Huruf (EXO Version) ✔

By Shim_Yoo

116K 9.3K 856

MALAY When four leader find their own people. Kris dan Luhan keluar untuk misi mencari dan mengumpulkan kesem... More

Prolog
Please Read Before Continue!
Permulaan I
Permulaan II
Misi I
Misi II
Rahsia I
Rahsia II
Kuasa Angin
Pindah
Kuasa Cahaya
Kuasa Pasir I
Kuasa pasir II
Kuasa Air
Jangan Cari Pasal
Lawan Pedang
Kuasa Yang Tidak lengkap
Kuasa Panah
Latihan Yang Membunuh
Bukan Salah Sesiapa
Kuasa Akar
Kuasa Tembakan Mata
Kuasa Pembeku
Markas
Permainan
Puncanya
Bebola Kristal
Ukiran Batu
Kongsi Kuasa
Berbeza Kehidupan
Kristal Biru
Kristal Ungu
Kristal Merah
***Not an update
Kuasa Lima Kristal
Semua Berubah
Permainan Terakhir
Mengawasi
Diceroboh
Si Lelaki Penyembuh
Kehilangan
Dendam
Kosong
Perang
Ketua Terakhir
Empat Tahun Kemudian
Sequel??

Kristal Hitam

1.7K 162 19
By Shim_Yoo


Kris dan Xiumin kini masih meneruskan perjalanan yang mereka sendiri tidak pasti di manakah penghujungnya. Entah kenapa, terasa seperti markas telah jauh dari mereka. Sepertinya mereka akan sesat dan tidak akan menemui jalan pulang dan akan terus hidup seperti itu.

"Perjalanan ni lebih jauh dari yang kita sangka." gumam Xiumin yang kini sudah hampir berputus asa.

Kris tersengih mendengar kata-kata lelaki itu bagaimanapun mengangguk bersetuju.

"Harap-harap jalan pulang nanti berjalan lancar." Xiumin memandang ke belakang seketika untuk melihat jalan yang mereka telah lalui. Jalan yang dia tidak pasti dapat ingat lagi atau tidak.

"Nampaknya kita kena AAAAA!!!!!" belum sempat Kris menghabiskan kata-katanya, tidak semena-mena sahaja dia tergelincir jatuh akibat tanah yang pijaknya itu amat licin.

Tanpa di sedari, jalan sudah mencuram jatuh di hadapan mereka betul-betul menuju ke arah sungai di bawah mereka yang mengalir deras seperti air laut. Dengan pantas Xiumin menyambut tangan lelaki itu.

"Tak guna!!" gumam Kris sambil memandang sekali imbas air sungai deras di bawah kakinya.

"Dapat panjat tak.??" Ujar Xiumin dalam keadaan wajah yang kini pelat dan merah padam kerana cuba menampung berat Kris dengan hanya menggunakan tangan kanannya sahaja.

Kris cuba memegang segala apa yang boleh di badan Xiumin untuk naik semula ke atas.

"Argh!! Kris, awak tarik rambut saya!"

"Maaf!" pekik Kris melepaskan semula pegangannya.

"Nanti." Xiumin cuba membetulkan kedudukannya dengan tangan kanannya kini berurat kerana mengeluarkan banyak tenaga. Ia mula terasa lenguh bagaimanapun tetap digagahkan agar Kris tidak terlepas dari genggamannya. Tidak semena-mena, akar-akar pokok keluar dari tanah di tempat Xiumin kini sedang bertiarap. Akar-akar itu mengeras betul-betul dekat dengan badan Kris.

"Panjat!"

Kris tidak membantah. Dia memanjat akar-akar itu dengan tangan kanannya masih memegang tangan Xiumin. Dia benar-benar tidak mahu jatuh ke dalam sungai yang berada di bawahnya itu.

"Wuoh." Xiumin mengurut-urut tangan kanannya yang kini terasa lenguh apabila Kris sudah berada di sebelahnya.

