Huruf (EXO Version) ✔

Shim_Yoo द्वारा

116K 9.3K 856

MALAY When four leader find their own people. Kris dan Luhan keluar untuk misi mencari dan mengumpulkan kesem... अधिक

Prolog
Please Read Before Continue!
Permulaan I
Permulaan II
Misi I
Misi II
Rahsia I
Rahsia II
Kuasa Angin
Pindah
Kuasa Cahaya
Kuasa Pasir I
Kuasa pasir II
Kuasa Air
Jangan Cari Pasal
Lawan Pedang
Kuasa Panah
Latihan Yang Membunuh
Bukan Salah Sesiapa
Kuasa Akar
Kuasa Tembakan Mata
Kuasa Pembeku
Markas
Permainan
Puncanya
Bebola Kristal
Ukiran Batu
Kongsi Kuasa
Berbeza Kehidupan
Kristal Biru
Kristal Ungu
Kristal Merah
Kristal Hitam
***Not an update
Kuasa Lima Kristal
Semua Berubah
Permainan Terakhir
Mengawasi
Diceroboh
Si Lelaki Penyembuh
Kehilangan
Dendam
Kosong
Perang
Ketua Terakhir
Empat Tahun Kemudian
Sequel??

Kuasa Yang Tidak lengkap

2.3K 196 13
Shim_Yoo द्वारा


Chanyeol, Luhan dan Kris duduk di dalam khemah mereka sambil berehat setelah makan malam bersama orang kampung di situ.. Chen dan Suho turut bersama mereka.. Mereka kini sedang melakukan hal masing-masing.. Suho masih lagi dengan telefon bimbitnya, Chanyeol dan Luhan hanya duduk berdiam diri, manakala Chen pula seperti tidak senang duduk.. Dia tidak tahu hendak berbuat apa di situ.. Kris pula masih sibuk mengemas kotak keperakan yang sentiasa dibawa ke mana sahaja mereka pergi.. Satu lagi daripada rantai berhuruf yang berada di dalam kotak keperakan itu musnah.. Musuh mereka kini sudah menjumpai orang yang berhuruf 'F' dan mereka terlambat lagi..

Luhan segera menghalakan tangan kanannya yang memang sudah menjadi tabiatnya sejak dulu lagi sebagai persediaan untuk apa-apa sahaja apabila langsir pintu khemah mereka diselak tiba-tiba..

"Bertenanglah.." ujar Tao agak ketakutan sambil mengangkat tangannya.. "Ini saya.."

"Jangan lah main buka macam tu je!" marah Kris..

"Maaflah.." Tao menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal sambil memandang Kris..

"Dahlah tu, Kris.." Luhan memandang Kris cuba mengisyaratkan supaya lelaki itu berlembut sedikit..

"Saya cuma nak beritahu yang mereka...."

Belum sempat Tao menghabiskan kata-katanya, langsir pintu khemah itu diselak lagi.. Jaebum dan Jackson muncul di situ..

"Hei, jomlah! Malam ni ada pesta!" ajak Jaebum dengan nada yang agak teruja dan senyuman lebarnya..

"Pesta.??" Ulang mereka semua serentak kecuali Tao yang hanya memandang mereka silih-berganti..

Jaebum hanya mengangguk-angguk.. "Jom!"

Kesemua mereka tidak membantah.. Serentak Chanyeol, Suho, Kris, Luhan dan Chen bangun dari katil masing-masing lalu keluar dari khemah itu.. Kelihatan suasana di luar itu riuh rendah dengan gelak tawa, nyanyian dan sebagainya..

"Patutlah bising sangat dari tadi.." ujar Suho sambil memandang suasana di luar khemah itu..

"Acara apa pula ni.?" tanya Chanyeol..

"Ia memang diadakan setiap awal bulan.." beritahu Jaebum yang mendongak sedikit kerana Chanyeol lebih tinggi darinya..

"Untuk apa.?" Tanya Chanyeol lagi..

