Huruf (EXO Version) ✔

By Shim_Yoo

116K 9.3K 856

MALAY When four leader find their own people. Kris dan Luhan keluar untuk misi mencari dan mengumpulkan kesem... More

Prolog
Please Read Before Continue!
Permulaan I
Permulaan II
Misi I
Misi II
Rahsia I
Rahsia II
Pindah
Kuasa Cahaya
Kuasa Pasir I
Kuasa pasir II
Kuasa Air
Jangan Cari Pasal
Lawan Pedang
Kuasa Yang Tidak lengkap
Kuasa Panah
Latihan Yang Membunuh
Bukan Salah Sesiapa
Kuasa Akar
Kuasa Tembakan Mata
Kuasa Pembeku
Markas
Permainan
Puncanya
Bebola Kristal
Ukiran Batu
Kongsi Kuasa
Berbeza Kehidupan
Kristal Biru
Kristal Ungu
Kristal Merah
Kristal Hitam
***Not an update
Kuasa Lima Kristal
Semua Berubah
Permainan Terakhir
Mengawasi
Diceroboh
Si Lelaki Penyembuh
Kehilangan
Dendam
Kosong
Perang
Ketua Terakhir
Empat Tahun Kemudian
Sequel??

Kuasa Angin

2.8K 218 27
By Shim_Yoo


Hari berganti hari, terasa seperti sudah agak lama mereka menjadi pelajar di kolej sains antarabangsa itu.. Masa yang berlalu seperti air yang mengalir deras.. Sudah hampir seminggu sejak kejadian Jungkook tahu mengenai identiti Kris dan Luhan, akan tetapi lelaki itu benar-benar boleh dipercayai dan langsung tidak membuka mulut.. Malah, lelaki itu kini bersungguh-sungguh untuk membantu mereka dalam misi pencarian itu.. Dia telah berjaya mendapatkan beberapa senarai orang-orang yang dicurigai mempunyai kuasa seperti mereka.. Akan tetapi, hampir semua orang yang tersenarai bukan daripada kalangan mereka.. Ia hanya sifat pelik mereka sendiri..

Jungkook, Kris dan Luhan berjalan masuk ke dalam kolej itu seperti biasa.. Orang ramai kini sudah mula tidak peduli dengan mereka.. Jika sebelum ini, ke mana sahaja dua lelaki itu pergi, mereka pasti akan menjadi bahan bualan dan ejekan yang berpunca daripada Jay.. Jay juga sudah tidak terlalu menganggu mereka lagi.. Dia kini sudah mempunyai mangsa baru iaitu budak skema yang baru tahun pertama masuk ke situ..

"Hampir semua dari senarai tu kita dah siasat tapi ternyata mereka bukan lah orangnya.." Luhan mengeluh panjang..

"Tapi belum semua kan.." Jungkook bersuara cuba memberi semangat.. Dia kini kelihatan lebih bersemangat dari Luhan dan Kris..

Mereka memandang sekeliling agak pelik.. Tidak terlalu ramai pelajar di koridor itu.. Ia kelihatan agak lengang dari biasa..

"Mana semua orang.?" Tanya Kris masih memandang sekeliling..

"Ke kafe kot.." jawab Luhan turut memandang sekeliling..

"Oh, ya..." Jungkook memandang Kris dan Luhan silih-berganti.. "Setakat ni dah berapa orang yang kamu jumpa.?"

Kris dan Luhan berpandangan seketika..

"Belum ada sesiapa lagi.." beritahu Kris..

Jungkook tercengang mendengar kata-kata Kris.. "Belum ada.?? Habis kamu berdua pula macam mana boleh berjumpa.?"

"Kami memang berasal dari keturunan puak ni.." ujar Luhan..

"Puak.??" Ulang Jungkook..

"Kumpulan orang-orang yang ada kuasa seperti kami.." terang Luhan menghilangkan kekusutan pada wajah Jungkook..

"Habis tu mana yang lain.?" Tanya Jungkook lagi..

"Dah mati.." selamba Kris menjawab.. "Belasan tahun dulu puak kami dah terhapus.. Kami je yang tinggal.."