Kris tersengih memandang gelagat lelaki itu yang kini kelihatan merah padam dan jelas kelihatan kerana kulitnya yang putih. "Kenapa awak tak lepaskan je saya.? Sungai pun kat bawah tu. Bukannya batu."

"Saya masih ingat lagi bagaimana awak hampir lemas dalam laut dulu tu. Takkan saya nak lepaskan."

Kris tersentak mendengar kata-kata lelaki itu.

"Saya tak ada kuasa api untuk sembuhkan awak." ujar Xiumin lagi dengan wajah yang selamba.

Kris hanya tersenyum tawar kemudian bingkas bangun lalu melibas-libas seluarnya. "Terima kasih, Xiumin."

Xiumin hanya tersenyum turut bangun dari tempat duduknya. Kris terus membuka langkah untuk meneruskan perjalanan disusuli oleh Xiumin tanpa berkata apa-apa lagi.

"Bagus betul tempat yang Baekhyun tetapkan untuk kita ni." Kris menggerutu. "Sukar dijumpai."

Xiumin hanya ketawa mendengar kata-kata lelaki itu. "Kris..."

"Apa.?" Sahut Kris tanpa menoleh memandang Xiumin. Dia hanya memandang jalan di hadapannya kerana takut akan jatuh lagi.

"Boleh saya tanya satu soalan.??"

"Apa dia.?" Soal Kris semula.

"Awak memang macam ni ke dari dulu.?" Tanya Xiumin.

"Macam ni.?? Macam mana.?" Kris berkerut memandang lelaki itu tanpa berhenti melangkah.

"Macam ni lah... Pemarah, merungut, kasar..."

Kris berhenti berjalan kemudian memandang lelaki itu menyebabkan Xiumin turut memberhentikan langkahnya.

"Saya cuma nak tahu." ujar Xiumin.

Kris mendengus kuat kemudian kembali meneruskan langkahnya. "Kalau awak nak tahu awak boleh tanya pada Luhan, Baekhyun atau Kyungsoo."

Xiumin tidak membalas sebaliknya menyusul lelaki itu. Dia dapat merasakan lelaki itu terasa dengan soalannya.

"Tapi saya tak mengubah apa-apa daripada sifat saya sejak kecil lagi." ujar Kris. "Itu yang saya pasti. Kecuali sifat pemarah saya ni. Ia mula menjadi teruk sejak kebelakangan ni."

"Sejak awak jumpa Tao ke.?" Xiumin memandang lelaki itu walaupun hakikatnya lelaki itu hanya memandang ke hadapan.

"Rasanya." selamba Kris menjawab. "Sebab benda tu..."

Tiba-tiba sahaja langkah Kris terhenti apabila tiba di sebuah kawasan lapang. Xiumin turut berhenti kemudian memandang sekeliling. Dia terpandang satu pintu masuk gua yang berada jauh sedikit di hadapan mereka.

"Dah sampai!" Xiumin bersuara teruja.

"Shhhhh!!!"

Xiumin segera memandang Kris yang kini sedang memandang sekeliling. "Awak ni kenapa.? Dah sampai kan.?"

"Cuba dengar betul-betul."

Xiumin berdiam diri cuba memasang telinga. Kedengaran sayup-sayup suara seperti seekor binatang buas menjerit kelaparan. Xiumin membesarkan matanya memandang Kris. Hatinya kini sudah mula tidak senang. Dia dapat merasakan bahaya bakal muncul sebentar lagi. "Bunyi apa tu.?"

"Tak tahu." Kris kelihatan masih fokus. Suara yang sayup-sayup itu semakin lama semakin jelas seolah-olah ia semakin dekat.

"ROARRRR!!!"

