Huruf (EXO Version) ✔

By Shim_Yoo

116K 9.3K 856

MALAY When four leader find their own people. Kris dan Luhan keluar untuk misi mencari dan mengumpulkan kesem... More

Prolog
Please Read Before Continue!
Permulaan I
Permulaan II
Misi I
Misi II
Rahsia I
Rahsia II
Kuasa Angin
Pindah
Kuasa Cahaya
Kuasa Pasir I
Kuasa pasir II
Kuasa Air
Jangan Cari Pasal
Kuasa Yang Tidak lengkap
Kuasa Panah
Latihan Yang Membunuh
Bukan Salah Sesiapa
Kuasa Akar
Kuasa Tembakan Mata
Kuasa Pembeku
Markas
Permainan
Puncanya
Bebola Kristal
Ukiran Batu
Kongsi Kuasa
Berbeza Kehidupan
Kristal Biru
Kristal Ungu
Kristal Merah
Kristal Hitam
***Not an update
Kuasa Lima Kristal
Semua Berubah
Permainan Terakhir
Mengawasi
Diceroboh
Si Lelaki Penyembuh
Kehilangan
Dendam
Kosong
Perang
Ketua Terakhir
Empat Tahun Kemudian
Sequel??

Lawan Pedang

2.7K 213 33
By Shim_Yoo


Kereta besar berwarna hitam itu meluncur laju menyusuri jalan raya yang amat lengang itu.. Di kiri dan kanan jalan hanya dipenuhi hutan belukar.. Semakin lama semakin tinggi kawasan yang mereka tuju itu kemudiaan curam kembali.. Ia seperti sedang balik ke kampung halaman yang berpuluh-puluh batu jauhnya..

Chanyeol memandu kereta itu dengan tenang.. Perjalanan mereka terasa amat jauh berbatu-batu.. Sudah sebelas jam mereka memandu tanpa henti.. Dua jam pertama Kris memandu kereta kemudian digantikan oleh Luhan yang memandu selama lima jam.. Setelah itu baru lah Chanyeol menggantikan tempatnya kerana risau memandang lelaki itu yang semakin lemah akibat mengantuk.. Lelaki itu memandang cermin tengah sekali imbas untuk melihat orang-orang di dalam kereta itu sama ada masih hidup atau tidak.. Kris dan Luhan yang duduk di kerusi paling belakang hanya merebahkan kepala di kerusi sambil memandang ke luar tingkap tidak bersuara.. Suho dan Chen yang duduk di kerusi tengah pula mengeliat baru bangun dari tidur yang lena.. Tao yang duduk di sebelah Chanyeol hanya berdiam diri sambil memandang ke luar tingkap.. Lelaki itu langsung tidak tidur di sepanjang jalan.. Entah apa yang difikirkannya..

"Luhan!"

Luhan segera memandang Chanyeol dari belakang kerana Chanyeol kini sedang memandu dan tidak dapat untuk melihat wajah Luhan.. Dia hanya mampu memandang Luhan melalui cermin tengah itu sahaja..

"Ada apa, Chanyeol.?"

"Ini ke tempatnya.?" tanya Chanyeol serta-merta..

Luhan segera memandang ke luar tingkap sambil membetulkan kedudukannya.. Yang lain juga melakukan hal yang sama.. Chanyeol kini sudah memberhentikan keretanya di sebuah kawasan berumput hijau yang amat cantik dan luas.. Terdapat sebuah perkampungan kecil yang mana setiap tempat di situ diperbuat daripada kayu, papan dan daun nipah.. Tempat itu sangat terpencil dan sukar untuk ke sana.. Ia memerlukan masa berjam-jam untuk sampai ke tempat itu..

"Saya rasa ini lah.." ucap Luhan masih memandang sekeliling walaupun dia sendiri sebenarnya kurang pasti dengan jawapan itu..

Satu-persatu mereka turun dari kereta itu sambil memandang sekeliling dalam keadaan bingung bagaimanapun udaranya amat nyaman sekali membuatkan mereka merasa amat tenang..

"Kita masih dalam negara kan.?" Tanya Chen tiba-tiba..

Tiada seorang pun yang menjawab soalan itu kerana masing-masing tidak tahu apa jawapan sebenar.. Mereka hanya mampu mengikut peta yang mereka dapat daripada laman sesawang..

