pura tersentap dengan kata-kata isterinya. "Sampai hati sayang kata macam tu dengan abang. Sayang mesti bersyukur tau ada suami yang penyayang macam ab—"

Cup.

Mia terus mengucup bibir Harith, agar Harith berhenti membebel. Harith hanya diam dengan bibir yang cuba mengawal senyuman.

"Nak lagi." Kata Harith dengan suara manja.

Mia menggeleng dengan senyuman lebar. Dia cuba turun dari ribaan Harith tetapi pinggangnya telah dipeluk erat oleh Harith.

"Abang, Mia berat tau."

"Jangan pandang rendah dengan kekuatan abang, sayang." Harith tersengih nakal sebelum menarik lagi tubuh Mia agar menempel lebih rapat dengan tubuhnya.

"Abang, Mia nak tukar baju. Nanti Zayn sampai macam mana?" Mia memberi alasan. Dia cuba merungkaikan pelukan Harith di perut besarnya tetapi tidak berjaya.

"Kejap lagi, sayang. Abang nak peluk sayang dulu."

Mia menggeleng sebelum ketawa apabila terasa geli di telinganya. Dia menolak wajah Harith menjauhi telinganya.

"Don't bite my ear!" Marah Mia dengan ketawa yang terlepas di bibirnya. Mia sangat sensetif di bahagian telinganya.

"If abang nak?" Soal Harith dengan suara nakal. Mia meneguk air liur apabila suara 'bilik tidur' Harith berbunyi.

"Abang, hari siang benderang tau. Jangan nak mengada. Abang dah janji akan tunggu sampai Mia lahirkan baby, kan?" Mia sudah kalut untuk melepaskan dirinya. Janganlah suaminya meminta malam ini. Dirinya semakin cepat lesu setelah kandungannya telah menginjak 6 bulan.

Harith ketawa kuat selepas itu. Dia melepaskan rangkulan erat di tubuh isterinya sebelum menurunkan Mia dengan perlahan-lahan dari ribaannya.

"Sayang, you should see your face just now. So funny and cute!"

Mia yang masam mencuka apabila sedar dirinya dikenakan Harith terus mencubit lengan sasa suaminya.

"Aduh, sayang! Tangan macam ketamlah!"

Mia mencebik sebelum menjulur lidah. "Padan muka abang. Suka usik Mia, tau!"

Harith ketawa kecil sebelum menarik kembali tubuh Mia agar berdiri di celah antara kakinya. Ketawanya hilang semasa dia mengusap lembut pipi gebu Mia.

"I love you, sayang." Ujar Harith sebelum mengucup dahi Mia.

"I love you more, abang." Balas Mia dengan senyuman lebar.

"No, you can't!" Kata Harith sebelum menarik pipi Mia.

"Sakitlah abang! Then Mia nak cakap apa pula?" Kata Mia dengan menggosok pipinya yang perit dicubit Harith.

"Sayang kena cakap, I love you abang, but I know you love me more."

Mia menggeleng laju sebelum melepaskan rangkulan Harith. Dia terus berjalan laju ke biliknya. "Tak nak! Abang ni mengada-ngada je lebih."

"Sayang! Abang belum puas peluk lagi lah!" Balas Harith sebelum mengejar Mia.

To be continued...

Continue Reading

You'll Also Like

861K 85.5K 73
COMPLETED ✔️ BLURB ❝Maaf maaf, itu je yang kau tahu?❞ - Ziyad Hayder Pertemuan yang tak dijangka. Pertama kali, jejaka itu menyelamatkan dia daripad...
164K 10.5K 32
Adam Hirdy | Azalea
89.2K 7.5K 27
𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐌𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐃𝐢𝐚 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟐 𝐍𝐮𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐮𝐝𝐡𝐚𝐡 | 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚𝐧 "𝐓𝐚𝐤𝐡𝐭𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐮𝐧𝐠𝐠...
51.3K 5.8K 19
RAAIF MATEEN | RAIHANA MIKAILA Peluang tak pernah wujud untuk manusia sejelek dia. Peluang tak pernah hadir untuk manusia yang tak sempurna seperti d...