KUUKIR HANYA NAMAMU

By AK_Raffhan

172K 7.9K 1K

BLURB NUR KHADEEJA. Gadis itu polos dan istimewa dengan caranya tersendiri. Masa lalunya kelam, jarang-jarang... More

Kuukir Hanya Namamu
01
02
03
04
05
06
07
08
09
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
22
23
24
25
26
27
28
29

21

2.3K 216 32
By AK_Raffhan

21...🖋️

TAK khusyuk solatnya! Loceng pintu yang berbunyi berkali-kali menggesanya supaya segera keluar dari bilik. Tak sempat dia membaca doa. Setelah memakai tudung dia keluar tergesa-gesa untuk membuka pintu.

Mad mana? Tak dengar ke bunyi loceng?

"Kejap."

Hesy, tak reti sabar ke? Kunci yang tersangkut di tepi pintu diambil. Pintu rumah dibuka segera. Seorang lelaki sedang berdiri menjulang di hadapannya. Lelaki itu tampak bingung setelah melihatnya.

"Ya. Encik cari siapa?" Khadeeja menyoal sopan.

Iskandar bingung. Kenapa pula yang buka pintu rumah Mad seorang perempuan bertudung? Kalau perempuan separa bogel pun Iskandar tak hairan lagi.

Dah selalu sangat dia bertandang ke rumah Mad, takkan dia salah rumah. Tak boleh jadi! Mana tahu tadi kakinya tersilap lencong, termasuk lorong rumah orang lain. Untuk lebih kepastian, Iskandar beralih memandang nombor rumah di tepi dinding bahagian kanan.

Betullah rumah Mad! Iskandar tergaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Terkebil-kebil matanya pandang Khadeeja.

Khadeeja mula cuak dengan telatah Iskandar. Tergaru-garu depan pintu rumah Mad. Biji mata Iskandar pula seperti hendak terkeluar sewaktu memandangnya. Dah kenapa tengok dia macam tu? Muka dia dah berubah macam alien ke?

"Encik cari siapa?"

"Mad ada?"

Mendengar nama Mad disebut, lekas-lekas pintu jeriji besi dibuka. Memberi ruang kepada lelaki itu masuk ke dalam apartmen. Pertanyaan lelaki itu dibiarkan tergantung sepi.

"Jemput duduk, encik." Khadeeja mempersilakan lelaki itu duduk. Disambut baik oleh lelaki itu yang segera melabuhkan duduk di sofa panjang.

Mad mana? Dia kena buat apa? Buat airlah kut. Kan tetamu!

Kawan Mad ke ni? Alamak, dia lupa nak tanya! Khadeeja mula ragu. Sepatutnya dia tanya dahulu sebelum membenarkan lelaki ini masuk.

Aduh, macam mana ni? Nak tanya sekarang ke? Tapi, dia ada hak ke nak tanya? Khadeeja berbelah bagi. Mati kutu di hadapan lelaki itu. Seram sejuk Khadeeja rasa kerana lelaki itu tampak menilainya dari atas sampai ke bawah.

Tolonglah! Kalau makhluk TUHAN yang ketiga tampan selepas Datuk Akil dan Mad ini bukan kawan Mad, matilah dia kena marah.

🦋.🦋.🦋.🦋.🦋

AH, MASAK! Tiba-tiba Mad rasa pernafasannya terhenti. Keluar saja dari bilik air di dapur dia nampak Iskandar sedang duduk santai sambil merenung Khadeeja.

Aduh, gawat! Malam masih muda dan Iskandar datang ke rumahnya? Bukannya nak bagi tahu dulu. Apa dia nak jawab kalau Iskandar tanya pasal Khadeeja?

Takkan dia nak jawab, 'Bro, ni bini aku!'

Fuh, dia belum bersedia! Nanti dia digelakkan Iskandar! Kalau isteri dia hebat bolehlah juga dia bangga diri, tapi. Dia pandang Khadeeja. Gadis kecil dan kurus itu langsung tak nampak hebat. Nafas ditarik panjang.

"Hei, bro!" Bahu Iskandar ditepuk! Dia cuba berlagak selamba.

Melihat Mad muncul, Khadeeja terus ke dapur. Sebelum Mad suruh, lebih baik dia buatkan mereka minuman. Nanti tak pasal-pasal dia kena marah.

Di dapur yang bersifat ruangan terbuka itu, Khadeeja mengerling Mad dan tetamunya. Mereka sedang berbual. Nasib baik kawan Mad! Risau juga dia terbawa masuk jurujual yang menjual barang. Dah yakin itu kawan Mad, dia menarik nafas lega.

"Siapa tu?"

"Mana?" Mad pura-pura tidak mengerti.

