Huruf (EXO Version) ✔

By Shim_Yoo

116K 9.3K 856

MALAY When four leader find their own people. Kris dan Luhan keluar untuk misi mencari dan mengumpulkan kesem... More

Prolog
Please Read Before Continue!
Permulaan I
Permulaan II
Misi I
Misi II
Rahsia I
Rahsia II
Kuasa Angin
Pindah
Kuasa Cahaya
Kuasa Pasir I
Kuasa pasir II
Kuasa Air
Jangan Cari Pasal
Lawan Pedang
Kuasa Yang Tidak lengkap
Kuasa Panah
Latihan Yang Membunuh
Bukan Salah Sesiapa
Kuasa Akar
Kuasa Tembakan Mata
Kuasa Pembeku
Markas
Permainan
Puncanya
Bebola Kristal
Ukiran Batu
Berbeza Kehidupan
Kristal Biru
Kristal Ungu
Kristal Merah
Kristal Hitam
***Not an update
Kuasa Lima Kristal
Semua Berubah
Permainan Terakhir
Mengawasi
Diceroboh
Si Lelaki Penyembuh
Kehilangan
Dendam
Kosong
Perang
Ketua Terakhir
Empat Tahun Kemudian
Sequel??

Kongsi Kuasa

2.1K 183 13
By Shim_Yoo


Kesemua ahli puak Huruf itu bangun pada awal pagi bagi mempersiapkan diri mereka untuk memulakan perjalanan. Setelah Baekhyun memberikan peta kepada setiap kumpulan, mereka dilepaskan untuk bergerak. Pelbagai soalan dilontarkan pada lelaki itu bagi tidak menyulitkan keadaan semasa dalam perjalanan. Baekhyun sempat lagi memberi pesanan berjela-jela pada Kai yang ditugaskan untuk berjaga di markas. Kumpulan Chen, Tao dan Lay bergerak ke arah Utara. Kumpulan Luhan dan Sehun menuju ke Timur. Kumpulan Baekhyun, Suho dan Chanyeol pula bergerak ke Selatan, manakala kumpulan Kris dan Xiumin menuju ke Barat.

Chanyeol, Baekhyun dan Suho berjalan masuk ke dalam hutan itu sambil memandang sekeliling penuh berhati-hati. Masing-masing membawa beg galas yang mempunyai barang-barang keperluan mereka untuk tidak menyukarkan keadaan. Baekhyun menggenggam erat peta ditangannya.

"Baekhyun..."

Baekhyun menoleh memandang Suho.

"Pernah tak awak keluar dari markas sebelum ni.?" Tanya Suho serta-merta tanpa memberhentikan langkahnya.

Baekhyun mengerutkan dahinya. "Maksud awak.??"

"Maksud saya..." Suho bercakap sambil melihat laluan tempat dia berjalan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini akan berlaku. "Kris dan Luhan kan pernah keluar untuk cari kami..."

"Oh." Baekhyun segera faham apa yang lelaki itu cuba tanya kemudian kembali melihat jalan yang dilaluinya. "Tak pernah."

"Kenapa.?" Tanya Suho lagi sambil memandang Chanyeol sekali imbas yang sibuk memandang sekeliling tempat itu seperti seorang pelancong. "Jadi ini adalah pertama kali awak keluar.?

"Ya. Setakat ni kami masih belum yakin untuk tinggalkan markas tu tanpa ada yang jaga." jawab Baekhyun. "Nak berharap pada Kyungsoo... Dia tak ada kemahiran untuk berlawan macam kami."

Suho hanya mengangguk-angguk.

"Kenapa tak awak je yang keluar dalam misi mencari hari tu.?" Chanyeol akhirnya bersuara. "Biar salah seorang daripada mereka pula yang tinggal."

Baekhyun tersenyum. "Kris dan Luhan lebih tahu dan kenal dengan dunia orang biasa. Lagipun mereka memang bersedia untuk menerima sebarang serangan. Mereka lebih sesuai untuk misi tu."

Chanyeol dan Suho tidak bersuara.

