BAD GIRL IN GLASSES

Od sadmolecule

310K 12.9K 1.1K

[Completed] Cerita entah apa-apa. Tak perlu baca pun sebab tak best (siyes). Viac

The Girl He Hate Before
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38 ¿
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Special Chapter___#1
Special Chapter___#2
Akhir kata
Ayina&Qing +Future
Bacalah kejap.

Bab 13

6K 313 22
Od sadmolecule

Zaim sedang termenung di gerai yang berdekatan dengan SMKUS itu.Fikirannya melayang memikirkan masalah syarikat yang sedang dihadapinya.Dalam masa yang sama,dia sedang menunggu Qing habis sekolah pada hari itu.

"Hei,Zaim ke ni?" Tiba tiba seorang lelaki menyapa Zaim.Zaim tersentak dan terus memandang ke arah gerangan orang yang menyapanya itu.Grenny!

"Eh,Grenny kau ke tu?" Soal Zaim pula.

"Ya,lama tak jumpa kau Zaim.Kau menetap di sini ke?" Tanya Grenny kepada rakan lamanya itu.Zaim merupakan rakannya sejak kecil.Mereka sama sama membesar.Tetapi,apabila sampai sekolah menengah keluarga Zaim telah berpindah ke tempat lain.Sejak itu,mereka tidak lagi pernah bertemu.

"Ya,eh duduklah Gren." Zaim mempersilakan Grenny duduk di kerusi hadapannya.Grenny melabuhkan punggungnya di situ.

"Hmm,lama tak jumpa kau.Nasib aku masih dapat cam kau." Kata Grenny.

"Haha,ya.Biasalah tu,syukurlah kita masih kenal antara satu sama lain." Balas Zaim.

"Asal aku tengok muka kau sedih je tadi?" Soal Grenny.Zaim terdiam,serba salah pula dia mahu memberitahu masalahnya kepada sahabatnya itu.

"Takpe Zaim,kita kan dah janji.Saling menolong kalau ada salah seorang daripada kita yang menghadapi masalah.Kau masih kawan aku macam dulu,kau luahkanlah apa yang buat kau sedih je ni." Ucap Grenny yang membuat Zaim cukup terharu.

"Thanks,bro."

"No hal lah,dah cuba kau ceritakan kat aku.Aku dapat rasa yang kau sedang dalam masalah ni."

"Sebenarnya syarikat aku menghadapi masalah,Gren.Syarikat aku hampir lingkup sebab dah terlampau banyak hutang dengan syarikat lain.Dan..." Kata kata Zaim terhenti di situ.Grenny terkejut mendengarnya.

"Dan apa,Zaim?" Gesa Grenny.

"Dan aku terpaksa tutup syarikat aku hari ni.Dah tak boleh diselamatkan lagi,bro." Ujar Zaim sedih.Grenny turut bersedih mendengarnya.

"Rumah yang kami sewa tu pun terpaksa kami tinggalkan sebab dah lama kami tak bayar sewa.Aku..Aku dah tak tau nak buat apa." Keluh Zaim.

"Aku tak tau macam mana reaksi anak aku nanti bila tahu yang kami dah takde tempat tinggal.Selama ni,anak aku tu sudah biasa dalam kemewahan.Tapi,sekarang...Argh,aku tak dapat bayangkan." Zaim melanjutkan ceritanya.

"Aku turut bersedih,Zaim." Luah Grenny.

"Tapi,kau jangan sedih sedih sangat,Zaim.Aku akan tolong kau.Apa kata kalau kau dengan anak kau tu tinggal kat rumah kami.Tak lama lagi rumah baru kami juga akan siap.Jadi,ngam untuk kau dengan anak kau tu." Cadang Grenny.

"Tak menyusahkan kau ke,Gren."

"Taklah,kau kawan aku Zaim.Tak kan aku tak nak tolong kau yang dalam kesusahan ni.Dah,kau jangan fikir banyak lagi.Tinggal aje kat rumah kami ya." Kata Grenny lagi.

"Hmm,terima kasih banyaklah Grenny.Aku dah tak tau lagi nak minta tolong dengan siapa." Ucap Zaim sayu.

"Tak ada hal lah,Zaim.Aku sentiasa sedia membantu kau.Kita kan sahabat selamanya." Grenny menghulurkan tangannya untuk berjabat dengan Zaim.Zaim menyambut lalu tersenyum lega.

Terima kasih,Ya Tuhan.Kerana telah titipkan seorang sahabat yang baik hati seperti Grenny.Semoga Engkau merahmati kehidupannya selalu.

☆ ☆ ☆

"Qing." Panggil Zaim apabila melihat kelibat anaknya itu.

"Eh,papa dah sampai.Awal juga papa jemput Qing hari ni." Kata Qing sedikit terkejut.Selalunya,dia yang menunggu papanya itu.Tapi hari ini,papanya pula yang menunggunya.

Zaim tersenyum hambar."Dahlah,jom pergi kereta papa.Papa nak Qing redha dengan apa yang telah berlaku ini."Ucap Zaim,Qing mengerutkan dahinya.