"Tiba masanya untuk acara wajib pesta ini... Acara memanah!!" lelaki yang menjadi pengadil semasa perlawanan pedang tadi bersuara dari satu pentas menyebabkan soalan Chanyeol terbiar begitu sahaja.. "Kita persilakan wira kampung kita iaitu Oh Sehun untuk memanah lima biji buah epal yang di sediakan.."

Kelihatan Sehun berjalan naik ke atas pentas itu.. Semua orang mula bersorak-sorak seolah-olah akan diadakan satu perlawanan lagi di situ.. Sehun mencapai busur panah yang diletakkan di situ.. Dia mencapai satu anak panah lalu menembak epal yang berada di atas sebatang kayu dan paling hujung sebelah kanan di dalam kedudukan lima biji epal itu.. Anak panah itu kena tepat di epal itu.. Kedengaran semua orang bersorak dan menjerit yang amat membingitkan telinga..

"Adakah dia lebih hebat memanah dari awak.?" bisik Kris kepada Luhan dengan nada menyakat..

"Memanah pun dia hebat ke.?" tanya Chanyeol tidak percaya sambil merenung Luhan tajam..

"Kris... Jangan nak mengada-ngada boleh tak.?!" bentak Luhan.. Dia tidak mahu Kris mengenakannya seperti siang tadi.. Tidak pasal-pasal tangannya terasa sakit kerana dipulas..

Sehun mengambil satu lagi anak panah dalam keadaan yang tenang lalu menembak ke arah epal yang berada di hujung sebelah kiri itu.. Seperti tadi juga, ia kena tepat ke arah epal itu..

"Dan untuk epal yang terakhir... Seperti biasa, Sehun akan memilih seseorang untuk menembaknya.." ujar lelaki tua yang menjadi pengacara itu lagi sambil memandang Sehun sebagai arahan..

"Apa pula acara tu.?" tanya Chen memandang Jaebum..

"Ia memang begitu.. Jika orang yang Sehun pilih tu akan dapat menembak tepat ke arah epal yang terakhir itu, maknanya nasib kampung pada bulan ini akan jadi lebih baik dari sebelumnya.." terang Jaebum juga dalam keadaan matanya memandang ke tempat lain bukan kepada Chen..

"Macam mana kalau tak dapat.?" Celah Suho pula sambil mengerutkan dahinya kerana pertama kali mendengar semua itu..

"Kami akan mengalami beberapa masalah.." jawab Jaebum selamba dengan senyumannya yang langsung tidak pernah lari.. "Ia memang betul.. Setakat ni tak pernah ada orang yang berjaya menembak epal itu dengan tepat selain Sehun.. Ia memang macam tu setiap bulan jadi tak hairanlah.."

Serentak mereka semua menggelengkan kepala mendengar teori yang bagi mereka sangat mengarut.. Sehun kini sudah mula turun dari pentas dan berjalan ditengah-tengah orang ramai yang ada di situ.. Orang ramai mula menjerit-jerit meminta diri mereka dipilih dengan penuh harapan.. Semua orang menanti dengan perasaan teruja siapa yang akan terpilih..

Apa yang menghairankan, lelaki itu kini sedang berjalan menuju ke arah Kris dan kawan-kawannya..

"Rasa macam tak sedap hati pula.." Luhan mula rasa kurang senang sambil cuba memandang tempat lain.. Dia dapat rasakan perlawanannya bersama lelaki itu siang tadi akan mempengaruhi segala-galanya..

Ternyata ramalan lelaki itu tepat.. Sehun kini berhenti di hadapan Luhan sambil menghulurkan anak panahnya terakhir pada lelaki itu dengan senyuman manis di bibirnya yang tidak dapat dipastikan sama ada menyindir atau tidak.. Semua orang agak terkejut bagaimanapun segera bersorak membuatkan lelaki itu semakin kurang senang.. Luhan memandang kawannya sambil cuba mengatakan 'Kan saya dah kata!' kepada mereka lalu mendengus kuat.. Dia segera mencapai anak panah itu dengan rasa berat hati.. Sehun segera menariknya naik ke atas pentas.. Sorakan daripada orang ramai semakin kuat dan membingitkan..

