KUUKIR HANYA NAMAMU

By AK_Raffhan

172K 7.9K 1K

BLURB NUR KHADEEJA. Gadis itu polos dan istimewa dengan caranya tersendiri. Masa lalunya kelam, jarang-jarang... More

Kuukir Hanya Namamu
01
02
03
04
05
06
08
09
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29

07

2.8K 329 22
By AK_Raffhan

07...🦋

CAHAYA pagi menyeruak masuk ke dalam bilik melalui dedaun tingkap yang terbuka. Tetingkap tanpa jeriji besi itu melebar sempurna, memberi ruang kepada matahari memancarkan sinarnya yang garang.

“Argh!”

Mad memegang kepala yang sakit. Tak jadi bangun, dia kembali rebahkan tubuh yang tidak berbaju. Kebiasaan sewaktu tidur yang dia tidak suka memakai baju.

Dari celahan mata yang sedikit terbuka Mad melihat kamar yang sedang ditempatinya. Warna gelap lebih banyak mendominasi menampakkan sisi maskulin. Cadarnya berwarna coklat gelap, tidak bercorak.

Bau wangi tercium oleh deria baunya. Paduan aroma kayu manis dan citrus. Bau yang tidak asing bagi dirinya.

"Dah bangun?"

Mad menoleh ke asal suara. Iskandar! Patutlah bau wangi itu tidak asing. Masakan tidak, boleh dikatakan setiap hari hidungnya mencium bau itu. Huh, yang kejam buka tingkap dan selak langsir pasti Iskandar juga.

Setan! Mad menyumpah di dalam hati.

"Hurm, kau?"

"Habis kau ingat siapa yang nak sambut kau tengah hari buta macam ni? Perempuan seksi pakai lingerie merah?" Soal Iskandar sinis sambil melebarkan lagi bukaan langsir.

Dia sengaja berbuat demikian. Biar padan muka Mad. Niat di hati nak balas dendam pasal kes semalam.

Sewaktu di dalam kereta semalam, belum sempat dia berhentikan kereta Mad muntah. Habis tempat duduk dengan pelapik kaki. Tak pasal hari ini dia kena cuci kereta. Dia paling pantang kereta dia kotor. Orang makan dalam kereta pun dia tak suka, inikan pula bila mereka muntah.

Tak tahu ke kereta itu harta yang paling disayang Iskandar? Kereta itu lebih berharga daripada seluruh wanita yang pernah menemani malam-malam sepi Iskandar. Hatta kalau wanita yang paling cantik diletakkan di sebelah keretanya, dia akan tetap memilih keretanya.

Belum cukup dengan muntah dalam keretanya, Mad muntah pula di ruang tamu apartmen. Kali ini permaidani mahal dia pula yang jadi mangsa. Tak guna betul! Menyusahkan dia saja.

"Pukul berapa?"

"11:30 pagi."

Pukul 11:30 pagi dah? Nak masuk tengah hari rupanya. Lama sangat dia tidur. Memang patut kepala dia sakit bagai nak pecah. Dengan hangover yang belum hilang, lengkap penderitaan dia hari ini.

"Telefon aku mana?"

Iskandar senyum senget. Dia ambil telefon pintar Mad lalu dilemparkan di atas katil.

"Celakalah kau ni!" Sumpah Mad kerana telefon itu nyaris terkena kepalanya.

Iskandar ketawa terbahak-bahak. Rugi betul telefon tersebut tak kena muka Mad, biar hilang kacak. Baru puas hati dia.

Iskandar direnung tajam. Iskandar tak peduli dengan reaksi Mad. Dia terus ketawa. Tak ada langsung perasaan bersalah. Alah, tak kena pun! Tak payah nak heboh sangatlah.

Tidak mahu menambahkan sakit hatinya, layar telefon digeser. Paparan layar tidak menunjukkan sebarang notifikasi. Tidak ada sesiapa yang mencarinya malam tadi?

"Semalam kau ada jawab call aku?"

"Call dari siapa?"

"Siapa-siapa ajelah!"

Mad mula rasa bengang. Banyak soal sungguh. Jawab ajelah. Tak susah pun soalan itu. Tinggal jawab ada dengan tak ada saja.

"Tak ada."

Bagi memastikan Iskandar tidak menipu, Mad semak daftar panggilan. Iskandar benar. Khadeeja langsung tidak mencarinya. Hah, dah kenapa dia mengharapkan Khadeeja mencarinya? Dia juga yang kata dia tak rela dengan gelaran suami Khadeeja, bila Khadeeja tak mencarinya dia berasa hampa.

