Huruf (EXO Version) ✔

By Shim_Yoo

116K 9.3K 856

MALAY When four leader find their own people. Kris dan Luhan keluar untuk misi mencari dan mengumpulkan kesem... More

Prolog
Please Read Before Continue!
Permulaan I
Permulaan II
Misi I
Rahsia I
Rahsia II
Kuasa Angin
Pindah
Kuasa Cahaya
Kuasa Pasir I
Kuasa pasir II
Kuasa Air
Jangan Cari Pasal
Lawan Pedang
Kuasa Yang Tidak lengkap
Kuasa Panah
Latihan Yang Membunuh
Bukan Salah Sesiapa
Kuasa Akar
Kuasa Tembakan Mata
Kuasa Pembeku
Markas
Permainan
Puncanya
Bebola Kristal
Ukiran Batu
Kongsi Kuasa
Berbeza Kehidupan
Kristal Biru
Kristal Ungu
Kristal Merah
Kristal Hitam
***Not an update
Kuasa Lima Kristal
Semua Berubah
Permainan Terakhir
Mengawasi
Diceroboh
Si Lelaki Penyembuh
Kehilangan
Dendam
Kosong
Perang
Ketua Terakhir
Empat Tahun Kemudian
Sequel??

Misi II

2.6K 217 23
By Shim_Yoo

Luhan duduk sendirian di sebuah kerusi di kafeteria itu sambil menikmati makan tengaharinya. Dia makan sambil membaca buku tanpa mempedulikan orang disekelilingnya. Ada yang tengah berbisik-bisik mengenainya kerana bergaduh dengan Jay, lelaki paling berpengaruh di kolej itu yang dia sendiri tidak tahu apa sebabnya lelaki itu boleh jadi seperti itu. Semua itu tidak menjadi masalah baginya. Dia tahu bahawa dia tidak akan kekal lama di situ. Jika mereka sudah menjumpai apa yang mereka cari, mereka tetap akan pergi. Jadi, adalah lebih baik jika keadaan itu dibiarkan. Kris pula menghilang entah ke mana. Ketika diajak makan tengahari, dia hendak bersendirian katanya. Dia hanya mampu berharap lelaki itu tidak berbuat sesuatu yang tidak baik.

"Hai."

Luhan menurunkan buku yang menutup mukanya untuk melihat siapa yang datang menyapa. Seorang lelaki dengan rambut belah tepi dan berkulit putih gebu tersenyum ceria memandangnya.

"Hai." Luhan membalas agak kekok kerana dia langsung tidak kenal siapa lelaki yang tiba-tiba menyapanya itu.

"Kenal saya tak.?" Tanya lelaki itu merenung Luhan.

Luhan merenung wajah lelaki itu sedalam-dalamnya. Cuba mengingati jika dia pernah bertemu dengan lelaki itu di mana-mana. Lelaki itu memandangnya penuh harapan agar dirinya akan diingati. Tiba-tiba sahaja Luhan tersentak apabila teringat sesuatu. Dia kini sudah mengecam wajah lelaki itu dan di mana mereka berjumpa.

"Awak...." Luhan merenung lelaki itu.

Lelaki itu hanya mengangguk-angguk kerana yakin yang Luhan sudah mengingat di mana mereka berjumpa.

"Awak lelaki yang ada dengan Jay waktu kawan saya bergaduh dengan dia tempoh hari kan.?" Luhan segera menghabiskan ayatnya.

"Ya. Betul tu." lelaki itu tersenyum.

Lelaki itu adalah orang yang bertanya pada Jay siapa Kris pada ketika itu. Lelaki yang paling hampir dengan Kris dan asyik tersenyum melihat gelagat mereka. Tapi apa pula lelaki ini mahu.?

"By the way, saya Jungkook." lelaki itu memperkenalkan dirinya.

Luhan tidak membalas sebaliknya hanya merenung lelaki itu curiga. Dia tidak mahu dipermainkan lagi.

"Awak siapa nama.?" Tanya Jungkook setelah tiada balasan yang dia terima daripada Luhan.

"Luhan." ringkas jawapan Luhan.

"Okey." Jungkook mengangguk-angguk. Dia dapat merasakan Luhan tidak berapa suka bercakap dengannya pada ketika itu.

"Apa awak nak sebenarnya.?" Luhan terus bertanya kerana kecurigaannya terhadap lelaki itu tanpa berselindung. Selera makannya kini sudah hilang. "Awak nak tanya kenapa saya bergaduh dengan bestfriend awak tu ke.? Atau ada niat lain."

