NOXIOUS

By eiffelynne

29.1K 2.7K 214

[ PEMENANG ANUGERAH NOVAESTAR2017|KILLER SKILL - Ranked #1 in Magis on 21/11/19 ] 30 tahun yang lalu, kemuncu... More

Prolog
Part 2
Part 3
Part 4
Part 5
Part 6
Part 7
Part 8
Part 9
Part 10
Part 11
Part 12
Part 13
Part 14
Part 15
Part 16
Part 17
Part 18
Part 19
Part 20
Part 21
Part 22
Part 23
Part 24
Part 25
Part 26
Part 27
Part 28
Part 29
Part 30
Part 31
Part 32
Part 33
Part 34
Part 35
Part 36
WELCOME BACK!
Part 37
Part 38
Part 39
Part 40
Part 41
Part 42
Part 43

Part 1

1.9K 177 7
By eiffelynne

- November 2046 -

Sinaran matahari pagi yang redup menyapa penduduk bumi. Benarlah laporan cuaca pagi ini, musim salji sudah mula mendatang. Angin dingin lembut menyapa pipi yang kemerahan menahan sejuk. Aturan langkahnya segera dipercepatkan. Keping-keping pertama salji putih turun perlahan dari langit. Baju sejuknya ditarik rapat. Rambut hitamnya diselak ke belakang telinga. Hembusan nafasnya mula berkabus, mengundang senyuman manis dari bibir merah delima milik Hana Adriana, pelajar tahun kedua di Universiti Intelektual Prima Perdana, UIPP.

UIPP adalah sebuah universiti khas yang dibangunkan oleh kerajaan Malaysia untuk pelajar-pelajar yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang luas dalam bidang intelektual. Bukanlah sesuatu yg mudah untuk menjadi seorang pelajar UIPP kerana setiap kemasukan pasti ada ujian dan penilaian. Jika 100 orang yang hadir, mungkin hanya 30 orang sahaja yang lulus. Pelajar-pelajar UIPP terdiri daripada pelajar-pelajar lepasan SPM, sistem pembelajaran juga tidak sama seperti yang sebelumnya. Pelajar-pelajar UIPP akan menghabiskan 5 tahun pembelajaran mereka sehingga ke tahap Ijazah Sarjana Muda. Kelas-kelas yang mereka ambil juga terpulang kepada mereka sendiri asalkan mereka boleh menghabiskan semua subjek dalam jangka masa yang ditetapkan, sebab itulah hanya yang benar-benar layak akan diambil untuk belajar di UIPP.

Langkah kaki Hana terus menuju ke arah lorong yang penuh dengan simpang ke bilik-bilik serta dewan-dewan pembelajaran. Lorong yang berdindingkan latar putih bergaris biru itu disentuh perlahan.

"Hee, sejuk!"

Omelnya tersengih sendiri lalu pantas ditarik semula tangannya. Kakinya berhenti sebaik sahaja tiba dihadapan pintu kaca hitam yg berlabelkan "C-22". Pintu kelasnya automatik dibuka sebaik sahaja kad pelajarnya di sentuh lalu di kotak keselamatan itu. Kelas itu masih tidak ramai lagi yang hadir, mungkin semuanya masih sedang golot bersiap di kolej masing-masing. Cuma kelihatan beberapa pelajar perempuan dan seorang pelajar lelaki bernama Iqbal Azeem yang sedang lena di mejanya. Matanya masih memandang ke arah Iqbal yang lena dibuai mimpi. Meski pun sudah setahun mereka sekelas, tidak pernah sekali pun mereka bertegur sapa. Iqbal sememangnya dingin dengan semua orang. Sentiasa menyendiri namun bijak dalam pembelajarannya. Sikapnya yang misteri itu seolah-olah dia langsung tidak ambil peduli tentang orang lain disekelilingnya. Dia juga merupakan satu-satunya pelajar yang Hana masih tidak dapat baca kata fikirannya.

Ya, disebalik kehidupan normal Hana Adriana, ada kelebihan dalam dirinya. Kebolehan membaca fikiran orang lain adalah satu kelebihan yang mengkagumkan namun pada masa yang sama menyeramkan. Hana dapat mendengar keluhan-keluhan yang lahir dari hati namun tersimpan disebalik bibir. Bukan itu saja, refleksi pantas dari Hana juga kelebihan yang amat menakjubkan. Namun ia bukanlah satu kelebihan yang boleh dibanggakan apatah lagi dihebah-hebahkan. Bahaya akan tiba jika orang tahu tentang kelebihan dirinya. Setidaknya itulah yang diberitahu oleh Pak Cik Hasyim sebagai penjaganya.

