KUUKIR HANYA NAMAMU

By AK_Raffhan

172K 7.9K 1K

BLURB NUR KHADEEJA. Gadis itu polos dan istimewa dengan caranya tersendiri. Masa lalunya kelam, jarang-jarang... More

Kuukir Hanya Namamu
01
02
03
04
05
06
07
08
09
10
11
12
13
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29

14

2.5K 271 7
By AK_Raffhan

14...🖋️

"INI saja maklumat yang saya dapat, bos." Serentak dengan itu fail yang mengandungi pelbagai maklumat itu bertukar tangan. Sebuah sampul surat besar turut disertakan bersama fail tersebut.

Amin gemuruh melihat muka bosnya. Janganlah Syed Amirul marah lagi. Tidak mustahil jika kerja selama berbulan-bulan itu tidak memuaskan hati bosnya.

"Keluar. Ada apa-apa, nanti aku panggil lagi.” Amin menarik nafas lega mendengar arahan itu.

Tidak perlu diulang, segera Amin meninggalkan bilik bosnya. Tidak tahu sama ada kerjanya memuaskan hati atau tidak, tetapi dia telah melakukan yang terbaik.

Ingat senang ke nak jadi penyiasat tak bertauliah? Harapkan duit sahaja yang menjadikan kerjanya lebih mudah. Jika tidak jangan haraplah semua maklumat itu berada dalam tangan.

Entah siapa gerangan gadis di dalam gambar itu. Dua orang yang berbeza namun memiliki wajah yang hampir seiras. Seorang gadis dalam gambar lama nampak terurus sedangkan gambar gadis yang saban hari diekorinya kelihatan selekeh.

Seketika kemudian Amin sudah duduk santai di kerusi empuknya. Keningnya berkerut, penuh dengan lapisan-lapisan halus pada dahi.

Siapa budak perempuan dalam gambar itu agaknya? Sewaktu mula-mula diberikan arahan untuk mendapatkan maklumat terperinci tentang gadis itu, Amin sempat kaget. Mana dia tak kaget, kerjanya selama ini menguruskan pejabat, bukannya jadi Mat Tahir pengekor mata air orang.

"Bos ni terjebak dalam kenangan silam ke?" Amin memainkan janggut di dagu. Dia tertanya-tanya sendiri dengan sikap lelaki yang lebih sering dipanggil bos itu. Perubahan sikap bos menjadi tanda tanya Amin.

Semenjak mereka pulang ke Malaysia beberapa bulan yang lalu, dia sering disuruh mengekori seorang gadis muda yang melakukan dua kerja itu. Siang hari bekerja di kedai buku, malam pula bekerja di sebuah restoran makanan segera.

Kadang-kadang dia jadi bosan menunggu gadis itu pergi dan pulang kerja. Kerana sesungguhnya rutin gadis itu tidak pernah berubah. Setiap hari keluar bekerja dan setelah pulang hanya terperap di rumah.

Bos juga mudah berubah sikap dalam sekelip mata jika melibatkan gadis itu. Tidak faham sungguh Amin dengan sikap bos.

Seperti malam celaka itu berlaku yang membawa kepada kesialan berganda Amin pada keesokan harinya. Lebam pipi, berdarah hidungnya ditumbuk bos kerana dikatakan tidak becus melakukan pekerjaan.

Hei, dia pun manusia! Tahu letih, tahu sakit. Dia belajar di universiti cara-cara untuk menguruskan syarikat bukannya belajar cara-cara menjadi penyiasat persendirian. Sejak bila profesionnya bertukar dia pun tak tahu. Sekarang dia lebih banyak berada di luar berbanding di pejabat. Semuanya gara-gara gadis muda itu.

Malam itu Amin terlalu lelah. Sangkanya setelah dia melihat gadis itu selamat masuk ke dalam rumah, dia boleh pulang dan tidur dengan nyenyak di rumahnya.

Siapa sangka ada kecelakaan lain yang bakal berlaku pada malam itu? Dia bukan TUHAN. Mustahil dia dapat menghidu musibah yang bakal berlaku.

"Bos!" Seperti orang kerasukan dia menghubungi bos sebaik saja melihat kegemparan yang berlaku di rumah teres itu. Matanya yang mengantuk terbuka luas.

"Mati, bos! Ada masalah besar." Segera dia mengkhabarkan berita itu. Takut tetapi dia perlu menghadapinya. Sesungguhnya kelalaian malam tadi bakal mengakibatkan petaka, mahu tak mahu dia perlu bersedia.

Seketika setelah panggilan mereka berakhir, bosnya tiba bersama dengan seorang lelaki tua. Amin nampak dengan jelas mata bosnya yang berkilat menahan amarah. Dia tertunduk menunggu habuan apa yang akan didapatkannya.