"Ops! Pembetulan. He's not my bestfriend."

"Apa-apa lah." balas Luhan.

"Tak ada lah." Jungkook memandang wajah lelaki itu. "Saja nak kenal dengan awak. Tak boleh ke.?"

"Bukan awak nak tahu cerita kenapa kami bergaduh ke.?" Tanya Luhan masih lagi dengan kecurigaannya. "Atau awak ada muslihat lain."

"Tak perlu tanya apa sebabnya pun saya boleh tahu." Jungkook bersuara tenang. "Bukannya kali pertama pun dia bergaduh dengan orang. Lebih-lebih lagi budak baru. Itu memang aktiviti tetapnya."

"Habis tu.?" Luhan mengangkat keningnya.

"Dan saya tak ada muslihat lain pun." ujar Jungkook setelah melihat kecurigaan pada wajah lelaki itu semakin ketara. "Saya tak terlibat dengan kerja-kerja kebudak-budakannya tu okey."

Luhan hanya mendengus perlahan.

"Cuma saya kagum lah dengan kawan awak tu." luah Jungkook. "Memang berani betul dia."

Luhan hanya tersenyum tidak ikhlas. Bukannya dia tidak kenal macam mana perangai Kris.

"Tapi mungkin kamu akan menghadapi masalah lah lepas ni." beritahu Jungkook dengan nada terpaksa.

"Masalah.??" Ulang Luhan.

Jungkook mengangguk-angguk. "Kamu dah lawan dia. Dia tak akan lepaskan kamu sampai bila-bila."

Luhan ketawa mendengar kata-kata lelaki itu. "Dia patut bersyukur kawan saya tu tak bakar dia hidup-hidup."

"Wow! Kalau kawan awak tu ada magik bagus juga."

Luhan hanya memandang lelaki itu tidak menjawab. Kalau lah lelaki itu tahu mereka benar-benar ada kebolehan. Tapi percaya kah dia.? Pada zaman moden seperti ini, mustahil untuk dia percaya.

"Baiklah, Encik Jungkook." Luhan segera mencapai buku yang dibacanya tadi kemudian memasukkannya ke dalam beg. "Saya pergi dulu."

Jungkook hanya mengangguk-angguk.

"Bye." Luhan terus berlalu pergi dari situ. Dia terlalu malas hendak berbual lama dengan lelaki itu. Terlalu malas menjawab soalan-soalan di awal perkenalan di antara dua orang. Dengan selamba dia berjalan melintasi setiap koridor yang tidak pernah lengang daripada manusia-manusia yang sedang bersembang dan sebagainya. Ada juga yang berbisik-bisik sambil memandang ke arahnya yang memang dia sudah tahu apa sebabnya. Tapi perkara itu hanya diabaikan. Tiada keperluan untuk dibetulkan atau dihapuskan. Mereka ada kerja yang lebih penting. Kerja yang membawa mereka ke situ. Iaitu misi mencari. Mencari seseorang yang mempunyai kebolehan seperti mereka. Tapi bagaimana hendak mengenalpasti orang itu.? Hanya parut dilengan yang boleh dijadikan rujukan. Akan tetapi, terlalu ramai orang di situ. Terlalu ramai untuk mereka periksa lengan mereka satu-persatu. Apa yang harus dilakukan.?

Luhan berjalan menuju ke lokernya. Tempat loker itu sebenarnya dekat sahaja dan hanya berada di sekitar tempat itu. Akan tetapi mereka perlu naik tangga setinggi lima tingkat semata-mata hendak mencari tempat itu pada hari pertama mereka.

Ketika Luhan membuka pintu lokernya, tidak semena-mena satu air berwarna hitam tersembur keluar dari loker itu dan memercik ke arahnya. Dia tercengang tidak bergerak. Air itu kini sudah mewarnai bajunya. Mukanya juga terkena dan hampir termasuk ke dalam mulut dan matanya. Kedengaran pelajar-pelajar lain yang ternampak kejadian itu mentertawakannya. Dia mendengus kuat kemudian cuba menghidu air itu untuk memastikan ianya air apa. Dia sedikit lega apabila mendapati itu hanya dakwat berwarna hitam. Dia hanya mampu mengibar-ngibarkan bajunya.

"Alamak..."