"Kamu ni puak apa sebenarnya.?" Jungkook masih lagi menyangka yang dia berada di dunia khayalan..

"Huruf.." ringkas jawapan Kris..

"Huruf.??" Ulang Jungkook lagi..

Kris dan Luhan hanya mengangguk-angguk..

"Abjad.??" Teka Jungkook lagi..

"Huruf je lah.." Luhan mendengus.. "Macam-macam pula awak teka.."

"Oh.." Jungkook menggaru-garu kepalanya..

"Dalam kalangan puak kami..." Kris bersuara.. "Hanya ada dua puluh enam orang sahaja yang mempunyai kebolehan seperti kami.. Ia mengikut huruf pada nama.."

Jungkook tercengang mendengar kata-kata Kris.. Kris dan Luhan menunjukkan parut di lengan masing-masing yang melambangkan huruf mereka..

Jungkook ternganga.. "Awak huruf L.. Dan awak pula huruf K.. Wow!"

"Kuasa kami berbeza-beza mengikut huruf.." sambung Kris lagi.. "Saya rasa awak dah tahu apa kuasa kami berdua.."

Jungkook hanya mengangguk-angguk.. Dia sudah melihat apa yang kedua-dua lelaki itu boleh lakukan..

"Adakah orang yang kamu sedang cari ni juga berasal dari puak kamu.?" Tanya Jungkook lagi..

"Tak.." Luhan menggelengkan kepalanya.. "Kuasa tu dah memilih orang secara rawak.."

"Habis tu... Bagaimana dengan kamu.?" Jungkook mengerutkan dahinya.. "Kamu tak dipilih secara rawak kan.?"

"Kami dapat kuasa ni dari keturunan sebab hanya kami saja yang hidup masa tu.." terang Luhan.. "Oleh kerana tak cukup dua puluh enam orang selari dengan huruf, kuasa tu memilih orang secara rawak.."

Jungkook mengangguk-angguk baru faham..

"Dan sekarang kami kena kumpulkan mereka semua sebelum terlambat.." sampuk Kris.. "Mereka langsung tak tahu-menahu mengenai sejarah puak ni dan kuasa yang mereka akan terima.."

"Kalau terlambat apa jadi.??" Tanya Jungkook lagi..

"Musuh akan jumpa mereka dulu.."

Tiba-tiba sahaja satu dentuman yang amat kuat seperti satu letupan jelas kedengaran.. Bangunan kolej itu terasa bergegar menyebabkan Kris, Luhan dan Jungkook berpandangan jelas penuh tanda tanya di minda masing-masing.. Beberapa orang yang turut berada berdekatan mereka juga berpandangan kebingungan..

"Apa dah berlaku.?" tanya Kris sambil memandang sekeliling jika ada apa-apa petanda..

"Tak tahu.." jawab Jungkook yang kini sudah kelihatan takut.. Luhan pula hanya memandang sekeliling mula tidak sedap hati..

Dentuman demi dentuman semakin jelas kedengaran.. Bukan satu, bukan dua.. Tapi berkali-kali..

"Aaaaaaa!!!!!!!!"

"Arghhh!!!!"

"LARI!! CEPAT!!!!"

Serentak Kris, Luhan dan Jungkook terkejut.. Orang ramai yang muncul dari merata tempat mula berlari sambil menjerit seolah-olah sedang meroyan.. Masing-masing berlari tidak peduli dengan keadaan sekeliling.. Wajah mereka kelihatan pucat dan ketakutan seolah-olah ternampak hantu..

"Kita mesti tengok.." Kris menarik tangan Luhan..

Luhan hanya mengangguk kemudian berlari menyusul Kris.. Jungkook yang tidak tahu apa-apa turut menyusul mereka.. Mereka kini berlari melawan arus orang ramai yang sedang berlari itu.. Ke mana arah tuju mereka juga tidak tahu.. Apa yang penting, mereka perlu mencari di mana bunyi dentuman itu..