Apa yang dia harapkan sebenarnya? Bahawa isteri yang baru dinikahi kerisauan menunggunya di rumah, selayaknya seorang isteri menunggu suami yang tak pulang-pulang? Itukah yang diharapkannya?

No! Bagus Khadeeja tak cari dirinya. Dia pun tak rasa dia seorang suami. Namun, perasaan hampa itu masih begitu besar. Dia jadi bingung. Baru sehari dia sudah keliru dengan watak suami yang disandang. Dia rasa hatinya seperti sedang memainkan peranan seorang suami yang sebenar.

"Kau tunggu siapa call?"

"Adalah!" Mad menjawab malas.

Hati Mad menyeru nama Khadeeja. Menyentuhnya saja belum tetapi hatinya sudah mula berdenyut-denyut tak tentu arah. Sentuh dalam erti kata sebenar. Dia belum lupa ciuman paksa yang dicuri dari Khadeeja semalam.

Bibirnya tiba-tiba terukir senyum. Kalau lambat dia lepaskan bibir mereka semalam, pasti bengkak bibirnya digigit Khadeeja.

Bibir manis itu....

"Mad, who is Khadeeja?"

Iskandar baru teringatkan nama itu. Alang-alang Mad dah agak waras, bolehlah dia mulakan soal-siasat. Waktu mabuk pun boleh sebut nama perempuan, pasti ada sesuatu.

Mad yang masih terkenangkan manis bibir Khadeeja tidak mendengar soalan itu. Tanpa dapat dicegah otaknya membawa ingatannya kepada seraut wajah milik Khadeeja.

Oh, my god! Khadeeja again!

Mad dan Iskandar berbaring di atas katil yang sama. Mereka merenung siling bilik. Ketika Iskandar nampak siling bilik itu tetap sama jadi siling, Mad pula nampak wajah polos Khadeeja yang sedang terlena.

Ya ALLAH! Mad rasa dirinya seperti sedang gila bayang. Susah sangat hendak hilangkan bayangan wajah Khadeeja.

"Bro, who is Khadeeja?" Suara Iskandar menerjah gegendang telinga Mad.

"Siapa?"

"Khadeeja."

"Apa yang Khadeeja?"

"Who is she?"

Kenapa Iskandar tanya tentang Khadeeja? Dia ada cakap apa-apa ke semalam? Ada tersasul sebut nama Khadeeja? Jangan-jangan dia meracau bukan-bukan.

Aduh! Kepala Mad yang sakit bertambah sakit memikirkan Khadeeja. Kenapa Khadeeja muncul dalam hidup Mad?

"Mad!"

"Diamlah! Mad! Mad! Macam Qaseh dah kau ni!" Bentak Mad marah.

Sumpah kepala Mad serasa hendak pecah. Mad pejamkan mata. Kalau begini terus macam mana dia hendak balik ke rumah keluarganya?

"Argh!" Mad menggeram kuat. Rasanya dia perlu tidur sekejap bagi mengumpul separuh nyawanya yang terbang melayang.

"Mad!" Iskandar tepuk bahu Mad.

Mad tak bergeming. Matanya terpejam. Nafasnya turun naik bersama dengkuran halus menandakan dia telah tidur.

Iskandar mengeluh perlahan. Tak terungkai misteri nama Khadeeja.

Siapa agaknya Khadeeja? Namanya seperti nama gadis baik-baik. Misteri sungguh hidup Mad sekarang.

Iskandar menatap Mad yang mula mengeluarkan dengkur halus. Jika lihat muka Mad waktu tidur memang terlihat polos. Tak siapa akan menduga kebejatan Mad di sebalik wajah polos Mad sewaktu tidur.

Muka Mad teduh ala-ala ustaz. Sayang sungguh Mad tak pernah menggunakan aura baik yang Mad miliki dengan sebaik-baiknya. Tampang malaikat tapi perangai sebijik macam syaitan.

Continue Reading

You'll Also Like

546K 14.2K 33
Dia kaum adam yang mampu menundukkan para gadis di bawah kaki nya, dia memiliki segala2 nya di dunia ini katakan sahaja apa yang tidak ada pada lelak...
65.8K 2.6K 43
Sinopsis "Aku benci orang macam kau ni. Kau ingat kau bagus sangat ke. Siapa la yang malang bersuamikan kau ni agaknya" ~ Raisya Zahra "Kau ingat lel...
5.9M 237K 49
[ 1st BOOK = ARS ] ___________________ Dia berbahaya. Dia penuh dengan misteri. Dia penuh dengan muslihat. Dia... Danny Asyraf Lee. Mafia yang digeru...
3M 162K 70
Romance | General Fiction | Action You know the little ones that you are cubs. Do not dream about what I feel. You are a woman without any honor. I h...