Story cover for RASMI MILIKKU by LaylaInhara
RASMI MILIKKU
  • WpView
    Reads 823,788
  • WpVote
    Votes 17,633
  • WpPart
    Parts 21
  • WpView
    Reads 823,788
  • WpVote
    Votes 17,633
  • WpPart
    Parts 21
Complete, First published Apr 12, 2020
Nadhira Sofea

Bertahun lamanya dia menyimpan perasaan. Rasa yang membungakan hatinya. Rasa yang sangat indah hingga dia mencatat segalanya di setiap helaian diari. Baginya, selagi dia tak mengganggu sesiapa, rasa yang wujud itu tidak salah. Dia tak bercadang untuk mendedahkan pada sesiapa pun. Dia hanya meminati jejaka itu secara diam. Atau nama lain, crush. Siapa jejaka itu?


Raez Rafael.

Mamanya dan ibu Nadhira adalah sepupu. Mereka rapat, tapi anak-anak kurang rapat. Raez tidak begitu mengenali Nadhira kerana dia dan Nadhira jenis orang yang introvet. Dalam erti kata lain, mereka sama-sama seorang yang pendiam.

Tetapi, siapa sangka...

Satu peluang telah merubahkan segalanya. Menyatukan  dan disatukan. Dua perkara berbeza. Raez yang egois.  Raez yang sombong. Mampukah Nadhira menghadirkan rasa cinta di antara mereka sedang dia tahu di hati Raez sudah ada wanita teristimewa.

"Abang faham kita terpaksa dan dipaksa. Abang dipaksa dan Dira mungkin terpaksa. Jenis abang, abang tak suka paksa-paksa ni. Dira jangan risau, nanti bila abang dah jumpa Kak Effa abang akan lepaskan Dira." - Raez

'Dira tahu Dira ni peganti jer. Tapi adil ke abang buat kesimpulan macam tu?' - Luah dira dalam hati.

"Mama nak Raf sentuh dia macam mana? Dia budak lagi, Ma. Masih mentah."

'Seriously abang? Is that the way how you're viewing me?' - Luah Dira masih dalam hati. Hati pun berkecai.

Bukan mudah untuk memaksa orang menerima cinta kita. Lantas kenapa ikatan perkahwinan harus dipermainkan?

Dira pergi untuk membersihkan hati Dira yang telah penuh dengan nama abang. After all this time, today is my wake up call. Untuk tidak lagi mempersiakan hati sendiri. I'm not what you want. I'm the wrong person in the first place.

Dira akan pulang membawa Nadhira Sofea yang baru. Yang hatinya telah bersih dan kosong. Dan ketika itu, kita sudah tiada kena mengena lagi.

"Bagi balik diari Dira!"

