Huruf (EXO Version) ✔

By Shim_Yoo

116K 9.3K 856

MALAY When four leader find their own people. Kris dan Luhan keluar untuk misi mencari dan mengumpulkan kesem... More

Prolog
Please Read Before Continue!
Permulaan I
Permulaan II
Misi I
Misi II
Rahsia I
Rahsia II
Kuasa Angin
Pindah
Kuasa Cahaya
Kuasa Pasir I
Kuasa pasir II
Kuasa Air
Jangan Cari Pasal
Lawan Pedang
Kuasa Yang Tidak lengkap
Kuasa Panah
Latihan Yang Membunuh
Bukan Salah Sesiapa
Kuasa Akar
Kuasa Tembakan Mata
Kuasa Pembeku
Markas
Permainan
Puncanya
Bebola Kristal
Kongsi Kuasa
Berbeza Kehidupan
Kristal Biru
Kristal Ungu
Kristal Merah
Kristal Hitam
***Not an update
Kuasa Lima Kristal
Semua Berubah
Permainan Terakhir
Mengawasi
Diceroboh
Si Lelaki Penyembuh
Kehilangan
Dendam
Kosong
Perang
Ketua Terakhir
Empat Tahun Kemudian
Sequel??

Ukiran Batu

2.2K 176 16
By Shim_Yoo

A bit bromance scene here!


Bab 22


Lelaki berambut perang semulajadi itu kini sedang berdiri di atas sebuah batu besar yang dikelilingi air laut yang sangat deras di bawahnya. Angin lembut memukul dirinya juga amat kuat seperti air laut yang deras itu. Dia masih tidak tahu apa yang ada di fikirannya pada ketika itu. Terlalu banyak perkara yang harus dia risaukan. Kenangan waktu dulu langsung tidak pernah lari dari ingatannya. Terutama sekali masalah dirinya dengan air. Dia tidak tahu jika dia boleh berbaik dengan air. Dia masih teringat bagaimana dia hampir mati ketika terjun di laut.

"Kris..."

Kris tersentak kemudian menoleh memandang ke belakang. Kelihatan Tao memandangnya sambil cuba tersenyum. Lelaki itu kelihatan seperti terdesak dengan keadaan yang agak bimbang.

Kris kembali merenung laut sambil menarik nafas panjang apabila terpandang wajah lelaki itu. "Ada apa, Tao.?"

"Awak okey.?" tanya Tao dari jarak yang sedikit jauh dengan keadaan teragak-agak. Dia langsung tidak berani untuk mendekati Kris bagaimanapun cuba untuk berbual secara baik.

Kris menarik nafas panjang sekali lagi. "Saya okey."

Mereka mendiamkan diri seketika. Masing-masing tidak tahu apa yang ingin dicakapkan. Kedua-dua mereka cuba menenangkan diri. Keadaan itu terlalu kekok bagi mereka. Setelah berfikir agak lama dan mendesak dirinya sendiri, akhirnya perlahan-lahan Tao membuka langkah mendekati lelaki itu. Kris berusaha menahan dirinya daripada marah.

"Kenapa duduk sendiri kat sini.?" Tanya Tao lagi acuh tak acuh seperti tiada soalan lain yang lebih baik.

"Saja je." selamba Kris menjawab.

Tao segera duduk di sebelah lelaki itu dengan jarak yang sedikit jauh. "Pasal sejarah ayah dan ibu awak dulu..."

Kris memejamkan matanya cuba untuk mengawal emosinya. Kenapa? Kenapa perkara itu diungkit lagi?

"Saya dah dengar dari Luhan."

Kris langsung tidak membalas apa-apa. Dia masih berusaha mengawal dirinya agar tidak terganggu atau terkesan dengan kenangan yang terlalu pahit dalam sejarah hidupnya itu.

"Saya minta maaf." ucap Tao. "Saya tak tahu perkara tu buat awak jadi dingin dengan saya."

Kris mendengus kuat dengan sengaja agar Tao faham. "Tak perlu lah ungkit perkara tu lagi."

Tao terdiam seketika. Dia hanya mengangguk tanda faham. Dia tahu perkara itu sangat sukar bagi Kris.

"Saya minta maaf, Tao."

Tao tersentak kemudian menoleh memandang lelaki itu.

"Saya benar-benar minta maaf."

Tao tercengang memandang Kris sambil membesarkan matanya. Dia langsung tidak pernah menyangka perkataan itu akan keluar dari mulut lelaki itu. Lelaki itu kini sedang menghadap laut yang luas terbentang itu.

