Huruf (EXO Version) ✔

By Shim_Yoo

116K 9.3K 856

MALAY When four leader find their own people. Kris dan Luhan keluar untuk misi mencari dan mengumpulkan kesem... More

Prolog
Please Read Before Continue!
Permulaan I
Permulaan II
Misi I
Misi II
Rahsia I
Rahsia II
Kuasa Angin
Pindah
Kuasa Pasir I
Kuasa pasir II
Kuasa Air
Jangan Cari Pasal
Lawan Pedang
Kuasa Yang Tidak lengkap
Kuasa Panah
Latihan Yang Membunuh
Bukan Salah Sesiapa
Kuasa Akar
Kuasa Tembakan Mata
Kuasa Pembeku
Markas
Permainan
Puncanya
Bebola Kristal
Ukiran Batu
Kongsi Kuasa
Berbeza Kehidupan
Kristal Biru
Kristal Ungu
Kristal Merah
Kristal Hitam
***Not an update
Kuasa Lima Kristal
Semua Berubah
Permainan Terakhir
Mengawasi
Diceroboh
Si Lelaki Penyembuh
Kehilangan
Dendam
Kosong
Perang
Ketua Terakhir
Empat Tahun Kemudian
Sequel??

Kuasa Cahaya

2.5K 219 8
By Shim_Yoo


Luhan meregang-regangkan otot lehernya yang terasa sakit.. Sudah berapa jam dia menghadap komputer ribanya itu untuk mencari maklumat.. Chanyeol turut menghadap komputer riba miliknya sendiri bagi membantu Luhan.. Kris hanya duduk kebosanan.. Dia memang tidak tahu bagaimana hendak menggunakan peralatan canggih untuk mencari maklumat dan dia memang tidak mahu melakukan kerja itu.. Rumah sewa mereka itu juga kelihatan suram tanpa sebarang yang boleh menceriakan bila dipandang..

"Awak rasa betul ke salah satu daripada puak huruf ada di sini.?" tanya Chanyeol ketika menyuapkan kekacang yang dibeli ke dalam mulutnya..

"Dengar cerita budak Jimin tu.... Saya pasti ada satu di sini.." jawab Kris.. "Walaupun banyak sangat andaian mengarut yang dia buat.."

"Tapi kamu rasa siapa yang membunuh.?" tanya Chanyeol lagi..

"Saya tak pasti.. Tapi saya yakin orang yang menyelamatkan Jimin tu adalah salah seorang daripada huruf.." Luhan mencelah..

Tiba-tiba sahaja kedengaran satu bunyi seperti bergerak-gerak dari atas meja di belakang sofa betul-betul di tempat Kris duduk.. Satu cahaya menerangi bilik itu menyebabkan Kris segera mencapai beg sandangnya itu lalu mengeluarkan satu kotak keperakan yang sentiasa diperiksanya.. Chanyeol dan Luhan hanya mampu memandang sambil mengecilkan mata akibat kesilauan..

Perlahan-lahan Kris membuka kotak keperakan itu dan mencapai seutas rantai yang kini sedang bercahaya.. Rantai berbuah huruf 'Q' itu bertukar menjadi debu dan hilang serta-merta.. Kris dan Luhan segera mendengus perlahan..

"Kita dah terlambat lagi.." keluh Kris..

Luhan hanya mampu menarik nafas panjang..

"Okey.." Chanyeol agak kebingungan sambil tercengang memandang apa yang terjadi.. Dia mengenyit-ngenyitkan matanya yang terasa perit akibat kesilauan cahaya tadi.. "Apa maksudnya tu.?"

Serentak Kris dan Luhan memandang Chanyeol.. Mereka baru perasan bahawa itu adalah pertama kali Chanyeol melihat kemusnahan rantai itu dan mereka juga belum memberitahu dia mengenai hal itu..

"Rantai ni..." Kris menunjukkan rantai yang tergantung dilehernya.. "Adalah seperti kita.."

Chanyeol mengerutkan dahinya.. "Maksudnya.??"

"Jika kita mati... Ia juga akan turut musnah.."

Chanyeol agak terkejut kemudian memandang kalungnya seketika lalu memandang kotak keperakan yang berada ditangan Kris.. "Jadi maknanya...."

