Huruf (EXO Version) ✔

By Shim_Yoo

116K 9.3K 856

MALAY When four leader find their own people. Kris dan Luhan keluar untuk misi mencari dan mengumpulkan kesem... More

Prolog
Please Read Before Continue!
Permulaan I
Permulaan II
Misi I
Misi II
Rahsia I
Rahsia II
Kuasa Angin
Pindah
Kuasa Cahaya
Kuasa Pasir I
Kuasa pasir II
Kuasa Air
Jangan Cari Pasal
Lawan Pedang
Kuasa Yang Tidak lengkap
Kuasa Panah
Latihan Yang Membunuh
Bukan Salah Sesiapa
Kuasa Akar
Kuasa Tembakan Mata
Kuasa Pembeku
Markas
Permainan
Puncanya
Bebola Kristal
Ukiran Batu
Kongsi Kuasa
Berbeza Kehidupan
Kristal Biru
Kristal Ungu
Kristal Merah
Kristal Hitam
***Not an update
Kuasa Lima Kristal
Semua Berubah
Permainan Terakhir
Mengawasi
Diceroboh
Si Lelaki Penyembuh
Kehilangan
Kosong
Perang
Ketua Terakhir
Empat Tahun Kemudian
Sequel??

Dendam

1.8K 153 23
By Shim_Yoo


Kris masih lagi bersengkang mata dalam keadaan dingin dan berembun itu. Tidur sudah tiada erti lagi padanya. Dia hanya baring di katil sambil merenung siling batu bilik itu. Jam sudah menunjukkan pukul lima pagi.

Entah kenapa dia langsung tidak dapat melelapkan matanya. Terlalu banyak perkara yang bermain di mindanya pada ketika itu. Dia memandang sekeliling kemudian memandang Luhan yang sedang nyenyak tidur di sebelahnya. Lelaki itu tidak pernah mendapat tidur yang nyenyak seperti itu sejak Tao di tangkap.

Kris bangun perlahan-lahan sambil memandang sekeliling ruang bilik itu tanpa apa-apa tujuan. Dia merenung wajah kawan baiknya seketika itu yang dirasakannya itu adalah buat kali yang terakhir membuatkan dia tersenyum yang tiada siapa tahu apa maknanya.

Dia bingkas bangun dari katilnya kemudian berjalan keluar dari bilik itu. Dia memandang ruangan markas itu di mana Kyungsoo akan berada di situ untuk melakukan kerjanya. Dia tersenyum seketika kemudian mula berjalan perlahan-lahan tanpa arah tuju. Kakinya seperti berjalan sendiri tanpa kemahuannya.

Dia kini tiba di suatu tempat yang menyimpan banyak kenangan pada mereka terutama pada dirinya sendiri. Perlahan-lahan dia melangkah ke tengah-tengah tapak latihan itu sambil memandang sekeliling. Seluruh tempat itu membuatnya mula tersenyum.

Semua kenangan mula melangkah masuk ke dalam fikirannya. Di situ lah tempat dia, Luhan dan Baekhyun akan bermain. Dia memandang bendera merah yang terpacak di atas bukit itu. Itulah bendera yang akan menentukan siapa pemenang.

Kyungsoo pula berperanan sebagai seorang pengadil tanpa rasa jemu melihat setiap pergerakan mereka di situ. Dan di situ jugalah tempat mereka akan melatih kuasa mereka. Lelaki itu segera memejamkan matanya cuba mengingati semua perkara yang sudah berlaku.

Bunyi desiran air yang kedengaran sayup-sayup membuatkan Kris membuka matanya perlahan-lahan dengan rasa hati yang mula tidak senang. Dia terkejut melihat air kini sedang mengelilinginya seolah-olah satu tembok besar yang tinggi menghadangnya.

Dengan pantas dia memandang sekeliling untuk melihat apa yang sudah terjadi. Tidak semena-mena air yang menjadi tembok itu meledak kuat menyebabkan lelaki itu cuba melindungi dirinya bagaimanapun sudah basah kuyup.

