The Eternal Love

By BaeJiyu

507K 12.2K 440

Don't Like Don't Read. Harith, lelaki yang ego, kejam, playboy akhirnya jatuh ke dalam pelukan Mia, seorang g... More

Cast
Bab 1
Bab 2 [EDITED]
Bab 3 [EDITED]
Bab 4 [EDITED]
Bab 5 [EDITED]
Bab 6 [EDITED]
Bab 7 [EDITED]
Bab 8 [EDITED]
Bab 9 [EDITED]
Bab 10 [EDITED]
Sembang #1
Bab 11 [EDITED]
Bab 12 [EDITED]
Bab 13 [EDITED]
Bab 14 [EDITED]
Bab 15 [EDITED]
Bab 16 [EDITED]
Bab 17 [EDITED]
Bab 18 [EDITED]
Bab 19 [EDITED]
Bab 20 [EDITED]
Bab 21 [EDITED]
Bab 22 [EDITED]
Bab 23 [EDITED]
Bab 24 [EDITED]
Bab 25 [EDITED]
Not An Update
Bab 26 [EDITED]
Im back!!
Bab 27 [EDITED]
Bab 28 [EDITED]
I'm back
Bab 29 [EDITED]
Bab 30 [EDITED]
Bab 31 [EDITED]
Bab 32 [EDITED]
Bab 33 [EDITED]
Sembang #2
Bab 34 [EDITED]
Bab 36 [EDITED]
Bab 37 [EDITED]
Bab 38 [EDITED]
Bab 39 [EDITED]
Bab 40 [EDITED]
Bab 41 [EDITED]
Bab 42 [EDITED]
Bab 43 [EDITED]
Bab 44 [EDITED]
Bab 45 [EDITED]
Bab 46 [EDITED]
Bab 47 [EDITED]
Bab 48 [EDITED]
Im back again zz
Bab 49 [EDITED]
Bab 50
Bab 51
NOT AN UPDATE

Bab 35 [EDITED]

6.3K 165 7
By BaeJiyu

I'm listening to Bidadari by Ismail Izzani(even i tak suka dia grr but dikecualikan sbb lagu dia kali ni best) :3 and I recommend u guys dgr lagu ni masa baca chapter ni ;)

***

Petang itu Mia seperti biasa, dengan rutin hariannya, melakukan senaman ringan agar tubuhnya serta anak yang sedang dikandungnya selama 4 bulan itu sihat dan kuat.

Mia menarik nafas panjang untuk mengakhiri rutin hariannya itu. Baru sahaja dia mahu bangun, telefonnya berbunyi menandakan ada mesej masuk.

Mia mencapai telefonnya yang berada di atas sofa lalu membuka mesej tersebut. Dia terkejut dengan pesanan ringkas yang diterimanya itu.

Unknown

mia... Jangan happy sangat.. or anak yang kau kandung dalam bahaya

4.55 pm

Mia terasa tubuhnya menggigil ketakutan setelah membaca sms itu. Dia tidak dapat meneka nombor itu kerana nombor itu sengaja dirahsiakan.

"S-siapa.. s-siapa.." soal Mia berulang kali kepada dirinya dengan tangan dan tubuh yang menggigil. Mia segera duduk di atas sofa sebelum tubuhnya jatuh melurut ke lantai. Lututnya terasa lemah, badannya terasa tidak berdaya. Siapa yang sanggup menggugutnya begini, sedangkan untuk pengetahuannya, dia tiada musuh di sini.

Tapi benarkah dia tiada musuh?

Air mata Mia jatuh berderai. Dia memegang perutnya yang sudah membesar dengan erat. Tidak.. dia tidak mahu anaknya diapa-apakan.

No, no. Dia wajib beritahu Harith akan ugutan yang diterimanya. Baru sahaja dia mahu menelefon Harith, tiba-tiba mesej baru masuk sekali lagi.