"Saya asyik mengamuk bila dengan awak." Kris menarik nafas sedalam-dalamnya. Terasa lidahnya sukar untuk berkata-kata. "Asyik marah tak tentu pasal. Sampai saya hampir-hampir bunuh awak."

"Tak." Tao membalas. "Tak mengapa. Bukan salah awak pun."

Kris berdiam diri seketika.

"Awak ada sebab yang munasabah untuk jadi macam tu." sambung Tao sambil curi-curi memandang Kris. "Kalau saya jadi awak pun saya akan buat benda yang sama macam tu."

"Saya cuba untuk menyukai air."

Tao agak tersentak mendengar kenyataan itu bagaimanapun segera tersenyum gembira. "Kenapa.?"

Kris memandang wajah Tao membuatkan lelaki itu sedikit tercengang. "Kita tak boleh terus-menerus bermusuhan macam ni, Tao. Saya benar-benar tak boleh mendekati air. Tapi..." Kris berfikir sedikit sambil menarik nafas. "Saya mesti cuba. Kalau Luhan boleh kenapa saya tak boleh."

Tao tidak mampu berkata apa-apa. Dia hanya mampu tersenyum memandang lelaki itu. "Saya akan bantu awak."

Kris tersengih tidak yakin dengan apa yang dikatakan oleh lelaki itu. Buat seketika dia merasakan lelaki itu sudah tidak betul lagi. "Macam mana.?"

Tao memandang lelaki itu kemudian bingkas bangun dari tempat duduknya. "Cuba awak bangun dulu."

"Awak nak buat apa.?" Kris mengerutkan dahinya.

Tao hanya tersenyum. "Bangun je dulu."

Kris mendengus perlahan kemudian bangun dari tempat duduknya. "Sekarang apa.?"

"Awak percaya pada saya tak.?" tanya Tao tiba-tiba.

Kris tersentak mendengar pertanyaan lelaki itu yang dirasakan pelik. "Apa awak merepek ni.?"

"Jawab je."

Kris berdiam diri seketika. Dia mula tidak sedap hati. Seperti ada rancangan jahat yang lelaki itu sedang rancang.

"Kalau awak percaya pada saya..." Tao merenung wajah Kris. "Terjun dalam laut ni."

Kris membesarkan matanya memandang lelaki itu agak tercengang. "Awak dah gila ke apa.?!"

Tao hanya tersenyum. "Saya tak paksa awak. Itu hanya kalau awak percaya pada saya."

Kris merenung lelaki itu sambil mengerutkan dahinya. Apa sebenarnya dia cuba buat.? Dia memandang laut yang berombak deras itu. Apa akan berlaku jika dia terjun ke situ.? Adakah dia boleh bertahan.? Tao tidak bersuara sebaliknya menunggu tindakan Kris.

Kris menarik nafas panjang sedalam-dalamnya seolah-olah itu lah kali terakhir dia dapat menarik nafas.. Dia memandang Tao sekali imbas kemudian kembali memandang laut itu.. Dia memejamkan matanya walaupun pada hakikatnya dia belum percaya pada lelaki itu.. Tidak semena-mena dia terjun ke dalam laut itu menyebabkan Tao terkedu memandangnya jatuh ke dalam laut..

Kris terkapai-kapai kelemasan.. Ombak asyik memukulnya ketika dia cuba mengapungkan dirinya di dasar laut.. Air mula masuk sedikit demi sedikit ke dalam mulutnya.. Tiba-tiba sahaja tangannya ditarik untuk timbul di dasar laut.. Tao memandang lelaki itu serius..

"Ugh! Ugh! Ugh!" Kris terbatuk-batuk cuba mengeluarkan semula air yang ada di dalam mulutnya..

Tao tersenyum melihat telatah Kris.. Dia merasakan lelaki itu agak lucu buat seketika.. "Awak okey.??"

"Adakah saya nampak macam okey.?!!" Kris membentak sambil masih terbatuk-batuk..

"Awak kata awak percaya pada saya.."

"Bila masa saya cakap.?" Kris merenung lelaki itu tajam.. Dia asyik tenggelam kerana dipukul ombak bagaimanapun dapat berpaut pada lelaki itu.. Badannya pula tidak berhenti berasap..

"Nanti.." Tao kelihatan seperti sedang berfikir seolah-olah cuba memastikan sesuatu..

Tidak semena-mena sahaja ombak laut itu berhenti dan hilang serta-merta.. Air laut itu kembali tenang dan Kris kini berjaya mengapungkan dirinya sambil tercengang memandang sekeliling..