Kris dan Luhan hanya mengangguk-angguk sebelum sempat Chanyeol menghabiskan kata-katanya..

Tiba-tiba kedengaran satu dentuman yang amat kuat bergema dari luar menyebabkan ketiga-tiga lelaki itu terkejut lalu berpandangan sesama sendiri..

"KUNCI SEMUA RUMAH KAMU!!!"

Satu suara kedengaran menjerit di luar disusuli dengan bunyi derapan pintu dan tingkap yang direntap kuat dari segenap arah.. Chanyeol, Luhan dan Kris tersentak lalu berlari ke tingkap untuk melihat apa yang terjadi.. Semua orang berlari kelam-kabut masuk ke dalam rumah dan menutup semua rumah mereka.. Tidak sampai beberapa minit kemudian, jalan raya dan kawasan perumahan itu jadi sunyi.. Tiada seorang manusia pun yang kelihatan.. Hanya kedengaran bunyi dentuman dan tembakan yang entah dari mana.. Ia kini seperti taman perumahan yang bakal dirobohkan tidak lama lagi..

"Apa dah berlaku.?" Chanyeol kebingungan..

"Tengok tu!"

Serentak Luhan dan Chanyeol menoleh.. Kris kini menuding ke arah satu tempat di mana cahaya kemerahan sedang berlegar-legar di udara..

"Jom!"

Kris mencapai jaketnya lalu segera berlari keluar.. Chanyeol memandang Luhan yang hanya mengangguk kemudian berlari menyusul Kris.. Cahaya kemerahan itu semakin jelas kelihatan apabila mereka keluar.. Bunyi tembakan di merata-rata tempat itu juga semakin kuat.. Mereka segera berlari ke arah cahaya itu untuk melihat dengan jelas apa yang sedang berlaku..

Sesampainya mereka di sana, kelihatan beberapa lembaga berkelubung sedang melepaskan tembakan ke merata-rata tempat tanpa apa-apa sasaran..

"Tolong!!!"

Serentak Kris, Luhan dan Chanyeol tersentak.. Mereka dapat mendengar jeritan seseorang dari segenap arah.. Mata mereka kini liar mencari siapa pemilik suara itu dalam keadaan samar-samar..

"Jimin!!"

Serentak Kris dan Luhan memandang Chanyeol yang sedang menuding ke arah sesuatu.. Jimin sedang terbaring di atas jalan raya sambil terincut-incut menangis meminta tolong..

Salah satu daripada lembaga berkelubung itu berjalan perlahan-lahan mendekatinya.. Luhan, Kris dan Chanyeol berpandangan seketika kemudian mengangguk tanda mereka kena bertindak.. Luhan menghalakan tangan kanannya ke arah lembaga berkelubung yang sedang berjalan menuju ke arah Jimin itu.. Satu cahaya keperakan keluar dari tangan kanannya dan terkena tepat ke arah lembaga itu.. Ia meletup serta-merta menjadi cecair berwarna kuning yang menggelikan..

"Euwww!! Apa pula ni.?" Luhan kegelian apabila cecair berwarna kuning itu terkena di badannya..

Apabila tersedar mereka telah diserang, beberapa lembaga berkelubung tadi berjalan ke arah Jimin kerana menyangka lelaki itu yang mengeluarkan kuasa tadi..

"Light!!"

Langkah Kris dan Chanyeol yang hendak membantu Jimin terhenti apabila terdengar jeritan itu.. Luhan yang masih lagi membersihkan cecair yang terkena di badannya turut menoleh..

Satu cahaya berwarna kekuningan muncul entah dari mana dan menerangi kawasan itu.. Serentak Kris, Chanyeol dan Luhan menutup mata mereka dengan menggunakan tangan untuk cuba melindungi mata mereka daripada kesilauan cahaya itu yang dirasa boleh membutakan.. Serta-merta lembaga berkelubung tadi ghaib satu-persatu entah ke mana perginya..

"Nanti!!" jerit Luhan apabila kelibat yang mengeluarkan cahaya tadi berlari pergi dengan pantas dari situ..

"Chanyeol!" Kris memandang lelaki itu.. "Tolong bantu Jimin.."

