BAD GIRL IN GLASSES

By sadmolecule

310K 12.9K 1.1K

[Completed] Cerita entah apa-apa. Tak perlu baca pun sebab tak best (siyes). More

The Girl He Hate Before
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38 ¿
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Special Chapter___#1
Special Chapter___#2
Akhir kata
Ayina&Qing +Future
Bacalah kejap.

Bab 17

5.4K 259 9
By sadmolecule

"Uwek!!" Ayina memuntahkan makanan yang baru masuk ke dalam mulutnya.Apa tidaknya,sudahlah masin tambah liat lagi.Euw,geli nak makan.

"Macam mana tuan puteri?Sedap tak?" Soal Qing,hatinya tersenyum senyum dalam diam apabila melihat Ayina berkerut kerut memakan masakannya.Sedap eh?

Ayina mendongak memandang ke arah Qing sambil tersenyum manis yang dipaksa.

"Eh,sedap sangat Qing.Kalah Chef Wan." Puji Ayina,kembang hidung Qing sekejap.Tak sangka dia ada bakat memasak,kan.Ceh.

"Hmm,terima kasih,terima kasih.Ayina makanlah lagi,makan kenyang kenyang ya.Baru badan jadi besar macam saya." Ucap Qing tanpa memahami maksud tersirat Ayina.

"Ok,ok." Ayina masih mengukir senyum paksa sebelum,

"TERIMA KASIH ANJING KAU!!INGAT SEDAP KE MASAKAN KAU NI.KAU DAH NAMPAK SAMPAI AKU MUNTAH TU,SEBAB KESEDAPAN KE?!Dasar,budak darjah satu pun lagi sedap masak dari kau!" Hambur Ayina marah,keluar perasaan sebenar yang dilindunginya sebentar tadi.

"Eh,habis kau cakap sedap tadi." Entah kenapa sejak bila Qing bertukar jadi bangang ni,huh!Lurus bendul nak mampus betul.

"Yang kau bangang sangat,kenapa?Kalau masakan kau sedap,tak adalah saya muntah ok." Marah Ayina lagi.

"Betul ke tak sedap?" Soal Qing tak puas hati.Susah payah dia mahu memasak masakan yang paling sedap untuk Ayina,ini pula kejadiannya.

"Tak lah,sedap sangat abang Qing!" Ayina menekan perkataan abang Qing tadi,tapi geli pula dia.

"Eh,betul betul lah Ayina." Qing sudah membuat muka teruja mix berdebar plus tak sabar.

"Yup,cuba kau rasa." Suruh Ayina sinis,dia menyilangkan tangannya ke tubuh.Memandang tajam ke arah Qing,kecil sudah Qing pada pandangan matanya.Kalau boleh,mahu saja dia belasah tubuh jejaka itu!

Dan dengan gembiranya dan confident yang sangat tinggi,Qing mencuba makanan itu.

Prushh!!
Tersembur semua nasi yang baru mahu memasuki tekaknya.

"Eh,kenapa makanan ni tak sedap langsung.Masin pula tu dan tak berapa nak masak,kan?" Kata Qing,terlupa sekejap yang dia yang telah memasak semua makanan itu.

"Ha'ah,kau tanyalah diri kau sendiri b*d*h!!" Kutuk Ayina dan terus berlalu dari situ,sempat dia melanggar tubuh Qing kasar.

☆ ☆ ☆

"Eh,bersihnya rumah hari ni.Korang bersihkan tadi ke?" Soal Sharon apabila mereka sampai ke rumah pada malam itu.

"Ye,ma.Ayina yang bersihkan tadi." Jawab Ayina,sengaja mahu mendapat perhatian lebih.Apa dah jadi ngan kau ni,Ayina??Qing hanya menjeling Ayina sekilas.Aku yang buat,dia pula yang terhegeh hegeh nak dapat nama.Rungut Qing dalam hati.

"Kau ada tolong Ayina buat kerja rumah ke,Qing?" Soal Zaim kepada anaknya.Pantas,mata Ayina memandang tajam ke arah Qing.

"Er,takde pa." Jawab Qing terpaksa.Mahunya,dia nak bagitau perkara yang sebenar.Tapi terpaksa dia lupalan hajatnya itu apabila terpandang renungan tajam Ayina.

"Isk,isk,isk...Kau ni Qing,cuba jadi rajin sikit.Kesian Ayina tu buat kerja rumah sorang sorang,kau pula hanya duduk goyang kaki." Eh,eh.Siapa yang hanya duduk goyang kaki tadi?Aku ke Ayina?Ini betul betul tak adil!Ada ke patut papa bela Ayina daripada dirinya.Sudah cemberut wajah Qing.

"Takpe lah tu,Zaim.Anak aku dah biasa buat kerja rumah sorang sorang tu." Grenny cuba membela Qing,Qing lega sedikit.Ayina yang panas mendengarnya.

"Yelah,pa.Yina nak masuk bilik dulu,nak tidur awal." Ayina meminta diri untuk berlalu dari situ.Grenny hanya mengangguk.

"Tak nak buatkan kitorang air dulu ke,Yina." Kata Sharon.

"Suruhlah Qing.Er..." Ayina terlepas cakap.