"Apa dah...." kata-kata Kris terhenti.. Dia kini baru teringat akan sesuatu.. Pasti Tao yang mengawal ombak laut itu daripada terus memukulnya..

"Okey.."

"Saya tak pernah cakap saya percaya pada awak okey.?" Kris kembali memandang Tao..

"Habis tu kenapa waktu saya suruh awak terjun... Awak ikut.?" Tao membalas pandangan lelaki itu cuba memancingnya..

Kris terdiam segera terdiam.. Dia tidak mampu membalas balik kenyataan lelaki itu.. Dia memandang sekeliling untuk melihat jika ada sebarang mala petaka yang mendatang..

"Kenapa pula awak suruh saya terjun.??" Tanya Kris..

"Saya akan buat awak cuba mendekati air.." jawab Tao..

"Bukan ke kita sekarang ni dah berada kat dalam air.??" tanya Kris sambil merenung Tao tajam agak risau dengan apa lagi yang ingin lelaki itu lakukan.. "Mengada-ngada betul awak ni.."

Tao segera ketawa memandang Kris.. "Saya tahu.. Tapi tengoklah.. Awak masih berasap.."

"Habis tu awak nak saya buat apa.??" Kris kelihatan bengang.. "Duduk diam dan lemaskan diri.?"

Tao hanya tersengih mendengar kata-kata lelaki itu.. "Cuba kawal dulu diri awak tu.."

Kris tidak membalas.. Dia masih lagi risau.. "Nanti saya pula humban awak ke dalam api.. Kita tengok awak dapat tahan atau tak.."

"Jom.." arah Tao kemudian mula berenang entah ke mana..

"Nak ke mana pula.?" Kris memandang lelaki itu..

"Kita pergi ke tengah.." jawab Tao masih berenang..

Kris berfikir seketika sambil memandang sekeliling tidak yakin.. Dia segera menyusul lelaki itu ke tengah laut.. Dia melilau ke sekeliling untuk melihat kalau-kalau ada jerung yang datang..

"Macam mana.?" tanya Tao ketika mereka berdua berada betul-betul di tengah laut yang luas itu..

"Macam mana awak tanya.?? Saya rasa macam nak mati je awak tahu tak.." jawab Kris yang masih lagi berasap..

"Cuba kawal diri awak.." ujar Tao.. "Tenangkan diri awak.."

Semakin Kris cuba menenangkan dirinya, semakin dia rasa ingin marah dan mengamuk..

"Saya akan buat awak menyukai air.."

Kris kegeraman kerana ayat itu sahaja yang dia dengar dari tadi.. "Macam mana.?! Apa yang perlu saya buat lagi.?!"

"Suka pada saya, Kris..."

Kris tersentak mendengar kata-kata lelaki itu.. Dia menelan air liurnya kemudian merenung Tao tajam..

"Suka pada saya..." Tao bersuara perlahan.. "Ini saja satu-satunya cara yang kita ada.."

"Awak ni dah tak betul sebenarnya.." gumam Kris yang kini betul-betul merasakan lelaki itu sudah kurang siuman..

Tao menarik nafas panjang.. "Kalau kita macam ni terus... Saya tak rasa kita boleh berada di tempat yang sama..

Kris tidak menjawab.. Dia hanya mampu berdiam dirinya.. Perlahan-lahan asap di badannya berkurangan dan mula menghilang..

"Kris... Saya dah dengar pasal ibu bapa awak.."

Kris memejamkan matanya kemudian memandang sekeliling.. Dia tidak mahu Tao ternampak riak wajahnya pada ketika itu..

"Saya janji tak akan jadi macam tu.." Tao bersuara sayu.. "Saya tak akan berubah.. Saya setia pada keluarga ni.."

"Bagaimana kalau awak berubah, Tao.?" Kris merenung lelaki itu tajam..

"Kalau saya berubah..." Tao bersuara.. "Janji pada saya yang awak akan bunuh saya dengan tangan awak sendiri.."

Kris tersengih mendengar kata-kata lelaki itu.. "Awak tahu yang kuasa awak lebih kuat daripada saya kan.?"

"Saya tak akan lawan ba...."

"Awak akan lawan balik!" pintas Kris membuatkan Tao terdiam.. "Kalau awak dah berubah awak dah hilang identiti awak, Tao.. Awak dah tah kenal apa-apa pasal sesiapapun dalam puak ni.."

Tao terdiam tidak menjawab..