"Apa yang akan jadi nanti.?" Chen bersuara agak risau memandang Luhan juga penuh harapan..

"Jangan risaulah.." ujar Kris selamba sambil tersenyum sinis.. "Percaya je pada Luhan.."

Luhan mencapai busur panah yang berada di atas pentas itu lalu meletakkan anak panah yang dipegangnya tadi pada busur itu dalam keadaan yang tenang.. Sehun hanya berdiri di sebelahnya sambil memerhatikan setiap pergerakan lelaki itu.. Semua orang menanti dengan cemas kerana mengikut kepercayaan mereka, nasib mereka bergantung pada benda itu..

Luhan hanya berdiri dengan selamba.. Dia tidak segementar ketika dia hendak berlawan pedang dengan Sehun.. Dia segera menghalakan anak panah itu ke arah epal yang terakhir iaitu epal yang terletak ditengah-tengah di antara lima biji epal tadi.. Luhan menutup mata kirinya bagi menentukan sasarannya lalu melepaskan anak panah itu tanpa berfikir panjang..

Semua orang menanti dengan cemas.. Luhan hanya berdiri selamba dengan wajah yang serius.. Apa yang mengejutkan mereka, anak panah itu kena tepat pada epal yang terakhir itu menyebabkan semua orang bersorak kegembiraan.. Luhan menarik nafas lega.. Sehun pula hanya tersenyum..

"Wah! Hebatnya!" Tao hampir menjerit kerana teruja seolah-olah nasibnya juga bergantung pada benda itu..

"Kan saya dah cakap tadi." Kris bersuara selamba sambil tersenyum puas dengan lagak seorang jurulatih yang bangga dengan anak muridnya..

Luhan segera turun dari pentas itu dan berjalan semula menuju ke arah kawan-kawannya. Sekurang-kurangnya, perasaan malunya akibat kalah bermain pedang tadi sudah hilang. Semua orang mula bergembira di pesta itu untuk menyambut pencapaian mereka pada bulan itu.

"Kris..." Luhan mendekati lelaki tinggi lampai itu ketika semua orang sibuk dengan majlis itu sambil memandang sekeliling. "Macam mana kita nak cari huruf dikalangan orang ramai ni?"

"Saya pun tak tahu." Kris hanya mengangkat bahunya sambil cuba memerhatikan setiap orang yang ada di situ. Dia kini sibuk mengunyah roti yang di ambilnya dari meja makan.

Chanyeol dan Suho sudah beredar sebentar tadi untuk pergi melihat-lihat di sekeliling tempat itu jika ada tanda-tanda yang mencurigakan. Chen dan Tao pula sedang berbual dengan Jaebum dan Jackson. Mereka cuba mencungkil rahsia daripada kedua-dua lelaki itu jika ada apa-apa yang pelik pernah berlaku.

"Saya pergi ambil makanan dulu." ujar Luhan kemudian mendekati meja makan yang dipenuhi dengan pelbagai makanan.

Kris pula masih sibuk makan tidak mempedulikan orang lain. Dia kini merasa nikmat makanan yang sedap itu.

"Nak roti bakar?"

Luhan tersentak kemudian menoleh pantas. Pinggan yang dipegangnya hampir terlepas dari tangan. Sehun kini sedang berdiri di sebelahnya sambil menghulurkan roti bakar pada lelaki itu dan mengukir senyuman manis pada wajahnya.

Luhan segera mencapai roti itu. "Terima kasih."

"Kita belum sempat berkenalan lagi." ujar Sehun sambil menggigit roti bakar yang berada ditangannya. "Saya Oh Sehun."

"Luhan."

Sehun hanya mengangguk-angguk sambil tersenyum. "Hebat juga awak bermain pedang ya."

"Hebat??" ulang Luhan. "Saya tetap dah kalah."

Sehun hanya tersengih mendengar kata-kata lelaki itu. "Sebenarnya awak dah hampir menang pun."

Luhan tidak membalas sebaliknya sibuk mengambil seberapa banyak makanan yang boleh diambilnya.