Perkara yang langsung tidak diduga, seekor naga besar berwarna hijau lumut dan bertompok hitam mendarat di tengah-tengah kawasan lapang itu betul-betul di hadapan Kris dan Xiumin. Pintu gua itu kini dihalang. Naga dengan sayap besar, wajah yang sangat menakutkan dengan telinganya tajam ke belakang itu menghembuskan api dari mulutnya disertai dengan ngauman yang mengerikan menyebabkan Xiumin berlari bersembunyi di sebalik pokok. Kris pula tidak berganjak sebaliknya hanya memejamkan mata seketika. Api kini bertempiaran di merata-rata tempat.

"Naga.????" Pekik Xiumin memandang Kris.

Kris menarik nafas panjang kemudian menurunkan beg sandangnya. "Ini lah penjaganya."

Xiumin mendengus kuat. Dia kini faham kenapa Baekhyun mengatakan perjalanan kumpulannya dan Luhan lebih merbahaya berbanding yang lain. Kerana mereka perlu melintasi penjaga bebola kristal itu.

"Apa kita nak buat sekarang.?!" Pekik Xiumin lagi dari tempat dia berlindung. "Nak lawan ke.?!"

"Ya." Kris memejamkan matanya sekali lagi apabila naga itu meniup api ke arahnya.

Xiumin hanya membesarkan matanya memandang lelaki itu. Buat seketika dia cemburu dengan Kris yang berkuasa api sehingga menyebabkan lelaki itu tidak perlu berselindung dari bahaya sepertinya. Kris langsung tidak apa-apa apabila terkena api naga itu sebaliknya hanya dipukul angin kuat. Bunyi bising naga itu menyeringai benar-benar membingitkan telinga.

"Saya cuma berfikir..." Kris memandang Xiumin dengan wajah yang kini kelihatan seperti menyampah. "Saya tak tahu macam mana nak guna kuasa saya pada naga ni sebab dia pun mengeluarkan api."

Xiumin menurunkan beg sandangnya sambil berfikir seketika. Dia memandang naga itu sambil cuba mencari idea. "Tapi badan naga sama macam kulit binatang yang lain. Ia tetap boleh terbakar."

Kris memandang naga besar yang sedang merosakkan pokok-pokok dan batu-batu di situ. "Saya perlukan bantuan awak, Xiumin."

Xiumin segera memandang lelaki itu.

"Gunakan kuasa awak untuk cuba sekat dia daripada terus bergerak. Saya cuba apa yang boleh."

Belum sempat Xiumin berkata apa-apa, Kris terus melompat naik ke atas dengan terbang ke udara dan meninggalkan lelaki itu di situ. Xiumin hanya menarik nafas panjang kemudian mula menggunakan kuasanya untuk menarik keluar akar-akar yang berada di sekelilingnya.

"Wuoh!!!" pekik Kris. Dia kini sedang melompat dari satu tempat ke satu tempat yang lain kerana naga itu kini sedang mengejarnya. "Tak guna punya Baekhyun!! Dia bagi kita lawan binatang ni."

Setiap pokok-pokok yang berada di situ bergerak perlahan-lahan keluar dari tanah seolah-olah mempunyai nyawa seperti manusia. Xiumin turut menarik keluar akar-akar panjang yang berada di bawah tanah yang paling dalam dan mengikat kaki naga itu. Naga itu menyeringai tidak dapat bergerak.

"Bagus, Xiumin!" Kris tersenyum kemudian melompat lagi apabila naga itu cuba memukul Kris menggunakan sayapnya.

Xiumin mengeluarkan lebih banyak akar lagi dan mengikat sayap binatang itu. Naga itu menjerit marah dan menghembuskan apinya merata tempat. Xiumin menggerakkan dua batang pokok besar yang kini kelihatan seperti sedang hidup dan berlari untuk memukul naga itu. Kris mengambil kesempatan untuk memainkan peranannya. Dia memutarkan kedua-dua tangannya lalu mengeluarkan seekor naga berapi yang amat besar menggunakan kuasanya.