"Jadi jangan berubah.."

----------------------------------------------------------

Luhan kini sedang duduk di meja makan itu sambil membaca sesuatu.. Itu adalah rutin harian bagi dirinya.. Jika dia tidak menjadi pemantau kepada latihan kawan-kawannya, dia akan duduk di situ bersama Kyungsoo yang sentiasa bekerja di dapur tanpa rasa bosan.. Semua orang kini sedang berlatih dan sedang dipantau oleh Kris.. Baekhyun pula asyik berkurung di bilik cuba menyiapkan peta bagi memudahkan mereka mencari bebola kristal yang diceritakannya..

"Ada air tak.??"

Luhan menoleh pantas.. Kyungsoo yang sedang bekerja juga menoleh.. Sehun yang kelihatan penat dan letih segera menyertai Luhan di meja makan.. Lelaki itu tercengang sambil tercungap-cungap menahan penat..

"Dah habis latihan ke.?" Tanya Kyungsoo ketika menghulurkan segelas air kepada Sehun..

Sehun tidak segera menjawab sebaliknya meneguk air itu sehingga habis.. "Saya dah.."

"Yang lain.?" Tanya Kyungsoo ketika kembali ke dapur..

"Belum lagi.." jawab Sehun masih dalam keadaan tercungap-cungap.. "Saya je Kris bagi lepas tadi.. Entah kenapa.."

"Maknanya awak dah mahir lah tu.."

Sehun segera memandang Luhan.. "Banyak lagi yang saya perlu belajar untuk sama taraf dengan kamu.."

Luhan tersenyum memandang lelaki itu.. "Tak ada perbezaan kalau kita sama-sama bermula dengan kami.."

Sehun hanya tersenyum mendengar kata-kata Luhan.. Pada ketika itu juga, kelihatan kawan-kawan mereka yang lain kini sudah datang satu-persatu.. Masing-masing menunjukkan wajah penat yang teramat sangat seperti baru habis berperang..

Kris pula masih kelihatan bertenaga bagaimanapun agak tercungap-cungap segera menyertai Luhan dan Sehun di meja makan.. Suho, Chanyeol dan Chen duduk di sebuah kerusi sambil tercungap-cungap cuba membetulkan sistem pernafasan mereka..

Lay, Xiumin, Tao dan Kai hanya duduk di lantai.. Mereka sudah tidak peduli lagi asalkan mereka dapat berehat.. Kyungsoo segera membawa dulang berisi gelas yang banyak lalu menghulurkan kepada mereka satu-persatu.. Semua orang mencapai gelas itu dengan wajah yang berseri-seri seolah-olah sudah setahun tidak minum..

"Macam mana latihan mereka hari ni.?" Luhan memandang Kris..

"Ada banyak peningkatan.." Kris menjeling seketika ke arah Sehun.. "Yang ni saya rasa dah mahir.."

Luhan turut memandang Sehun sekali imbas.. Lelaki itu langsung tidak perasan.. Dia masih lagi cuba menghilangkan rasa penatnya sambil merenung gelas yang berada di hadapannya..

"Mungkin lepas ni boleh bagi mereka berehat kot untuk beberapa hari.." ujar Luhan memandang setiap orang di situ satu-persatu..

"Malangnya tidak.."

Serentak Luhan dan Kris menoleh.. Kawan-kawan mereka langsung tidak peduli apabila mendengar suara itu.. Kelihatan Baekhyun keluar dari bilik sambil membawa beberapa helai kertas.. Dia meletakkan kertas itu di atas meja betul-betul di hadapan Kris dan Luhan yang duduk secara bertentangan..

"Saya dah siap buat peta.." beritahu Baekhyun..

Serentak semua orang yang kepenatan itu memandangnya apabila mendengar kenyataan Baekhyun..

"Kita kena bertolak esok.."

"Kita semua.??" Tanya Chanyeol..

"Kecuali Kyungsoo.." Baekhyun memandang Kyungsoo sekali imbas yang turut membalas pandangannya..

"Serentak ke.?" Tanya Xiumin pula..

Baekhyun mengangguk-angguk.. "Saya akan bahagikan kumpulan sekarang.."

Semua orang kini memandang Baekhyun menunggu keputusan.. Masing-masing ingin mendengar nama mereka disebut seolah-olah sedang menanti keputusan pemenang pertandingan menyanyi diumumkan..

"Chen..."

Chen tersentak apabila namanya disebut sebagai orang pertama..

"Awak akan pergi dengan Lay dan Tao.."