Kris menyapu mukanya dengan tangan kemudian memandang ke depan. Ke arah seorang lelaki yang cukup dikenalinya. Lelaki yang ditunggu-tunggu untuk datang kepadanya selama ini. Tao kini sedang berdiri tersenyum memandangnya dengan pakaian serba hitam yang cukup membuat dia rasa curiga.

Apa yang lebih menarik perhatian lelaki itu adalah Tao tidak berseorangan. Seorang wanita dalam lingkungan 40-an berdiri di sebelah lelaki itu juga berpakaian serba hitam sambil tersenyum. Wanita yang paling dibencinya. Yang selama ini sudah dijangkakannya masih hidup dan bernyawa. Yang juga ditunggu-tunggunya untuk muncul.

"Lama tak jumpa." ujar Tao tersenyum dengan wajah yang kelihatan agak lain dari sebelumnya.

Kris mengangkat keningnya sebelah langsung tidak berminat. Tumpuannya lebih kepada wanita yang berada di sebelah lelaki itu.

"Apa khabar, anakku.?" perempuan itu tersenyum manis yang lebih dilihat kepada sinis yang mengerikan dan mempunyai rancangan jahat untuk dilaksanakan. "Lama betul tak jumpa."

"Jadi memang betul awak masih hidup." gumam Kris. Kemarahannya kini mula terasa.

Wanita itu segera tersenyum semakin lebar kelihatan. "Ibu minta maaf sebab tak jumpa awak."

"Siapa anak awak.?!" pintas Kris keras. "Saya bukan anak awak."

Wanita itu tersenyum sinis kemudian mengeluh manja dengan mata yang bersinar. "Awak memang tak pandai berubah. Betul kata Tao. Masih lagi dengan sifat panas baran awak tu."

Kris merenung Tao tajam seperti singa kelaparan. Mahu saja dia membelasah lelaki itu sehingga mati.

"Ibu datang nak bawa awak kembali..."

"Kembali ke mana.??" Pintas Kris langsung tidak membenarkan wanita itu menghabiskan kata-katanya. "Saya memang dah berada di rumah."

Wanita itu mendengus perlahan memandang Tao.

"Saya tak berminat nak menjadi puak lain dan mengkhianat." Kris bersuara lagi. "Ini tempat saya."

"Kris..." wanita itu menarik nafas panjang. "Kalau awak sertai kami... Ibu yakin hidup awak akan bahagia."

Kris tergelak menyindir. "Lucunya apa yang awak cakap ni, perempuan. Jangan nak buat lawak lah."

"Awak akan hidup bahagia bersama Tao."

Kata-kata wanita itu membuatkan Kris memandang Tao yang sudah sedia tersenyum memandangnya.

"Kris..." Tao bersuara. "Saya akan jaga awak dengan baik. Lagipun hidup kita lebih baik di sana. Tinggalkan tempat ni."

Kris mendengus marah kemudian memandang wanita itu. "Dengar sini... Jangan pernah mengaku sebagai ibu saya. Dan awak..." Kris beralih memandang Tao sambil menghalakan jari telunjuknya yang hampir kelihatan seperti sebilah pedang untuk membunuh. "Saya tak pernah teringin nak dijaga oleh awak."

Serentak kedua-dua mereka terdiam.

"Saya tak berminat." Kris menggelengkan kepalanya cuba menahan sakit hatinya. "Saya bahagia di sini."

"Kris... Tolong jangan pilih untuk menentang kami." Tao cuba memujuk dengan suara yang kedengaran sayu.

"Itu lah takdirnya, Tao." ujar Kris merenung lelaki itu. "Saya tak pilih jalan ni. Awak yang pilih."

Tao terdiam merenung wajah lelaki itu.

"Kalau awak menentang kami..." wanita itu segera mencelah. "Nasib awak pasti sama dengan ayah awak."

Perkataan 'ayah' membuatkan telinga Kris berdesing. Kenangan dulu kini masuk ke mindanya. Wanita yang berada di hadapannya kini adalah orang yang membunuh ayahnya betul-betul di hadapan matanya sendiri.

