KUUKIR HANYA NAMAMU

By AK_Raffhan

172K 7.9K 1K

BLURB NUR KHADEEJA. Gadis itu polos dan istimewa dengan caranya tersendiri. Masa lalunya kelam, jarang-jarang... More

Kuukir Hanya Namamu
01
02
03
04
05
06
07
08
09
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
21
22
23
24
25
26
27
28
29

20

2.6K 213 24
By AK_Raffhan

20...🖋️

RUMAH moden bergaya minimalis itu cukup besar. Baru sahaja diubah suai beberapa tahun yang lalu. Setiap sudut rumah itu menggambarkan jati diri pemiliknya yang sentiasa hidup dalam kesederhanaan meskipun dilimpahi kekayaan melimpah ruah.

Lokman adalah seorang lelaki yang amat mementingkan kesempurnaan tetapi di sebalik prinsip itu pembawaan dirinya begitu sederhana. Tidak pernah menongkat langit. Bila berbicara, dia sentiasa merendah diri namun wibawa diri tak pernah luntur.

Mata redup nan hangatnya mengedarkan pandangan ke setiap sudut rumah. Tidak ada sudut yang terkecuali dari pemerhatiannya.

Rumah besar dan lengkap dengan segala perabot dan perkakas mewah berjenama tetapi sayang rumah itu sunyi. Bagaikan ada sesuatu yang menjadi batu penghalang yang menyebabkan gembira itu ada, tapi bahagia jarang singgah masuk. Alangkah manis jika penghuni rumah ini lebih ramai. Pasti suasana tidak sesunyi ini.

"Abang, air." Segelas jus oren diletakkan di atas meja di hadapannya.

"Terima kasih." Dia menatap wanita cantik yang baru melabuhkan duduk di sebelahnya. Aliya nama wanita itu. Isterinya.

"Dari tadi saya nampak abang termenung. Abang fikir apa?"

Lokman mengeluh dalam. "Kalau kita dah tak ada nanti, mana agaknya harta-harta ni semua kita nak salurkan?"

"Tak apalah, abang. Mungkin kita dah boleh mula fikir tentang hal tu." Aliya tersenyum.

Terlihat tulus namun sinar mata yang bening itu memancarkan kepedihan yang cuba disembunyikan. Dia tahu penyebab kepada kesengsaraan yang ditanggung isterinya. Sangat tahu!

Penyesalan! Sarat sekali ditanggung oleh mereka.

"Abang dah minta orang tolong tanyakan?"

"Sudah."

"Ada berita?" Dia menangkap nada yang cukup bersemangat dalam suara itu. Menyiratkan harapan yang menggunung. Mata Aliya juga lebih bercahaya. Buat dia jadi sulit nak bercerita.

“Abang?”

"Banyak benda jadi lepas kita pergi." Dia membuang keluh.

“Kenapa? Apa yang dah jadi?”

Jantung Aliya dipalu debar. Dah mula rasa tak sedap hati. Meskipun begitu dia perlu mendengar segala cerita Lokman. Sepahit mana pun sebuah kenyataan yang bakal diberitahu dia harus menelannya. Dia tidak boleh lari dari kenyataan seperti yang pernah dilakukan sebelum ini.

"Abang, ceritalah. Saya nak tahu." Aliya memohon dengan penuh pengharapan.

Tolong beritahu dia bahawa di sana tanpa kehadirannya, semua orang sedang baik-baik saja. Hidup mereka bahagia walaupun dia tidak termasuk dalam lingkungan kebahagiaan itu. Jangan menambahkan lagi perasaan bersalah yang ditanggung selama ini.

"Mak Liya dah meninggal dunia. Kalau tak silap abang, tiga tahun selepas kita tinggalkan kampung. Ayah Liya menyusul setahun selepas itu.”

Aliya tersentak. Emak dan ayahnya sudah meninggal dunia? Mendengarkan itu air matanya menitis perlahan. Berdosanya dia sebagai anak. Mungkinkah dia sudah layak digelar anak derhaka?

