NOVEL : RINDU YANG TERAKHIR

By mimieismail90

23.8K 401 29

MANUSKRIP : PESANAN AKHIR RAY Kini sebuah novel!! RINDU YANG TERAKHIR Terbitan Suara Hati Publication. Dapat... More

Please Read This First...
PART 1 - THOSE DAYS...
He Is Not The One
PART 2 - Suatu Permulaan
Who is he?
PART 3 - I'm In Love
PART 4 - The Only One That I Needed
Satu Kebetulan
PART 5 - Sarah
He'll Pay Hell
Part 6 : Liku Hidup Ray
Liku Hidup Ray (2)
Part 7 - Time is Ticking
Part 8 - Suara Hati Tak Pernah Silap!
Part 8 - Api Benci Yang Tak Pernah Padam
Part 9 - You've ruined everything!
Patung Tidak Bernyawa
Promise Are Made to be Broken
PART 10 - The Battle
Takkan Ada Tempat Di Hati Rheya
PART 11 - Apa Salah Aku, Sayang?
Bagai Singa Hilang Taring
PART 12 - Takkan Pernah Mengalah
I Just Wanna Be Happy
PART 13 - Please Stay
I'm Fine
PART 14 - Hope? Kosong.
PART 15 - Meant to Be
RINDU YANG TERAKHIR
PART 16 - Hati Yang Kau Sakiti
PART 17 - "Jangan Terlalu Benci" - Radit
PART 18 - Hati Perempuan
PART 19 - Tak Pernah Serik?
Malang Tak Berbau - 1
PART 20 - Apa Yang Terselindung di Hati Radit
PART 21 - Kesangsian Ingrid
'Ianya Satu Kesilapan' - Radit
PART 22 - 'Dasar Muka Tembok!' - Rheya
PART 24 - Everyone Is Trying Their Best
PART 25 - First Date
PART 26 - Satu Demi Satu, Okay?
PART 27 - Lelaki Dan Janji Mereka
PART 28 - Hidayah Tak Kenal Dosa
PART 29 - Missing Him Everyday
MY PART - Hey There!
PART 30 - Please, Let Me Stay By Your Side...
PART 31 - It Feels Right...
PART 32 - It's In The Corner
PART 33 - We Are Bro!
PART 34 - Kau Takkan Pernah Jadi Milikku!
PART 35 - JANJI
PART 36 - Tersingkap
PART 37 - Musuh Dalam Selimut
PART 38
PART 39 - Desperate
PART 40 - The Cracking
PART 41 - End?
PART 42 - Semuanya Berakhir
PART 43 - I Can Never Forgive You!
Part 44 - Kasih Yang Terlerai
PART 45 - It's crystal.
PART 46 - The Glooms
PART 47 - "You Are My Light, Rheya..."
PART 48 - Let Me Stay...
Notis Untuk Rindu Yang Terakhir

PART 23 - Baby Step

273 6 0
By mimieismail90


Rheya berjalan perlahan-lahan menuruni anak tangga. Mama di dapur agaknya. Punggung kanannya yang lebam masih menyakitkan ketika dia berjalan. 'Bosannya...' getus hatinya. Dia berjalan ke arah pintu menuju ke tepi rumah.

Niatnya hendak mengambil angin sedikit. Rheya berjalan ke arah gazebo sebelum menangkap kelibat seorang lelaki duduk membelakangkannya. Jantungnya berdebar-debar. Siapa pulak? Rheya sedikit lega apabila mengetahui siapa lelaki tersebut.

"Eh! Buat apa you kat sini?" sapa Rheya terkejut apabila keluar dan melihat Radit sedang duduk di gazebo di pinggir taman.

Dia bosan sungguh kerana sudah seminggu lebih di rumah mama dan papa. Dia langsung tidak dibenarkan melakukan apa-apa kecuali duduk berehat dan menonton televisyen sahaja.

"I takde tempat nak tuju. Boring." Luah Radit. Benar. Dia berasa sungguh bosan sekali. Nak ajak Ammar keluar tengok wayang ataupun bermain boling, temannya itu sudah berdating dengan Shita. Dari hospital tadi melawat Ray, tetapi lelaki itu sudah keluar, dan tidak dapat dihubungi, terus dia ke sini. Sungguh, dia tiada tempat untuk dituju.

