NOXIOUS

By eiffelynne

29.1K 2.7K 214

[ PEMENANG ANUGERAH NOVAESTAR2017|KILLER SKILL - Ranked #1 in Magis on 21/11/19 ] 30 tahun yang lalu, kemuncu... More

Prolog
Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Part 5
Part 6
Part 7
Part 8
Part 9
Part 10
Part 11
Part 12
Part 13
Part 14
Part 15
Part 16
Part 17
Part 18
Part 19
Part 20
Part 21
Part 22
Part 23
Part 24
Part 26
Part 27
Part 28
Part 29
Part 30
Part 31
Part 32
Part 33
Part 34
Part 35
Part 36
WELCOME BACK!
Part 37
Part 38
Part 39
Part 40
Part 41
Part 42
Part 43

Part 25

477 49 16
By eiffelynne

Pintu bilik dibuka hanya muat untuk Hana meloloskan diri. Fikirannya menerawang entah ke mana.

"Hana?"

Panggil Awina melihatkan teman sebiliknya kelihatan kosong pada wajah mulus itu. Hana agak tersentak mendengar suara Awina. Sangkanya bilik itu kosong, maka Hana langsung tidak memandang sekeliling.

"Awina. Awalnya balik?"

"Awal? Dah pukul 2 pagi."

Balas Awina sambil menunjukkan jam kecil yang jarumnya tepat berada pada angka 2 dan 12.

"Ye ke? Hahaha. Aku tak sedarlah. Sibuk buat kerja tadi. Projek kau dah siap? Lama kau tak balik bilik."

Hana menuju ke arah katilnya lalu duduk membuka jaket. Awina memusingkan kerusi lalu berhadapan dengan Awina.

"Siap dah. Baru siap tadi. Aku ada balik bilik. Tapi untuk mandi aje, lepas tu aku keluar balik. Kau pun tak pernah ada kat bilik aku tengok. Busy jugak ke?"

Panjang lebar ucapan Awina, namun hanya Hana hanya diam tidak berkata apa-apa seolah-olah Awina tidak pernah bercakap dengannya. Hana benar-benar tenggelam dalam dunianya sendiri. Awina mengerutkan dahi. Tangannya dihayun-hayun depan muka Hana sehingga Hana memandang ke arahnya. Awina terus bertanya semula,

"Kau kenapa?"

"Hah? Aku? Aku okay je. Kau cakap apa tadi?"

"Kau ni. Kalau ada masalah boleh cerita dengan aku."

Tanya Awina. Nadanya prihatin namun Awina merupakan perisik bagi pihak Professor Arhan, segala maklumat amatlah berguna buat dirinya.

"Hmmm. Entahlah Awina. Aku pun tak tahu kenapa dengan aku."

Awina memandang terus ke dalam wajah teman sebiliknya. Menanti Hana meneruskan kata-katanya.

"Aku terasa macam ada orang yang rapat dengan aku akan tikam belakang aku nanti. Its an uneasy feeling, ya know."

Awina tersentak. Pandangan matanya segera dialihkan. Dadanya terus berdebar hebat.

"Kenapa, umm kenapa tiba-tiba kau rasa macam tu?"

"Entah. Aku pun tak tahu apa kena dengan aku baru-baru ni. Perasaan pelik-pelik je aku rasa."

"Perasaan pelik? Hana, kau jangan buat cerita seram pagi-pagi buta ni."

Ucap Awina memeluk tubuh. Berpura-pura takut bagi menampakkan dirinya normal. Bimbang Hana dapat membaca fikirannya, Awina perlu berhati-hati dengan setiap aksi yang dilakonkan. Dia tahu Hana mempunyai kuasa istimewa dan dia sendiri juga masih lagi menyiasat sejauh mana keistimewaan kuasa Hana seperti yang selalu diperkatakan oleh Professor Arhan serta mengapa Professor itu begitu teruja dengan setiap perkembangan Hana.

"Tak ada apalah. Aku emo sangat malam ni. Letih kot. Hahaha. Aku nak basuh muka semua lepas tu nak tidurlah."

Balas Hana lalu bangun menuju ke arah bilik mandi. Awina hanya mengangguk lalu kembali menghadap meja tulisnya sebaik sahaja gadis itu hilang dipandangan mata. Wajahnya berubah sayu. Kata-kata Hana meninggalkan kesan pada Awina. Tetapi gadis itu mempunyai alasan tersendiri mengenai misinya dengan Hana. Ditepuk-tepuk kedua pipinya bagi memperbetulkan semula perasaan yang bakal menyebabkan misinya gagal. Awina perlu kekal kuat. Hana merupakan sasaran utama bagi membebaskan dia dan adik kembarnya dari terus berkhidmat dengan Professor Arhan. Maka Awina masih tetap nekad dengan niatnya.