"Wuoh!!" Xiumin terundur ke belakang sambil tercengang memandang naga berapi itu.

"Xiumin!! Lepaskan naga tu!!"

Xiumin tidak membantah. Dia melepaskan akar-akar yang melilit naga hijau berlumut itu bagi memudahkan ia bergerak kembali. Naga hijau itu menjerit kuat apabila terpandang naga berapi hasil daripada kuasa Kris. Dia segera terbang untuk menyerang naga berapi itu bagaimanapun hangus terbakar serta-merta. Suara naga itu menyeringai amat kuat dan membingitkan telinga.

"Saya akan bunuh Baekhyun kalau kita dah sampai di markas." Kris menggerutu kegeraman.

Xiumin hanya tersenyum memandang lelaki itu sambil bercekak pinggang. "Awak memang hebat, Kris."

Kris mencapai beg sandangnya kemudian memandang Xiumin. "Saya rasa awak lebih hebat berbanding apa yang saya sangka."

Kris segera berjalan menuju ke pintu masuk gua itu. Xiumin hanya tersenyum kemudian mencapai beg sandangnya lalu menyusul Kris. Gua itu tidak sedalam yang mereka sangka. Mereka hanya perlu berjalan lurus dan melalui dua pintu. Kelihatan sebuah ukiran batu berbentuk naga berada di tengah-tengah kawasan lapang itu. Bebola Kristal berwarna hitam berkilauan pada mulutnya yang terbuka luas.

"Nanti!" pekik Kris apabila Xiumin menghulurkan tangannya untuk mencapai bebola itu.

"Kenapa.??"

Kris tidak menjawab sebaliknya mendekati Xiumin lalu mengambil bebola Kristal berwarna hitam itu menggunakan tangannya. "Awak akan terbakar kalau awak sentuh dengan tangan awak sendiri."

"Habis tu awak tak...." Bagaimanapun kata-kata lelaki itu segera terhenti apabila teringat bahawa lelaki itu berkuasa api.

"Dah. Jom balik!"

------------------------------------------------------

Suasana di markas itu agak suram dari biasa. Ia tidak terlalu riuh walaupun sudah beberapa orang yang balik seolah-olah langsung tiada penghuni di situ. Berita kehilangan Tao itu menyebabkan Baekhyun menjadi pendiam dan perungut berbeza dengan dirinya yang dulu. Lelaki itu kini sedang duduk di atas sebuah kerusi sambil merenung kotak keperakan yang kini diisi dengan dua biji bebola kristal yang berwarna ungu dan biru. Kyungsoo pula masih meneruskan kerjanya di dapur dibantu oleh Kai sebelum menyertai Chanyeol, Suho, Chen dan Lay yang berada di meja makan.

"Baekhyun masih marah kami ke tu.?" Chen memandang Kyungsoo yang duduk betul-betul di hadapannya.

Kyungsoo memandang Baekhyun sekali imbas. "Saya pun tak tahu. Ini kali pertama juga dia macam tu."

"Mesti dia masih marah." keluh Chen sambil curi-curi memandang Baekhyun dengan mata kuyunya.

"Awak kena bersedia lepas ni..." Lay memandang lelaki itu. "Kalau Kris dapat tahu dia mesti bakar kita hidup-hidup."

Chen kini mula tidak senang duduk apabila terdengar nama Kris. Dia mula membayangkan wajah lelaki itu bertukar menjadi seekor singa berapi dan menelan dia hidup-hidup.

"Mereka belum sampai lagi." Chanyeol menunjukkan kerisauan pada wajahnya. "Tak ada apa-apa yang jadi pada mereka ke.?"

Suho hanya mengangkat bahunya tanda tidak tahu. "Boleh jadi mereka dah diserang. Itu tak apa juga. Tapi kristal yang mereka akan ambil tu kan ada penjaganya. Memang payah lah."