"Siapa kata ni diari Dira? Dalam diari ni semua nama abang..."
All Rights Reserved
Sign up to add RASMI MILIKKU to your library and receive updates
or
#10precious
Content Guidelines
You may also like
🌼PELUANG KEDUA 🌼 (COMPLETED) by cerita_kita_official
43 parts Complete Mature
Haruskah aku memberikan peluang kedua itu? Sesungguhnya hatiku sungguh terluka. Sudah puas untuk menahan rasa sakit di hati. Sinopsis 💜 Tiara Alena, Seorang gadis kampung yang hidupnya sentiasa dirundung duka. Hidupnya sekelip mata berubah setelah ibu bapanya meninggal dan harus menumpang kasih terhadap Makciknya iaitu adik kepada ibu tiara. Banyak derita yang harus dia tempuhi. Tiara dijodohkan dengan seorang lelaki bernama Haqief Aryan. Walaupun di hati tiada cinta, Tiara terpaksa menerima. Sungguh tak terduga bahawa hidup bersama Aryan lebih banyak kisah duka daripada manisnya. Pernikahan tanpa cinta itu betul-betul membuatkan Tiara derita. Dalam diam, Tiara menyimpan perasaan terhadap Aryan kerana sikapnya yang begitu bertanggungjawab dan ambil berat. Namun, Hubungan sebuah ikatan yang suci sebagai suami isteri menjadi huru hara dan satu keadaan telah menyebabkan tiara menjauhkan diri. Hatinya begitu terluka dan terus membeku. Saat itu, ungkapan cinta dan sayang dari Aryan sudah tidak bermakna lagi. " Tiara....Abang sudah jatuh cinta pada tiara sejak pertama kali kita berjumpa. Tolong beri abang peluang untuk perbaiki semua kesilapan abang..." ~ Haqief Aryan. " Maaf Aryan, Hati aku sudah penat untuk lalui hidup bersama kau. Pergilah! Ceraikan aku!! " ~ Tiara Alena. Apakah kesudahan kisah rumah tangga mereka? Masih adakah ruang untuk Aryan di hati Tiara? Adakah Aryan mendapatkan kemaafan dari Tiara? Ketahui kesudahan kisah mereka dalam Peluang Kedua versi Sabahan.
Hati Yang Tersakiti (Complete)  by lavenderyana
53 parts Complete
"Darling, ada panggilan. Dari Izz." Serta merta riak wajah Darleena yang tadi ketawa gembira berubah kepada bingung. "Ada apa ma? Leen tengah pakai inai ni, still tak kering lagi. Bagitahu Izz esok jelah boraknya." Dia ketawa lagi dengan sepupu-sepupunya. Esok akan menjadi hari paling bahagia untuk dia dan Izz. Kerana esok mereka berdua akan disatukan menjadi sepasang suami isteri. Setelah sekian lama dia menunggu hari esok tiba. "Aah, che ngah. Mengada je Izz tu nak call Leen masa-masa ni. Tak boleh sabar esok ke?" Darleena ketawa dengan usikan sepupunya. "Darleena, sekarang. Izz kata benda penting ni." Riak muka mamanya tidak bergurau. Dia rasa berdebar pula dengan apa yang cuba disampaikan tunangnya. "Ye ada apa Izz?" "Buat apa tu?" Darleena tersenyum. Dia menarik nafas lega. Ternyata panggilan serius yang dikata mama tadi cumalah Izz yang mahu bertanya khabarnya. "Tengah pakai inai. Kenapa call? Kan orang-orang tua ada cakap, tak elok bakal pengantin jumpa atau contact sehari sebelum kawin. Petanda buruk." Dia ketawa, cuba bergurau dengan Izz seperti yang mereka selalu buat. Tapi, gurauannya dibalas dengan tarikan nafas panjang Izz. "Izz? Ada apa?" Dia merasa tidak sedap hati semula. Sepupunya yang mahu mengetahui apa yang dibualkan dipandangnya sepi. "Kita batalkan perkahwinan ni?" "Kenapa?" "Rose dah balik." Mulutnya ternganga sedikit. Dan dengan itu, air matanya jatuh. Sedikit, lama-lama bercucuran. Keadaan menjadi lebih gawat apabila Darleena, gadis malang itu pengsan di malam perkahwinannya. Girls, tak salah jadi 'perigi cari timba'. Cuma, jangan salah pilih timba. Pastikan timba tu yang elok, bukan timba bocor macam ni. P.s : Cerita ni stress, geram, membuatkan korang betul-betul rasa hati yang tersakiti. Sape2 yg tak suka, jangan baca ye. 🤭🤬🤪 P.s lagi: Cerita ni banyak gila imbas kembali, so maybe korang akan rasa pening, yang faham, faham la. Yang tak faham, sorry, saya tak dapat nak ubah cerita ni 😔😣
0ne Step Closer by SalawatiLatip1989
70 parts Complete
"Mama..?" - Lia, anak kecil yang mempunyai nama hampir sama dengan Lea keliru dengan perwatakan gadis itu yang persis seperti ibunya. Kerana anak itulah Lea masuk ke dalam keluarga Puan Adiba, ibu kepada Ahmad Fahmi yang juga ayah kepada Lia. Lelaki idaman Lea sejak sesi orientasi sekolah menengah. Patah hati? Memang! Sungguh hakikat itu sukar untuk ditelan oleh Lea. Ifzan Farhan - Adik kepada lelaki bernama Ahmad Fahmi itu merupakan pelajar genius paling sombong yang pernah Lea dan Geng 'Cokiez'nya temui. Mamat library. Kaki buku. Hati kering. Macam-macam gelaran sudah dicop untuk lelaki itu. "Aku cintakan Lea. Sebab tu aku tak nak nampak dia nangis! Kau faham tak ni?!"..."Ya. Aku cintakan Lea. Puas hati kau?"