Ya ALLAH, tak sempat dia memohon kemaafan. Sudah terhalalkah segala budi yang diberikan kepadanya dahulu?

Aliya tertunduk lesu. Tolonglah bercerita lagi.

Adik beradik dia apa cerita?

Dia mula teringatkan satu persatu wajah adik beradiknya. Sudah lama dia tidak melihat mereka. Semenjak dua puluh tahun dia meninggalkan rumah itu tidak sekalipun dia pulang ke kampung. Bertanya khabar jauh sekali.

Sakit yang dibawa bersama ketika membuat keputusan meninggalkan kampung membuatkan dia tidak mahu ambil peduli. Sungguh buruk sikap mementingkan dirinya.

"Abang Liya semua hidup lagi."

Alhamdulillah. Aliya mengeluh lega.

Lokman memberi jeda. Menatap mukanya dengan wajah bersalah. Ada apa?

Abang-abangnya masih hidup. Selain dari itu ada yang tak kena ke? Sakit ke mereka? Ada ke yang hidup terumbang-ambing? Ada ke yang bertukar jadi tak waras? Mereka semua orang terpelajar, mustahil jika pada akhirnya ada yang berakhir dengan hidup merempat. Kerja TUHAN, apa yang mustahil? Setiap yang berada di atas tidak mustahil akan jatuh ke bawah.

Aliya menunggu dalam debar. Tidak sabar menunggu cerita selanjutnya. Seakan ada sesuatu yang tidak lengkap dalam cerita Lokman.

🖋️.🖋️.🖋️.🖋️.🖋️

AIR MATA yang membasahi pipi dibiarkan mengalir. Inikah akhir dari segala penantiannya? Dua puluh tahun dia mengumpul keberanian untuk menghadapi masa lalu. Pada saat dia sudah bersedia, ternyata segalanya sudah terlambat.

"Dia dah tak ada. Kata mereka, dia...." Lokman terdiam.

"Dia apa abang? Cakap dekat Liya!"

Lokman serba salah. Setiap jawapan yang diberikan akan menuntut jawapan yang lebih besar. Dia tak sanggup melihat Aliya menyalahkan diri sendiri. Kesedihan yang ditanggung Aliya turut membebankan perasaannya sebagai seorang suami. Kesalahan itu bermula darinya, tapi Aliya terpaksa menanggung kesalahan itu bersamanya.

"Abang, tolonglah."

"Dia bunuh diri."

Mata Aliya terbeliak kaget. Tak mungkin.

"Abang bohong kan? Tak mungkin Mira bunuh diri. Abang tipu. Abang tipu!"

Ya ALLAH, betul ke Amira bunuh diri? Dia amat berharap kenyataan itu tidak seperti yang telah diberitahu. Dia tidak mampu lagi menahan beban perasaan ini. Terlalu berat, sudah tidak tertanggung rasanya.

"Liya... "

"Liya tak percaya, abang. Liya tak percaya!" Dia menggeleng tak percaya.

"Semua ni sebab kita kan abang? Sebab Liya! Liya berdosa abang...." Suaranya sendu.

"Bukan, Li...."

Aliya bingkas bangun. Dia tahu apa yang mahu dikatakan Lokman. Seperti biasa lelaki itu pasti akan menuturkan ayat-ayat manis bagi memujuk jiwanya yang gundah. Sekali dua dia masih percaya dia tidak seteruk yang difikirkan, tetapi setelah difikir-fikirkan dialah sebenarnya antagonis dalam fikirannya. Dialah watak paling jahat yang telah menghancurkan hidup orang lain.

Dia berlari masuk ke bilik meninggalkan Lokman di ruang tamu. Di dalam bilik dia menangis lagi. Kesedihan yang menyelimuti hatinya begitu sukar untuk diungkapkan.

"Kakak minta maaf. Kakak minta maaf. Semua ni salah kakak!" Aliya menumbuk dadanya. Sakit! Tetapi dia tidak berhenti. Dia terbayangkan seraut wajah Amira yang merenungnya sayu di sebalik jendela. Itulah terakhir kali dia melihat adiknya.