"Ia nampak macam perkampungan orang asli.." komen Suho sambil cuba melihat apa orang-orang di situ tengah buat..

Bentuk rumah mereka amat unik.. Pakaian mereka juga sangat pelik dan agak ganjil bagi zaman moden seperti sekarang.. Aktiviti yang mereka lakukan juga jarang dibuat di negara ini..

"Ah..." Kris menghirup udara di situ yang terasa amat segar sekali.. "Udara seperti ini lah yang baik.."

Luhan hanya menggelengkan kepalanya kerana lelaki itu asyik membebel di kawasan sebelum ini yang asyik hujan.. Sekurang-kurangnya telinganya tidak perlu mendengar leteran memanjang dari lelaki itu..

"Dah, turun kan barang-barang.." arah Suho..

Tao membantu Chen dan Chanyeol menurunkan barang-barang dari kereta.. Luhan dan Suho hanya menggelengkan kepala melihat perangai Kris yang masih dengan lagak seorang pelancong menghirup udara segar.. Chen segera menghulurkan beg yang diturunkannya kepada Suho..

"Thanks!" ucap Suho lalu menyambutnya..

Luhan mencapai beg yang dihulurkan oleh Chanyeol kepadanya tanpa apa-apa ucapan pun.. Tao yang menawarkan dirinya sendiri berjalan perlahan-lahan mendekati Kris sambil menghulurkan beg sandang yang dipegangnya kepada lelaki itu..

Kris tersentak memandang Tao yang berdiri di sebelahnya.. Serta-merta senyuman lebarnya menghirup udara segar itu tadi hilang.. Tidak semena-mena dia menolak lelaki itu kuat dan menyebabkan Tao jatuh terjelepuk ke tanah..

"Jangan dekatkan diri awak tu dengan saya!!" Kris menempik agak kasar lalu menyambar beg sandangnya yang masih dipegang oleh Tao kemudian berjalan pergi dari situ..

"Kris!!"

Chanyeol dan Suho terus mengejar Kris sambil memandang simpati ke arah Tao yang tunduk dengan wajah yang sayu. Mereka tidak mampu berkata apa-apa. Sejak hari Kris mengamuk di rumah sewa itu, Tao diselubungi rasa bersalah yang teramat sangat.. Dia cuba memperbaiki hubungannya dengan Kris yang sememangnya dingin sejak pertama kali mereka bertemu itu lagi bagaimanapun Kris langsung tidak berminat.. Dia tidak tahu apa salahnya..

Luhan membantu Tao untuk bangun.. Chen turut berdiri di situ kerana kasihan melihat Tao..

"Awak okey.?" Tanya Luhan..

Tao menarik nafas panjang kemudian tersenyum lalu mengangguk walaupun lain pada hakikatnya..

"Jom!"

Mereka bertiga segera berjalan menyusul Kris, Chanyeol dan Suho..

"Apa khabar, semua.?" sapa seorang lelaki tua dengan rambut putih yang semakin sedikit di kepalanya sambil tersenyum ceria menyambut kedatangan mereka.. Di belakangnya, ada dua orang lelaki sebaya mereka dengan baju pelik seperti seorang tukang gaji kelihatan teruja.. Perkampungan itu kelihatan sibuk dengan aktiviti harian mereka masing-masing..

"Kamu yang datang di sini untuk melawat tu kan.?" tanya lelaki tua itu..

"Ya.." Chanyeol menjawab pantas apabila kawan-kawannya yang lain mula kebingungan.. Hanya dia dan Luhan yang tahu mengenai rancangan 'lawatan' itu.. "Saya yang hantar permohonan itu.."

"Baik! Mari ikut saya.." arah lelaki itu kemudian mula berjalan.. Serentak mereka semua berpandangan seketika kemudian menyusul lelaki tua itu bersama dua orang lelaki yang bersamanya tadi..

"Bila pula awak hantar permohonan.?" Bisik Chen..

Chanyeol menyigung lelaki itu.. "Ada lah.."

Mereka berjalan melintasi orang ramai yang kini sedang memandang mereka pelik seolah-olah mereka adalah makhluk asing yang datang dari planet Pluto.. Terdapat segelintir orang yang sedang memotong kayu, mengangkat air dan sebagainya.. Ada juga yang mengasah pedang menyebabkan mereka semua ternganga.. Di zaman sekarang, sukar untuk melihat pedang seperti itu..