Langkah mereka diatur dengan penuh berhati-hati kemudian terhenti di hadapan pintu kafeteria kolej itu.. Jungkook tercengang tidak percaya.. Matanya terbeliak seperti hampir terkeluar dengan mulutnya ternganga.. Empat makhluk berbaju hitam, berbadan manusia tetapi berkepala dengan bentuk daun terup iaitu kelawar, permata, hati dan Ace melepaskan tembakan ke sana sini.. Kafeteria itu kini mula hancur.. Serpihan-serpihan simen mula berterbangan..

"Jungkook!!" Kris memandang lelaki itu yang kelihatan sudah hampir pitam.. "Cuba keluarkan semua orang yang ada di sini!!" Kris mencengkap kolar baju lelaki itu untuk memastikan dia dengar.. "Sekarang!!"

Jungkook tidak membantah dan terus beredar dari tempat itu.. Itu adalah langkah terbaik untuk dilakukannya sebelum dia pengsan dan menyusahkan orang.. Kris dan Luhan berpandangan seketika kemudian mengangguk tanda bersedia untuk mengeluarkan kuasa.. Belum sempat kedua-dua mereka bertindak, tiba-tiba sahaja satu pusaran angin terbentuk menyebabkan langkah mereka terhenti.. Kelihatan seorang lelaki berdiri ditengah-tengah kafeteria itu sambil mendepakan kedua-dua tangannya dan cuba mengawal pusaran angin itu.. Kris dan Luhan tercengang seketika.. Itu dia.. Itulah orang yang mereka cari selama ini..

Tapi malangnya, kuasa angin lelaki itu belum cukup kuat untuk melawan makhluk-makhluk itu.. Dia kini dicekik oleh salah satu makhluk itu sambil diacukan pisau tepat di perutnya..

Tidak semena-mena, satu panahan petir terkena tepat pada makhluk yang mencekik lelaki itu menyebabkan dia terlepas lalu jatuh terjelepuk di atas lantai.. Makhluk itu meronta-ronta seperti terkena renjatan elektrik yang kuat sebelum meledak dan memercikkan cecair berwarna coklat yang berbau hanyir di merata tempat.. Lelaki itu tercengang kemudian segera menoleh.. Kris dan Luhan melangkah masuk.. Tangan mereka masing-masing menunjukkan kuasa milik mereka..

Kris mengangkat tangan kanannya dengan wajah yang selamba lalu menghalakannya tepat ke arah salah satu makhluk di situ.. Satu percikan api keluar dari tangannya itu lalu membakar makhluk tersebut.. Makhluk itu meronta-ronta kepanasan kerana terbakar sebelum meledak kuat menjadi cecair berwarna coklat itu.. Lelaki yang terjatuh di lantai itu berundur sedikit demi sedikit.. Dia tercengang tidak percaya dengan apa yang dilihatnya pada ketika itu..

Luhan menembak satu lagi makhluk yang berada di situ dengan kuasa petirnya.. Satu cahaya keperakan keluar dari tangan kanannya dan terkena tepat pada makhluk itu.. Serta-merta makhluk itu meledak sama menjadi cecair berwarna coklat.. Luhan terasa hendak muntah melihat cecair yang melekit dan menggelikan itu berserta baunya yang amat teruk.. Kris mengeluarkan api dari tangannya lalu membakar makhluk yang terakhir itu.. Ia kemudiannya meledak menjadi cecair..

Keadaan menjadi lebih reda sekarang.. Kafeteria itu kini seperti menjadi tempat pesta cat berwarna coklat yang kini berada di merata-rata tempat.. Luhan masih lagi menahan dirinya daripada termuntah.. Kris pula sibuk membersihkan cecair yang terkena pada badannya..

"Makhluk dari mana mereka ni.?" Luhan sedang menyapu-nyapu dadanya cuba menenangkan diri..

Kris tidak menjawab sebaliknya melihat cecair itu dengan rasa muak yang teramat sangat..

"Siapa kamu.?"

Serentak Luhan dan Kris menoleh.. Buat seketika mereka terlupa ada orang lain yang turut berada di situ.. Orang yang selama ini mereka cari.. Yang menyebabkan mereka datang ke kolej itu.. Iaitu salah seorang yang terpilih.. Terpilih utnuk mendapat kuasa dari puak mereka.. Kini mereka sudah menjumpainya..