"Bila kita melangkah keluar dari markas..." Baekhyun bersuara lagi.. "Maknanya kita dah bersedia untuk diserang."

Serentak kedua-dua lelaki itu membesarkan mata memandang Baekhyun.

"Macam keadaan kita sekarang ni..." ujar Baekhyun.

"Tapi kami rasa tak bersedia lagi." Suho mula kelihatan risau sambil memandang sekeliling.

Baekhyun tersenyum sekali lagi. "Kamu dah bersedia. Kami dah boleh nampak kedudukan kamu semua."

Chanyeol dan Suho tidak membalas.

"Waktu kami mula-mula dapat kuasa kami dulu..." sambung Baekhyun. "Kris dan Luhan memang sangat gigih berlatih. Berlatih tanpa apa-apa guru pun. Sebab tu mereka hebat."

Serentak kedua-dua lelaki itu mengangguk.

"Tapi kan..." Suho memandang Baekhyun. "Kenapa Kris benci sangat pada Tao.? Takkanlah hanya disebabkan kuasa mereka berlawanan."

Baekhyun terdiam seketika. Dia tidak segera menjawab soalan itu membuatkan Suho dan Chanyeol berpandangan. Sepertinya soalan itu amat sensitif dan langsung tidak patut untuk diutarakan.

"Dia ada sebab yang kukuh jadi macam tu."

Serentak Chanyeol dan Suho terkedu memandang Baekhyun.

"Sebab yang kukuh.??" Ulang Suho.

Baekhyun mengangguk-angguk.

"Sebab apa.?" Tanya Suho lagi. Dia langsung tidak dapat mengawal dirinya daripada terus menyoal.

Baekhyun berdiam diri sekali lagi. "Sebab ayah dia dibunuh oleh orang yang berkuasa air."

Serta-merta langkah kedua-dua lelaki itu terhenti mendengar kata-kata Baekhyun. Baekhyun pula hanya meneruskan langkahnya perlahan-lahan.

"Biar betul.??" Chanyeol merenung lelaki itu kemudian kembali berjalan bersama Suho.

Baekhyun hanya mengangguk. "Saya pun nampak dengan mata saya sendiri. Luhan pun nampak... Kyungsoo pun nampak."

Chanyeol dan Suho berpandangan tergamam.

"Memang kejam lah." Baekhyun menggelengkan kepalanya apabila mengingati kejadian itu walaupun sudah berapa tahun berlalu.

"Tapi Tao bukannya musuh..." Suho meneruskan langkahnya. "Dia kan puak Huruf."

Baekhyun tersengih mendengar kata-kata Suho. "Orang yang membunuh ayahnya tu pun dari kalangan Huruf juga."

Sekali langkah Chanyeol dan Suho terhenti kemudian berpandangan sesama sendiri.

"Dia dari kalangan Huruf juga.?" Ulang Chanyeol tercengang.

Baekhyun memberhentikan langkahnya kemudian berpaling memandang kedua-dua lelaki itu sambil mengangguk. "Orang tu adalah ibunya sendiri."

Sekali lagi kedua-dua lelaki itu terkejut sambil membesarkan mata mereka. Perkara itu benar-benar diluar jangkaan.

"Dia mengkhianati puak Huruf.." sambung Baekhyun seperti sukar untuk bercakap. "Dia yang menyebabkan seluruh puak Huruf musnah pada masa tu. Dia yang membawa musuh masuk ke markas."

Entah kenapa, walaupun Chanyeol dan Suho tiada di tempat kejadian pada masa itu, mereka kini sudah boleh merasai keperitan keempat-empat penaung Huruf itu menghadapi situasi itu.

"Tapi kenapa dia mengkhianat.?" Tanya Chanyeol kelihatan serba salah kerana setiap pertanyaan mereka akan membangkitkan kenangan yang pahit itu.

Baekhyun tersenyum kemudian mula berjalan semula. "Perasaan orang berkuasa air ni sama macam kuasanya sendiri. Senang sangat mengalir ke mana-mana. Macam air tu juga lah."

Suho dan Chanyeol turut membuka langkah semula.