Hana meletakkan begnya diatas meja. Matanya masih memandang Iqbal yang lena. Kelihatan salji halus diatas rambut hitam pemuda itu. Hana tersenyum nipis. Dikeluarkan sekotak susu dan tablet kacanya. Seperti biasa, Hana menyemak segala email mahupun mengemaskini status laman sosialnya.

***

"Any question upon your assignment?"

Soal Miss Amal sambil mencekak pinggang. Diperhati tajam satu-persatu pelajar-pelajarnya. Kemudian pandangannya terhenti.

"Iqbal!"

Iqbal tersentak. Matanya dibuka lalu mukanya diangkat perlahan memandang ke arah Miss Amal yang sudah sedia mengangkat keningnya melihatkan Iqbal yang tertidur. Iqbal meraup lembut mukanya. Pelajar lain segera menoleh ke arah Iqbal.

"I'm sorry, miss."

Balasnya pendek.

"What happen to your hand?"

Miss Amal masih bertanya kerana matanya ternampak balutan di tangan kiri Iqbal saat pemuda itu mengangkat tangannya sebentar tadi. Pantas Iqbal menyembunyikan tangannya. Dia cuma menggelengkan kepala. Pelajar lain masih memandang kearahnya.

"Dia buat apa malam tadi?"
"Dia tak cukup tidur? Dia tak pernah macam tu."
"Hahaha! Padan muka."
"Tak payah datang kelas laa kalau mengantuk."
"Cepatlah habis kelas. Aduh."

Hana menggeleng sedikit kepalanya. Suara-suara halus itu merupakan suara hati rakan sekelasnya yang lain. Dia tidak sepatutnya mendengar semua itu, tapi mungkin tadi dia terleka lalu suara itu berjaya menyusup masuk ke telinganya.

"Iqbal, meet me after this."

Ucap Miss Amal mengemaskan fail-failnya lalu melangkah keluar dari kelas. Selesai sudah tugas mengajarnya pada hari itu. Iqbal bangun lalu mengambil beg sandangnya, berjalan keluar mungkin terus ke bilik Miss Amal. Hana juga bersiap untuk keluar menuju ke surau yang berdekatan. Jam tangannya telah menunjukkan tepat pukul 2 petang.

Selesai solat zohor, Hana mengatur langkahnya ke kafeteria yang berdekatan. Perutnya sudah menyanyi meminta untuk diisi dengan makanan. Dia mengambil nasi dan lauk pauk yang menjadi pilihannya untuk hari itu. Dibungkus kemas lalu terus kearah kaunter pembayaran. Kakinya menghala pulang ke kolej. Petang ini kelasnya dibatalkan atas sebab yang tidak diketahui. Hana akan memanfaatkan pembatalan kelasnya untuk tidur. Sudah tentulah, tiada siapa yang akan menolak untuk tidur petang lagi-lagi pada cuaca sejuk begini.

Langkah Hana tamat tepat di hadapan pintu bilik kolejnya. Kakinya menapak masuk dan bilik itu masih kosong tidak berpenghuni. Rakan sebilik Hana mungkin tidak pulang lagi. Jadual kelasnya yang tergantung dihadapan meja dibaca ringkas oleh Hana. Hanya sekadar ingin tahu pukul berapa sesi akhir kelas teman sebiliknya itu. Hana membuka jaketnya lalu dibentangkan di kerusi belajarnya. Bungkusan makanannya dibuka sesudah dia membasuh tangan. Dimulakan suapan makanan sambil matanya dilarikan ke luar tingkap, melihat landskap yang sepatutnya hijau kini kian memutih dek balutan salji.

***

"Suatu hari nanti kau akan faham."

"Aku ditugaskan untuk melindungi kau. Aku akan jalankan tugas aku."

"Hana! Lari!! Pergi dari sini."

"Sebab kita semua umpama cahaya untuk kegelapan."

"Misi kita lebih penting."

"Because you are our friend. We protect our friends. Thats our job."

"We might lose him."

"No. Hana! We need you."

"Hana! Hana! Bangun! Hana!!"

Pantas mata Hana dibuka. Cahaya silau menembusi segenap ruang matanya. Dahinya sedikit kebasahan gara peluh yang hadir entah kenapa. Dadanya berombak kencang. Nafasnya laju tidak teratur. Wajah cemas Awina Sofea muncul disebalik silauan cahaya tadi.

"Kau kenapa? Cuaca sikit punya sejuk, kau berpeluh. Demam ke?"