"Ini bilik kamu.." lelaki tua itu menuding ke arah sebuah khemah yang agak besar.. Serentak mereka semua mengangguk-angguk..

"Di sini.. Kamu tidak dibenarkan berpakaian begini.." lelaki tua itu memandang mereka satu-persatu dari atas ke bawah..

Serentak mereka semua berpandangan lalu memandang diri mereka masing-masing untuk melihat apa yang tidak kena..

"Maksud saya ia terlalu moden.." beritahu lelaki tua itu.. "Di sini kami ada pakaian khas.."

"Pakaian khas.??" Ulang mereka serentak..

Lelaki tua itu hanya mengangguk-angguk..

"Pakaian yang macam mana.?" tanya Kris..

Lelaki tua itu segera memandang dua lelaki yang bersamanya sejak tadi lalu memberi satu isyarat yang hanya difahami oleh mereka sendiri.. Lelaki tua itu memandang semula ke arah Kris dan yang lain.. "Tiga daripada kamu boleh ikut dua lelaki ini.. Dan tiga lagi...." lelaki tua itu memandang Tao membuatkan Tao terkejut dan teragak-agak.. "Ikut saya.."

Lengan Tao ditarik kuat oleh lelaki tua itu.. Yang lain hanya berpandangan sebelum Suho dan Chen menyusul Tao. Tao hanya mampu memandang yang lain dengan wajah meminta pertolongan seolah-olah sebentar lagi dia akan dipanggang hidup-hidup oleh orang-orang di situ..

Luhan, Kris dan Chanyeol segera masuk ke dalam khemah yang dikatakan sebagai bilik mereka sebentar tadi dan menyusul dua lelaki yang hanya berdiam diri seperti orang bisu itu..

"Hai, saya Jaebum.. Dan ini Jackson.." lelaki yang agak tinggi itu bersuara.. "Kamu semua kena pakai pakaian yang kami sediakan.."

"Mana.?" Selamba Kris bertanya..

Jaebum dan Jackson menuding ke arah katil yang tersedia tiga di situ.. Buat seketika, mereka agak kagum dengan kebesaran khemah yang boleh memuatkan tiga buah katil di situ..

"Kamu boleh ambil baju di katil masing-masing.." ujar Jaebum sambil tersenyum ceria..

Mereka berjalan perlahan-lahan menuju ke katil masing-masing seolah-olah tahu yang mana satu katil untuk mereka.. Mereka langsung tidak berminat dengan posisi katil itu tapi tidak sabar untuk melihat jenis baju yang macam mana mereka harus pakai.. Mereka terus membelek-belek baju itu..

"Kamu boleh tukar sekarang.." beritahu Jaebum dengan senyuman manisnya yang tidak pernah lari.. "Kami akan tunggu di luar.."

"Baiklah, terima kasih.." ucap Luhan.. Jaebum dan Jackson hanya tersenyum kemudian keluar dari khemah itu..

Chanyeol memandang baju yang ada ditangannya seketika.. "Patut lah mereka tanya saiz waktu saya hubungi mereka hari tu.."

"Macam mana awak hubungi mereka.?" Tanya Kris masih tidak puas hati..

"Guna emel.."

"Emel.??" Kris membesarkan matanya.. "Mereka ada emel ke.?? Maksud saya kat kampung ni.?"

"Kris..." Luhan mencelah.. "Hanya budaya mereka yang lain.. Mereka juga manusia dari abad kita.. Tak ada beza.. Cuma mereka lebih nak hidup dengan alam sekitar dan cara mereka sendiri.. Tapi mereka tetap tahu bagaimana dunia luar.."

Kris hanya mengangguk-angguk faham..

"Dah.. Jom tukar!" ujar Chanyeol agak bersemangat langsung tidak berminat untuk meneruskan perbualan itu..

Tidak berapa lama kemudian, mereka semua selesai menukar pakaian yang diambil dari katil masing-masing.. Pakaian itu seperti pakaian 'kung fu' yang digunakan oleh orang-orang Cina.. Mereka memakai seluar berwarna putih, baju berwarna putih di dalam dan memakai satu jubah panjang tidak sampai ke paras lutut yang seakan-akan pakaian tradisional Jepun iaitu kimono kerana ia ada tali dipinggang yang perlu diikat di pinggang mereka supaya jubah itu tidak terbuka.. Mereka turut memakai but lembut berwarna hitam juga diikatd dengan tali yang diperbuat daripada kain..