"Jangan risau." Kyungsoo segera mengukir senyuman manis. "Saya rasa mereka akan okey. Mereka tak akan kalah macam tu je. Lebih-lebih lagi pasangan mereka tu tak kurang hebatnya."

Kedengaran bunyi geseran pintu batu itu terbuka. Serentak semua orang menoleh memandang ke arah pintu itu. Luhan dan Sehun melangkah masuk dalam keadaan yang tercungap-cungap kepenatan.

"Luhan!!!"

"Sehun!!"

Kyungsoo segera merangkul Luhan. Luhan hanya mampu menarik nafas lega memandang sekeliling tempat itu. Sehun hanya tersenyum puas melihat markas itu. Mereka kini gembira dapat kembali semula.

"Semua okey.?" Baekhyun berjalan perlahan-lahan mendekati Sehun dan Luhan dengan wajah yang cuba dibuat-buat.

Luhan hanya mengangguk. "Siapa lagi belum pulang.?"

"Kris dan Xiumin." jawab Baekhyun agak lemah dengan suara mendatar. "Awak rehat dulu lah."

Luhan hanya memandang setiap gelagat Baekhyun yang dirasakan ada sesuatu yang aneh. Lelaki itu kini sudah kembali ke tempat duduknya.

"Ada apa-apa yang jadi ke.?" Luhan memandang setiap orang yang ada di situ dengan penuh tanda tanya.

Sehun turut memandang mereka. Chanyeol tidak menjawab sebaliknya hanya menarik nafas panjang. Suho pula hanya berpandangan dengan Kyungsoo dan Kai. Chen hanya tunduk agak takut.

"Tao..." gumam Lay.

Luhan tersentak mendengar nama itu. Dia memandang sekeliling mencari kelibat lelaki itu. "Mana dia.?"

Semua orang berdiam diri lagi.

"Dia dah..."

Belum sempat Lay menjawab sepenuhnya pertanyaan itu, geseran pintu batu itu kedengaran lagi menyebabkan semua orang menoleh. Kris dan Xiumin melangkah masuk dalam keadaan yang tercungap-cungap. Semua orang tidak begitu teruja sebaliknya mula berpandangan sesama sendiri dan risau dengan apa yang bakal terjadi selepas ini. Baekhyun kini mendengus perlahan kemudian tunduk memandang ke bawah. Sehun merangkul bahu Xiumin sambil tersenyum.

"Okey ke.?" Luhan memandang Kris.

"Okey lah." Kris menjawab ringkas. Dia kini lebih berminat untuk tahu apa yang sedang berlaku. Situasi di situ terlalu pelik dirasai. Dia dapat merasakan sesuatu yang tidak baik. "Ada apa-apa yang berlaku ke.?"

Semua orang kini mula berpandangan. Masing-masing tidak tahu apa yang hendak dikatakan. Luhan dan Sehun turut kebingungan kerana mereka masih belum dapat apa-apa jawapan sejak tadi. Xiumin turut berkerut memandang semua orang.

"Ada apa ni.?" Kris kini sudah mula curiga. Entah kenapa hatinya kini mula tidak sedap.

Tiada seorang pun yang menjawab. Kris memandang Luhan yang hanya mengangkat bahunya tanda tidak tahu. Melihat pada keadaan Luhan, jelas menunjukkan bahawa lelaki itu juga baru sampai. Kris mengalihkan pandangannya pada Baekhyun yang kini duduk tidak bersuara.

"Baek..." Kris berjalan perlahan-lahan mendekati lelaki itu.

Keadaan kini menjadi semakin tegang. Baekhyun tidak menjawab. Mendongak juga tidak. Dia hanya tunduk sambil memejamkan matanya.

"Apa yang dah jadi ni.??" Kris memandang ke arah semua orang satu-persatu sambil mula meninggikan suara.