"Bagaimana dengan memanah tadi?" Sehun bersuara lagi. "Nampaknya banyak perkara yang awak mahir."

"Tak ada lah." balas Luhan.

"Agak mengagumkan bagi seseorang yang tidak berasal dari kampung ni." ujar Sehun.

"Aaaaaaaaaaa!!!!!"

Serentak semua orang terkejut. Sorakan dan nyanyian yang bergema sebentar tadi segera terhenti. Terdengar satu jeritan dari segenap arah. Luhan memandang sekeliling kemudian meletakkan pinggan yang dipegangnya lalu segera berlari ke belakang tapak perkhemahan di situ bagi mengejar arah datangnya bunyi jeritan itu. Sehun yang kelihatan bingung turut menyusulnya.

Apabila mereka sampai ke belakang tapak perkhemahan itu, orang ramai sudah mula berkerumun sambil bercakap-cakap. Seorang perempuan kini sedang melutut di lantai dalam keadaan terkejut dengan menekup mukanya. Dia menuding terketar-ketar ke arah satu lembaga berkepala bulat.

Luhan tersentak melihat lembaga itu kemudian memandang Kris yang memang sudah berada di situ ketika dia sampai. Chanyeol, Suho, Tao dan Chen turut kebingungan memandang keadaan itu.

"Apa dah berlaku?" tanya Chanyeol mendekati perempuan itu.

"Saya nak balik ke khemah untuk mengambil barang." jawab perempuan itu agak teresak-esak. "Tapi saya hairan ada sesuatu yang berwarna hitam bergerak-gerak menuju ke sini. Jadi saya pun ke belakang ni untuk melihat. Bila saya tengok, benda itu sudah berada di situ."

Luhan segera mendekati Kris sambil mengerutkan dahinya. "Apa yang dah berlaku?"

"Tak tahu." Kris mengangkat bahunya turut berkerut lalu mendekati lembaga berkepala bulat yang tidak sudah tidak sedarkan diri itu. Cecair yang menggelikan keluar mengalir dari badannya. Kris mencabut satu anak panah yang keperakan dari perut mayat itu kemudian memandang Luhan.

------------------------------------------------------------

"Kamu rasa apa yang dah berlaku sebenarnya?" tanya Chanyeol memandang orang di situ satu-persatu.

Mereka semua kini sedang berkumpul di dalam khemah mereka termasuk Chen dan Suho dalam keadaan yang agak tegang. Tao turut berada di situ bagaimanapun dia hanya berdiri dekat dengan pintu atas arahan Kris. Mereka semua masih lagi memikirkan kejadian yang baru berlaku di situ. Menurut penduduk kampung, ia bukan kali yang pertama. Malah, perkara itu sudah pernah berlaku sebelum ini.

"Pelik." Chanyeol bersuara lagi setelah soalannya tadi tidak dijawab. "Kamu rasa makhluk tu diserang oleh siapa?"

"Huruf lah." Chen menjawab. "Siapa lagi."

"Tapi kenapa makhluk tu tak hancur jadi cecair?" Chanyeol memandang Chen. Chen terdiam tidak menjawab.

"Betul juga." Suho mencelah sambil berfikir. "Sebelum ni kalau kita bunuh makhluk tu dengan kuasa kita... Mesti ia akan hancur jadi cecair tu."

Semua kini baru tersedar. Memang benar apa yang mereka katakan. Kenapa makhluk yang mereka jumpa itu hanya menjadi keras dan tidak hancur?

"Sebab kuasanya lain sikit."

Serentak semua orang menoleh memandang ke arah Luhan yang dari tadi asyik meneliti anak panah keperakan yang dicabut dari badan makhluk yang mereka jumpa itu dengan mata tajamnya.

"Apa maksud awak?" tanya Suho sambil merenung lelaki itu pelik.

Kris tersentak tiba-tiba ketika memandang anak panah itu seperti baru tersedar akan sesuatu. "Jangan cakap yang...."