Sewaktu hangat darah merah mengalir keluar dari hidungnya, Amin hanya berdiam diri menahan kesakitan. Dia tidak melawan. Bukan kerana dia takut tetapi dia tahu perlawanannya akan berakhir dengan sia-sia. Apatah lagi dia begitu menghormati lelaki itu.

Dia, Mohd Amin bin Zulkifli, seorang remaja lelaki yang pernah hidup terumbang-ambing. Jika bukan disebabkan lelaki yang sedang meremuk- redamkan tulang-belulangnya, Amin tidak akan berjaya seperti sekarang. Dia terhutang budi dan berhutang nyawa pada lelaki ini.

"Sudah, bos. Sudah! Mati budak Amin ni nanti.” Susah payah Encik Abu menarik bos mereka yang gelap mata. Tanpa suara tangannya membelasah Amin di sebalik kereta yang menjadi pengadang pandangan orang terhadap mereka.

Bos mereka sedang marah. Sungguh-sungguh marah! Rahang yang mengeras, tangan yang terbuku kejap yang disimbahi darah Amin adalah bukti kemarahan bos.

Amin meringis. Pipinya masih terdapat lebam yang belum sembuh. Hidungnya juga masih terasa nyeri. Sesekali Amin akan mengaduh kesakitan tatkala tangannya menyentuh perut yang beberapa kali menjadi habuan buku lima bosnya.

"Wei, kau menung apa?"

Amin nyaris hendak menumbuk manusia yang menepuk belakangnya. Sebaik saja dia terpandangkan wajah Diana yang sedang tersenyum ayu ala-ala tomboi Melayu terakhir, dia menarik semula buku lima yang sudah terhala ke wajah Diana. Sipi-sipi mengena sasaran.

"Amboi, garangnya!” Dia duduk di sebelah Amin. Diana santai membelek muka Amin. Amin mengaduh kesakitan sewaktu dia menekan lebam tersebut dengan kuat.

"Sakitlah, bodoh!"

Diana tanpa belas menepuk kepala Amin, "Kaulah yang bodoh! Masa pak su pukul kau, kenapa kau tak melawan? Terlebih bebal," bebel Diana menolak kepala Amin.

Amin menggosok-gosok kepalanya yang dibantai Diana. Anak saudara dengan bapak saudara sama saja. Dua-dua suka adu otot. Patutlah Diana tiada langsung ciri-ciri wanita Melayu terakhir. Semuanya menurun daripada bapa saudaranya yang sedang mendekam di dalam bilik.

"Kau rasa pak su okey tak?" Tanya Diana sambil menopang dagu. Tudung putihnya yang senget dibiarkan tanpa dibetulkan. Depan Amin tak payah nak cantik-cantik sangat. Dia selamba badak pun Amin takkan kompelin lebih-lebih.

Amin diam tidak menjawab. Matanya memandang bilik  bos  yang  tertutup  rapat.  Entah  apa yang sedang dilakukan oleh pak su Diana itu. Sedang merenung kenangan silam ke?

"Dee...." Tanpa memandang Diana, Amin menggamit Diana supaya lebih dekat dengannya. Diana mengangkat sebelah kening selajur tangannya memukul tangan Amin yang sedang landai cantik pada lengannya.

"Kau kenal tak budak perempuan dalam gambar ni?" Jarinya menuding skrin.

"Budak yang nama Khadeeja tu?"

Amin pantas mengangguk.

"Mana aku tahu! Bukan kau ke yang ditugaskan jadi ekor dia. Kenapa pula kau tanya aku?" Diana balik bertanya. Dia tidak menipu. Dia memang tidak kenal siapa perempuan yang dinyatakan Amin.

Sikap pak sunya yang agak tertutup membuatkan Diana tidak dapat mengagak siapa perempuan itu. Pak sunya yang tampan tetapi bujang terlajak itu tidak pernah membawa pulang perempuan. Bercerita tentang perempuan juga tidak pernah.

Dahulu, ramai yang menyangka pak su seorang gay. Lebih-lebih lagi setelah pak su berhijrah ke luar negara. Pembantu peribadi, setiausaha pak su, semua lelaki. Namun, tidak pernah pula Diana nampak tanda-tanda pak su tertarik pada kaum sejenis.

"Girlfriend pak su kut. Kau rasa siapa?" Diana menggaru tudungnya.

"Tak mungkinlah. Kami baru balik tiga bulan. Lagipun budak ni muda sangat. Tak menarik pun. Takkan pak su kau suka budak macam ni?" Gumam Amin perlahan.

Diana merenung gambar yang diambil secara curi-curi itu. Beratus-ratus gambar yang terkandung dalam folder khas untuk gadis bernama Khadeeja. Persoalan tentang kenapa pak su tertarik dengan gadis itu sampai sekarang belum mereka ketahui.