"Kris..." Tao merenung Kris. "Kalau awak kekal di sini... Saya terpaksa menentang awak."

Kris tersenyum sinis mendengar kata-kata lelaki itu. "Jadi saya nak tengok awak mencuba."

Kris segera menghidupkan api dikedua-dua belah tangannya. Tao mendengus perlahan. Begitu juga dengan wanita 40-an itu. Wanita itu memandang Tao sambil mengisyaratkan supaya lelaki itu berundur dahulu. Tao tidak membantah sebaliknya berundur ke belakang. Wanita itu kembali memandang Kris sambil tersenyum sinis yang mengerikan.

"Saya akan hapuskan awak sama seperti ayah awak." ujar wanita itu dengan wajah yang kelihatan menyeringai lalu memanggil air dari laut yang mana ia datang seperti ombak tsunami.

"Cubalah."

Kris segera terbang ke udara. Begitu juga dengan wanita berumur 40-an itu. Tao hanya mampu melihat.

"Awak memang memusuhi saya kan..." gumam wanita itu ketika berpandangan dengan Kris.

Kris tersengih menyindir. "Mestilah."

Wanita itu kelihatan sakit hati dengan jawapan Kris. Serta-merta Kris membentuk sekumpulan burung helang berapi lalu melepaskannya ke arah wanita itu. Wanita 40-an itu mendengus perlahan lalu melepaskan ikan jerung air yang besar dan mematikan kesemua burung helang berapi itu serta-merta.

"Cepatnya." sindir Kris dengan wajah sinis yang menyakitkan hati. "Tak mahu berseronok dulu ke.?"

Kata-kata Kris membuatkan wanita itu semakin berang.

"Awak tahu tak, perempuan tua..." Kris merenung wanita itu tajam dan penuh kebencian. "Pada ketika awak tinggalkan puak ni dulu saya memang dah benci awak pun. Saya tak pernah rasa sedih."

Wanita itu menggenggam buku limanya kegeraman.

"Waktu awak bunuh ayah..." Kris bersuara lagi. "Saya dah janji dengan diri saya sendiri. Yang saya akan bunuh awak."

Wanita itu tidak terlalu terkejut dengan kenyataan Kris. Tao pula semakin risau. Selama beberapa minggu bersama Kris sudah cukup membuat dia faham bagaimana perangai lelaki itu.

"Jadi saya nak tunaikan janji saya tu."

Selamba saja Kris memanah ikan jerung air yang sedang bertelaga dengan burung helang berapinya dan menyebabkan ikan jerung itu bertabur pecah. Kris menjelmakan rusa berapi lalu menyerang wanita itu.

"Aaarrggh!!" wanita itu menjerit kepanasan.

Kris melepaskan lagi sekumpulan helang berapi. Perkara yang berada di mindanya kini adalah membunuh wanita itu untuk melepaskan dendam yang ditahannya selama beberapa tahun. Dia langsung tidak peduli apa yang bakal terjadi.

Wanita 40-an itu kini semakin lemah. Badannya kelihatan melecur-lecur disebabkan api yang banyak menyerangnya bertubi-tubi. Kris merenung wanita itu tajam. Serta-merta dia memetik jarinya dan menyebabkan rusa dan sekumpulan helang berapi itu menyelubungi badan wanita itu.

Tidak semena-mena dia jatuh terjelepuk di lantai. Dia meronta-ronta kepanasan. Tao tercengang memandang situasi itu kemudian mula membuka langkah untuk membantunya. Dengan pantas Kris yang kini sudah kembali berpijak ke tanah meletuskan tembakan menyebabkan lelaki itu terhenti. Mereka memandang wajah wanita itu menyeringai sebelum dia meledak kuat.

"Sanggup awak bunuh ibu kandung sendiri." Tao memandang Kris tidak percaya dengan wajah yang tercengang.

"Dia sanggup bunuh suaminya sendiri." Kris membalas pandangan Tao dengan wajah yang sugul. "Kenapa saya tak boleh.?"