Lay hanya mengangguk.. Dia langsung tidak kisah apa saja arahan yang diberikan padanya.. Tao pula memandang Kris sekali imbas.. Dia ingin berkumpulan dengan lelaki itu bagaimanapun tidak berani bersuara..

"Apa.??" Chen memandang Baekhyun meminta simpati.. "Kenapa.?? Saya nak dengan Luhan atau Kris.."

"Kenapa pula.?" Tanya Chanyeol yang duduk di sebelahnya..

"Jadi ada orang yang akan lindungi saya.." jawab Chen..

"Tao dan Lay pun boleh tahan hebat untuk lindungi awak.." Baekhyun bersuara.. "Luhan dan Kris ada tempat yang lebih sesuai lagi.."

Serentak Luhan dan Kris memandang Baekhyun.. Mereka dapat merasakan bahawa lelaki bermata biru itu telah merancang sesuatu yang jahat untuk mereka..

"Kumpulan kamu akan pergi ke Utara.." Baekhyun memandang Chen, Tao dan Lay satu-persatu.. "Kamu kena cari bebola kristal berwarna biru.."

Tao dan Lay hanya mengangguk-angguk.. Chen pula masih lagi membuat muka meminta simpati..

"Chanyeol dan Suho...."

"Kami berdua je.?" Suho tercengang memandang Baekhyun..

"Dengan saya.." Baekhyun mendengus kerana Suho menyoal tanpa menunggu dia menghabiskan ayatnya..

"Oh.." Suho mengangguk-angguk..

"Kita akan ke Selatan.." ujar Baekhyun memandang kedua-dua lelaki itu.. "Kita akan cari bebola kristal warna ungu.."

Serentak kedua-dua lelaki itu mengangguk-angguk..

"Kris..." Baekhyun memandang Kris yang mana lelaki itu memang memandangnya dari tadi.. "Awak dengan Xiumin.."

Kris dan Xiumin berpandangan seketika kemudian mengangguk perlahan..

"Kamu pergi ke Barat.. Untuk cari bebola kristal warna hitam.." Baekhyun segera mengalihkan pandangannya ke arah Luhan.. "Dan awak...."

Luhan hanya memandang lelaki itu..

"Awak dengan Sehun.."

Sehun memandang Luhan yang duduk di meja makan itu bersamanya.. Luhan pula hanya mengangguk-angguk..

"Kamu akan bergerak ke Timur.." tambah Baekhyun lagi.. "Cari bebola kristal berwarna merah.." Baekhyun segera menarik nafas panjang kemudian kembali memandang ke arah semua orang satu-persatu.. "Ada apa-apa soalan.??"

"Saya!"

Serentak semua orang memandang ke arah Kai yang sedang duduk di sebelah Lay..

"Kenapa saya tak ada nama.?" Tanya lelaki itu sopan..

"Saya nak awak tinggal di sini.." Baekhyun memandang lelaki itu.. "Berjaga kat sini.. Takut ada apa-apa yang berlaku.."

"Tapi bukan ke tempat ni dah dilindungi.?" sampuk Lay..

"Ia cuma sebagai langkah berjaga-jaga.." ujar Baekhyun.. "Kita tak tahu apa yang boleh jadi.."

Kai hanya mengangguk-angguk tanda faham..

"Ada lagi.??" Baekhyun memandang semua orang..

"Saya!"

Semua mata kini memandang Chen yang sedang mengangkat tangannya..

"Tak boleh ke tukar kumpulan.?"

Serentak semua orang mendengus mendengar pertanyaan Chen.. Dia masih lagi tidak puas hati dengan kumpulannya..

"Luhan dan Sehun sama-sama hebat.." Chen bersuara sayu.. "Kris dan Xiumin pun... Dan awak..."

"Dengar ni, Chen..." Baekhyun memintas sambil merenung lelaki itu dengan mata bersinarnya.. "Tempat yang dituju oleh kumpulan Kris dan Luhan adalah tempat yang paling bahaya ancamannya.."

Serentak semua orang terkejut mendengar kata-kata Baekhyun termasuk Xiumin dan Sehun.. Luhan dan Kris langsung tidak memberi sebarang reaksi.. Mereka tahu Baekhyun akan membuat perancangan seperti itu..

"Bebola kristal berwarna merah dan hitam adalah yang paling ketat kawalannya.." sambung Baekhyun.. "Sebab tu saya hantar mereka.. Sehun dan Xiumin pula akan membantu mereka.."

Chen mengangguk-angguk sambil menarik nafas..

