Huruf (EXO Version) ✔

By Shim_Yoo

116K 9.3K 856

MALAY When four leader find their own people. Kris dan Luhan keluar untuk misi mencari dan mengumpulkan kesem... More

Prolog
Please Read Before Continue!
Permulaan I
Permulaan II
Misi I
Misi II
Rahsia I
Rahsia II
Kuasa Angin
Pindah
Kuasa Cahaya
Kuasa Pasir I
Kuasa pasir II
Kuasa Air
Jangan Cari Pasal
Lawan Pedang
Kuasa Yang Tidak lengkap
Kuasa Panah
Latihan Yang Membunuh
Bukan Salah Sesiapa
Kuasa Akar
Kuasa Tembakan Mata
Kuasa Pembeku
Markas
Puncanya
Bebola Kristal
Ukiran Batu
Kongsi Kuasa
Berbeza Kehidupan
Kristal Biru
Kristal Ungu
Kristal Merah
Kristal Hitam
***Not an update
Kuasa Lima Kristal
Semua Berubah
Permainan Terakhir
Mengawasi
Diceroboh
Si Lelaki Penyembuh
Kehilangan
Dendam
Kosong
Perang
Ketua Terakhir
Empat Tahun Kemudian
Sequel??

Permainan

2.4K 202 19
By Shim_Yoo


Kris keluar perlahan-lahan dari bilik batu itu sambil meregang-regangkan badannya. Dia menghirup udara segar seketika sambil tersenyum puas yang teramat sangat. Segala-galanya sudah selesai. Mereka sudah berjaya mengumpulkan semua puak mereka walaupun ada yang sudah dibunuh sebelum sempat mereka jumpa. Mereka tidak dapat melakukan apa-apa kerana itu adalah satu perkara yang baru untuk mereka. Dia memandang Kyungsoo yang sedang sibuk menyiapkan sarapan. Luhan dan Baekhyun pula sedang duduk di meja makan sambil berborak.

"Selamat pagi, Kris!" sapa Kyungsoo ceria sambil tersenyum manis apabila terpandang lelaki itu.

"Selamat pagi, Soo." balas Kris lalu duduk di meja menyertai Luhan dan Baekhyun. "Mana yang lain.?"

"Belum bangun rasanya." jawab Luhan sambil menggigit kerepek pisang yang disediakan oleh Kyungsoo. "Terlalu penat kot. Maklum lah. Tak biasa lagi hidup macam ni."

Kris mencapai sekeping biskut yang berada di hadapannya lalu mengunyah biskut tersebut. "Baekkie..."

Baekhyun yang sedang melarikan sisa-sisa makanan yang tersangkut di celah giginya menggunakan lidah segera memandang Kris dengan mata biru bersinarnya tanpa menjawab apa-apa pun.

"Budak-budak lelaki tu semalam ada tanya awak apa-apa ke.?"

Baekhyun tersengih mendengar pertanyaan Kris. "Saya tak boleh tidur semalam sebab mereka lah."

"Kenapa.?" Tanya Luhan yang memandang Kyungsoo sekali imbas ketika lelaki itu duduk di sebelah Baekhyun menyertai mereka.

"Macam-macam soalan mereka tanya." rungut Baekhyun. "Sempat lagi mereka suruh saya guna kuasa saya."

Serentak Luhan dan Kris tersengih.

"Habis tu.??" Kyungsoo memandang Baekhyun. "Awak guna.?"

Baekhyun hanya menggelengkan kepalanya. "Orang dah nak tidur macam-macam pula mereka minta."

"Bertenanglah." ujar Luhan sambil menahan ketawa. "Baru satu malam. Dah mengeluh."

Baekhyun hanya menjeling tajam ke arah lelaki itu.

"Lu..."

Luhan memandang Kris. "Ada apa.?"

Kris memandang lelaki itu sambil tersenyum penuh makna.

"Macam ada niat tak baik je awak ni." sindir Luhan.

Kris menjeling sambil mendengus kuat. "Bukan lah."

"Habis tu.??" Luhan merenung wajah Kris.

Kris tersenyum sambil memandang Baekhyun dan Kyungsoo sekali imbas. "Jom main!"

Luhan segera tersengih mendengar kata-kata Kris. "Awak ni dari dulu tak pandai berubah."

"Alah... Kita kat markas dah pun." Kris mengeluh panjang. "Lagipun dah lama kita tak main."

Luhan tidak segera menjawab sebaliknya memandang Kyungsoo untuk meminta pendapat lelaki itu.

"Kenapa tengok saya.??" Kyungsoo bersuara juga turut tersenyum. "Saya jadi pengadil je pun."