Luhan mendengus kuat apabila terdengar suara itu. Suara yang cukup dikenalinya. Cukup membuatkan dia meluat dan menyampah.

"Kasihannya budak baru ni." Jay bersuara dengan lagak menjengkelkan. Dua orang pengawal setianya itu turut berada bersamanya. "Dah kotor."

"Harap dia ada baju lebih." Ujar salah seorang dari pengawal setianya itu.

Hilai tawa mereka meletus. Luhan hanya mampu menahan kemarahannya. Dia menyimpan barang-barangnya ke dalam loker itu kemudian segera menguncinya semula. Dia terus beredar dari situ tanpa mempedulikan orang-orang yang sedang mentertawakannya di situ. Ada juga yang mengambil gambar dan merakamnya. Dia terlalu malas hendak melayan semua itu. Kini baru dia faham apa yang Jungkook katakan padanya sewaktu di kafeteria tadi. Jay tidak akan membiarkan dia dan Kris hidup tenang sehingga hatinya puas. Dia memegang parut berbentuk huruf 'L' yang berada dilengannya dan tertutup dengan lengan bajunya. Parut itu terasa berdenyut-denyut entah kenapa.

Ketika Luhan melangkah masuk ke kawasan padang kolej itu, dia mencari kelibat seseorang. Kelihatan Kris dengan rambut perang semulajadinya sedang duduk sambil mendengar muzik dari pemain mp3 yang pernah dihadiahkan oleh kawan sementara mereka sebelum berpindah. Mereka tidak pernah mempunyai kawan yang tetap kerana hidup berpindah-randah seperti itu. Luhan segera mendekati kawan baiknya itu sambil menyapu-nyapu mukanya yang masih ada dakwat.

Kris agak terkejut melihat Luhan ketika lelaki itu duduk di sebelahnya. "Wow! Nampaknya keadaan awak amat teruk."

Luhan tidak bersuara sebaliknya masih cuba mengesat dakwat yang berada dimukanya dengan sehelai saputangan yang dikeluarkan dari dalam begnya semasa dalam perjalanan menuju ke tempat itu.

"Siapa yang buat awak macam ni.?" tanya Kris yang hampir ketawa melihat Luhan dalam keadaan seperti itu.

"Siapa lagi..." Luhan mendengus perlahan. "Kalau bukan si Jay tu."

Kris segera ketawa ketika Luhan menyebut nama lelaki itu. Lelaki yang ingin dibunuhnya tempoh hari.

"Apa.?" Luhan hanya merenung Kris pelik kerana menyebut nama Jay bukan lah sesuatu yang lucu baginya.

"Tu lah..." Kris cuba menahan ketawanya. "Sepatutnya awak biarkan saya bakar dia hidup-hidup hari tu."

Luhan tidak membalas.. Dia masih lagi dengan kerja membersihkan mukanya. Buat seketika, dia rasa menyesal kerana menghalang Kris berbuat demikian.

"Awak ada buat apa-apa pada dia.?" tanya Kris lagi.

Luhan hanya menggelengkan kepalanya.

"Kenapa awak tak tembak je dia tu dengan kuasa petir awak.??" Kris memandang Luhan.

Luhan tidak menjawab. Dia tahu Kris sudah tahu apa yang dia akan jawab. Jadi lebih baik dia diam.

"Awak ni penyabar betul lah." rungut Kris. "Kalau saya, tinggal kacamata hitam dia tu je yang tak akan hangus."

"Argghhh!!" Luhan kegeraman. Dia sudah terlalu penat membersihkan mukanya. Jika dia mengesat dakwat itu, ia akan menjadi semakin teruk. Mukanya kini seperti sedang disapu dengan krim pengilap kasut. "Kan bagus kalau saya ada kuasa menyedut segala kotoran yang ada ni!"

Kris tesengih mendengar kata-kata Luhan. "Pergi lah cuci dengan air. Awak fikir kalau macam tu akan bersih ke.?"

"Awak ada air ke.?" Tanya Luhan selamba.

"Awak fikir saya akan bawa air ke.?" Kris merenung Luhan jengkel. "Pergi lah tandas."

Belum sempat Luhan bersuara, tiba-tiba sahaja angin bertiup kencang. Agak pelik jika angin bertiup sekuat itu dalam cuaca yang baik. Matahari juga kelihatan. Luhan dan Kris berpandangan sesama sendiri sambil menahan rambut mereka dari ditiup angin.

"Kris!"

Kris memandang Luhan yang kini tercengang memandang sesuatu.