"Tu." Jari Iskandar menunjuk cicak.

"Oh, itu? Cicak!"

Iskandar tumbuk belakang Mad. Buat muka seolah-olah bagi amaran pada Mad supaya berhenti berpura-pura.

"Yang kau sibuk apa hal?"

Alat kawalan TV ditekan. Berita. Bolehlah, asalkan tak perlu melayan soalan Iskandar. Sambil- sambil fikir kalau Iskandar banyak soal, dia nak jawab apa.

"Kau jangan cakap taste kau dah bertukar?" Iskandar serkap jarang. Matanya tertumpu pada Khadeeja di dapur Mad. Menilai badan Khadeeja yang kecil molek.

Huh, jauh panggang dari api! Gila ke Mad simpan budak macam tu dekat rumah? Macam budak bawah umur saja Iskandar nampak.

"Kau culik anak orang ke? Dah tukar jadi pedofil?"

"Otak kau!" Kepala Iskandar diketuk dengan alat kawalan TV di tangannya.

Iskandar gosok kepalanya yang sakit. Tak peduli dengan pandangan membunuh yang diberikan Mad. Ingat dia kesah ke?

"Berapa umur budak tu?"

Mad mendengus. "Sembilan belas."

"Wah, pucuk muda! Kecik-kecik cili padi. Tapi kurus sangat macam tak cukup makan. Mak bapak dia tak cukup duit ke? Berapa kau beli? Beli kat mana?" Soal Iskandar seperti peluru berpandu. Mata Iskandar tak mampu beralih arah, seperti ada magnet di dapur Mad.

Mad bolak-balik siaran televisyen. Suara Iskandar terdengar seperti lalat sedang menghurung sampah. Serasa mahu disumbat alat kawalan ke dalam mulut Iskandar. Menceceh macam perempuan!

"Best ke?"

“Apa yang best?”

"Service budak itulah. Kalau tak mantap, takkan kau simpan kat rumah. Kalau kau tak nak nanti pas dekat aku. Boleh aku rasa pula," ujar Iskandar tanpa perasaan.

Mad pantas menoleh. Kecil besar dia melihat Iskandar. Dalam dada sudah simpan keinginan untuk belasah muka Iskandar. Tak terima Iskandar merendahkan Khadeeja.

Bini akulah! Ayat itu bergema di minda.

"Kalau bagi makan banyak-banyak, sekejap lagi mantaplah tu!" Sambung Iskandar lagi. Dia baring di sofa.

Sebab budak ni ke Mad sudah jarang ke kelab? Agaknya perkhidmatan budak perempuan itu setaraf gadis profesional. Ah, jangan menilai pada luaran! Bertubuh kecil tidak semestinya noob di ranjang.

"Dia bukan macam yang kau fikirlah." Mad mula bosan.

"Bukan ke? Maksud kau?"

"Dia bukan simpanan aku. Bukan perempuan murahan. Kau jangan cuba-cuba nak try dia kalau kau nak hidup lama.” Mad memberi amaran. Dia merenung Iskandar tajam.

"Dah tu?"

Belum sempat Mad menjawab, Khadeeja datang membawa air. Diletakkan di hadapan Mad.

"Orang gaji kau?"

Zap! Hati bagai ditoreh.

Orang gaji ya? Itulah taraf dia pada pandangan orang. Kerdil dan tidak berharga. Namun, Khadeeja hanya tunjukkan muka selamba. Memang patut kalau hanya sebatas itu pengenalannya kepada kawan Mad. Dia bukan sesiapa pada Mad. Rasanya keputusannya keluar bekerja adalah tindakan paling bijak yang telah dilakukan.

Mad tidak menolak pertanyaan Iskandar. Dia memerhatikan muka Khadeeja yang datar. Khadeeja tak terasa ke?

Dia bukan tak mahu membetulkan tanggapan Iskandar. Dia belum bersedia. Dia juga tidak mengakui. Semoga Khadeeja tidak salah anggap dengan diamnya.

"Sejak bila kau ada orang gaji? Tak tahu pun aku."

Iskandar meneguk kopi buatan Khadeeja. Sekali. Matanya membulat. Dua kali. Matanya terpejam. Sedapnya kopi orang gaji Mad. Terpikat pula Iskandar.

"Mama yang hantar."

"Eh, mama kau hantar? Apa mimpi mama kau hantar budak kecik macam tu? Dia tak takut ke malam-malam kau lanyak budak tu?"

Khadeeja telah kembali ke dapur. Selamba saja Iskandar bertanya. Macam tak percaya Datin Saloma melepaskan budak sekecil itu bersama Mad. Mad lelaki kut. Dalam fikiran bersarang curiga.