Tao menggelengkan kepalanya. "Awak berubah. Awak dah berubah."

Kris berpeluk tubuh kemudian tersengih menyindir. "Siapa yang berubah.?? Awak atau saya.?"

Tao menggenggam buku limanya erat.

"Betul kan apa yang saya cakap.??" Kris mengangkat keningnya. "Awak akan berubah."

"Saya cuma ikut apa yang betul."

"Apa yang awak rasa betul.?!" Tempik Kris menyebabkan lelaki itu terdiam.

"Kamu tipu saya selama ni kononnya kita dimusuhi sedangkan kita yang mencetuskan peperangan!"

Kris tergelak mendengar kata lelaki itu.

"Mentang-mentang kami tak tahu apa-apa..." Tao bersuara lagi. "Mentang-mentang kami orang baru dan masih mentah dalam perkara ni... Kamu tipu kami."

"Kalau awak percaya kami tipu kamu..." Kris merenung lelaki itu. "Kenapa awak percaya musuh yang memang baru juga bagi awak.?"

Tao segera terdiam.

"Awak bunuh Kyungsoo, Tao." gumam Kris. "Awak buat macam tu awak dah letakkan diri awak dalam kategori pengkhianat."

"Dia menentang saya." beritahu Tao. "Saya mesti lakukannya."

Kris tersengih lagi kemudian tunduk seketika. "Awak tahu tak... Satu kesilapan terbesar yang pernah saya lakukan adalah... Saya tak bunuh awak sejak dari mula lagi kita berjumpa."

Tao terkejut mendengar kata-kata lelaki itu.

"Itu silap saya yang paling besar."

"Kalau macam tu kita tengok siapa yang mati dulu." Tao bersuara dengan pandangan yang penuh kebencian.

Kris tersengih sedikit sambil menggenggam buku limanya. Apa yang dia jangka sudah pun berlaku. Dia segera memejamkan matanya. Kenyataan itu sudah jelas. Selama ini Tao berkongsi kuasa dengan ibunya membuatkan dia sukar untuk melawan Kris.

Dan kini, Tao mempunyai seluruh kuasa membuatkan dia jadi lebih kuat. Selepas Luhan, kuasa mereka berdua adalah yang paling kuat. Akan tetapi, jika mereka berdua berlawan, sudah tentu Tao yang akan menang. Serta-merta wajah Luhan muncul difikirannya. Wajah lelaki yang sentiasa berada di sisinya.

"Awak mesti bunuh dia untuk saya." desis Kris di dalam hati.

Kris membuka matanya perlahan-lahan. Tao kini sudah membentuk ikan lumba-lumba dengan kuasa airnya. Kris pula membentuk musang berapi. Mereka melepaskan kedua-dua kuasa itu untuk bertelaga. Tao segera terbang ke udara disusuli oleh Kris.

Matahari sudah mula memancar naik. Kris hanya mampu melihat keadaan itu yang dirasakannya buat kali yang terakhir. Diri mereka berdua dipenuhi dengan kebencian yang teramat sangat. Masing-masing tidak dapat menghalang perkara itu daripada menguasai mereka. Tao melepaskan air bertubi-tubi ke arah Kris. Kris hanya menepisnya dengan tumbukan tangannya.

"Satu perkara lagi!"

Kata-kata Kris menyebabkan Tao berhenti menyerang.

"Saya nak awak tahu..." Kris bersuara tenang. "Saya tak pernah sukakan awak. Awak langsung tak layak untuk disukai."

Kenyataan itu membuatkan Tao menjadi lebih marah. Matanya kelihatan marak dan memperlihatkan wajahnya yang bengis. Dia terus meletupkan air di badan Kris. Badan Kris mula berasap. Kris melemparkan bom berapi ke arah Tao menyebabkan lelaki itu jatuh semula ke tanah.

Tao bangun dalam keadaan tercungap-cungap menahan marah. "Saya akan tamatkannya!!!"