"Dipengaruh pun mudah sangat." sambung Baekhyun. "Sebab tu kami risau dengan Tao. Budak tu pun boleh nampak senang dipengaruh. Bukannya kami suka-suka nak sisihkan dia."

Chanyeol dan Suho tidak bersuara.

"Kalau Kris tak boleh nak serasikan diri dengan dia... Biarkan je. Kita tak boleh buat apa-apa."

Chanyeol dan Suho hanya mengangguk tanda faham.

"Habis tu apa yang berlaku pada..." Chanyeol memandang Baekhyun. "Ibu... Er... Orang yang mengkhianat tu.?"

Baekhyun hanya mengangkat bahunya tanda tidak tahu sambil menarik nafas panjang. "Lepas kami keluar dari markas waktu tu dulu... Kami dah tak tahu apa yang berlaku kat sana."

Kedua-dua lelaki itu tidak bersuara.

"Tapi bagi Kris... Dia belum mati."

Serentak Chanyeol dan Suho memandang lelaki itu.

"Kalau dia belum mati kenapa Tao boleh dapat kuasa tu.?" Tanya Suho sambil mengerutkan dahinya.

Baekhyun tersenyum. "Kami dah pernah beritahu yang puak Huruf ni istimewa sikit. Kita boleh beri kuasa pada orang secara sukarela.."

"Habis tu apa kena-mengena pula dengan Tao dapat kuasa tu.?" Sampuk Chanyeol juga sedang berkerut. "Takkan dia dah kenal Tao.? Bukan kuasa memilih secara rawak ke.?"

"Bebola kristal."

Serentak kedua-dua lelaki itu terdiam.

"Bila ketua puak Huruf dah mati..." Baekhyun bersuara lagi. "Secara automatik semua kuasa Huruf akan ditahan oleh bebola kristal tu sama ada dia masih hidup atau pun sudah mati."

"Jadi maksudnya... Walaupun mereka masih hidup... Kuasa mereka tak boleh digunakan lagi.?" Chanyeol merenung lelaki itu.

Baekhyun mengangguk-angguk. "Sehingga lah ketua Huruf yang baru muncul."

Chanyeol dan Suho hanya terdiam.

"Kami bertuah sebab Luhan adalah ketua puak Huruf sekarang." beritahu Baekhyun. "Sebab tu kami boleh dapat kuasa dari awal lagi."

"Macam mana ketua puak Huruf ni dipilih.?" Suho bertanya lagi.

"Kami masih tak pasti pasal tu." jawab Baekhyun tenang. "Sehingga kini tak ada sejarah pasal tu yang dinyatakan. Tapi Luhan dipilih sebab dia waris. Ayah dia adalah ketua puak Huruf dulu."

Chanyeol dan Suho mengangguk tanda faham.

"Habis tu macam mana pula ada dua orang boleh memiliki kuasa yang sama.?" Chanyeol memandang Baekhyun lagi. "Maksud saya kalau lah ibu Kris tu masih hidup. Tao dan dia berkongsi kuasa ke.?"

"Orang yang mengkhianat puak Huruf ni dah kehilangan nama sebagai salah seorang daripada Huruf."

Chanyeol dan Suho berpandangan seketika. Mereka dapat melihat kebencian Baekhyun dengan ibu Kris sebagaimana Kris membenci ibunya itu sendiri. Lelaki itu kelihatan mendengus bila melibatkan perkara itu. Riak wajahnya yang tenang dan tampan berubah kepada bengis.

"Mereka tak boleh masuk ke markas sesuka hati lagi melainkan salah seorang daripada kita membawa." tambah Baekhyun. "Kuasa mereka juga tidak diiktiraf sebagai kuasa Huruf lagi. Tapi kuasanya tergantung pada huruf yang baru. Ibaratnya dia hanya mendapat kuasa seolah-olah diberi oleh seseorang jika dia masih hidup. Itupun kuasanya sangat lemah."

Chanyeol dan Suho masih kurang faham.