"Hah,Qing kau lah yang buat." Suruh Zaim.

"Err...." Qing gelabah.Macam mana ni,dia belum pandai nak buat minuman."Ok!"Jawab Qing sebelum berlalu dari situ.Sampai di satu sudut yang terlindung,Qing menarik tangan Ayina agar mengikutinya ke dapur.

"Hei,lepaslah!" Marah Ayina.

"Kau tolong aku buat minuman dulu,please..." Qing merayu.Ayina terpempan,tidak pernah dia melihat Qing merayu begitu.

"Yelah,tapi kau hutang dengan aku!" Ujar Ayina keras.

"Ok,ok.Apa apa je,yang penting kau tolong aku." Balas Qing.Dan Ayina pun terus membuat minuman tersebut.

☆ ☆ ☆

"Nah,kau bawa buku buku aku ni." Suruh Ayina dan menyerahkan beberapa bukunya yang tebal tebal kepada Qing.Qing hanya menyambut dengan hati yang direlakan.Seumur hidupnya,dia tidak pernah dianjingkan sebegini.

Sampai di dalam kelas,terus Qing meletak buku buku Ayina yang banyak di atas meja Ayina.Berat gila,tambah lagi buku yang dibawanya.Memang sangat banyak dan membebankan.

"Ayina,aku nak tanya kau ni." Kata Qing.

"Tak payah sibuklah!Shu..Shu...Balik tempat duduk kau." Halau Ayina kejam.

"Ayina,kenapa kau pakai cermin mata nerd tu kat sekolah.Kat rumah,kau tak pakai pun?" Dengan menghiraukan penghalauan Ayina tadi,Qing terus menyuarakan soalannya.

"Suka hati akulah,kau mati ke kalau aku macam ni?!!" Balas Ayina keras.Malas dia mahu memberitahu Qing perkara yang sebenarnya.

"Er,taklah mati pun.Cuma aku tertanya tanya." Kata Qing.

"Isk,sibuklah kau ni.Nyah kau dari sini,aku tak kenal kau?!!" Halau Ayina lagi.Kejam kau ah!Dengan langkah yang berat,Qing berlalu dari situ.Agak terasa lah dengan kata kata Ayina tadi.Tapi,jika dibandingkan dengan perbuatannya selama ini terhadap Ayina,pasti lebih sakit.

Aku memang tak kenal kau sekarang Qing.Sekarang kau baik sangat.Aku berdendam dengan Qing yang dulu,dan kaulah yang akan menerima pembalasanku QING YANG SEKARANG!Ayina membuka buku rujukannya.Baru mereka berdua yang sampai awal.

Aku dah tak kenal Ayina yang sekarang.Aku rindu Ayina yang dulu.Yang sentiasa beralah dan sabar.Tetapi,aku sayangkan Ayina yang sekarang.Yang lebih kuat dan gagah,tidak mudah mengalah lagi.Qing meletakkan kepalanya ke atas meja,fikirannya terus melayang.

Aku minta maaf,Ayina!

☆ ☆ ☆

"Wei,semalam kan aku pergi rumah Ayina." Kata Kim sengaja mahu menguatkan suaranya agar Qing mendengarnya.

"Eh,betul ke?Kau selalu ke pergi rumah Ayina?" Soal Jesika.

"Ye,tapi semalam paling syoklah." Kata Kim sambil menekan perkataan syok.

"Apa yang syoknya,ceritalah." Kata Jesika tak sabar,yang lain turut mendengar cerita menarik Kim itu.Ayina ketika itu telah dipanggil ke bilik guru,tak tau kenapa?Qing yang mendengarnya hanya menyabarkan hatinya sekuat hati.

"Yang paling syoknya..." Sengaja Kim membuat suspen.

"Ceritalah cepat,Kim." Gesa Jesika.

"Macam ni,kat rumah Ayina kan.Ada seorang maid,cantik sangat." Qing berhenti sekejap.

"Lepas tu,"

"Dan yang paling menariknya,maid itu adalah...."

"Woi,Kim kau boleh diam tak!Bising je tau." Marah Qing tiba tiba,memintas kata Kim laju.

"Hehe,takpe lah.Korang tak kenal pun maid tu." Kata Kim.Semua terus merungut rungut dengan Kim.Kim hanya buat muka selamba dan menjeling Qing.

###

Continue Reading

You'll Also Like

6.4K 417 14
Hanya sebuah short story yang mengisahkan tentang seorang Arabella. Enjoy!
EVERISA By liz

Teen Fiction

108K 7.1K 81
Completed ✓ Hawa. Gadis biasa yang diterima masuk ke sebuah sekolah berprestij dan terkenal di seluruh negara. Apa yang diharapkan ialah sebuah kehid...
57K 4.2K 52
Nur Puteri Gardenia Rose, berusia 28 tahun. Seorang guru yang cemerlang dan berdidikasi. Hidupnya sempurna, ada rumah, kereta sendiri, pekerjaan yang...
5.4K 314 16
Seorang orang Itali dan seorang lagi orang Melayu.Eh!Macam mana boleh jumpa ni? Mintak maaf saya tak pandai buat sinopsis.......😢😢😢 Harap suka cer...