"Kris..." gumam Kyungsoo dengan suara yang terketar-ketar seperti hendak menangis. "Tao..."

Kris tersentak mendengar nama lelaki itu. Dia segera memandang sekeliling untuk mencari kelibat lelaki itu. Xiumin turut melakukan hal yang sama. Luhan dan Sehun hanya berkerut. Apa yang sudah terjadi pada lelaki itu.?

"Mana dia.??" Kris merenung Kyungsoo tajam. Lelaki itu tidak menjawab. Esakannya mula kedengaran.

"Mana dia.?!!!"

"Dia dah ditangkap." dengan selamba Lay menghentikan segala tanda tanya itu sambil menarik nafas panjang.

Keadaan menjadi sunyi serta-merta. Serentak Sehun dan Xiumin membesarkan mata. Luhan pula terkedu mendengar kenyataan itu.

Kris berpaling memandang Baekhyun yang masih lagi tunduk membisu tidak bergerak. "Baekkie..."

Baekhyun masih tidak menjawab.

"Baek, jawab!!" suara Kris kini semakin keras. "Baekhyun!!!"

Esakan Kyungsoo kini semakin kedengaran. Kai mendekati lelaki itu cuba menenangkannya. Chanyeol dan Suho hanya mampu berdiri. Chen kini berundur ke belakang mula ketakutan. Lay hanya mampu memandang Baekhyun.

Baekhyun bangun dari tempat duduknya perlahan-lahan. Dia segera memandang Kris yang sememangnya sudah memandangnya. Dia menarik nafas panjang kemudian mengangguk-angguk. "Ya."

Luhan mendengus kuat sambil memegang dahinya. Xiumin dan Sehun hanya mampu tunduk ke lantai.

Kris memandang Lay semula dengan mata yang tajam. "Macam mana itu boleh berlaku.?!"

"Kami diserang." beritahu Lay agak terketar-ketar. "Mereka terlalu ramai. Kami tak dapat gunakan kuasa kami."

"Takkan tu pun kamu tak mampu nak pertahankan.?!!" Kris kini sudah mula menjerit. Wajahnya mula menjadi bengis. Urat-urat di lehernya mula kelihatan. Kulitnya yang putih kelihatan merah padam.

Lay menelan air liurnya. Chen kini sedang berselindung di sebalik Suho dan Chanyeol yang hanya berdiri kaku. Tangisan Kyungsoo pula semakin kuat. Kai tidak mampu berbuat apa-apa dalam situasi yang kalut itu.

"Kris..."

"Tak!" tempik Kris kuat.

"Kris... Tao kan kuat." Suho bersuara cuba menyenangkan hati lelaki itu. "Mesti dia dapat bertahan."

"BUKAN ITU MASALAHNYA!!!!!"

Jeritan Kris yang kuat bergema itu membuatkan semua orang terkedu memandangnya. Mereka belum pernah nampak lelaki itu marah seperti itu. Dia seolah-olah akan bertukar menjadi singa ganas yang kelaparan sebentar lagi. Perlahan-lahan api mula menyelubungi badan lelaki itu.

"Wuoh..." Suho terundur ke belakang bersama Chanyeol.

Chen kini hampir menangis ketakutan. Dia dapat rasakan bahawa dia akan diserang dahulu oleh Kris. Lay turut berundur. Kyungsoo memandang Kris risau sambil menangis. Dia juga berundur sedikit bersama Kai yang menariknya. Sehun hanya terkedu memandang Kris sambil tercengang. Xiumin mula berjalan perlahan-lahan ke sebelah Luhan untuk melihat Kris dengan lebih dekat lagi. Baekhyun turut berjalan untuk mendekati Kris.

"Kris..." panggil Luhan sambil merenung lelaki itu risau.

"Kita sekarang dalam keadaan bahaya!!" pekik Kris seperti orang gila dengan api menyelubungi badannya. Dia kini sedang terbakar. "Kamu sedar tak tu.?!!!"