"Kita nak berkungfu ke apa ni.?" Luhan memandang pelik dirinya sendiri apabila memakai baju itu..

"Payahnya nak pakai baju ni.." rungut Kris dengan muka bengis.. "Banyak sangat lapisnya.."

Chanyeol tidak memberi apa-apa komen.. Warna baju mereka semua berbeza-beza.. Kris memakai jubah berwarna hitam, Luhan pula memakai jubah berwarna keperakan, manakala Chanyeol memakai jubah berwarna kelabu. Di tangan mereka telah dililit satu kain berwarna putih.. Perlahan-lahan mereka berjalan ke luar khemah.. Baru mereka perasan semua jenis baju di situ sama dengan baju yang mereka pakai termasuk baju yang dipakai oleh Jaebum dan Jackson..

Kelihatan Tao, Suho dan Chen sudah selesai bertukar baju.. Tao memakai jubah berwarna hitam sama macam Kris, Suho pula memakai jubah berwarna perang, manakala Chen memakai Jubah berwarna coklat..Mereka semua segera berjalan beriringan menyusul Jaebum dan Jackson..

"Kegiatan apa yang kamu lakukan di sini.?" tanya Chanyeol..

"Kami menjalankan aktiviti sama seperti orang lain.." jawab Jaebum.. "Seperti bercucuk tanam... Memotong kayu.."

Luhan dan Kris berpandangan seketika.. Serta-merta kampung mereka muncul dalam ingatan kerana aktiviti yang dilakukan adalah sama..

"Kami juga ada sukan tersendiri.." sampuk Jackson..

"Sukan.??" Ulang mereka semua serentak kerana ingin tahu apa jenis sukan yang mereka lakukan di tempat seperti itu..

Jackson mengangguk-angguk.. "Tapi sukan-sukan kami amat berbeza.. Sukan kami adalah satu jenis latihan yang memerlukan kami untuk menggunakan senjata.. Lebih kepada seni mempertahankan diri.."

"Senjata.??" ulang Chen..

Jaebum mengangguk-angguk.. "Kami berlatih bermain pedang, memanah..."

"Wow!" Suho agak teruja bagaimanapun suaranya ditenggelami oleh orang ramai yang sedang berkumpul di satu tempat..

"Ia sudah mula!" pekik Jaebum agak teruja.. "Mari!"

Serentak Kris, Luhan, Chanyeol, Suho, Chen dan Tao berpandangan seketika agak kebingungan bagaimanapun menyusul Jaebum dan Jackson yang berlari ke arah kumpulan orang ramai itu.. Orang ramai di situ bersorak-sorak dengan perasaan teruja.. Mereka kini cuba melihat apa yang ada di tengah-tengah bulatan orang ramai itu..

Terdapat dua orang lelaki yang sedang bertarung dengan menggunakan pedang.. Mereka berlawan dengan bersungguh-sungguh.. Bunyi padang amat membingitkan telinga kerana ia berdesing kuat tanpa henti..

"Ini adalah perlawanan yang paling terkenal di sini.." bisik Jaebum sambil matanya masih memandang ke arah dua lelaki yang sedang berlawan itu..

"Adakah...." Luhan mengerutkan dahinya sambil merenung tajam pedang yang sedang digunakan oleh kedua-dua lelaki itu.. "Itu adalah pedang asli.?"

Jaebum mengangguk-angguk.. "Ya.."

"Asli.??" Luhan terkejut lalu membesarkan matanya.. "Bagaimana kalau terkena dengan orang yang berlawan.?"

"Tak akan.." Jackson mencelah.. "Sebab permainan ni ada peraturan.. Awak kalah bukan sebab tercucuk pedang tapi sama ada pedang awak terlepas dari tangan atau pihak lawan dah halakannya pada pada awak.."

Luhan hanya mampu mengangguk-angguk.. Kawan-kawannya yang lain kini sudah fokus menonton perlawanan itu kerana ia adalah satu perkara yang baru dan belum pernah dilihat betul-betul di hadapan mata..

"Siapa lelaki yang berkulit putih tu.?" tanya Chanyeol dengan matanya masih merenung lelaki yang dimaksudkannya itu..