Serta-merta Tao memanggil ombak besar dari laut. Ia kini kelihatan seperti ombak tsunami yang akan meranah seluruh tempat itu. Kris tercengang kemudian memejamkan matanya. Dia tahu sampai mana tahapnya. Ini lah masanya. Masa yang akan dihadapinya. Di sinilah penghujungnya.





Luhan terbangun dari tidurnya dalam keadaan mengejut seolah-olah baru sahaja diserang mimpi ngeri yang melampau. Hatinya rasa tidak senang dengan iringan degupan jantung yang terlalu pantas. Dari tadi dia asyik dengar bunyi dentuman yang dia sendiri tidak pasti dari mana. Dia memandang katil sebelah untuk melihat Kris bagaimanapun lelaki itu sudah tiada di situ.

Luhan segera bangun kemudian berjalan keluar dari biliknya. Kelihatan Chanyeol, Suho dan Chen baru keluar dari bilik mereka dalam keadaan mamai. Mereka memandang Luhan agak bingung.

"Saya ada dengar bunyi pelik-pelik lah." beritahu Chanyeol sambil menguap. "Apa tu.?"

Luhan mengangkat bahunya kemudian segera berjalan ke ruangan tempat mereka selalu berkumpul. Kelihatan Sehun dan Xiumin sedang berdiri berkerut memandangnya. Baekhyun kini sedang memerhati kawasan sekeliling. Lay dan Kai hanya duduk kebingungan sambil cuba menahan mengantuk yang teramat sangat. Mereka juga terdengar bunyi yang sama.

"Ada apa-apa yang berlaku.?" Tanya Suho memandang Xiumin.

Xiumin hanya mengangkat bahunya. "Tak tahu."

"Mana Kris.?" Sehun merenung Luhan.

Tiada balasan yang diterima. Luhan kini sedang berfikir sendirian. Ke mana lelaki itu pergi.? Bunyi apa yang mereka dengar.? Satu perkara yang lebih menarik perhatiannya. Dia dapat merasakan ada air yang banyak berdekatannya.

"Apa tu.???"

Serentak semua orang menoleh memandang Chen yang sedang menuding ke arah sesuatu. Kelihatan satu letusan gunung berapi terbentuk tidak jauh dari tempat itu bagaimanapun cukup tinggi untuk dilihat.

Luhan membesarkan matanya begitu juga dengan Baekhyun. Mereka berpandangan seketika kemudian segera berlari dengan pantas mengejar di mana letusan api itu terbentuk. Rakan-rakan mereka yang lain hanya menyusul tidak tahu apa-apa.

Mereka meredah hutan itu dengan pantas. Baekhyun dan Luhan kini semakin kalut. Hati mereka mula tidak senang. Kenapa gunung berapi itu terbentuk.? Jika bercakap mengenai api, sudah pasti orang yang terlibat adalah Kris.

Langkah Luhan terhenti. Begitu juga dengan Baekhyun. Rakan-rakan mereka yang lain tiba beberapa saat selepas itu juga turut terhenti. Mereka amat terkejut melihat Tao yang sedang melutut di sebelah Kris yang sedang terbaring kaku tidak sedarkan diri. Badan Kris kini berasap dan pucat.

"KRIS!!"

Serentak Luhan, Baekhyun dan Xiumin mendapatkan lelaki itu.

"Kris..."

Lelaki itu kelihatan lemah dan pucat. Badannya dipenuhi air dan berasap. Rakan-rakan mereka yang lain tercengang tidak percaya. Lebih-lebih lagi Tao yang berada di hadapan mata mereka.

"Apa awak dah buat.?!!" Xiumin mencengkam baju Tao. "APA YANG AWAK DAH BUAT.??!!!!!!"

Tao kelihatan seperti orang yang hilang ingatan. Dia seperti tidak percaya apa yang terjadi. "Saya tak berniat nak bunuh dia."

"AWAK DAH BUNUH DIA!!!" Xiumin menjerit sekuat hati kemudian menumbuk pipi Tao. Airmatanya kini bertaburan tidak menentu.