- Zali, sahabat bagaikan jelmaan arwah kembar Lea. Senantiasa ada di kala susah, senang, tawa dan nangis Lea. Hidupnya juga sama seperti 'diari' Lea. Antara fantasi cinta, syurga cinta dan cinta antara sahabat, Lea tersepit dengan ketiga-tiga lelaki yang datang padanya. Perkahwinan yang memerlukan kasih sayangnya berjaya mengikat satu perasaan baru yang sebenarnya indah. Heart beats fast... colour and promises. Lea Sophia - Lea, how to be brave? How can I love when I'm afraid to fall? ... Arghhhh!!! ... Zali.... I need you!!! Aku nak buat pengakuan! Dan kasih sayang yang ada pada Lea mula mewarnai hidupnya. "Sweet dream, dear. I love you for a thousand year and I will love you for a thousand more. Until jannah.." The day we met, Frozen I held my breath, Right from the start, I knew that I'd found a home for my heart... Beats fast. ********** Novel ini pernah diterbitkan di blog pada 2013 lagi namun wujud plagiat novel ini dlm Wattpad (sblm berpindah ke Wattpad). Namun plagiat tersebut telah dipadam selepas bbrp pembaca tegar novel saya telah membuat report. Dgn itu, saya upload semula novel ini utk tatapan bacaan pembaca setia saya. Terima kasih.
DIA ADA CINTA by ByCikNorCinta
23 parts Complete
Novel ini telah DITERBITKAN oleh Suara Hati Publication. Blurb: Seseorang telah memusnahkan seluruh jiwa raganya dan menghilang pergi tanpa bayangan. Tanpa berfikir baik buruknya, Alia mencari lelaki yang mampu menjadi galang gantinya. Dia bertemu dahan untuknya berpaut, tetapi bukan itu yang dia mahu. Seluruh jiwanya memberontak mahukan pembelaan, namun tekanan demi tekanan membuatkan dia semakin penasaran. "Apa hal awak nak peluk-peluk cium saya ni? Saya tak suka tahu tak? Berapa kali nak cakap? Tak faham bahasa ke apa? Jangan kerana awak tu suami saya, awak boleh pegang saya sesuka hati awak aje! - Alia Arman, bukan lelaki itu yang akan menentang. Alia sudah tersalah orang untuk dia melepaskan kemarahan. Dan akhirnya Alia tewas kerana sebuah cinta dan ketulusan. "Mungkin sebagai lelaki, kami ada persamaan tu, tapi abang tak kacau sesuatu yang tak halal untuk abang. Itu bezanya kami walaupun kami sama-sama lelaki. Abang sayang dan cintakan Lia. Abang tahu, Lia percaya abang." - Arman Namun, hadirnya Adam telah mencetus api dendam dan kemarahan lelaki itu terhadapnya. "Awak tak layak untuk abang saya. He deserve to get the best and it's not you, Alia." - Adam. Dan wujudnya sebuah cinta yang sekian lama terpendam di hati Sara untuk Arman, telah memusnahkan sebuah kepercayaan, sementara Adam menjadi penambah perisanya. "Saya tahu awak suami orang tapi saya rindukan saat-saat kita dulu and I just want to bring that moment comeback to me. That's all." - Sara "Wow! What a great scene ever. Seorang isteri sedang melihat suaminya bersama perempuan lain. Sadis betul drama ni." - Adam "Ni mesti mama tak tahu kan?" - Adam "Kau sanggup bagitahu mama? Apa yang kau nak bagitahu?" - Arman Siapakah Adam kepada Alia dan apakah rahsia di sebaliknya? Dengan adanya Sara dan Puan Mastura di antara mereka, mampukah Arman dan Alia mempertahankan rumah tangga yang sekian lama dibina? -cnc-
HIS BABYPAU [HIS ETERNAL LOVE] | TERBIT by berrybalqiss
14 parts Complete Mature
𝐀.𝐃 𝚂𝙴𝚁𝙸𝙴𝚂 1 𝗔𝗥𝗜𝗙𝗙 𝗗𝗔𝗥𝗪𝗜𝗦𝗛 - Lelaki berdarah malayu-spain. Bewatakan dingin serta berpengaruh. Terpaksa mengahwini pesakitnya membuatkan satu persatu rahsia mula terbongkar. Dia terlalu obses dengan pau isteri, dia seorang yang berkasar dengan orang lain tetapi tidak dengan isterinya. 𝗠𝗘𝗘𝗦𝗬𝗔 𝗔𝗠𝗔𝗡𝗗𝗔 - Gadis polos yang mempunyai depression serta penyakit Skizofrenia. Gadis yang sopan dan tidak mudah bergaul. Perkahwinan yang tiba-tiba terjadi mengubah segalanya dan suaminya sahaja penguat terbesar baginya. . . "Khai tu tak wujud Meesya, dia tu hanya bayangan yang akan menghantui kau sampai bila-bila!" - Ariff Darwish. "Tapi saya bahagia dengan dia dan bagi saya dia hidup, saya tak nak kehilangan dia!" - Meesya Amanda. Selepas beberapa kali dipujuk dia tewas juga dan menerima tawaran itu. Namun.. "Aku hantar kau pergi sekolah untuk belajar, cari ilmu bukan menggatal dengan lelaki," - Datin Sarah. "Meesya tak buat semua tu, doktor Ariff hanya hantar Meesya balik je ibu!" - Meesya Amanda. Satu peristiwa tiba-tiba terjadi menyebabkan mereka disatukan sebagai sepasang suami isteri. Tanpa mengenali antara satu sama lain. "Saya nak kahwin dengan orang yang sayangkan saya, doktor hanyalah doktor saya yang hanya akan jaga saya sampai sihat," - Meesya Amanda. "Kau tak pernah pun tanya aku, macam mana kau tahu aku tak sayang kau atau sayang kau, mi amor" - Ariff Darwish. Hari demi hari berlalu, cinta mula hadir. Hari demi hari, perbagai rahsia mula terbongkar. Namun semua itu tidak dapat mengurangkan sedikit pun rasa sayang mereka. "Jika dia yang ditakdirkan untuk kita, dialah yang sempurna." - Ariff Darwish. #1 in brokenhome #1 in softspoken #1 in sayang #2 in crybaby #2 in badboy #1 in killer ❗- kata-kata kasar ❗- pembunuhan dan kekasaran [DILARANG PLAGIAT]
You may also like
Slide 1 of 8
🌼PELUANG KEDUA 🌼 (COMPLETED) cover
Hati Yang Tersakiti (Complete)  cover
0ne Step Closer cover
WHEN HE FELL HARDER cover
DIA ADA CINTA cover
Our Mini Diary♡ [COMPLETE] cover
HIS BABYPAU [HIS ETERNAL LOVE] | TERBIT cover
Takdir Tak Menjanjikan Bahagia  cover