"Nama cantik. Orangnya bolehlah tahan."

Diana mengecilkan mata, mengamati Khadeeja yang berbaju kurung bunga-bunga merah jambu berlatarkan warna krim, "Boleh jadi cantik jugalah kalau kena touch-up lagi. Tapi cekeding sangat. Macam tak cukup makan aku tengok. Eh, hairanlah aku! Amin, siapa budak ni?" Soal Diana sambil menggoncang-goncangkan lengan Amin.

"Sakitlah!" Amin terjerit kecil.

"Sorry." Sengih Diana. Lupa Amin belum benar- benar pulih selepas dilanyak pak su tempoh hari.

Kejam sungguh bujang terlajak itu kerana tidak membenarkan Amin mengambil cuti sakit. Padahal ketika itu Diana lihat Amin hampir nazak dibelasah. Pak su kalau marah memang menggerunkan.

"Aku tengok lepas budak Khadeeja ni kahwin, perangai gila pak su makin teruk.”

Sekali lagi mata Diana tertumpu kepada skrin komputer. Sekarang dia melihat Khadeeja sedang berjalan di pekarangan masjid. Gambar itu merupakan gambar pada hari pernikahan Khadeeja yang berlangsung secara tertutup yang diambil dari jauh.

Amin memberitahu Diana, pada hari itu dia, pak su dan Encik Abu menunggu di dalam kereta menghadap pintu pagar masjid yang terbuka luas. Mereka jadi tunggul yang menunggu sehingga akad itu berakhir.

"Kahwin dengan orang kaya. Tapi baju kahwin..."

Diana mencebik. Kemudian membandingkan pakaian Khadeeja dan Qaseh. Jauh benar bezanya. Terlihat seperti Qaseh lebih sesuai menjadi pengantin berbanding penampilan Khadeeja pada hari itu.

Diana kenal siapa suami Khadeeja. Syarikat mereka pernah menjalinkan kerjasama. Kalau tidak silap lelaki itu kebuayaannya mengalahkan tahap kebuasan bujang senang.

Jika dilihat secara mata kasar, Khadeeja dan Mad ibarat langit dan bumi. Apa agaknya yang membuatkan mereka terjebak bersama? Tak mungkin Mad si kaki berfoya-foya itu tertarik pada Khadeeja yang jelas-jelas kurang daya tarikannya. Tak mungkin Mad main rembat perempuan. Selera lelaki itu sangat berkelas.

Bukan calang-calang perempuan yang menjadi teman tidurnya. Jadi bagaimana dan mengapa salah faham itu boleh berlaku? Semakin hebat kerutan di dahi Diana.

"Amin!" Diana menepuk bahu Amin yang telah leka dalam pekerjaannya. Lelaki itu sudah tidak mempedulikan Diana. Gambar-gambar Khadeeja juga sudah hilang dari skrin komputer dan digantikan fail lain.

"Amin!" Bahu Amin ditepuk lebih keras.

"Teman aku makan nanti. Kita pergi makan laksa sarang. Aku mengidam," ujar Diana sambil memegang perutnya.

"Tengoklah kalau tak banyak kerja," jawab Amin tanpa mempedulikan Diana yang sudah memuncung panjang.

"Tak kira kau kena ikut juga. Pukul satu aku datang ambik kau!" Diana bingkas bangun. Dia berlalu meninggalkan Amin yang terdiam memicit pelipis.

Huh! Amin mengeluh. Makin lama makin memeningkan kepala. Kenapalah dia setuju semasa Diana ajak bercinta dulu? Tak ada lemah lembut dan sopan santun langsung. Dua tahun bercinta secara jauh jarak jauh sehinggalah dia kembali ke Malaysia, dua tahun jugalah ber 'aku engkau' dengan dia.

Bila agaknya Syarifah Diana binti Syed Mokhtar hendak berubah jadi wanita Melayu terakhir?

Continue Reading

You'll Also Like

150K 1K 35
Curang? Perkataan itu pantang bagi semua isteri atas dunia ini. Begitu juga dengan Azlyn. Ketika di kemuncak bahagia, dia diuji dengan kecurangan sua...
139K 6.9K 21
Pertemuan selepas 5 tahun membawanya mengimbas kenangan luka. Dilepas secara tidak rela, ditinggalkan ketika masih mengharapkan secebis rasa belas da...
546K 14.2K 33
Dia kaum adam yang mampu menundukkan para gadis di bawah kaki nya, dia memiliki segala2 nya di dunia ini katakan sahaja apa yang tidak ada pada lelak...
119K 16.4K 35
Shanana Evie tidak pernah menyangka dia akan jatuh cinta pada abang kepada sahabat baiknya sendiri. Apatah lagi pada seorang playboy handalan seperti...