KUUKIR HANYA NAMAMU

By AK_Raffhan

172K 7.9K 1K

BLURB NUR KHADEEJA. Gadis itu polos dan istimewa dengan caranya tersendiri. Masa lalunya kelam, jarang-jarang... More

Kuukir Hanya Namamu
01
02
03
04
05
06
07
08
09
10
11
12
13
14
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29

15

2.4K 267 30
By AK_Raffhan

15...🖋️


MAD serik. Hampir 15 minit mereka duduk semeja. Makan dalam senyap masakan ringkas, air tangan Khadeeja. Boleh tahan rasanya, sanggup ditelan tekak Mad. Daripada mama yang langsung direjek masakannya oleh Mad, boleh mimpi ngeri kalau makan juga.

Kasihan papa terjatuh cinta pada wanita tidak pandai memasak seperti mama. Kalau Mad jadi papa, awal-awal lagi Mad tolak. Tak kenyang perut. Harapkan pembantu rumah yang masak semata-mata, apa kelas? Baik kahwin dengan pembantu rumah!

"Ini apa?" Mad tunjuk sayur dalam pinggan.

"Kangkung," jawab Khadeeja selepas beberapa saat.

Mad mendengus. "Kau ingat aku bodoh sangat ke? Tak kenal kangkung? Aku yang beli!"

Terus dia teringat peristiwa petang tadi. Nyaris dia tertukar kangkung dengan bayam. Dia pun bodoh, main ambil saja. Kalau tidak disebabkan ada seorang mak cik menyebut kangkung tapi pegang daun tak sama macam Mad, mesti Mad tak tahu. Bodoh, kangkung dengan bayam boleh tertukar? Kebodohan yang tidak mahu diakui Mad.

"Kangkung ni masak apa?"

"Goreng."

Oh, boleh tak Mad cekik Khadeeja sekarang? Gadis itu santai selepas memberikan jawapan sepatah. Rasa macam nak korek-korek emas dalam mulut Khadeeja, kalau adalah! Berat mulut sungguh.

"Ini?"

Khadeeja jeling sekilas benda yang dipegang Mad. "Ayam." Merah muka Mad tidak dipedulikan. Dia kembali tunduk. Tanya soalan bodoh, Khadeeja bagi jawapan cerdik.

Mad gigit ayam masak merah itu. Geram! Dia bayangkan dia tengah gigit-gigit Khadeeja. Niat murni Mad ajak Khadeeja berbual, tak dihargai. Otak Mad dah mula fikir nak buat peraturan dalam perhubungan mereka. Sekali Khadeeja bagi jawapan menyakitkan hati, dua kali Mad hukum Khadeeja. Ikut cara Mad yang pastinya!

Tangan dibasuh. Dia sudah selesai makan. Pinggannya sudah licin. Hanya tinggal tulang ayam semata-mata. Dijenguk ke dalam pinggan Khadeeja. Penuh lagi. Hanya sesekali Khadeeja menyuapkan nasi ke dalam mulutnya. Sendiri yang masak, takkan tak lalu nak telan?

"Khadeeja." Seperti yang Mad jangka, Khadeeja tidak menyahut. Makan pun seperti berkhayal. Macam fikir masalah negara saja. Gerutu hati Mad geram.

"Khadeeja." Mad lambai-lambaikan tangan di hadapan muka Khadeeja. Khadeeja tetap tidak bergeming. Matanya bulat sambil menyuap nasi.

"Aku sekeh juga budak ni karang."

Mad mengeluh. Apa dia nak buat dengan budak bendul seperti Khadeeja? Lawannya sentiasa agresif, sekali dapat yang pasif macam Khadeeja, Mad pusing kalahkan hilang projek berjuta-juta.

🖋️.🖋️.🖋️.🖋️.🖋️

MAD mengerang, Khadeeja mengerjap.

"Budak tak guna! Ini kerja kau belakang aku ya?" Khadeeja tak sempat mencerna sekeliling ketika rambutnya ditarik. Bajunya basah. Dia disimbah air.

Sakit. Khadeeja menarik tangan besar Melur. "Sakit, mak ngah. Sakit. Aduh!"

"Eh, hati aku ni lagi sakit, tahu tak? Kenapalah kecik-kecik dulu kau tak nak ikut mampus macam mak kau?!"

Khadeeja terjelepok di kaki pak ngah. Hidungnya mencium kaki pak ngah. Air matanya berderaian. Dia salah apa lagi? Ketika kepalanya terangkat, ada ramai manusia menyapa pandangannya.

"Tengok, mak! Buat-buat menangis. Memang muka tak tahu malu," ejek Julia. Suka dia jadi pengadu domba.

"Pak ngah...." Khadeeja pandang pak ngahnya. Lelaki tua itu membuang pandang. Benci agaknya tengok muka Khadeeja. Sumpah Khadeeja tak tahu apa salahnya. Kenapa dia dihina begini?