"Tao dan Lay dah cukup hebat untuk berada di kumpulan awak.." tambah Baekhyun lagi.. "Saya nak tinggal kat markas dan biarkan Lay pergi tapi saya rasa lebih mudah kalau saya yang ikut.."

"Boleh tunjukkan macam mana bentuk bebola kristal tu.?" Tanya Tao bagi menamatkan pertikaian ahli kumpulan itu berterusan..

Baekhyun tidak menjawab sebaliknya memandang Luhan.. Luhan menarik nafas panjang kemudian bangun dari tempat duduknya.. Dia berjalan ke tengah-tengah kawasan itu mendekati sebuah ukiran batu berbentuk empat segi tepat dengan saiz setengah meter dan sama dengan tingginya yang juga berukuran begitu.. Di situ tempat mereka selalu membuat unggun api ketika malam yang dinyalakan entah bagaimana.. Luhan menekan satu bulatan yang berada betul-betul di tengah-tengah meja batu itu..

Tidak semena-mena ukiran batu itu terbuka.. Satu lagi ukiran batu di dalamnya dengan bentuk yang sama berwarna keperakan bergerak naik ke atas.. Ukiran itu memaparkan setiap bentuk huruf bermula dari huruf 'A' sehingga huruf 'Z' yang disusun secara rawak dan tidak mengikut susunan.. Huruf 'L' berada di tengah-tengah ukiran itu dan dikelilingi oleh lima bentuk bulatan seperti duit siling besar..

Semua orang tergamam melihat benda itu.. Luhan segera membuka rantai yang tersangkut di lehernya kemudian meletakkan rantai itu selari dengan huruf 'L' iaitu hurufnya sendiri.. Satu cahaya berkilauan tidak seterang kuasa cahaya Suho menerangi ukiran itu.. Tiba-tiba sahaja satu bentuk bulat berwarna putih yang bersinar terangkat naik dari salah satu bulatan yang mengelilingi huruf 'L' di mana rantai Luhan diletakkan..

Luhan segera mencapai benda itu lalu mengangkatnya tinggi bagi memudahkan semua orang melihatnya.. "Ini bebola kristal yang ada dalam simpanan kami.."

"Wuoh...." semua orang tercengang sambil ternganga melihat bebola itu..

"Tempat apa ni.?" Tanya Chanyeol yang lebih tertarik kepada ukiran batu itu.. Dia kini sudah berdiri di sebelah Luhan bagi melihat dengan lebih jelas lagi..

"Ya.." sokong Suho yang menyusulnya.. "Saya ingatkan unggun api je.."

Semua orang kini berjalan mendekati Luhan bagi melihat bebola kristal dan ukiran batu itu dengan lenih jelas lagi..

"Ini lah simbol utama markas dan puak Huruf.."

Serentak semua orang terkedu memandang Luhan..

"Di sini lah rantai-rantai kita semua akan tersimpan dan akan kembali.." beritahu Luhan.. "Dan juga tempat bebola kristal itu diletakkan.."

Serentak semua orang mengangguk-angguk..


A/n: Taoris??? Kya!!!! Well, HunHan dalam pasukan yang sama dalam misi. BaekYeol pun. And KaiSoo tinggal pun sama-sama!!! Hahaha~

You know... Sedih bila ingat balik EXO 12 orang. Hahahaha. Baca balik cerita ne makes me smiling alone. Nak tanya korang... Ship tak TaoRis??

> VOTE & COMMENT <

Continue Reading

You'll Also Like

7.6K 731 30
Cerita ini mengisahkan seorang perempuan bernama Kang Y/n berkahwin dengan seorang jejaka yang playboy dan tidak pernah serious dengan hubungan yang...
67.6K 340 24
Shownu merupakan Seorang usahawan yg terkenal dan berjaya. Walaupun di usia yg masih muda dia berjaya membangunkan sebuah syarikat yg mempunyai banya...
1.4M 101K 57
Arash Zayden, salah seorang anggota unit pasukan khas Polis Diraja Malaysia. Pulangnya ke tanah air tanpa sebarang niat untuk menaruh rasa pada sesia...
4.9K 1.1K 28
⚠️PERINGATAN. CERITA INI MENGANDUNGI:- 1) AKSI/ BABAK PEMBUNUHAN BERSIRI 2) MENYENTUH PERIHAL KESIHATAN MENTAL ◧◨◧◨◧◧◨◧◨◧◨◧◨◧◨◧◨◧◨◧◨◧◨◧ Mengisahkan t...