🌼PELUANG KEDUA 🌼 (COMPLETED)

43 parts Complete Mature

Haruskah aku memberikan peluang kedua itu? Sesungguhnya hatiku sungguh terluka. Sudah puas untuk menahan rasa sakit di hati. Sinopsis 💜 Tiara Alena, Seorang gadis kampung yang hidupnya sentiasa dirundung duka. Hidupnya sekelip mata berubah setelah ibu bapanya meninggal dan harus menumpang kasih terhadap Makciknya iaitu adik kepada ibu tiara. Banyak derita yang harus dia tempuhi. Tiara dijodohkan dengan seorang lelaki bernama Haqief Aryan. Walaupun di hati tiada cinta, Tiara terpaksa menerima. Sungguh tak terduga bahawa hidup bersama Aryan lebih banyak kisah duka daripada manisnya. Pernikahan tanpa cinta itu betul-betul membuatkan Tiara derita. Dalam diam, Tiara menyimpan perasaan terhadap Aryan kerana sikapnya yang begitu bertanggungjawab dan ambil berat. Namun, Hubungan sebuah ikatan yang suci sebagai suami isteri menjadi huru hara dan satu keadaan telah menyebabkan tiara menjauhkan diri. Hatinya begitu terluka dan terus membeku. Saat itu, ungkapan cinta dan sayang dari Aryan sudah tidak bermakna lagi. " Tiara....Abang sudah jatuh cinta pada tiara sejak pertama kali kita berjumpa. Tolong beri abang peluang untuk perbaiki semua kesilapan abang..." ~ Haqief Aryan. " Maaf Aryan, Hati aku sudah penat untuk lalui hidup bersama kau. Pergilah! Ceraikan aku!! " ~ Tiara Alena. Apakah kesudahan kisah rumah tangga mereka? Masih adakah ruang untuk Aryan di hati Tiara? Adakah Aryan mendapatkan kemaafan dari Tiara? Ketahui kesudahan kisah mereka dalam Peluang Kedua versi Sabahan.