"Kau! Aku nak kau kahwin dengan budak sial ni. Panggil keluarga kau datang sekarang!" Tangan montel Melur menunjuk seseorang.

Kahwin? Khadeeja menoleh ke arah jari yang dituding mak ngah. Lelaki itu siapa? Lelaki asing, tidak berbaju, basah kuyup, sedang balas menatap Khadeeja.

Mata Khadeeja membulat. Lelaki itu adalah lelaki yang ditolongnya malam tadi. Khadeeja pegang bajunya. Basah juga! Khadeeja pegang kepalanya. Ya ALLAH! Dia tidak bertudung.

"Kau nak pergi mana?" Soal Melur selajur menarik tangan Khadeeja yang mahu mencari tudung.

"Nak pergi pakai tudung," cicit Khadeeja.

Banyak suara bergabung gelakkan Khadeeja. Ah, dasar! Berlagak baik konon. Julia senyum mencemuh. Sakinah tertawa sinis.

"Tak payah. Masa kau berjoget dengan jantan ni semalam, kau pakai tudung ke? Tak, kan? Kau tak payah nak berlagak alim dengan aku. Sekarang semua orang dah tahu perangai sundal kau!" Jerkah Melur mengheret Khadeeja. Tangannya merentap baju Khadeeja. Kalau boleh dia hendak bogelkan Khadeeja, selepas itu arak keliling kampung.

"Jangan, mak ngah! Khadeeja tak buat apa yang mak ngah cakap." Khadeeja pegang erat bajunya yang basah. Dia malu.

Khadeeja meluru kepada Mad."Encik, tolonglah. Cakap dengan mak cik saya, kita tak buat apa-apa. Encik..."

Mad tergamam. Tak ubah seperti drama. Khadeeja sujud di kakinya. Gadis itu menangis teresak-esak. Lambat Mad bertindak, Khadeeja kembali menjadi mangsa.

Hening! Semua membisu ketika bunyi tamparan kuat itu bergema di ruang tamu. Tangan Mad terkepal, bodohnya dia! Kenapa dia hanya membiarkan tubuh kecil itu terus diperlakukan dengan kasar?

 🖋.️🖋️.🖋️.🖋️.🖋️

BUNYI dentuman mercun, entah mainan siapa, menyedarkan Mad. Khadeeja belum juga selesai makan. Terdetik sebuah persoalan di minda Mad. Menyesalkah Khadeeja membantunya malam itu? Terseksakah Khadeeja kerana dipaksa menikah dengannya?

Deraian air mata Khadeeja membuatkan dia berasa bersalah. Terkenang pula perlakuan kasar keluarga Khadeeja. Selama ini kehidupan bagaimana yang dilalui Khadeeja sebelum bergelar isterinya? Sedikit sebanyak sebelum menikah dengan Khadeeja, dia mula mengetahui latar belakang Khadeeja. Meskipun begitu, adilkah Khadeeja diperlakukan tidak manusiawi? Bukan dia yang meminta dilahirkan ke dunia, tapi takdir yang telah memilihnya.

"Sampai bila kau nak renung nasi dalam pinggan kau tu? Aku penat tengok kau macam ni. Makan cepat. Lepas tu pergi tidur. Lama-lama aku tengok kau, makin tinggi darah aku naik," ujar Mad.

Khadeeja diam. Seperti biasa buat bodoh dengan semua bicara Mad. Belum separuh nasinya luak, dia membasuh tangan tanpa menghiraukan Mad yang merenung.

Pinggan di dalam singki dicuci. Lambat gerakan Khadeeja. Sedar Mad merenung tajam, Khadeeja berusaha tak ambil peduli. Fikiran Khadeeja libang-libu fikirkan hal lain. Penat kepalanya, runsing dan gundah juga.

Bunyi kerusi ditolak tanda Mad telah beredar. Khadeeja bernafas lega. Baru lancar peparunya menghirup nafas. Telinganya menangkap bunyi TV dari ruang tamu.

Ikutkan badan yang belum sihat sepenuhnya, Khadeeja ingin terus masuk tidur. Mengingatkan masih ada hal yang belum dia nyatakan kepada Mad, dia perlu tundakan dulu keperluan badannya.

Dia harus berbicara dengan Mad. Paling penting dia perlu meminta izin Mad. Mustahil dia boleh keluar dari apartmen Mad begitu saja tanpa kebenaran sementelah statusnya telah bertukar. Minta-mintalah Mad tidak keberatan memberikan keizinan.

Kabinet dapur dibuka. Kordial yang bersusun dipandang.

"Nak kena buat air ke? Lepas makan, kena minum air lagi ke?" Khadeeja memegang perutnya. Dia yang makan sedikit, sudah berasa kenyang. Mad yang habis sepinggan, larat ke nak minum lagi?