Ucap rakan sebilik yang merupakan sahabat baiknya sepanjang berada di UIPP itu sambil membantu Hana untuk bangun dan duduk dibirai katilnya. Hana meraup mukanya. Termenung seketika. Imej-imej mimpinya jelas bermain difikiran.

"Hana?"

Suara Awina menghentikan lamunan Hana. Perlahan Hana memandang gadis itu sambil tersenyum.

"Aku tidur lama sangat kot. Nak basuh muka kejap. Sorry buat kau risau. Aku okay."

Senyum Hana sambil berlalu ke arah bilik air. Paip dibuka, mencurah laju air suam disingki. Ditadah oleh Hana lalu disapu ke mukanya. Bibirnya menghela nafas lega. Hana mengusap lembut wajahnya dgn tuala kecil yg disidai berhampiran. Lalu melangkah untuk kembali ke bilik.

"Hana!"

Mati gerak Hana saat suara itu bergema segenap ruang disekelilingnya. Satu garis biru melintasi tubuhnya. Menukarkan keadaan sekeliling yang terang menjadi gelap. Hana kaku. Matanya membulat.

"Hana!"

Sekali lagi suara lelaki itu bergema. Hana menoleh cemas. Jantungnya berdegup laju. Apakah yang terjadi sebenarnya? Siapa yang memanggil namanya? Tiba-tiba bahunya ditepuk dari belakang. Saat Hana menoleh semula, garisan biru yang sama tadi melintas semula lalu keadaan kembali pulih seperti biasa.

"Hana? Kau kenapa?"

Tanya Awina pelik dengan reaksi Hana.

"Kau nampak tak tadi? Kau nampak tak apa jadi tadi? Kau dengar tak suara tu?"

Dahi Awina sedikit berkerut. Dia menggeleng perlahan.

"Kau ni kenapa? Nampak apa? Dengar apa? Kau pergi tandas pun lama gila. Aku datanglah nak cek. Kot terjatuh ke, terhantuk ke. Kau okey tak ni? Cuba kau cakap dengan aku."

"Aku pergi lama? Tapi aku rasa sekejap aje."

"Mana ada, dah setengah jam kau pergi. Aku ingat kau mandi tapi tuala tak bawa. Ni aku bawakkan tuala kau."

Hana terdiam. Fikirannya sendiri tidak dapat untuk memproses apa yang terjadi sebentar tadi. Tangannya perlahan mencapai tuala mandi yang dihulurkan oleh Awina sebentar tadi.

***

"Hana Adriana. Ya, tolong carikan data pelajar ni. Hantar pada saya. Terima kasih."

Ganggang telefon diletakkan. Kepalanya dipicit dan badan sasanya disandarkan ke kerusi. Bibirnya tersenyum lega.

Dingggg

Bunyi halus loceng pintu biliknya bergema. Dia menekan butang kecil yang muncul diatas meja kacanya. Pintu automatik terbuka luas, menjemput masuk susuk tubuh wanita yang memakai kasut bertumit tinggi.

"Macam mana?"

Soalnya ringkas. Tablet kacanya diletakkan di atas meja, tangannya menarik kerusi yang berhadapan dengan lelaki itu lalu duduk memandang tepat ke arahnya.

"Yup, we got another one. A girl. Strong and have a powerful mind. She might fit to be a tracer."

Senyuman yakin terukir di wajah lelaki itu.

***













//----Nota Penulis---//
Hellooooo!! Hai pada sesiapa yang membaca. So this is not my first story since saya dah banyak tulis story-story lain. Tapi it is my first time publish for public reader to read my work. Thanks untuk sesiapa yang dah, bakal dan akan mengikuti cerita ini. Saya tak ada specific hari or masa untuk publish part-part yang seterusnya. But surely akan updatelah. Stay tuned, vote and komen if you guys think I should update my writing skills! Thank you dan terima kasih.

- eiffelynne :D

Continue Reading

You'll Also Like

736K 16.5K 20
Nadhira Sofea Bertahun lamanya dia menyimpan perasaan. Rasa yang membungakan hatinya. Rasa yang sangat indah hingga dia mencatat segalanya di setiap...
364K 3.5K 21
Kisah ini adalah hanya rekaan sebagai hiburan para lgbt.Jika anda tidak menyukai ruangan ini boleh pergi ke page lain.Segala kesamaan nama,watak dala...
387K 2K 5
Cerita ini sekadar fantasi yg mengiisahkan seorang jururawat yg dirogol dan akhirnya ketagih. Tanpa disangka suaminya yg lemah mengizinkannya untuj t...
1.9M 4.3K 24
Sebuah kisah isteri ke arah cuckold