Sekurang-kurangnya di sini ada Rheya walaupun Rheya tidak menerimanya dengan baik. Mendengar nada tuduhan dari suara Ingrid tempoh hari menambah beban hatinya. Ke mana semua ini akan menuju? Dia memandang ke arah Rheya sejenak. Semua hanya kerana gadis bernama Rheya Indriani ini. Hanya kerana sebuah cinta Ray kepada Rheya. Dan dia pula apa? Orang ketiga secara paksa? Ah, perkara ini terlalu rumit.

"Kereta I ada calar tak?" tanya Rheya dingin meninjau ke arah keretanya dari jauh. 'Ada calar siaplah!'

"Takde." Jawab Radit sepatah. Dia hanya mahu duduk sebentar di sini. Moodnya hari ini langsung tiada. Nak bercakap pun malas.

Rheya mengerutkan dahinya. Lelaki itu tidak seperti selalu. Wajahnya seperti bermasalah. Selalunya ada sahaja cakap-cakap mengarut, tetapi tidak hari ini. "You ni kenapa?" Rheya kebosanan hingga tidak kisah sangat hari ini untuk berhadapan dengan Radit. Hendak berbual dengan mama pun, mama sibuk menguruskan rumah. Mahu menolong tak dibenarkan pula.

"Takde apalah. You macam mana hari ni?" Radit melihat-lihat tangan Rheya yang masih beranduh itu. Dahi Rheya sudah tidak ditempel dengan plaster, kelihatannya luka di situ telah kering.

"Bolehlah sikit. Bosan aje terperap kat rumah."

"Jom I bawa you keluar. Kita jalan-jalan kat taman tasik ke?" pelawa Radit mencuba nasib. Moodnya kembali baik hanya dengan melihat dan bercakap dengan Rheya.

"You dengar apa mama dengan papa cakap, I tak boleh ke mana-mana sepanjang minggu ni." Rheya seakan-akan merungut.

Radit tertawa kecil. "I hairan dan respect dengan you. You dah jadi anak yang taat sekarang."

Rheya mengerutkan dahinya. "Maksud you?"

"Janganlah pandang I macam tu. Betullah apa yang you buat ni. Sorry kalau you terasa. Cuma I masih cuba menerima yang you memang dah berubah sekarang. Bukan Rheya yang I kenal dulu." Ujar Radit. Sungguh dia mengagumi Rheya sekarang.

"Manusia boleh berubah." Ujar Rheya. Dia tahu perubahannya memang akan membuatkan siapa yang kenal dia enam tahun dulu bertemu dengannya hari ini pasti tidak akan mengenali dirinya. Syukur pada Allah SWT yang masih memberikan dia peluang untuk berubah.

"Mestilah." akui Radit.

"You bawa apa tu?" tanya Rheya memuncungkan bibirnya ke arah beg kertas kecil di sisi Radit.

"Oh, lupa pulak. Untuk you." Lantas Radit menyerahkan beg kertas itu kepada Rheya.

"Thanks." Rheya mengeluarkan barang di dalam beg kertas itu. Coklat Cadbury hazelnut. "Mana you tau I suka coklat ni?" dah lama dia nak tanya Radit mana dia tahu tentang coklat ini.

Memang tidaklah Radit hendak memberitahu Rheya tentang itu. "Adalah. Cepatlah keluarkan satu lagi." Gesa Radit. Dia mahu melihat reaksi Rheya.

Rheya mencapai satu lagi. Gameboy. Rheya ketawa spontan. Radit terpegun sejenak. Dia baru sahaja membuat Rheya ketawa. "You bawak game purba ni untuk I?" ujar Rheya menekan 'on' di alat permainan yang sudah hampir 10 tahun dia tidak lihat.

"Lama tak pernah nampak Gameboy kan? I jumpa kat Perak hari tu masa keluar dengan Ammar." Beritahu Radit. "You ingat tak dulu I ada belikan you game ni...err..." Radit memikir-mikir, "..masa birthday you kot. Atau event apa entah. I dah lupa." Ujar Radit. Ingatannya tentang peristiwa itu hanya samar-samar. Diperahnya otak untuk mengingatinya.