"Kalau nak merepek baik kau blah. Aku tak ada masa nak layan kau."

Mad berang. Lebih berangin apabila menyedari mata Iskandar tak lepas dari memandang Khadeeja. Eh, itu bini dia! Kalau boleh cungkil, dah lama Mad cungkil. Dia tak kongsi hak milik dia dengan lelaki lain. Walaupun lelaki lain itu kawan baik dunia dan akhirat, teman tinggal di neraka jahanam nanti.

"Khadeeja!"

Khadeeja yang sedang termenung di meja makan tersentak. "Ya, encik?"

"Pergi tidur," arah Mad cepat.

Tidur? Kat mana? Takkan dia nak masuk tidur dalam bilik Mad. Mana ada orang gaji tidur sebilik dengan bos. Lagipun hari masih awal. Dia belum mengantuk.

"Kau tunggu apa lagi?"

"Kat... kat... erm, kat...." Aduh, terus Khadeeja jadi tergagap. Mad kalau dah pandang macam nak telan orang, rasanya kes terkencing dalam seluar pun boleh terjadi.

"Kat... kat. Sejak bila kau gagap?"

Mad bangun mengheret Khadeeja. Tubuh kecil Khadeeja ditolak ke dalam bilik tetamu. Setelah itu dia menghempas pintu.

“Kau layan dia macam budak-budak eh?”

“Suka hati akulah. Rumah aku!” Dengusan Mad kasar. Kalau boleh dia nak halau Iskandar.

"Apa nama budak tu?" Dahi Iskandar berkerut.

"Khadeeja." Mad terhenyak di sebelah Iskandar.

"Kenapa aku macam pernah dengar?" Kopi diteguk habis. Dituang kopi yang baru.

Mad telan liur. Berharap air mukanya tidak berubah. "Mana aku tahu!"

Semakin berkerut dahi Iskandar. Tak tahu kenapa nama itu bagaikan tidak asing pada pendengarannya. Ada ke perempuan yang pernah ditiduri Mad bernama Khadeeja?

"By the way, esok-esok lusa kalau kau tak nak budak tu bagi aku. Kopi dia kaw! Aku suka!" Puji Iskandar.

Mad mendelik. Rahang mengeras.

"Tapi kalau dengan aku tak payah jadi orang gaji. Bini pun okey." Iskandar terus bersuara.

"Diam kau!" Bentak Mad tiba-tiba.

Kenapa hatinya rasa sakit? Kenapa dia tidak boleh membayangkan Khadeeja jadi milik lelaki lain? Rasa cemburu meluap-luap. Agaknya sebab Khadeeja sudah berstatus isteri, bukan kekasih, bukan simpanan. Status itu istimewa biarpun diberikan tanpa kerelaan.

Iskandar tergelak, "Relakslah. Yang kau nak marah kenapa? Orang gaji aje pun. Bukan bini kau!"

Mata Mad menggelap. Tangan mula terkepal. Cawan yang sedang dihirup Iskandar dirampas.

"Kau blah sekarang!"

"Aku minum pun belum habis. Bukan selalu kau jamu air kopi sedap macam ni." Iskandar buat muka toya. Kopi dalam teko dijenguk. Banyak lagi.

"Blah!"

Iskandar bangun. Angin senggugut ke apa Mad malam ni? Sensitif tak pasal-pasal.

Teko kopi dicapai. "Aku bawa balik teko ni. Bekal." Tergesa-gesa Iskandar menuju pintu. Sebelum sempat alat kawalan TV mengena kepala, dia sudah selamat berada di luar rumah. Tawanya menggelegar.

Mad di dalam rumah menyumpah seranah. Gila punya Iskandar! Teko orang pun dia bawa balik. Macam tak boleh beli dekat kedai.

Continue Reading

You'll Also Like

5.9M 237K 49
[ 1st BOOK = ARS ] ___________________ Dia berbahaya. Dia penuh dengan misteri. Dia penuh dengan muslihat. Dia... Danny Asyraf Lee. Mafia yang digeru...
5.5K 390 18
Emir Qaridz; Anak bongsu kepada Tan Sri Emran dan Puan Sri Qarina. Sikapnya yang nakal sering memberi sakit kepala kepada bondanya. Tipikal anak bong...
65.8K 2.6K 43
Sinopsis "Aku benci orang macam kau ni. Kau ingat kau bagus sangat ke. Siapa la yang malang bersuamikan kau ni agaknya" ~ Raisya Zahra "Kau ingat lel...
3M 162K 70
Romance | General Fiction | Action You know the little ones that you are cubs. Do not dream about what I feel. You are a woman without any honor. I h...