Luhan mengalihkan pula pandangannya kepada Baekhyun. Baekhyun membalas pandangan lelaki itu sambil tersenyum. "Tak ada hal."

"Kalau macam tu... Jomlah!" Luhan turut tersenyum.

Serentak Baekhyun, Kyungsoo dan Kris berdiri. Sempat lagi Baekhyun menggigit biskut sebelum menyusul Kris, Luhan dan Kyungsoo.

"Selama kami tak ada..." Kris bersuara ketika mereka berjalan menyusuri pokok dan tumbuh-tumbuhan di situ. "Kamu pernah main tak.?"

"Nak main apa.??" Baekhyun merenung Kris. "Kalau kami berdua je. Kyungsoo pun bukannya boleh main."

Kris hanya tersengih sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Tanya je pun. Jangan lah marah."

Langkah mereka terhenti apabila tiba di satu kawasan lapang yang luas dan amat menyenangkan. Di kejauhan, terdapat satu tasik yang amat besar dihiasi batu-batu besar yang tersusun cantik.

"Lamanya tak main kat sini." gumam Kris sambil tersenyum memandang seluruh kawasan itu.

"Tak ada apa-apa perubahan kan.?" Luhan turut tersenyum sambil memandang sekeliling.

Kris hanya mengangguk-angguk.

"Bertenanglah." Baekhyun tersengih melihat gelagat dua kawan baiknya itu. "Baru beberapa minggu dah nak sedih-sedih."

Kris mengetuk kepala Baekhyun perlahan, manakala Luhan hanya merenung lelaki itu tajam.

"Ouch!!" Baekhyun mengusap-usap kepalanya.

"Dah!" Kris segera membuka langkah. "Ambil tempat!"

Baekhyun tidak membantah. Dia segera berjalan menyusul Kris bersama Luhan menuju ke tengah-tengah kawasan berpasir itu. Kyungsoo pula hanya berdiri di tempat mereka tiba tadi. Kris, Luhan dan Baekhyun kini berdiri sambil memandang wajah di antara satu sama lain dalam bentuk segi tiga.

"Bersedia.??" pekik Kyungsoo sambil memandang ke arah tiga orang kawannya itu. "Saya akan jadi pengadil seperti biasa. Kali ini, kamu kena dapatkan bendera yang berada di atas sana."

Kyungsoo menuding ke arah satu bendera merah kecil yang terletak tinggi di atas bukit sedikit jauh dari tempat mereka berdiri.

"Tingginya." keluh Baekhyun. "Tak boleh letak rendah sikit ke.? Melampau betul juga."

Kris dan Luhan turut memandang bendera itu mula tidak yakin jika mereka dapat mencapainya.

"Baik... Sedia semua!"

Baekhyun, Luhan dan Kris kembali berdiri di posisi mereka masing-masing bersedia untuk mula.

"Mula!!"

Baekhyun pantas memulakan langkahnya. Dia membahagikan dirinya kepada lima orang klon yang semuanya serupa tiada beza. Kris kini menghidupkan api di kedua-dua belah tangannya, manakala Luhan pula menghidupkan kuasa petirnya. Baekhyun dan empat orang klonnya itu mula berpecah. Mereka berlari ke arah bendera itu dengan penuh berhati-hati. Kris dan Luhan berpandangan seketika sambil tersenyum kemudian berlari mengejarnya.

"Apa mereka buat ni.? Berlatih.?"

Kyungsoo tersentak kemudian menoleh serta-merta apabila terdengar satu suara tiba-tiba menyapanya. Chen kini berdiri di sebelahnya bersama rakan-rakan mereka yang lain. Semua orang kini ternganga memandang Baekhyun, Luhan dan Kris yang sedang menyerang sesama sendiri.

"Bermain." Kyungsoo tersenyum kemudian kembali memandang Luhan, Kris dan Baekhyun yang sedang terapung di udara. Dia tidak boleh melarikan pandangannya terlalu lama.

"Bermain.??" serentak mereka semua terkejut.

Kyungsoo mengangguk-angguk tanpa memandang wajah mereka. Dia fokus melihat perlawanan itu bagi mengelakkan dia terlepas walau sedikit pun dengan mata tajamnya. "Kamu dah sarapan.?"

"Dah tadi." Xiumin menjawab juga dalam keadaan tidak memandang wajah Kyungsoo. Dia juga fokus menonton perlawanan yang amat menarik perhatiannya itu. "Sedap awak masak."

"Bukan saya yang masak."

"Habis tu siapa.?" Sehun mencelah dari sebelah Xiumin. Dia kini sudah memandang wajah Kyungsoo.

"Baekhyun."