Unknown

jangan berani2 beritahu suami tersayang kau... kalau kau taknak suami kau dalam bahaya

5.01 pm

Kali ini tubuh Mia serta-merta terasa lemah seluruh sendinya. Ya Allah, dugaan apakah ini? Mia menangis semahu-mahunya. Siapa orang ini? Mengapa dia menggugut mahu mengapa-ngapakan anak dan suaminya? Siapakah dia?

Mia serta-merta memadam dua buah mesej yang diterimanya itu. Tidak, dia tidak boleh biarkan hal ini diketahui Harith. Dia tidak mahu suaminya diapa-apakan. Dia tidak sanggup kehilangan Harith.

"A-abang... siapa dia.. siapa dia..." soal Mia berulang kali dengan tangisan yang berlagu. Dia begitu takut. Dia sayangkan suaminya. Di sayangkan keluarganya yang akan bertambah ahlinya.

"Abang... Mia takut...hiks hiks."

Petang itu, Mia menangis semahunya di sofa. Menangis dan menangis sehingga tanpa sedar dia tertidur kepenatan.

***

Ding Dong!

Ding Dong!

Harith hairan apabila bunyi loceng yang ditekannya tidak mendapat reaksi daripada Mia. Selalunya dengan sekali tekan sahaja Mia sudah meluru ke pintu untuk menyambutnya pulang dari kerja.

Tiba-tiba jantungnya berdegup laju. Jangan-jangan...

Harith segera mengeluarkan kunci pendua dari begnya sebelum segera masuk ke dalam rumah dengan memanggil nama Mia.

Hatinya yang tadinya gundah-gulana terus lega setelah melihat Mia tertidur di sofa dengan pakaian yoganya.

Dia segera menghampiri Mia lalu mengusap wajah Mia yang semakin membulat. Cantik sungguh isterinya itu ketika tidur. Seketika mata nakalnya melirik ke arah tubuh seksi Mia yang tidur lena di sofa. Lekukan tubuh Mia dari bawah sehingga ke atas sangat mencabar nafsu lelakinya. Mia tidak pernah membuatnya terasa bosan. Malah setiap hari dia tergilakan wajah dan tubuh isterinya itu.

Dia segera membuang fikiran nakalnya jauh-jauh. Dia perlu mengangkat tubuh Mia ke bilik tidurnya, agar Mia dapat tidur dengan selesa berbanding di sofa.

"Abang?"

Mia terjaga apabila terasa tubuhnya berayun-ayun. Kelihatan wajah tampan Harith sedang tersenyum kepadanya. Wajah Harith yang mempunyai rahang tajam yang indah dimatanya.

"Mia bersyukur abang selamat..." ujar Mia perlahan sambil mengusap pipi Harith.

"Maksud sayang?" Harith terpinga-pinga dengan soalan Mia yang tiba-tiba.

"Takde apa, abang. Lupakan."

Mia segera memejam matanya rapat, dan bibir segera diketap erat. Risau jika tangisannya pecah sekali lagi. Pegangan di leher Harith dieratkan. Dia sangat sayangkan Harith, musuhnya di awal perkenalan, dan heronya, kini, dan selamanya.

Harith meletakkan tubuh Mia perlahan-lahan di katil mereka. Tubuh Mia segera diselimutkan.

"Abang nak pergi mana?" soal Mia dengan suara sayu. Dia mengenggam tangan Harith yang sudah berdiri. Mujur keadaan bilik ketika itu malap, jadi Harith tidak melihat matanya yang sembap kerana terlalu banyak menangis.

"Abang nak mandi, sayang. Kenapa? Sayang nak abang teman ke?" soal Harith sebelum duduk semula di birai katil. Dia mengelus rambut Mia sebelum tunduk mengucup dahinya.

Mia mengangguk perlahan-lahan. Harith tergelak kecil.

"Tapi abang busuk, belum mandi dari pagi ni."

Mia menggeleng. "No, abang sentiasa wangi untuk Mia."

Harith tersenyum. Tidak mungkin dia akan berbau busuk walaupun tidak bertukar pakaian dari pagi. Dia lelaki metroseksual, sering menjaga dan mementingkan imejnya, bau badan sangatlah penting untuk dijaga.