Chanyeol tidak membantah kemudian berlari ke arah Jimin yang kini terbaring di jalan raya tidak sedarkan diri.. Kris memandang Luhan kemudian mengangguk sebagai tanda isyarat mereka perlu bertindak.. Kris dan Luhan segera berlari menuju ke tempat kelibat itu lari..

Tiba di satu lorong, kelibat itu sudah tidak kelihatan lagi.. Lorong itu kelihatan sunyi dan langsung tiada orang..

"Mana dia pergi.?" tanya Kris agak tercungap-cungap kerana berlari terlalu pantas tadi..

"Tak tahu!" Luhan kini terbatuk-batuk sambil cuba membetulkan sistem pernafasannya..

"Jangan bergerak!!"

Luhan dan Kris tersentak.. Satu suara muncul dari belakang mereka menyebabkan mereka kaku tidak bergerak.. Tanpa disedari, mereka telah mengangkat kedua-dua tangan mereka seolah-olah mereka telah berjaya ditangkap oleh pegawai polis yang mencari penjenayah..

"Jangan bergerak!" ujar suara itu semakin keras dan kedengaran berlegar-legar di belakang mereka.. Luhan dan Kris tidak membantah.. Masing-masing berdiam diri masih mengangkat tangan..

"Kalau kamu bergerak... Saya akan bunuh kamu.."

Seorang lelaki dengan wajah berkerut yang seperti pernah dilihat oleh mereka berjalan ke hadapan sambil menghalakan tangan kanannya yang kosong tanpa apa-apa senjata yang merbahaya..

"Suho.?!!" serentak Kris dan Luhan bersuara sambil tercengang melihat lelaki itu berada di hadapan mereka..

"Ya..." Suho kelihatan agak terketar-ketar dengan wajah yang serius.. "Jangan kamu berani buat apa-apa!!"

Luhan dan Kris masih lagi tercengang tidak percaya memandang Suho yang kelihatan tidak senang dengan pandangan mereka..

"Adakah...." Kris mengerutkan dahinya memandang Suho.. "Awak yang keluarkan cahaya itu tadi.?"

Suho menelan air liurnya.. "Ya.. Jadi kenapa.??"

Kris segera ketawa sambil menurunkan tangannya, manakala Luhan pula hanya mengangkat keningnya juga menurunkan tangannya.. Suho kelihatan semakin takut.. Dia berundur sedikit demi sedikit..

"Kalau macam tu awak mesti huruf S.." Kris menarik nafas panjang sambil bercekak pinggang..

Suho kelihatan terkejut.. Dia merenung Kris dan Luhan tajam dengan mata yang terbuka luas tidak berkelip.. Dia menurunkan tangannya perlahan-lahan.. "Apa awak cakap.??"

"Mesti ada parut berbentuk huruf S kat lengan kanan awak tu kan.?" Luhan menuding ke arah lengan Suho yang tertutup dengan pakaian seragam kerjanya..

Suho memegang tangannya seolah-olah dia telah diserang satu virus melalui lengannya itu..

"Jangan takut lah, Suho.." pujuk Kris.. "Kita sama.."

"Sama.??" Ulang Suho.. "Maksudnya.??"

"Sama macam awak.." ujar Kris.. "Sedikit ganjil dari manusia biasa.."

Luhan memandang Kris kerana berasa janggal apabila terdengar perkataan ganjil itu kemudian memandang Suho semula.. "Macam ni lah.. Apa kata awak ikut kami dulu.? Ada banyak benda yang awak perlu tahu.."

------------------------------------------------------------------

Kris merentap daun pintu depan rumah sewa mereka itu.. Chanyeol yang duduk di ruang tamu sendirian memandang mereka agak cemas.. Luhan turut muncul di muka pintu betul-betul di belakang Kris..

"Macam mana.?" Tanya Chanyeol dengan nada sedikit risau.. "Ada jumpa apa-apa tak.?"

Kris dan Luhan tidak menjawab sebaliknya mengisyaratkan lelaki dengan wajah berkerut yang berada di belakang mereka itu masuk..

"Suho.?!!" Pekik Chanyeol apabila Suho melangkah masuk dalam keadaan teragak-agak memandang sekeliling..