"Itu Oh Sehun.." jawab Jaebum.. "Dia adalah orang yang paling mahir dalam permainan pedang di sini.. Tak pernah ada orang dapat kalahkan kehebatannya.. Dan dia juga sangat kacak!!"

Kris dan Luhan serentak menoleh memandang Jaebum yang kini sedang tersipu-sipu sambil tersenyum memandang lelaki yang sedang bermain pedang itu.. Chanyeol dan Suho hanya menggelengkan kepala, manakala Chen dan Tao langsung tidak mempedulikan mereka.. Mereka berdua sedang asyik menonton perlawanan pedang itu..

"Hebat betul lah lelaki tu!" puji Chen agak bersemangat..

Perlawanan kini sudah tamat.. Kemenangan tetap berpihak kepada lelaki yang bernama Oh Sehun itu.. Lelaki itu kelihatan tercungap-cungap masih menggenggam erat pedang yang dipegangnya..

"Ada sesiapa lagi yang ingin berlawan.?" tanya seorang lelaki yang menjadi pengadil sejak dari tadi.. "Ada tak.??"

Tiada apa-apa sahutan daripada penonton.. Lelaki itu berputar memandang semua orang untuk melihat jika ada yang menawarkan diri.. "Ada tak.??"

"Ada!!"

Keriuhan tempat itu disebabkan orang ramai yang bersorak sambil bercakap tiba-tiba menjadi sunyi sepi.. Semua mata kini tertumpu ke arah Kris yang sedang mengangkat tinggi tangan kanannya..

"Kris, awak dah buang tebiat ke.?" Chen bersuara separuh berbisik..

Chanyeol, Tao dan Suho turut memandang lelaki itu kerana ragu-ragu jika Kris masih waras.. Luhan hanya merenung lelaki itu tajam..

"Awak.??" pengadil itu agak hairan melihat Kris sambil mengerutkan dahinya.. Sehun juga kelihatan ragu-ragu..

"Ya..." Kris tersenyum lalu menurunkan tangannya.. "Bukan saya.. Tapi dia.."

Tidak semena-mena Kris memegang bahu Luhan.. Semua orang kini mengalihkan pandangan mereka ke arah Luhan..

"Hoi!!" Luhan menepis tangan Kris.. Dia sudah agak Kris akan menuding jari ke arahnya..

"Awak pergilah lawan dia.." bisik Kris sambil tersenyum..

"Awak dah gila.?!!" Luhan membentak secara perlahan kerana semua mata kini memandang ke arah mereka.. Ingin saja dia menumbuk muka lelaki itu sehingga cedera supaya dia tidak melihat lagi senyuman sinisnya..

"Lawan je lah.. Saya nak tengok siapa lebih hebat.."

Belum sempat Luhan membalas kata-kata Kris, pengadil itu sudah mencengkam bajunya agak kuat.. Luhan ditarik ke tengah-tengah gelanggang.. Semua orang mula bersorak kerana perlawanan akan berlangsung lagi.. Chen, Chanyeol, Suho dan Tao hanya tercengang memandang Luhan agak simpati..

Pengadil itu menghulurkan sebilah pedang kepada Luhan.. Luhan memandang kawan-kawannya meminta pertolongan kemudian menyambut pedang itu dengan perasaan yang ragu-ragu.. Ia sedikit berat.. Luhan dapat mengesahkan ianya pedang yang asli..

"Kris, apa awak buat.?" bisik Chanyeol agak risau..

"Ini tentunya perlawanan yang hebat.." Kris agak teruja..

"Sedia!! Mula!!"

Luhan dan Sehun berpandangan antara satu sama lain.. Buat seketika, Luhan dapat merasakan yang dia akan mati di situ.. Sehun mula menyerang secara tiba-tiba menyebabkan Luhan terkejut lalu terundur seketika.. Semua orang mula bersorak.. Suho, Chanyeol, Chen dan Tao seperti tidak sanggup menonton.. Mereka tidak mahu mengetahui apa kesudahannya..

"Lawan balik.. Jangan diam je.." gumam Sehun yang hanya didengar oleh dia dan Luhan..

Luhan terkedu mendengar kata-kata lelaki itu.. Tidak semena-mena Sehun menyerang lagi.. Kali ini Luhan dapat bertahan menggunakan pedang yang dipegangnya kemudian menyerang balik menyebabkan Sehun terundur..