Dia tak tahu kebiasaan Mad. Dia lupa nak bertanya pada mama Mad. Macam mana tak lupa? Kadang-kadang dia tak ingat pun dia sudah bergelar seorang isteri. Khadeeja pegang, kemudian letak semula botol kordial. Lama juga dia berbuat demikian.

Rantainya dipegang. "Eja kena buat air ke, ibu? Eja tak tahu "

Dia ada ibu yang melahirkannya. Namun dia tidak mengenali siapa ibu. Hanya gambar ibu yang pernah dilihat. Kata mak ngah, muka Khadeeja mirip ibu. Khadeeja lihat wajah ibu yang berseragam sekolah. Ibu terlihat cantik.

Hurmm… ibu cantik. Kalau benar mereka mirip sepatutnya Khadeeja juga cantik. Kenapa selama ini Khadeeja tak pernah rasa dirinya cantik? Jawapannya mudah. Mak Ngah. Sedari kecil kepalanya sudah disumbat dengan kisah-kisah negatif tentang ibu sampai jiwa terus jadi mati nak fikirkan perkara yang elok-elok.

Khadeeja tak jadi bancuhkan air. Tak payahlah kut. Kalau Mad nak, pandailah Mad minta. Lelaki itu, bukankah mulutnya petah berkata-kata?

Dia keluar ke ruang tamu lalu duduk di sofa sebelah Mad. Dia memintal jejarinya.

Mad pura-pura fokus menonton London Has Fallen yang sedang ditayangkan. Boring tahap tak boleh nak cakap! Kalau tak ada Khadeeja, awal-awal lagi dia dah lesap ke kelab. Duduk dekat rumah pun buat apa? Semua benda mati tak mampu hiburkan Mad. Sekarang, dah ada makhluk hidup hanya tahu menaikkan darah Mad.

Menyedari Khadeeja tak senang duduk, Mad membetulkan duduk. Berpaling hanya untuk menatap wajah resah Khadeeja.

"Apasal?" Soalnya dengan tangan terlipat di dada.

Khadeeja menelan liur gugup. Berasa terintimidasi dengan pandangan Mad yang seakan mahu menelannya hidup-hidup. Padahal Mad memandangnya dengan pandangan biasa. Dia yang terlebih gugup menyebabkan fikiran jadi tak fokus.

"Kau, duduk sini!" Mad tarik Khadeeja duduk di sebelahnya. Susah nak capai kalau jauh sangat.

Khadeeja semakin gementar. Pandang Mad takut-takut.

"Hei, kau ni dah kenapa?"

Kekerasan terhadap perempuan tidak dibenarkan dalam hidupnya. Jadi Mad terpaksa menahan tangan yang gatal sangat nak pegang Khadeeja.

"Khadeeja! Aku tanya kau kenapa?"

"Sa...saya." Tergagap-gagap suara Khadeeja. Takut sungguh mahu menyampaikan hajat. Bimbang ditempelak Mad. Kalau Mad marah lalu menempeleng Khadeeja bagaimana? Hush, imaginasi kau Khadeeja!

Kening Mad terangkat sebelah. Hilang bisu, jadi gagap pula?

"Kau nak cakap apa, cakap ajelah. Kau mengganggu konsentrasi aku nak tengok TV, tahu tak? Cakaplah cepat,” pujuk Mad. Suaranya melembut. Tengok muka pucat Khadeeja dia jadi kasihan.

"Khadeeja!!!"

Khadeeja tersentak dengan suara Mad yang meninggi. "Sa...saya ... saya."

"Baik kau cakap cepat sebelum aku terkam kau!" Muka Mad serius.

Aduh! Khadeeja gementar. Jangan cakap Mad serius. Mad mula menggeser mahu merapat dengan Khadeeja.

"Okey, okey. Saya nak cakaplah ni." Khadeeja angkat tangan. Meminta Mad berhenti mendekat. Mereka sudah cukup rapat.

Continue Reading

You'll Also Like

73.5K 2.2K 52
Menceritakan tentang kehidupan seorang gadis muda belia bernama Raina Tasnim dan kisah cinta nya yang rumit. nak tahu? Kena baca hehehe
5.9M 237K 49
[ 1st BOOK = ARS ] ___________________ Dia berbahaya. Dia penuh dengan misteri. Dia penuh dengan muslihat. Dia... Danny Asyraf Lee. Mafia yang digeru...
132K 4.5K 52
Disebabkan trauma dengan perkahwinan ibu bapanya, Hayfa Irdina langsung tak berniat untuk berkahwin. Bercinta pun tidak. Baginya, apabila bercinta pa...
14.4K 239 48
Pertemuan di antara Raisha Imani dan Syahmi Aqil pada awalnya tidak bermula dengan baik apabila mereka sering sahaja bertengkar. Bagi Raisha Imani, p...