"Maksudnya mereka berkongsi kuasa." ujar Baekhyun. "Setiap kali penggantian kuasa... Ia akan serentak untuk semua dua puluh enam Huruf walaupun masih ada Huruf yang masih hidup. Itu adalah disebabkan ketua."

"Ketua.??" Ulang kedua-dua lelaki itu serentak.

Baekhyun mengangguk-angguk. "Jika Luhan mati... Secara automatik semua kuasa kita akan hilang walaupun kita masih hidup." Baekhyun memandang kedua-dua lelaki itu. "Ia hanya akan kembali bila kuasa peringkat seterusnya bermula. Bagaimanapun kita sudah berkongsi dengan orang baru."

"Jadi kalau kita masih hidup nanti..." Chanyeol mengerutkan dahinya. "Kita akan berkongsi kuasa dengan orang baru.?"

"Hanya jika kita mengkhianat." ujar Baekhyun. "Kan saya kata jika kita mengkhianat kita tidak akan diiktiraf sebagai Huruf lagi.? Kuasa kita tak boleh ditarik balik bagaimanapun ia akan tetap mencari orang baru."

Chanyeol dan Suho mengangguk-angguk faham. Terlalu rumit perjalanan kuasa Huruf-Huruf itu..

------------------------------------------------------

Luhan berjalan penuh berhati-hati sambil meneliti peta ditangannya yang dilukis oleh Baekhyun. Sehun pula hanya menyusulnya dari belakang sedikit jauh dari lelaki itu. Sejak mereka bertolak dari markas, mereka langsung tidak bercakap antara satu sama lain. Masing-masing tidak tahu apa yang hendak dikatakan.

"Erm, Sehun..."

Sehun tersentak kemudian memandang lelaki itu. Luhan kini sudah menoleh ke belakang memandangnya.

"Oh, kenapa.?" Tanya Sehun acuh tak acuh.

Luhan kelihatan teragak-agak kemudian menghulurkan peta yang dipegangnya itu. "Boleh tak kalau awak yang tengok peta ni.? Saya tak pandai sangat."

Sehun tersengih mendengar kata-kata lelaki itu bagaimanapun segera mendekatinya lalu mencapai peta itu. Dia masih lagi cuba menahan ketawa sambil cuba fokus melihat peta itu.

"Kalau awak nak ketawa... Ketawa je. Saya tak kisah pun." Luhan segera melangkah kembali.

"Eh, nanti lah..." Sehun mengejar lelaki itu. "Jangan lah terasa."

"Saya tak terasa okey." ujar Luhan jujur dengan riak wajah selamba.

Sehun hanya ketawa kecil kemudian kembali memandang peta yang kini sudah berada ditangannya.

"Saya memang tak pandai sangat baca peta ni." beritahu Luhan sambil memandang sekeliling. "Dulu waktu kami dalam misi mencari... Kris selalu suruh saya yang tengok peta. Dan setiap kali itu juga lah kami sesat."

Tawa Sehun meletus. Kali ini dia tidak dapat menahan lagi.

"Siapa suruh dia minta saya yang baca." ujar Luhan.

"Nampak berkarisma..." Sehun bersuara sambil ketawa. "Tapi baca peta tak pandai. Macam mana ni."

"Amboi..." Luhan menjeling tajam ke arah lelaki itu sambil mendengus. "Pandainya mengutuk."

"Bukan mengutuk..." Sehun cuba menahan ketawanya. "Tapi rasa lucu pula."

"Yalah." Luhan turut terketawa mengingati dirinya sendiri.

Mereka berdiam diri lagi. Sehun masih cuba meneliti peta itu.

"Kita jalan terus je." ujar Sehun. "Sampai jumpa satu sungai."

Luhan hanya mengangguk-angguk. Sehun membetulkan beg galasnya kemudian memandang sekeliling.. Sesekali dia akan curi pandang wajah Luhan. Situasi itu terlalu kekok bagi mereka. Kadangkala ada topik yang boleh dibualkan. Dan kadangkala pula, mereka hanya diam seolah-olah sedang berada di dalam perpustakaan.

"Luhan..."

"Erm.?" Luhan memandang Sehun sekali imbas.