"Tak. Saya tak berniat." Tao seperti serba salah. "Saya dah beri amaran supaya jangan menentang saya. Tapi dia degil."

Baekhyun dan Luhan kini sedang berpandangan di sisi Kris.

"Janji dengan saya yang awak akan bunuh dia dengan tangan awak sendiri."

Kata-kata Kris terngiang-ngiang di telinga Luhan. Baekhyun pula seperti memahami apa yang ada difikiran lelaki itu kemudian mengangguk perlahan tanda mengiyakan apa jua yang ingin dilakukan oleh Luhan.

Luhan bangun perlahan-lahan kemudian berundur sedikit. Tidak semena-mena tubuhnya diselubungi api marak yang kuat. Kemarahannya kini membuak-buak. Semua orang terkejut memandang Luhan.

Xiumin yang kini berniat hendak membunuh Tao turut terdiam melihat Luhan. Mereka tidak pernah melihat lelaki itu dalam keadaan seperti itu. Hanya Kris yang sering menjadi begitu.

"Awak dah bunuh dia..." gumam Luhan sambil berjalan perlahan-lahan ke arah Tao. "Saya akan bunuh awak... Dengan kuasanya."

Luhan menghalakan tangan kanannya ke arah lelaki itu. Matanya kini berair mula hendak menangis. Baekhyun hanya memejamkan matanya kemudian memandang Kris.

Tidak semena-mena Luhan mengepung Tao dengan api yang kuat seperti satu tembok yang sukar untuk dilintasi. Tao pula langsung tidak melawan. Luhan menggenggam tangan kanannya itu erat lalu api itu meletus dengan kuat sekali.

Kedengaran jeritan kuat Tao mengerang kesakitan sebelum api itu meledak dengan kuat. Semua orang tercengang. Ada juga yang memalingkan muka tidak sanggup untuk melihat kejadian itu.

Tidak semena-mena tubuh Kris diselaputi cahaya berwarna jingga. Rantai huruf 'K' yang berada di lehernya mula terangkat diiringi dengan cahaya yang terang. Perlahan-lahan lelaki itu bertukar menjadi kepulan asap yang lebih dilihat seperti kabus lalu hilang dari pandangan.


A/n: Okay, crying over this chapter!!! Kris is gone!! he's dead!!! The most powerful leader is dead!! Luhan get revenge for him. Huhuhu~ Crying. Sorry guys! Now it will be hard for them more.

> VOTE & COMMENT <

Continue Reading

You'll Also Like

4.9K 1.1K 28
⚠️PERINGATAN. CERITA INI MENGANDUNGI:- 1) AKSI/ BABAK PEMBUNUHAN BERSIRI 2) MENYENTUH PERIHAL KESIHATAN MENTAL ◧◨◧◨◧◧◨◧◨◧◨◧◨◧◨◧◨◧◨◧◨◧◨◧ Mengisahkan t...
67.7K 340 24
Shownu merupakan Seorang usahawan yg terkenal dan berjaya. Walaupun di usia yg masih muda dia berjaya membangunkan sebuah syarikat yg mempunyai banya...
6.9K 1.6K 29
Status :: [ hiatus ] 𝔩𝔢𝔪𝔬𝔫𝔞𝔡𝔢¹ ✓ 𝔞𝔳𝔬𝔠𝔞𝔡𝔬² ✓ 𝔬𝔯𝔞𝔫𝔤𝔢³ ✓ 𝔰𝔱𝔯𝔞𝔴𝔟𝔢𝔯𝔯𝔶⁴ ✓ 𝔟𝔞𝔫𝔞𝔫𝔞⁵ ✓ 𝔠𝔬𝔠𝔬𝔫𝔲𝔱⁶ ✓ 𝔩𝔶𝔠𝔥𝔢𝔢⁷ ✓ ...
6.2K 862 20
Park Seonghwa yang juga merupakan bekas kekasih Diane hadir ke perkahwinan hanya untuk memberikan ucapan tahniah. Namun siapa sangka, kehadirannya di...