“Tolong Mira, kak…”

Suara Amira yang pernah merayu, meminta tolong padanya tidak diendahkan. Dia terlalu ego, dibutakan oleh perasaan cemburu pada adik sendiri. Lantaran itu dia mengabaikan gerak hati yang mengatakan Amira benar-benar memerlukan pertolongannya.

"Kakak minta maaf. Macam mana kakak nak tahu Mira dah maafkan kakak atau tak?" Aliya terduduk di tepi katil.

"Ya ALLAH, besarnya dosa aku "

Dia boleh memohon ampun pada ALLAH di atas semua dosa-dosanya. Dia yakin ALLAH Maha Pengampun. Namun, untuk dosa yang dilakukan pada manusia, hendak-hendak lagi pada manusia yang telah meninggal dunia, dia ragu akan terampunkah dosa itu?

"Liya...." Tubuhnya ditarik perlahan. Badannya dipeluk erat. Dia masih menangis tetapi sudah tidak teresak. Tangannya melorot ke sisi. Enggan membalas pelukan hangat itu.

"ALLAH Maha Pengampun, sayang.” Kata-kata itu mampir di telinganya. Aliya menolak pelukan suaminya. Wajahnya diangkat hanya untuk merenung Lokman tajam.

"Abang tak ada rasa bersalah sikit pun? Kalau bukan sebab kita semua tu takkan jadi."

"Aliya...."

"Mudah abang cakap kan?!" Aliya bersuara lantang. Muak dengan sikap Lokman.

"Aliya, dengar sini." Lokman memegang kedua- dua belah bahu Aliya. " Siapa cakap abang tak rasa apa yang Liya rasa? Ni dekat sini...." Lokman membawa tangan Aliya ke jantungnya. "Sakit sangat."

"Jangan ingat Liya seorang saja yang terasa sakit dengan semua ini. Abang pun rasa." Lokman memalingkan wajah setelah menyedari setitis air mata menitis di pipi. Dia malu pada Aliya kerana telah melihat sisi dirinya yang lemah.

"Abang." Aliya menarik muka Lokman supaya menghadapnya.

"Maafkan Liya." Kemudian dia memeluk Lokman. Pada dada itu sekali lagi air matanya tumpah. Dilepaskan segala kesakitan yang bersarang di hati.

Dalam esak tangis Aliya bersuara, "Agaknya sebab itulah sampai ke sudah TUHAN tak berikan kepercayaan untuk kita memiliki anak kan, abang? Mungkin inilah balasan DIA untuk kita di dunia."

Lokman terkedu. Sentap mendengar tutur bicara Aliya. Dia tahu Aliya tidak bermaksud melukakan hatinya. Perkataan yang disebut Aliya itu adalah satu kenyataan.

Mungkin agaknya. Mereka tidak mandul tetapi mereka juga tidak mempunyai zuriat. Hati Lokman bagai dihiris belati. Lukanya yang menganga tidak terlihat. Hatinya pedih disiat-siat.

Baru satu kenyataan, bagaimana jika Aliya tahu kenyataan yang lagi satu? Mampukah Aliya menghadapinya?

Continue Reading

You'll Also Like

294K 7.4K 18
Menjadi kekasih rahsia selama 5 tahun bukan mudah. Tambahan pula menjadi kekasih rahsia kepada CEO Z&H Empire, Tuan Zafran Heykal. Kerana tak sanggup...
80.1K 4.5K 57
'I was enchanted to meet you' Pertemuan yang tidak diduga, walaupun hanya sementara namun memberi kesan kepada Qaira Alana, seorang perempuan yang be...
1M 29.9K 45
Kerana satu fitnah, masjid yang dibina musnah. Naufal Iskandar buntu, setelah talak dijatuhkan, penyesalan mula menghambat diri. Cerita sebenar terbo...
3M 162K 70
Romance | General Fiction | Action You know the little ones that you are cubs. Do not dream about what I feel. You are a woman without any honor. I h...