Luhan hanya mengangguk-angguk sambil menarik nafas panjang.

"Apa???" Chen mendesak kebingungan kerana ingin tahu. "Apa yang kami tak tahu ni??"

Suho, Chanyeol dan Tao turut memandang Kris dan Luhan silih-berganti.

"Sebab kuasa Huruf yang ada di sini belum lengkap." selamba Luhan bersuara dengan nada mendatar.

"Belum lengkap??" Ulang mereka serentak.

Luhan hanya mengangguk-angguk. "Kuasanya sebenarnya hanya separuh. Separuh lagi dia belum jumpa."

"Belum jumpa??" Chanyeol memandang Luhan agak hairan. "Ada kuasa macam tu ke?"

"Ya." Kris mencelah. "Satu-satunya kuasa yang ada penggabungan. Kuasanya boleh bergabung dengan orang lain."

"Kuasa siapa?" Tanya Chen pula.

"Kuasa saya."

Serentak semua orang memandang Luhan agak tercengang dengan mulut ternganga. "Kuasa awak??"

Luhan mengangguk-angguk.

"Tapi awak tu kan ada banyak kuasa." Chen bersuara lagi.

"Kuasa utama saya." beritahu Luhan. "Kuasa petir saya."

"Bagaimana pula kuasa tu boleh digabungkan dengan awak?" Chanyeol merenung Luhan.

Luhan segera memandang anak panah yang berada ditangannya itu. "Melalui anak panah ini."

"Luhan boleh salurkan kuasanya pada anak panah tu." Kris bersuara apabila melihat wajah mereka masih berkerut.

"Macam mana boleh....."

Kata-kata Suho terhenti apabila melihat anak panah yang dipegang oleh Luhan kelihatan terang berwarna perak dengan urat-urat seperti kuasa elektrik menyelaputinya. Semua orang tercengang. Kuasa petir Luhan kini menyelaputi anak panah itu.

"Wow...."

Luhan menghentikan semula kuasanya kemudian meletakkan anak panah itu di atas katil betul-betul di sebelahnya.

"Saya rasa makhluk tu datang cari Huruf di sini." beritahu Kris. "Saya rasa mereka dah tahu ada seorang yang berada di sini."

"Kalau macam tu kita mesti bertindak dengan cepat!" ujar Chen kelihatan bersemangat.

"Tapi nak bertindak macam mana?" tanya Tao.

"Ya." sampuk Suho. "Kita masih belum jumpa petanda siapa orangnya."

"Satu-satunya petanda yang kita ada..." Chanyeol memandang semua orang di situ. "Orang tu pasti dalam keadaan yang berjaga-jaga dan berhati-hati."

"Kenapa pula?" Tanya Suho.

"Sebab dia dah berapa kali diserang dan mampu bertahan." jawab Chanyeol.

Suho mengangguk-angguk tanda faham. "Maknanya orang itu tahu yang dia sedang diburu."


A/n: Since, the reader increase again, I make an update. Saya akan update lagi kalau dah 1.4k. :) Saya nak cerita ne cepat selesai di post sebab saya nak post story lain pulak. Hehehe~

Another HUNHAN moments~

> VOTE & COMMENT <

पढ़ना जारी रखें

आपको ये भी पसंदे आएँगी

184K 20K 37
keperitan seorang wanita yang menjalani hidupnya dalam keadaan yang sedang mengandung.. Na jaemin lelaki yang tidak mengakui yang dia telah mengandun...
boyfriend. ‎ द्वारा

फैनफिक्शन

2.4K 455 28
꒰ complete ꒱ ❧ kevin moon. stranger to lovers real quick. started : oct 12 2022 ended : jan 16 2023 © -milkyuuu. 2023
ustazah aina joker द्वारा

फैनफिक्शन

78.3K 385 18
kisah seorang ustazah sekolah agama terjebak ke pelacur
12.1K 2.2K 34
Ghost Bride, satu amalan yang tidak asing di Kota Hayan. Amalan dimana keluarga dari golongan saudagar kaya dan bangsawan mengahwinkan anak laki-laki...