"Masuk, Suho.." arah Kris kemudian menutup pintu rumah itu..

Mereka semua duduk di ruang tamu..

"Jimin macam mana.?" Luhan memandang Chanyeol..

"Dia okey.." ujar Chanyeol.. "Mungkin terkejut sebab tu dia pengsan.. Saya hantar dia ke klinik yang dekat je.."

"Ada dia tanya apa-apa.?" Tanya Luhan lagi..

Chanyeol menggelengkan kepalanya.. "Nampak macam dia rasa dia bermimpi je.."

Serentak Kris dan Luhan mengangguk-angguk..

"Apa dia buat kat sini.?" Chanyeol menuding ke arah Suho yang duduk kebingungan menggunakan mulutnya.. Kris dan Luhan hanya memandang lelaki itu..

"Dia lah orang yang kita cari.." Luhan menarik nafas panjang..

Chanyeol membesarkan matanya apabila terdengar kata-kata Luhan.. Dia memandang Suho lalu merenung lelaki itu seolah-olah Suho sedang memakai satu kostum haiwan yang pelik..

"Okey, baiklah.." Suho bersuara kerana tidak senang duduk.. "Apa dah berlaku sekarang ni sebenarnya.?"

Chanyeol, Kris dan Luhan tidak segera menajwab.. Mereka juga tidak tahu bagaimana hendak mula..

"Apa yang kamu nak.??" Tanya Suho..

"Okey, Suho..." Kris memandang lelaki itu.. "Apa yang awak tahu.?"

"Tahu apa pula.?" Suho mengerutkan dahinya..

"Pasal kebolehan awak tu.." ujar Kris..

Suho berdiam diri seketika.. Dia tidak berani menjawab kerana itu adalah rahsia dirinya..

"Beritahu je.." Chanyeol bersuara..

Suho menelan air liur sambil mengerutkan dahinya lalu cuba memikirkan sesuatu.. "Yang saya tahu... Saya boleh keluarkan cahaya dari tangan saya.."

"Sejak bila awak tahu yang awak ada keupayaan untuk buat macam tu.?" tanya Kris lagi..

Suho berfikir lagi.. "Saya tak berapa pasti.. Saya dah tak ingat.."

Chanyeol, Kris dan Luhan hanya mengangguk-angguk..

"Okey, baiklah!" Suho kelihatan naik angin.. "Kenapa kamu bawa saya ke sini.?? Kamu nak hantar saya ke balai polis ke.? Atau nak hantar saya ke rumah sakit jiwa.?! Nak cakap saya gila ke.?"

Luhan mengangkat sebelah keningnya memandang Suho.. Kris hanya memandang Suho serius sambil berpeluk tubuh, manakala Chanyeol hanya berdiam diri sambil menunggu tindakan Kris dan Luhan yang boleh dikatakannya lebih pakar dalam menguruskan hal itu kerana dia masih belum biasa..

Kris mendengus perlahan kemudian berpeluk tubuh dan bersandar di sofa.. "Waktu di restoran hari tu..." Kris memandang Suho.. "Kenapa awak cakap yang awak tak percaya semua tu.?"

"Sebab saya mesti jaga identiti supaya tak diketahui orang.." ujar Suho agak kasar.. "Semua orang pasti akan cakap saya gila atau tangkap saya dan hantar ke makmal untuk membuat ujikaji.. Saya bukannya makhluk asing!!"

"Boleh tak perlahankan suara awak tu.??" Kris bersuara agak keras.. "Kami bukannya pekak.."

"Okey..." Suho cuba menenangkan dirinya kemudian memandang ketiga-tiga lelaki itu dengan wajah yang sayu.. "Beginilah... Tolonglah lepaskan saya.. Jangan beritahu perkara ni pada orang lain.. Saya merayu!"

Kris, Luhan dan Chanyeol tidak membalas..

"Saya tahu benda ni sangat-sangat pelik tapi..." Suho merayu.. Dia agak tercungap-cungap tanpa sebarang sebab.. "Saya benar-benar bukan makhluk asing atau apa.. Saya tetap manusia.."

"Boleh tak awak bawa bertenang.??" Kris bersuara.. Terlalu penat mendengar Suho bercakap..

"Suho ..."

Suho memandang Luhan yang kini memandangnya..