"Okay, sayang. Demi bidadari abang, abang teman sayang sampai sayang tidur? Okay?"

Mia mengangguk. Dia segera memeluk tubuh Harith yang separa berbaring di sebelahnya. Kepala Mia diletakkan didadanya.

Mendodoikan Mia dengan lembut, dia menyanyikan lagu bidadari versi akustik kepada Mia.

Kau tetap ada
Walaupun diriku tak sempurna
Dan tiada mati
Kasih kau dihati
Dan sepanjang hidupku
Kau terimaku seadanya
Biarpun kau sering ku luka
Bidadariku..
Bidadariku..

Setelah habis menyanyikan bahagian tersebut, Mia mendongak lalu tersenyum manis.

"Mia tak pernah tau suara abang sedap."

Harith tergelak. "Well, suami sayang ni multi-talented."

Mia mencubit lembut dada Harith sebelum menarik nafas panjang. Ya Allah, lindungilah suamiku.

Mia mendongak sekali lagi sebelum memuncungkan bibirnya ke arah Harith.

Harith tersenyum sebelum menunduk.

Cup.

Mereka sama-sama tersenyum setelah itu. Mia mengeratkan pelukan di dada Harith sebelum memejam matanya erat.

"I love you, abang." bisik Mia perlahan.

"I love you more, sayang." balas Harith sebelum mengucup rambut Mia yang lembut mewangi.

Setelah Mia tertidur, Harith mengucup bibirnya sekali lagi sebelum bangun ke arah almari pakaian. Baju tidur Mia diambil lalu dia menukar pakaian Mia kepada pakaian tidur agar lebih selesa.

Dielus-elus rambut Mia, dia tunduk lalu mencium perut Mia yang membesar.

"Anak papa sihat? Sayang jangan nakal-nakal, kesian mama penat."

Itulah rutin Harith setiap malam yang tidak diketahui Mia. Harith setiap malam senyap-senyap berbual dengan anak mereka. Tanpa sedar, dalam dinginnya Harith, terdapat taman yang indah dihatinya, khusus buat isteri dan anak yang tersayang.

"Papa sayang anak papa. Tak kira boy or girl, papa akan tatang bagai minyak yang penuh. Sama macam cinta papa pada mama."

Harith mengakiri bualan mereka dengan kucupan lama di perut Mia. Kemudian dia tersenyum lebar apabila terasa tendangan kuat di tempat yang dikucupnya.

"Ganasnya." ujar Harith lembut sebelum mengusap perut Mia buat sekalian kalinya. Kemudian dia menyelimuti tubuh Mia sebelum melangkah ke bilik air untuk membersihkan diri.

To be continued...
omg otak gue pusing mahu memikirkan konflik jahat😭 taknak konflik nak tulis sweet2 je boleh😭😭

Continue Reading

You'll Also Like

1.8M 61.7K 47
1st story ♥️ Maira Sofea, seorang jururawat yang sangat disenangi oleh orang sekeliling..Ramai yang bercita-cita nak jadikan dia menantu tapi a...
2.4M 2.3K 1
#1 ENCIK'S SERIES 𝐓𝐇𝐀𝐐𝐈𝐅 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐑 𝐗 𝐊𝐀𝐔𝐒𝐀𝐑 𝐔𝐌𝐀𝐈𝐘𝐀𝐇 "Assalamualaikum, cinta." Thaqif Jabar - seorang duda yang kacak, bekerjaya...
89.3K 7.5K 27
𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐌𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐃𝐢𝐚 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟐 𝐍𝐮𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐮𝐝𝐡𝐚𝐡 | 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚𝐧 "𝐓𝐚𝐤𝐡𝐭𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐮𝐧𝐠𝐠...
501K 5K 57
DEWASA Viewer Discretion 🔞 Explicit Content 🌚 Hidup Anggun Sufiya berubah 360° apabila terjatuh ke dalam lembah penipuan sehingga mengahwini seoran...