"Kenapa,pa?" Soal Qing pelik.

"Nanti Qing akan tau juga.Dah,jom." Zaim dan anaknya itu pun masuk ke dalam kereta Zaim.Tinggal kereta yang sudah habis bayar itu yang menjadi harta Zaim kini.Semuanya sudah ditarik kembali oleh yang maha esa.Mungkin Allah mahu menguji mereka.

☆ ☆ ☆

Sebuah kereta memasuki perkarangan rumah keluarga Ayina.Ayina terjenguk jenguk dari jendela biliknya tetapi dia tidak dapat melihat empunya kereta itu.

Arghh!!Biarlah tu,mungkin kawan papa atau mama.Malas aku nak keluar.Baik aku tidur.Bisik Ayina dalam hati dan terus baring ke atas katilnya semula.Dia yang memang mengantuk sekejap saja terlelap.

☆ ☆ ☆

"Naiklah,Zaim." Jemput Grenny.Zaim hanya mengangguk dan menurut Grenny.Qing teragak agak untuk mengikuti langkah papanya.

Rumah siapa ni?Kenapa papa pergi ke sini.Rumah buruk pula tu,rumah kayu je.Eii,entahlah papa ni.Rungut Qing dalam hati.

Mereka dijemput duduk di atas kerusi rotan di ruang tamu.Kemudian,muncul kelibat Sharon di situ sambil menatang dulang yang berisi minuman.

"Jemput minum,Zaim." Ucap Grenny.

"Eh,susah susah aje ni.Tak perlulah kot," kata Zaim.

"Takpe Zaim,bukan apa pun.Dah,jemput minum.Ni anak kau ni,apa nama?" Soal Grenny kepada Qing pula.

"Oh,nama dia Qing Adrian.Panggil je Qing." Zaim menjawab bagi pihak Qing apabila melihat Qing masih kaku.

"Ouh,Zaim,Qing,buatlah rumah ni macam rumah sendiri ya.Jangan malu malu." Kata Grenny dalam gurauan.

"Haha,yelah." Jawap Zaim.

"Minumlah." Jemput Grenny apabila melihat Zaim dan anaknya belum lagi mengusik minuman di hadapan mereka.Sharon hanya menjadi pendengar di sisi suaminya.Dia tidak berapa kenal dengan rakan suaminya yang seorang ini.

Zaim mencapai segelas minuman dan menghirup sedikit.Qing masih ragu ragu,bersih ke gelas diorang ni?Gelilah aku nak minum.Rungut Qing lagi.Tapi kerana takut nanti tuan rumah terasa dengan perangainya,dia mencapai juga segelas minuman itu dan menghirup sedikit.Erk,sedap jugalah.

"Hmm,Zaim aku nak tanya sikit ni.Kau jangan terasa ya," kata Grenny.Zaim memandang ke arah Grenny dan seperti dapat meneka apa yang mahu ditanya oleh Grenny.

"Eh tanyalah,buat apa aku nak marah."

"Erm,isteri kau mana ek?" Soal Grenny serba salah.

"Isteri aku dah meninggal masa nak lahirkan Qing." Jawap Zaim perlahan.

"Ouh,sorry Zaim.Maaflah sebab buat kau teringat kembali." Ucap Grenny memohon maaf.

"Takpe," jawap Zaim tenang.

"Eh,Ron mana pula si Yina tu?" Soal Grenny tiba tiba kepada isterinya.Qing tidak perasan sebab Grenny menyebut nama Yina.Dia lupa sekejap pada Ayina.

"Eh,ya kan.Jap,saya pergi panggil dia dulu kat bilik." Balas Sharon dan terus menuju ke bilik anaknya itu.Dia mengetuk pintu bilik Ayina.Apabila tiada respon,dia terus menolak tombol pintu bilik itu yang tidak berkunci.

"Lah,tidur pula dia." Sharon kembali ke ruang tamu semula.

"Biarkan jelah Yina tu,dia tengah tidur tadi." Kata Sharon apabila memahami kerlingan suaminya.

Qing terpempan sedikit.Yina?Ayina ke tu?Ah,tak mungkinlah.Hatinya berbisik kecil.

###

Pokračovať v čítaní

You'll Also Like

1.6M 76.6K 128
COMPLETED "Dia kan bekas pelajar sekolah pondok. Dia bukannya macam kita, belajar dekat sekolah biasa macam sekolah kita ni. Mestilah dia tak pegang...
The Rivals✔ Od ISYA HANN

Tínedžerská beletria

496K 29.9K 53
Mereka bersaing antara satu sama lain walaupun berada dalam bidang yang berbeza. Matlamat mereka hanya satu iaitu menjadi JUARA Everyone want to be...
24.2K 585 41
"Cant talk Just silent."
222K 8.5K 30
My first book........ Tak suke jangan kutuk tak suke jangan bace tak suruh pun tak suke boleh blah Dan lagi satu saya buat buku nie saje je nak tengo...