Perlahan-lahan Kris dan Luhan berjalan mendekati lelaki yang kini kelihatan agak takut itu.. Luhan mencapai pantas lengan kanan lelaki itu kemudian menarik lengan bajunya.. Kelihatan satu parut berbentuk huruf 'P' terukir di situ..

"Jadi awak huruf P.." Luhan tersenyum puas..

Lelaki itu segera menarik tangannya.. Dia masih lagi merenung Kris dan Luhan.. "Kamu berdua ni siapa.?"

"Saya huruf L.." Luhan menarik lengan kanan bajunya bagi memudahkan parut berbentuk huruf L kelihatan.. "Nama saya Luhan.."

"Saya Kris.." Kris turut menunjukkan parutnya.. "Huruf K.."

Lelaki itu hanya tercengang tidak percaya..

"Siapa nama awak.?" Tanya Luhan merenung lelaki..

"Chanyeol. Park Chanyeol."

"Baiklah, Chanyeol.." Kris menarik nafas panjang.. "Ikut kami.."

"Ikut.??" Ulang Chanyeol.. "Ke mana.?"

"Tak kisah.. Yang penting awak lebih selamat.."

-------------------------------------------------------------------------

Chanyeol kelihatan terpinga-pinga duduk di dalam rumah kayu yang disewa oleh Luhan dan Kris itu.. Dia seperti orang yang kena sampuk.. Kris hanya merenung lelaki itu risau.. Dia juga tidak tahu di mana hendak mula kerana ini adalah kali pertama mereka menerima ahli baru yang mempunyai kebolehan seperti mereka.. Luhan pula hanya memandang Kris.. Menunggu apa yang kawan baiknya itu akan lakukan.. Jungkook yang tiada kena-mengena turut berada di situ juga agak terpinga-pinga tidak tahu hendak berbuat apa.. Dia seolah-olah orang suruhan yang akan diperlukan pada bila-bila masa sahaja..

"Mana ibu bapa awak.?" Hanya itu soalan yang mampu Luhan utarakan bagi memulakan perbualan..

"Dah mati.." jawab Chanyeol tenang.. "Keluarga saya semuanya dah dibunuh.. Tak ada yang tinggal.."

Jungkook kelihatan terkejut mendengar kenyataan Chanyeol.. Luhan dan Kris hanya mampu bersimpati..

"Habis tu awak tinggal dengan siapa.?" Tanya Luhan lagi..

"Sendiri.." beritahu Chanyeol.. "Rasanya sangat bahaya jika ada orang tinggal bersama saya.."

Kris dan Luhan berdiam diri seketika.. Mereka tahu betapa bahayanya orang-orang biasa yang berada disekeliling mereka kerana mereka kini sedang diburu.. Tidak pasal-pasal orang-orang itu mati..

"Awak tahu tak kenapa keluarga awak dibunuh.?" tanya Kris pula..

"Saya tak pasti sangat..." Chanyeol cuba berfikir.. "Tapi saya rasa mereka mahukan saya.. Cuma keluarga saya je yang jadi mangsa.. Sebab saya sempat lari.. Lagipun keluarga saya semuanya cuba untuk lindungi saya.."

"Makhluk-makhluk tu memang macam tu ke.?" Jungkook menyampuk secara tiba-tiba sambil memandang Kris dan Luhan silih-berganti.. "Maksud saya membunuh orang disekeliling kamu sesuka hati.."

"Ya.." Kris mengangguk-angguk.. "Sebab mereka tak dapat apa yang mereka mahukan.."

"Mereka mahukan saya ke.?" Tanya Chanyeol..

Serentak Kris dan Luhan mengangguk-angguk..

"Bukan awak je.." Luhan bersuara.. "Kami pun.."

"Tapi kenapa.??" Chanyeol kelihatan tidak puas hati kerana dia merasakan yang dia langsung tiada salah..

"Sebab awak ada kebolehan.." ringkas jawapan Luhan..

"Saya tak minta pun kuasa ni.." ujar Chanyeol..

"Tiada siapa yang minta, Chanyeol.." Kris bersuara.. "Siapa yang nak hidup macam pelarian.."