***

Gedebuk

Jatuh Imran melutut menghadap lantai. Teleportasi itu tadi meninggalkan kesan pada badannya. Lututnya terasa lemah. Haziq melepaskan pegangan pada lengannya lalu menuju ke arah Dr Asma yang sudah bersedia dengan dua gelas air kosong ditangan. Dicapai segelas air lalu dia bertinggung menghulurkan gelas tersebut pada remaja lelaki yang masih berpinar pandangan matanya.

Amirul pula masih teguh berdiri. Cuma matanya sahaja terpejam rapat. Mungkin cuba untuk meredakan sakit kepala dek teleportasi tadi. Seperti Haziq, Awina juga mengambil air yang telah tersedia.

"What the hell was that?!"

Tempik Imran sebaik sahaja dia mencapai rasionalnya kembali. Awina menjeling menyampah, dalam sakit-sakit begitu masih lagi mahu menunjukkan kekerasan kepalanya yang nyata tidak berapa keras itu. Amirul cuma diam. Matanya galak memerhatikan keadaan sekeliling. Kelihatan bangunan tersebut seperti sebuah makmal lengkap dengan segala peralatan untuk kegunaan ujikaji. Tiub-tiub yang menyalurkan cecair pelbagai warna berada diserata tempat.

Professor Arhan tersenyum sinis melihatkan Imran yang sebenarnya ketakutan namun disembunyikan disebalik amarah ego. Manakala Amirul pula lebih tenang dan senyap. Kesan Amordite benar mengubah personaliti kurang yakin dan penakut milik Amirul dulu. Namun Imran pula, Amordite tidak pula meninggalkan sebarang perubahan, memang semulajadi perangai Imran bongkak dan angkuh penuh ego. Dia cuma menggunakan kuasa Amordite untuk menakut-nakutkan orang lain.

Kedua jari Professor Arhan dikibas tanda menyuruh Awina dan Haziq beredar. Mereka berdua akur, meninggalkan Imran dan Amirul bersama Professor Arhan dan Dr Asma. Professor Arhan manapak mendekati kedua remaja lelaki itu tadi.

"I know what you both want. So the reasons I brought you two here is to ask you guys to join me before you both be killed."

Mereka tersentak mendengar kata-kata Professor Arhan. Pantas kedua mereka memandang serius wajah lelaki itu yang seolah-olah meramalkan masa kematian mereka berdua.

"Killed? Kau nak apa sebenarnya?"

Peofessor Arhan memandang Amirul dengan wajah selamba. Dia menarik nafas dalam sebelum menjawab pertanyaan remaja itu.

"Sebelum kita cakap mengenai apa yang aku nak. Why don't we talk about apa yang kau nak."

Tangan kirinya menepuk bahu Amirul. Senyumannya terukir lagi. Amirul memandang Professor itu dengan pandangan serius.

"You demand respect. Imran bukan seorang saja yang membuli kau. Niat kau, nak balas balik apa yang mereka semua dah buat pada kau. Well, you're strong now. There's no denying on that. Yet you crave for more power. I can give you that. In returns, I just want your loyalty to work for me. Fun fact, I gave you that Amordite and then you chose to consumes it. You owe me."

Bulat mata Amirul mendengar kata-kata Professor Arhan. Itu bermakna, sewaktu Amirul dipukul teruk oleh si pembuli, lelaki yang berdiri didepannya itulah yang menyelamatkan dia. Kecederaan Amirul pulih serta merta kerana Professor Arhan membantunya. Dia tahu kehebatan Professor Arhan. Lelaki itu yang menjadi idola dalam setiap misi membalas dendamnya. Pantas dia tunduk hormat.

"Saya sedia berkhidmat untuk Prof."

Makin lebar senyuman Professor Arhan. Bahu Amirul ditepuk beberapa kali tanda dia bangga dengan keputusan itu. Dia memberi isyarat mata kepada Dr Asma untuk membawa Amirul pergi sementara dia menguruskan seorang lagi remaja lelaki yang masih tetap dengan keegoan yang bakal memakan dirinya sendiri.

"Heh. Semudah tu kau tunduk dengan mamat macam ni?"

Sinis Imran sambil menyilangkan kedua tangannya. Keputusannya tetap. Tidak mungkin dia akan tunduk pada lelaki yang secara tiba-tiba menculiknya melalui portal lalu menggelarkan diri sendiri bertaraf Professor.

"You are one stubborn guy. No wonder your little sister had always been worried about you."

Imran terdiam. Kata-kata Professor Arhan menyebabkan jantungnya mengepam darah lebih laju dari biasa. Bagaimana lelaki itu tahu kewujudan adik perempuannya?

"Amordite tu kepunyaan adik kau bukan? Thats why you turn it into a ring. You don't want to consumes it. Kau tahu apa akibatnya."

"Diam! Diamm!! Mana kau tahu tentang adik aku?! She's dead and no one remembers her!!"

Jerkah Imran marah. Hatinya terbakar apabila isu arwah adik perempuannya diungkit. Professor Arhan tersenyum sinis. Dia berjaya membangkitkan kemarahan remaja itu. Dalam senyuman, Professor itu bertanya.

"So tell me, what are you going to do?"