"Wow!!" serentak Tao, Suho dan Chen tergamam.. Chanyeol hanya tercengang memandang Luhan..

Sehun tersenyum apabila Luhan membalas serangan itu.. "Kali ni... Kita main betul-betul.."

Luhan sepertinya tidak lagi gentar.. Dia segera teringat dengan zaman kanak-kanaknya di kampung.. Mereka ada diajar bermain pedang dan itu adalah permainan yang paling digemarinya.. Sehun menyerang lagi.. Begitu juga dengan Luhan.. Perlawanan kali ini amat sengit.. Kehebatan Sehun tiada tandingan.. Begitu juga dengan Luhan.. Masing-masing mengeluarkan kehebatan mereka..

"Wow...." Chanyeol kelihatan teruja..

Tiba-tiba sahaja tempat itu menjadi sunyi sepi.. Sorakan dan jeritan kini sudah hilang secara tiba-tiba.. Semua mata kini terbeliak memandang Luhan.. Lelaki itu kini berjaya menjatuhkan Sehun.. Sehun terbaring di tanah agak terpinga-pinga.. Pedangnya terlepas tidak jauh darinya.. Luhan menghunuskan pedangnya tepat di dada lelaki itu sambil tercungap-cungap.. Keadaan sunyi seketika seolah-olah masa sedang terhenti..

Tidak semena-mena Sehun mencapai pedangnya dengan pantas lalu berdiri semula.. Dia menepis kuat pedang Luhan.. Luhan yang dalam keadaan terkejut tidak dapat berbuat apa-apa.. Pergerakan Sehun terlalu pantas.. Lelaki itu kini mencengkam lengan Luhan lalu dipulaskan ke belakangnya dan meletakkan pedangnya tepat di leher Luhan.. Luhan tidak dapat berbuat apa-apa kerana pedangnya sudah berada ditangan lelaki itu.. Dia kini hanya mampu mengangkat kedua-dua tangannya tanda dia sudah kalah..

"Perlawanan tamat!! Sehun menang!!" jerit pengadil itu..

Sorakan yang tadinya hilang kini kedengaran semula.. Semua orang bertepuk tangan sambil bersorak.. Sehun melepaskan Luhan sambil memandang lelaki itu agak tercungap-cungap.. Luhan meregang-regangkan otot tangan kanannya lalu mengembalikan pedang yang dipegangnya kepada pengadil tadi.. Dia berjalan menuju ke arah kawan-kawannya semula dengan wajah yang kepenatan..

"Luhan! Tak sangka awak hebat bermain pedang!" puji Suho agak teruja..

"Ya!" sokong Tao yang masih tercengang memandang lelaki itu.. "Awak memang hebat!"

"Hebat apa.. Dah kalah pun!" keluh Luhan..

Kris segera memegang bahu kawan baiknya itu.. "Bertenanglah.. Awak hampir dapat kalahkan dia juga pun.."


A/n: Kyaaaaa!!!! HUNHAN FEELS~~~ Hahaha. My favourite part is waktu Sehun & Luhan lawan pedang. Wahhhh. Ingat ya. Cerita ni cerita OTP. Bromance. Kalau tak selesa jangan baca. Sebab cerita asal melibatkan lelaki & perempuan. EXO tak ada perempuan. So, jadi macam ni lah. Leave me your feedback. :)

> VOTE & COMMENT <

Continue Reading

You'll Also Like

38.8K 2.9K 157
BoBoiBoy dan kawan-kawan menjalani hari yang biasa di stesen TAPOPS. Sehinggalah power sfera perentas dimensi Gigabot tiba. Gigabot: Urgh.... BoBoiBo...
742 121 29
MALAY FANFICTION "Kita akan dapat pengakhiran yang indah kan?" Dia cuma mahu pengakhiran yang indah bersama boyfriendnya yang flirty itu. ❦150922~07...
1.9K 275 9
❝ Kalau awak tau perangai saya macamni, kenapa dulu awak beria sangat nak dengan saya? ❞ - unknown. 🍒start. ²⁶/⁰¹/²⁰ 🍑end. ²⁸/⁰⁵/²⁰
62.8K 8.5K 27
~Sambungan dari:~ Comic | NCT Neo Culture Technology 2 | NCT Maafkan aku tapi aku janji ni kali terakhir aku libatkan korang dalam bahaya... Highest...