Semua orang ternganga mendengar jawapan Kyungsoo kemudian kembali melihat perlawanan yang amat mengujakan itu. Kris menembakkan kuasa apinya ke arah salah satu klon Baekhyun yang ada. Klon itu segera meletup. Akan tetapi, ia kini berpecah menjadi lebih banyak dari yang tadi.

"Haish!! Baekhyun!!" pekik Kris sakit hati memandang klon yang semakin banyak itu lalu terbang ke atas.

"Macam tu rupanya kuasanya." Lay bersuara dari tempat penonton dengan mulut ternganga.

"Mereka boleh terbang.??" Chanyeol memandang Kyungsoo yang langsung tidak membalas pandangannya.

"Kita semua boleh terbang."

Serentak semua orang terkejut mendengar kenyataan Kyungsoo lalu merenung lelaki itu.

"Kamu je yang tak tahu." ujar Kyungsoo dengan matanya masih tidak dialihkan dari perlawanan itu.

Luhan terbang menyusul Kris ke atas ke tempat yang lebih tinggi. Mereka meneliti dari atas untuk melihat mana satu Baekhyun yang sebenar seolah-olah mereka mempunyai mata burung helang. Diri Baekhyun kini semakin banyak sehingga sukar untuk mereka meneka mana klon dan mana diri lelaki itu yang asal.

Kris mendengus perlahan lalu memutarkan kedua-dua tangannya lalu membentuk sekumpulan burung berapi. Dia melepaskan burung-burung berapi itu ke arah setiap Baekhyun yang dilihatnya.

"Wow!!" semua yang lain begitu teruja melihat aksi Kris.

"Permainan apa ni.?" Suho memandang Kyungsoo kerana dia masih belum nampak apa jenis permainan yang dimainkan oleh tiga sekawan itu.

"Mereka bertiga mesti bertarung menggunakan kuasa mereka untuk mengambil bendera merah kat atas tu." Kyungsoo menuding ke arah bendera itu tanpa mengalihkan pandangannya daripada perlawanan itu.

"Tapi tak terlalu bahaya ke.?" tanya Xiumin yang kelihatan agak risau. "Mereka boleh terbunuh nanti."

"Tak mungkin lah." Kyungsoo tersenyum manis seperti selalunya. "Mereka boleh mengawal kuasa mereka sama ada untuk membunuh, berlatih atau bermain. Jadi tak ada masalah."

Kesemua Baekhyun terbang ke udara dengan lebih tinggi lagi. Luhan membentuk beberapa biji bola elektrik. Dia melepaskan bola itu dan menghancurkan beberapa klon Baekhyun. Kris turut melepaskan burung-burung berapinya ke arah klon Baekhyun.. Kini, tinggal seorang saja lagi Baekhyun iaitu Baekhyun yang sebenar. Kris menembakkan kuasanya ke arah lelaki itu dan dia jatuh ke dalam kolam.

"Baekhyun keluar!!" jerit Kyungsoo.

Baekhyun keluar dari kolam itu sambil mendengus kuat. Kawan-kawan mereka yang lain pula semakin teruja menonton perlawanan itu. Kini tinggal dua orang lagi yang berlawan. Dua orang yang selama ini menjadi pemimpin mereka.

"Awak okey.?" Tanya Sehun ketika Baekhyun menyertai mereka untuk menjadi penonton.

"Okey." Baekhyun hanya tersenyum sambil melibas-libaskan bajunya yang kini sudah basah.

Kris memandang Luhan. Luhan turut membalas pandangan Kris.. Kris memutarkan kedua-dua tangannya dan membentuk seekor ular berapi yang sederhana panjangnya.. Dia melepaskan ular itu untuk menyerang Luhan. Luhan turut memutarkan tangannya sambil mendengus dan membentuk seekor anjing laut dengan kuasa air yang dia dapat dari Tao.

Semua orang memandang ke arah Tao.

"Wow..." gumam Tao teruja dengan kuasanya sendiri.

"Lulu!!" Kris kegeraman.

Luhan hanya ketawa sahaja melihat gelagat Kris seperti itu. Ular berapi dan anjing laut air itu kini sedang bertelaga sesama mereka. Kris dan Luhan pula terbang di udara semakin tinggi. Mereka segera berlumba menuju ke arah bendera itu. Kris menembakkan api ke arah Luhan. Luhan menahannya dengan dengan kuasa angin yang dia dapat dari Chanyeol.

Chanyeol hanya tersenyum sendiri melihat Luhan menggunakan kuasanya. "Boleh tahan juga."

Luhan mengeluarkan cahaya yang terang menyebabkan Kris melindungi matanya. Kris semakin geram kerana Luhan ada banyak kebolehan.

"Wow!" Suho teruja.