"Tengok tu!"

Kris segera berpaling memandang ke tempat yang Luhan tunjukkan. Kelihatan satu pusaran angin seakan-akan puting beliung. Akan tetapi, pusaran itu agak kecil dan hanya kelihatan sedikit dari sebalik bangunan itu. Kris memandang Luhan sambil membesarkan matanya.

"Jom!!"

Serentak Kris dan Luhan mencapai beg sandang masing-masing kemudian berlari menuju ke belakang bangunan itu. Luhan kini sudah tidak peduli dengan dakwat yang cuba dibersihkannya tadi. Angin itu semakin kuat terasa. Terasa seperti mereka akan turut terbang dibawa angin.

"Nanti!" Kris menahan Luhan daripada terus melangkah ketika sampai dihujung bangunan itu.

"Kenapa.?" Luhan memandang Kris agak pelik.

"Kalau kita terus ke sana...." Kris menjawab sambil terjenguk-jenguk ke belakang bangunan itu. "Dia pasti akan takut dan akan melarikan diri."

Luhan bersetuju dengan apa yang Kris katakan. Dia turut menjenguk dari celah-celah bangunan itu.

"Ada seseorang kat sana." ujar Kris.

"Ya." Luhan mengangguk kerana dia juga dapat melihat kelibat seseorang di situ. "Awak rasa dia seorang mangsa ke.??"

"Tak." jawab Kris. "Kalau dia diserang, dia mesti akan menjerit."

"Jadi dia adalah orang yang kita cari.?" Luhan memandang Kris.

"Saya rasa ya." Kris tidak membalas pandangan Luhan. Dia masih lagi cuba mengecam siapa kelibat itu.

"Susah nak nampak." ujar Luhan. "Dia terlindung oleh pusaran angin ni."

"Ya." sokong Kris.

Tidak lama kemudian, pusaran angin itu mengecil perlahan-lahan dan hilang dari pandangan secara tiba-tiba. Luhan dan Kris berpandangan seketika kemudian menuju ke tempat di mana pusaran itu terbentuk tadi. Tiada sesiapa di situ. Kelibat yang mereka nampak tadi juga turut hilang.

"Saya yakin ada seseorang di sini." ujar Kris.

"Saya tahu." Luhan bersuara kerana dia juga yakin ada seseorang di situ.

Mereka terdiam seketika cuba mencari jika ada sebarang petanda atau apa-apa. Ke mana pula orang itu pergi.? Apa yang dia lakukan di situ.?

"Sekurang-kurangnya kita tahu ada seseorang di sini yang sama seperti kita." Luhan menarik nafas lega.

"Ya." Kris mengangguk-angguk.

"Tak lah sia-sia kita tinggal lama-lama kat tempat yang macam neraka ni.." Kris menggerutu.

Luhan memandang Kris. "Awak ni..."

"Apa.??" Kris membalas pandangan lelaki itu. "Betul kan apa yang saya cakap.?

"Sabar je lah, Kris." Luhan menarik nafas panjang. "Tak lama lagi kita akan pergi dari sini juga pun."

"Harap-harap lah."


A/n: Well, dah ada sign. Kalau korang dapat teka apa kuasa dia?? Hehehe~ Korang rasa siapa yang ada kat kolej tu?? Teka, teka! *wink* Just nak bagi peringatan. Kuasa mereka dalam ni tak ada kena-mengena dengan MV Mama. So, maknanya kuasa mereka lain kat dalam ni. Leave me your feedback. :)

> VOTE & COMMENT <

Continue Reading

You'll Also Like

125K 3.8K 20
Special Edition Faizul x Hafiz Hafiz Zafrin lari dari Zafrin Family sebab taknak uruskan syarikat family hey!aku masih 19 tahun kot!aku nk happy2 t...
5.6K 303 28
Karya pertamaku, maaf jika kurang ekspektasi kalian. Becky seorang gadis introvert yang mula berjumpa dengan Freen yang mulanya bersahabat sehingga m...
54.8K 6.8K 103
bila kau aman belajar first year high school, takda adik beradik dalam sekolah yang sama, tiba-tiba ada abang? bukan student baru, tapi..... cikgu ba...
boyfriend. By ‎

Fanfiction

2.4K 455 28
꒰ complete ꒱ ❧ kevin moon. stranger to lovers real quick. started : oct 12 2022 ended : jan 16 2023 © -milkyuuu. 2023