"I pun tak ingat." Bohong Rheya. Malah dia ingat dengan baik setiap peristiwa yang melibatkan kenangannya dengan Radit. Mereka menyertai satu ekspidisi dengan kawan-kawan mereka. Memandangkan perjalanan mengambil masa hampir empat jam, Radit telah membelikannya permainan ini untuk Rheya yang kebosanan.

"Ah! I dah ingat. Masa kita nak ke Gunung Tahan kan." Seru Radit. Mula mengingati peristiwa itu samar-samar.

"Yalah kot." Banyak kenangannya bersama Radit di situ. Tanpa kerelaan Rheya, satu-persatu memori mereka di Gunung Tahan kembali terlayar di fikirannya. Gelak tawa, gurauan mereka, segala-galanya. Waktu itu juga adalah kemuncak kasih Rheya terhadap Radit hanya dengan sifatnya yang suka melindungi.

Rheya masih ingat dengan baik semasa dia kepenatan dan kakinya luka melecet yang agak teruk semasa mereka meredah hutan dan Radit dengan rela hati membiarkan Rheya untuk 'piggyback' lelaki itu di sepanjang jalan. Habis mereka diketawakan teman-teman tetapi Rheya dan Radit tidak mempedulikan usikan-usikan nakal itu.

"You main sepanjang jalan game tu sampai bateri habis." Lamunan Rheya terhenti apabila mendengar ketawa Radit. Dia hanya mendengar Radit berkata-kata sambil merenung Radit tanpa sedar. Hatinya terusik sedikit. Macam-macam juga yang Radit lakukan untuk membuktikan bahawa dia telah berubah selama mereka bertemu kembali.

Dan mendengar dari Jenice, lelaki itu juga yang bertungkus lumus mengangkat kayu-kayu yang menimpanya dan risau separuh nyawa melihat keadaan Rheya yang tidak sedarkan diri. Kenapa pula dia terasa aneh? Adakah dia sedang menilai semula tindakan Radit dan mempertimbangkan kata-kata Ray supaya memberi peluang kepada Radit.

"Rheya?" panggil Radit sambil melayang-layangkan tangannya di hadapan Rheya yang kelihatan ralit.

"What?" Rheya tersentak.

"You berangan apa?" tanya Radit tersengih.

"Rheya? Eh, Radit pun ada? Marilah masuk boleh makan tengah hari sekali. Rheya, ajak Radit masuk." Suara mama mencelah tiba-tiba. Mama kembali masuk ke dalam.

Rheya bangun perlahan. Mana mungkin dia hendak memberi peluang semudah itu kepada Radit. Atau mungkinkah peluang kedua itu wujud untuk bekas teman lelakinya itu. Hatinya menyebut satu perkataan. Tunang. Lelaki ini bukan sekadar bekas teman lelaki tetapi kini adalah tunangnya.

Rheya bangun dan berjalan perlahan ke arah pintu sebelum berpaling ke arah Radit yang berwajah serba salah. Masih tidak berganjak dari duduknya.

"I akan pergi kalau you tak suka." Ujar Radit. Dia sudah tidak mahu menekan perasaan Rheya.

"Masuklah." Habis berkata begitu, Rheya berpaling dan meninggalkan Radit yang tersenyum lebar, bangun dan mengekori langkah Rheya.

********************************************

"Aku tengok kau dah mula okey dengan Radit?" tegur Shita yang datang melawat Rheya seperti rutin hariannya sejak Rheya tinggal sementara di rumah mama dan papanya ini. Kebetulan semasa dia memandu masuk tadi, Radit sudah hendak meninggalkan perkarangan rumah Rheya. Dengan memandu kereta gadis itu lagi. Musykil...musykil.

Rheya mengambil masa sekejap sebelum menjawab. Mencari ayat sesuai barangkali.

"Mungkin." Itu sahaja yang keluar dari bibir Rheya.

"Kalau dengar dari cerita kau dia tu dah berubah. Ini siap makan tengah hari kat sini, drive kereta kau lagi. Kau dah dapat terima dia ke?"

"Aku tak tau nak fikir apa Ita. Aku dah jadi keliru." Ujar Rheya. Lelaki itu nampak sungguh serasi dengan mama dan papanya. Mama dan papa juga melayan Radit tak ubah seperti anak sendiri.