Semua orang tidak berani bersuara. Masing-masing kini bersedia untuk menyelamatkan diri jika lelaki itu menyerang.

"Kris... Ouch!" Xiumin cuba menenangkan lelaki itu bagaimanapun terkena api yang panas menyebabkan dia berundur.

Kris kini tercungap-cungap menahan marah. Luhan pula mengisyaratkan supaya rakan-rakan yang lain berundur sedikit. Dia memandang Xiumin yang kepanasan meniup tangannya kemudian berjalan mendekati Kris.

"Kris..."

Kris tidak menjawab. Api di badannya semakin marak.

"Kris!!" dengan selamba Luhan memegang bahu lelaki itu.

Semua orang mula risau memandang Luhan. Mereka takut lelaki itu akan terbakar bagaimanapun segera teringat lelaki itu juga ada kuasa api.

"Pergi!!"

Semua orang terkejut mendengar arahan Luhan.

"Pergi, Kris..."

Baekhyun kini tunduk sambil memejamkan matanya.

"Pergi dari sini..." Luhan bersuara terpaksa.

Kris merenung Luhan tajam kemudian segera beredar dalam keadaan api masih menyelubunginya. Dia berjalan menuju ke tempat latihan. Semua orang kini memandang Luhan. Lelaki itu sedang berdiri sambil tunduk ke bawah.

Dentuman kuat jelas kedengaran. Tembakan demi tembakan jelas kedengaran. Luhan memejamkan matanya lalu duduk di lantai. Semua orang tidak berani bersuara. Pekikan suara Kris juga jelas didengar.

"Xiumin!!"

Xiumin kini sedang berlari menuju ke tempat Kris pergi menyebabkan semua orang memandangnya risau bagaimanapun tiada siapa yang berani mengejarnya.

"Kris..." Xiumin terkedu melihat Kris yang kini sedang melepaskan tembakannya ke sana sini.

"Pergi, Xiumin..." arah Kris apabila terpandang lelaki itu.

"Tak." Xiumin menggelengkan kepalanya.

"Saya akan bunuh awak kalau awak tak pergi dari sini!!" pekik Kris.

"Awak kena belajar kawal kemarahan awak tu!" Xiumin menjerit dengan berani tanpa disangka.

"Awak nak saya kawal kemarahan saya dalam keadaan begini.?!!!" Kris semakin marah kemudian melepaskan tembakannya ke sana sini.

Xiumin hanya mampu memandang lelaki itu sayu.


A/n: To be honest, this is the most group that I like. XiuRis!! Hehehe. I mean... Their adventure. Look at them. Lawan dengan naga tu. Kris pula perungut tapi dalam masa yang sama lucu pula. Hahaha. Xiumin always cool. Lepas tu dorang pulak bergabung. Macam meletop!!

Malangnya, Tao dah kena tangkap. Dan tengok lah apa jadi dengan Kris. Mengamuk habis! Tak ada siapa boleh tenangkan dia.

Dan yang paling sweet.... Xiumin tak tinggalkan dia! Kyaaa!!~ Sorry guys. I'm XiuRis shipper. Hehehe

> VOTE & COMMENT <

Continue Reading

You'll Also Like

62.8K 8.5K 27
~Sambungan dari:~ Comic | NCT Neo Culture Technology 2 | NCT Maafkan aku tapi aku janji ni kali terakhir aku libatkan korang dalam bahaya... Highest...
77.6K 385 18
kisah seorang ustazah sekolah agama terjebak ke pelacur
51.2K 8.8K 43
"Saya pinangkan awak dengan bismillah" "Ustaz memang saja nak bagi saya muntahkan balik makanan yang saya makan tadi ke?" "Walid bukan apa,walid cuma...
3K 437 22
❛ Tak sia-sia aku menantikan dirimu kerana aku tahu kau tetap milikku ❜ ❥