Luhan mula memanjat bukit itu. Kris turut menyusulnya lalu menembak satu batu besar di sebelah Luhan menyebabkan lelaki itu terjatuh. Kris segera mendahuluinya menuju ke arah bendera itu. Luhan mengeluarkan pasir dari celah-celah bukit lalu melemparkannya kepada Kris.

"Ouch!!" Kris terjatuh semula kerana matanya dimasuki pasir. Dia menggosok kedua-dua belah matanya.

Chen ketawa terbahak-bahak melihat aksi itu. Kawan-kawannya yang lain hanya memandangnya pelik.

"Kenapa.??" Chen kebingungan.

"Awak nak Kris tembak awak dengan apinya ke.?" Suho memberi amaran. Chen segera terdiam.

Kris menembak Luhan semula dengan apinya. Kasut Luhan terbakar.

"Argh!!" Luhan terjatuh lalu berusaha mematikan api itu. Dia memandang Kris semula sambil menghayunkan tangannya. Perlahan-lahan akar-akar kayu keluar dari dalam bukit itu lalu melilit Kris.

"Luhan!!" pekik Kris. "Kotor baju saya!!"

Luhan hanya tersenyum menyindir ke arah lelaki itu. Xiumin juga sedang tersenyum melihat kehebatan kuasanya diguna oleh Luhan. Kris yang kegeraman meletupkan akar-akar itu dan membentuk satu lembing berapi. Dia membaling lembing itu tepat ke arah Luhan. Luhan tersekat dengan lembing itu yang terkena tepat dibajunya menyebabkan dia tidak dapat bergerak.

Kris melintasinya. Luhan menghalakan tangan kanannya ke arah Kris yang sudah hampir sampai ke arah bendera itu. Satu panah keperakan yang diselaputi cahaya kebiruan keluar dari tangannya lalu batu di bukit itu hancur berderai. Kris jatuh ke bawah tidak mampu bertahan. Luhan segera mencapai bendera itu lalu mengibarkannya sambil tersenyum sinis memandang Kris.

"Perlawanan tamat!!" jerit Kyungsoo. "Luhan menang!!"

Semua orang bersorak sambil bertepuk tangan seolah-olah negara mereka telah menang sukan dunia. Kris yang terhimpit oleh timbunan batu meletupkan batu-batu itu dengan kuasanya bagi memudahkan dia keluar.

"Yalah, yalah!! Awak lah menang!" rungut Kris.

Luhan tersenyum lalu menghulurkan tangannya pada Kris. Kris turut menyambutnya sambil tersenyum.

"Luhan memang selalu menang ke.?" tanya Chen.

"Tak juga." jawab Kyungsoo kali ini memandang wajah Chen kerana perlawanan sudah tamat. "Kadang-kadang Kris akan menang.. Kadang-kadang juga Baekhyun akan menang."

"Awak tak pernah ikut main.?" Kai memandang Kyungsoo.

Kyungsoo hanya mengukir senyuman di bibirnya lalu menggelengkan kepalanya. "Saya tiada kuasa seperti mereka. Saya hanya boleh menyembuhkan orang je. Untuk berlawan ada susah sikit."

"Wow!! Kamu berdua memang hebat." puji Chanyeol ketika Kris dan Luhan menyertai mereka.

"Lain kali nanti... Saya akan kalahkan awak!" Kris memberi amaran.

Luhan hanya tersenyum tidak membalas. Tidak semena-mena, semua kehancuran yang berlaku disebabkan permainan itu pulih dan kembali ke bentuk asal semula. Semua orang tergamam.

"Boleh pulih.??" Tao memandang keempat-empat orang lama puak Huruf itu.

"Ia memang macam tu." Baekhyun bersuara. "Ini tempat latihan sebenarnya."


A/n: Game huh?? Hahahaha. Kalau ada game macam ni pun best jugak. Inspirasi dari naruto. Hahaha. Pandai-pandai lah korang imagine. Manatau betul-betul dapat main. Hahahaha. Leave me your feedback. :)

> VOTE & COMMENT <

Continue Reading

You'll Also Like

3K 253 41
Tomorrow X Together sepatutnya Ada 5 orang. Jadi memang tugas Taehyun, hueningkai,soobin dan yeonjun kena Cari ahli kelima mereka. ahli terakhir itu...
3K 437 22
❛ Tak sia-sia aku menantikan dirimu kerana aku tahu kau tetap milikku ❜ ❥
43.4K 5.2K 20
⌈ complete ! ⌋ you're having a big fat crush on your brother's friend. ft. lee juyeon. #O2. theboyz's malay fanfiction series © -sarahee :: 2020
125K 3.8K 20
Special Edition Faizul x Hafiz Hafiz Zafrin lari dari Zafrin Family sebab taknak uruskan syarikat family hey!aku masih 19 tahun kot!aku nk happy2 t...