"Soal hati ni susah Ita. Dia pernah jadi orang yang paling aku sayang selain mama dan papa aku."

"Kau nak bagi dia peluang maksud kau?" tanya Shita. Dia ada bercakap dengan Ammar tentang hal ini tetapi Ammar tidak memberi apa-apa komen lebih dari apa yang di ketahuinya

"Aku tak tau, Ta. Aku tak tau." Rheya menggeleng tidak pasti.

"Aku rasa tak salah nak bagi dia peluang kedua. Mana tau memang benar-benar dia tu jodoh kau. Kalau betul dia berubah, alhamdulillah. Kita tak tau apa yang Allah rancangkan untuk kita. Mungkin Radit yang terbaik bagi kau."

"Ita, kadang-kala aku rasa nak lari dari semua ni. Atau berharap semua ni cuma mimpi buruk sebab aku tidur tak baca doa. Dan bila aku bangun, Ray masih ada dalam hidup aku. Aku sayangkan dia, cintakan dia. Tapi sekarang hati aku dah goyah. There! I said it." Luah Rheya, tegar. Mungkin hatinya sudah menerima Radit dan dia masih mahu menidakkannya.

Baru kini dia mengerti, hatinya kian selesa dengan kehadiran Radit. Lelaki itu mengambil berat tentangnya. Ray pula sudah menyepikan diri, panggilan telefon atau mesej Rheya langsung tidak pernah berbalas. Seakan-akan Ray serius mahu Rheya lupakannya. Mungkin itu yang terbaik.

Air matanya mengalir. "Ray dah lupakan aku, Ta. Aku sakit...." Rheya menangis teresak-esak. Shita pantas memeluk bahunya menenangkan Rheya.

"Istighfarlah Rheya. Kau kan kuat. Kau ingat kan macam mana kau kuatkan diri kau enam tahun lalu. Kuatlah juga untuk hari ini, Rheya. Kau boleh buat. Kau boleh laluinya sekali lagi." Pujuk Shita.

Agaknya lama juga Rheya menangis sebelum dia kembali menegakkan badannya sambil mengelap kering wajahnya.

"Biarlah Ray tak nak kat aku, Ta. Aku tak boleh paksa orang sayangkan aku kan. Baik, aku akan kuat." Wajahnya diceriakan. Hatinya sedikit tenang selepas menangis.

"Aku tau kau boleh buat," sokong Shita. Sudah terlalu lama dia mengenali Rheya, sejak mereka di taska lagi iaitu 22 tahun yang lalu.

"Kau nak coklat tak?" Rheya mencapai coklat bar besarnya. Tangannya rakus membuka balutan aluminiumnya, lantas dipatahkan, selebihnya diberikan kepada Shita yang turut mengambil sedikit coklat berkacang hazel itu.

"Radit bawakkan tadi. Dengan game ni." Tangan kirinya mengambil Gameboy di dalam beg kertas tadi lalu diunjukkan kepada Shita. Dapatlah dia hilangkan bosan beberapa hari ini. Ataupun sehingga habis baterinya. Hahaha.

Shita ketawa. "Hahaha...mengorat pesen baru ni, pakai Gameboy je?"

Ketawa mereka berhamburan seketika. Shita berharap Radit tidak akan mencurangi Rheya lagi selepas ini.

To be continued...

Continue Reading

You'll Also Like

39.2K 2.8K 54
"You drive me crazy, Yara Alyssa. Most people say that the cure for falling in love is marriage. And now I'm in love. Do you want to be the cure for...
587K 23.1K 81
Kehilangan kedua ibu bapanya buatkan Razia rasa hidupnya sudah pun seperti di ambang neraka. Tapi siapa yang menyangka, tiga hari setelah pemergian o...
848K 34.3K 95
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
1.1M 39.4K 57
𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟐 𝐊𝐧𝐨𝐰𝐧 𝐀𝐬 𝐇𝐢𝐬 𝐏𝐫𝐞𝐜𝐢𝐨𝐮𝐬 𝐖𝐢𝐟𝐞 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐟𝐟𝐚𝐳 𝐃𝐚𝐢𝐲𝐚𝐧 | 𝐃𝐚𝐫𝐢𝐬𝐚...