"Boleh saya tanya satu soalan.?" Sehun bersuara sopan.

"Apa dia.?" Soal Luhan semula.

"Pasal kuasa kita." Sehun menelan air liurnya. "Er, maksud saya kenapa ia boleh bergabung.?"

"Sebab ia sebenarnya hanya satu kuasa." jawab Luhan. "Kuasa panah petir."

Sehun hanya mengangguk-angguk. Sudah berapa kali dia mendengar penerangan itu akan tetapi dia masih belum berpuas hati.

"Sebenarnya kuasa ni dulu milik datuk saya. Menurut ayah saya lah. Ia dari moyang punya moyang lagi." Luhan bersuara tanpa memandang wajah Sehun. "Kuasa panah petir. Tapi dia beri kepada nenek saya untuk lengkapkan dua puluh enam orang Huruf."

Sehun hanya mendengar sahaja.

"Kemudian ia jatuh pada ayah saya..." sambung Luhan lagi. "Sebagai waris. Dan gabungannya dengan ibu saya."

Sehun membesarkan matanya memandang lelaki itu. "Mereka berkahwin.??"

Luhan mengangguk-angguk. "Jangan risau. Kita tak perlu kahwin pun."

Sehun hanya tersenyum mendengar kata-kata Luhan.

"Mungkin sebab kita berada di peringkat seterusnya." tambah Luhan.

"Tapi kita kena berjumpa untuk dapatkan kuasa tu kan.?" Sehun memandang Luhan dengan mata bersinar.

Luhan hanya menggelengkan kepalanya. "Tak perlu pun tak apa. Asalkan awak dah pakai rantai tu."

Sehun mengangguk-angguk tanda faham.

"Tapi kenapa kuasa ni yang paling kuat.?" Tanya Sehun lagi.

Luhan menarik nafas panjang. "Sebab kuasa ni adalah kuasa ketua puak Huruf."

Sehun tidak membalas.

"Setiap ketua puak Huruf yang baru..." Luhan bersuara lagi. "Adalah orang yang berkuasa petir."

"Memang tetap.??" Sehun memandang Luhan.

Luhan mengangguk-angguk. "Contohnya saya mati... Cara nak tentukan ketua puak Huruf yang baru adalah melalui kuasanya."

Sehun hanya memandang Luhan tidak bersuara.

"Orang yang berkuasa petir itu adalah ketua puak Huruf yang baru." ujar Luhan. "Tak kira lah dia Huruf apa."


A/n: Semua dah bertolak~ Usually, saya buat penerangan pasal semuanya bila ada yang bertanya and so on. So, mungkin korang akan faham lah macam mana cerita disebaliknya. Contoh kenapa Luhan jadi ketua dan bukannya Kris dan sebagainya. :)

By the way, HunHan is so sweet here!!! Lucu kan bila Baekhyun serius. Hahaha. Macam bukan dia pulak.

> VOTE & COMMENT <

Continue Reading

You'll Also Like

8.1K 691 47
𝗜 𝗧𝗿𝗶𝗲𝗱 | 𝗘𝗷𝗲𝗻 𝗔𝗹𝗶 . . . Remake From:- 𝗘𝗷𝗲𝗻 𝗔𝗹𝗶 {𝗠𝗶𝘀𝗶:𝗠𝘂𝗮𝗸}(Unpublish) . . . "M..Mama?" . . . "Tetap kuat Ali...
1.5K 367 22
❝ Even the soul, I can sense their feelings. ❞ ✧*:.。.✎xikers minjae's random fanfiction Start : 24 Jun 2023 End : 6 August 2023 Cover : thanks @-ayra...
1.5K 460 10
" Let me into your world , " - Kim Sunoo s t a t u s : complete start : 31 / 12 / 2021 end : 31 / 12 / 2021 Highest Rank #1 in niki #2 in sunoo hasht...
6.2K 862 20
Park Seonghwa yang juga merupakan bekas kekasih Diane hadir ke perkahwinan hanya untuk memberikan ucapan tahniah. Namun siapa sangka, kehadirannya di...