"Tak ada siapa pun nak hantar awak ke mana-mana.." ujar Luhan.. "Kalau kami buat macam tu... Maknanya kami dah gila.."

Suho hanya memandang lelaki itu sambil mengerutkan dahinya.. "Apa pula maksud awak ni.?"

"Macam ni, Suho ..." Chanyeol mencelah.. "Kita sebenarnya adalah sama!"

Suho agak terkejut lalu membesarkan matanya memandang Chanyeol.. "A... Apa.??"

Chanyeol hanya mengangguk-angguk.. "Kami juga ada kuasa sama macam awak.."

Suho agak tercengang kemudian merenung Kris, Luhan dan Chanyeol satu-persatu.. Tiba-tiba saja dia ketawa.. "Jangan nak tipu saya lah.."

"Suho..." Chanyeol mendengus perlahan.. "Apa yang kami cakapkan ni memang benar.. Saya juga dulu sama macam awak.."

Suho terdiam memandang Chanyeol..

"Saya tiba-tiba je ada kebolehan macam ni..." sambung Chanyeol.. "Dulu mereka berdua menyamar sebagai pelajar di kolej saya untuk mencari saya.."

"Kenapa pula mereka mencari awak.?" tanya Suho masih dengan kecurigaannya yang tidak habis-habis..

Chanyeol mendengus kuat.. Dia tidak tahu macam mana lagi hendak membuat lelaki itu percaya..

"Kita kena berkumpul, Suho.." Kris mencelah kemudian berdiri dan berjalan perlahan-lahan menuju ke arah meja berdekatannya.. "Sebelum kamu dibunuh oleh musuh.."

"Musuh.??" Ulang Suho..

Kris mengangguk-angguk sambil membuka beg sandangnya.. "Kita kena bersembunyi sebab kita diburu.."

"Siapa yang buru kita.??" tanya Suho lagi..

"Kami tak boleh beritahu sekarang.." jawab Kris sambil membuka kotak keperakan yang kini sudah berada ditangannya.. Dia mengeluarkan seutas rantai dengan buah huruf 'S' kemudian menghulurkannya kepada Suho..

"Apa ni.?" Tanya Suho yang masih kurang yakin.. Dia tidak segera mencapai rantai itu dari tangan Kris..

"Ambil je.." gesa Kris yang tangannya kini keletihan..

Suho masih ragu-ragu bagaimanapun mencapai rantai itu..

"Pakai rantai tu.."arah Kris..

"Kenapa pula.?" Tanya Suho..

"Sebab itu milik awak!!" jawab Kris selamba..

"Milik saya.??" Suho agak terkejut.. Kris hanya mengangguk-angguk..

"Pakai je, Suho.." Chanyeol bersuara perlahan sambil menunjukkan rantai yang tergantung dilehernya bagi meyakinkan lelaki itu.. "Ia memang untuk awak.."


A/n: Korang jangan hairan kalau saya update twice a day okay. Sebab saya depends on total reader. Kalau dah increase 100 saya terus update walaupun 5 kali sehari. Sebab cerita ni dah siap sepenuhnya pun. Tinggal update je. :)

Suho berkuasa cahaya. Bukan air ya. Air orang lain. Jangan keliru. Hehehe. Harap korang dapat follow cerita ni memandangkan kamu dah terbiasa dengan kuasa asal mereka. Leave me your feedback. :)

> VOTE & COMMENT <

Continue Reading

You'll Also Like

28.4K 4.3K 46
ෆ nande? "Kenapa bukan aku? Kenapa dia?" +semua yang terkandung dalam cerita ini hanyalah sekadar suka-suka dan tiada kena mengena dengan yang hidup...
25.5K 535 30
[ KARYA PERTAMA ] -Amnesia -Balas dendam Singkat dan padat hehe Total words :
7.6K 731 30
Cerita ini mengisahkan seorang perempuan bernama Kang Y/n berkahwin dengan seorang jejaka yang playboy dan tidak pernah serious dengan hubungan yang...
3K 220 27
" bawa ara sekali ye ! " minta mingyu sambil senyum ceria . wonwoo hanya menggeleng kepala sahaja , entah apa yang dia suka pada adik kembarnya tu .