"I'm going to kill you! Then him!"

"Kill me? Hmm, not a good thing to do since I know the person who kill your beloved little sister."

Ucap Professor Arhan berpaling dari Imran. Remaja itu tunduk terdiam. Gambaran adiknya yang dibunuh kerana Amordite bermain diminda.

Adik Imran juga salah seorang pengguna Amordite. Namun ia digunakan untuk tujuan yang baik. Adik Imran mampu menyembuhkan pelbagai luka serta penyakit hanya dengan sedikit sentuhan pada hujung jari halusnya itu. Entah bagaimana, suatu hari adiknya mula berperangai pelik. Bercakap seorang diri, serta lebih suka menghabiskan waktu dibiliknya. Dari seorang yang ceria berubah kepada seorang yang pendiam serta merta. Sehinggalah dia mengikuti jejak adiknya menuju ke sebuah bangunan lama untuk berjumpa dengan seorang lelaki. Suara adik perempuan Imran merayu agar penderitaannya ditamatkan. Rayuannya seperti dia tidak ingin lagi hidup sedemikian rupa. Waktu itu petir dan kilat sabung-menyabung. Rayuan adiknya tidak lama selepas itu berhenti. Mata Imran seperti tidak mempercayai apa yang berlaku. Tangan seorang lelaki yang dililit dengan kilat biru menembusi tepat pada dada adiknya, mengeluarkan batu merah yang tercampak beberapa meter dari kedudukan Imran yang sedang bersembunyi. Adik Imran rebah dipangkuan orang yang membunuhnya. Perlahan tubuhnya hilang seperti debu yang dibawa angin. Imran nekad pantas menyambar permata merah itu lalu berlari sekuat hati keluar dari situ. Dalam hujan lebat serta kilat sabung menyabung, Imran kebasahan ketika sampai dirumahnya.

Dengan berat hati Imran memaklumkan kedua ibubapanya mengenai si adik yang sudah tiada didunia ini. Namun reaksi mereka berdua ternyata lebih mengejutkan. Mereka langsung tidak mengenali siapa yang Imran ceritakan. Imran dikata merupakan anak tunggal dalam keluarga itu. Habis segala gambar dipunggah keluar, tiada langsung gambar adik perempuannya. Bilik adiknya juga bertukar menjadi stor. Bila ditanya rakan sekelas adiknya sendiri, mereka juga tidak mengenalinya. Dia hilang dan lenyap seolah-olah tidak pernah wujud didunia nyata.

Imran patah hati. Dia tahu adiknya wujud. Dia ingat akan wajah serta suara adiknya sendiri. Dia tahu dia ada seorang adik perempuan yang sangat disayangi. Namun Amordite menarik segala ingatan serta kewujudan tentang adiknya. Lelaki itu telah mengeluarkan Amordite yang tertanam serta menyebabkan adiknya terbunuh. Maka sejak itu Imran nekad untuk membalas dendam terhadap lelaki yang menjadi pembunuh adik perempuannya. Kuasa Amordite itu hanya akan diguna sepenuhnya jika dia dapat tahu siapa lelaki itu sebenarnya.

"Abang Im."

Segera Imran mendongak. Matanya berkaca melihatkan adiknya berdiri sambil tersenyum manis ke arahnya. Rindunya dia pada si adik. Namun kemudian dia hilang seperti kabus sebaik sahaja Professor Arhan menembusinya.

"I can bring her back. And you can get your revenge."

Tangan Imran digenggam kuat. Bibirnya diketap. Dendam seorang abang kembali hebat terbakar. Imran memandang tepat ke arah Professor Arhan.

"I'll do anything for her."

***







//--- Nota Penulis --//

Hai guys, selamat tahun baru cina!!! Happy chinese new year!! 🍊🍊Sempat pun update. Kepada sesiapa yang vote. Thank you so much guys!! 😘😘 So tell me what do you think about Professor Arhan. Do you guys like him or not? He's one of my badass villain character. Leave your comment! Nak jugak baca pendapat korang mengenai Professor Arhan. 👍🏻

-lots of love, eiffelynne ❤️

Continue Reading

You'll Also Like

364K 3.5K 21
Kisah ini adalah hanya rekaan sebagai hiburan para lgbt.Jika anda tidak menyukai ruangan ini boleh pergi ke page lain.Segala kesamaan nama,watak dala...
387K 2K 5
Cerita ini sekadar fantasi yg mengiisahkan seorang jururawat yg dirogol dan akhirnya ketagih. Tanpa disangka suaminya yg lemah mengizinkannya untuj t...
1M 67.7K 59
Book 1: Annabelle Valiant Book 2: Aydan The Angele Book 3: Aryan The First Prince ********* Mimpi yang menghantuinya sejak kecil. Bisikan yang selalu...
736K 16.5K 20
Nadhira Sofea Bertahun lamanya dia menyimpan perasaan. Rasa yang membungakan hatinya. Rasa yang sangat indah hingga dia mencatat segalanya di setiap...