Chanyeol tidak bersuara.. Dia bersetuju dengan apa yang Kris katakan..

"Tapi inilah takdir kita.." sambung Kris..

"Tapi kan..." Jungkook mencelah lagi.. "Kenapa pula mereka nak bunuh kamu sebab kamu ada kebolehan je.?"

Luhan memandang Kris lalu menarik nafas.. "Kami tak boleh nak cakap apa-apa sekarang ni.. Ada banyak benda lagi yang kami nak uruskan, Jungkook.. Panjang kalau nak diceritakan.."

"Apa yang penting..." Kris memandang Chanyeol.. "Kita kena cari semua orang yang ada kebolehan macam kita.."

Chanyeol tidak membalas..

Luhan mencapai kotak keperakan yang sentiasa dibawa ke mana-mana itu dari atas meja.. Dia membuka kotak itu kemudian mencapai seutas rantai perak dengan buah huruf 'P' kemudian menghulurkannya pada Chanyeol menyebabkan lelaki itu kebingungan.. "Awak kena pakai rantai ni.."

"Untuk apa.?" Chanyeol mencapai rantai itu kemudian membelek-belek perlahan seolah-olah ada yang misteri pada rantai itu..

"Sebab ianya milik awak.." beritahu Luhan sambil menunjukkan rantai yang ada dilehernya pada Chanyeol..

Tanpa banyak soal, Chanyeol terus mengalungkan rantai itu ke lehernya sendiri.. Tidak semena-mena satu cahaya berwarna putih menerangi ruang bilik itu menyebabkan Jungkook, Luhan dan Kris memandang Chanyeol sambil menahan mata mereka daripada silau.. Ianya datang daripada rantai yang dipakai oleh Chanyeol.. Cahaya itu menyelaputi tubuh Chanyeol kemudian hilang dari pandangan secara perlahan-lahan..

Chanyeol kelihatan terpinga-pinga.. "Apa dah jadi.?"

Luhan dan Kris berpandangan kemudian tersenyum..

"Rantai tu dah dapat rasa kuasanya semula.." beritahu Kris kemudian bingkas bangun.. "Baiklah! Kita mesti berkemas.. Kita kena berpindah dari sini.."

"Apa.?? Nanti..." Jungkook bersuara agak terkejut.. "Kamu nak pergi.?"

"Kami tak boleh kekal lama di satu tempat, Jungkook.." beritahu Luhan..

Jungkook hanya mampu mendengus perlahan.. Dia tidak boleh menghalang apa saja yang mereka hendak buat kerana dia tidak tahu apa yang bakal terjadi jika mereka kekal tinggal di situ..


A/n: Finally!!! Kuasa angin ialah..... Park Chanyeol!! Huruf P. Dah jumpa seorang. Ada banyak lagi nak kena cari. Jangan keliru k. Saya tahu Chanyeol kuasa api dalam MV Mama. Tapi dalam cerita ni tak. Dia kuasa angin. Kalau kamu baca sampai habis, kamu tahu kenapa saya bagi dia kuasa ni. Leave me your feedback. :)

> VOTE & COMMENT <

Continue Reading

You'll Also Like

4.9K 1.1K 28
⚠️PERINGATAN. CERITA INI MENGANDUNGI:- 1) AKSI/ BABAK PEMBUNUHAN BERSIRI 2) MENYENTUH PERIHAL KESIHATAN MENTAL ◧◨◧◨◧◧◨◧◨◧◨◧◨◧◨◧◨◧◨◧◨◧◨◧ Mengisahkan t...
8.8K 1K 13
"Kenapa asyik aku je yang kena ejek? apa salah aku.. " "Pelik sangat ke aku ada tanduk?" "hyung.. "
19.7K 400 14
"Kahwin dengan daddy jom"? -Alex Danial "You dh gila ke ape?"you are my lecturer!"-Raisha Qistina "I tak gila,I gila...
1.5K 460 10
" Let me into your world , " - Kim Sunoo s t a t u s : complete start : 31 / 12 / 2021 end : 31 / 12 / 2021 Highest Rank #1 in niki #2 in sunoo hasht...