Encik Crush, aku disini!

By nanazairel

347K 15.3K 501

Perigi cari timba? Ada aku kisah? yang penting aku stalker setia kau! Salah ke kalau perempuan lamar lelaki... More

BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB14
BAB 15
BAB 16
BAB17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
INSPIRASI
BAB 29
BAB 30
BAB 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
hohoho
Bab 67
Bab 68
EXTRA

BAB 1

22.3K 656 10
By nanazairel

Natalia Adawiyah menongkat mukanya dengan kedua belah tangan. Matanya yang berat ibarat ada gam gajah terpaksa di tahannya. Dia mengerling ke arah jam dinding. Ada lagi 15 minit sebelum waktu rehat. 15 minit bagi Natalia Adawiyah ibarat 15 jam! Kalau cikgu Roslan ajar memang terasa lama. Suara cikgu Roslan, alahai sweetnya. Dengar tak dengar je rasanya.

Sahabat baiknya, Hannah mula melentokkan kepalanya di bahu Natalia Adawiyah.

"beb, aku ngantuk sangat." Hannah membisik kepada Natalia Adawiyah

"aku pun. Dari tadi aku cuba tahanlah ni."

Tik tok tik tok... alahai masa. Lambatnya kau berjalan. Perut sudah lapar, mata pula dah layu. Jam ni sengaja tak nak aku tenang ke macam mana ni? Cepatlah!

Tidak senang duduk Natalia Adawiyah. Dia melihat jam dinding tu setiap 5 saat. Kalaulah ada kuasa magic untuk gerakkan masa, pasti dia sudah gunakannya.

"baiklah, kalian boleh keluar rehat. Ingat esok saya akan adakan kuiz." Kata - kata cikgu Roslan sedikit sebanyak memberi senyuman kepada dua sahabat tadi.

Tapi bab kuiz tu yang macam lemah sikit. Kuiz? Kimia? Aduh! Ni yang cantas mood ni. Natalia Adawiyah bukan seorang yang gemar subjek kimia. Dia masuk ke aliran sains hanya kerana 'takdir'. Dia redha ajelah. Nak tukar aliran? Hmm mahu kena bebel dengan mama agaknya.

"cepatlah, Nat, Piya." Hannah dah merengek melihat dua orang sahabatnya masih terkial - kial mengemas meja mereka.

"sebentar dong. Mau cari dompet gue ni." Sofia menggunakan loghat Indonesia.

"Nat, sejak bila kita ada kawan Indon ni?" Hannah mengerutkan keningnya.

Natalia Adawiyah hanya mampu tergelak melihat karenah dua sahabat baiknya.

"sudah, mari kita ke kantin. Mak cik kantin! Here we come!" Natalia Adawiyah memeluk lengan kedua - dua orang sahabatnya.

Suasana kantin yang sedikit lengang kerana kelas mereka antara kelas yang dilepaskan awal. Masing - masing menuju ke ruang makanan. Natalia Adawiyah dan Hannah memilih bihun sup manakala Sofia hanya membeli air. Bukan mereka tidak tahu, Sofia agak cerewet tentang pemakanan ni. Jadi setiap hari dia akan membawa bekal ke sekolah.

Tiga sahabat itu bergelak ketawa sambil makan. Ish. Anak dara masa makan gelak macam orang gila. Kalau mak mertua Nampak ni, ada kemungkinan kena reject. Gelak tawa Natalia Adawiyah terhenti melihat 4 orang pelajar lelaki berjalan ke arah mereka.

"boleh kitaorang duduk sini tak? Tak ada tempat kosonglah di tempat lain." Rayyan, salah seorang daripada mereka meminta kebenaran.

"bbbb....bboo...boleh." Natalia Adawiyah tiba - tiba menjadi gagap. Jantungnya tiba - tiba berdengup laju seperti mahu keluar dari badan

"kau ni kenapa tetiba gagap?" soal Hannah.

Natalia Adawiyah tundukkan mukanya. Mulutnya bagai dikunci dengan manga. Diam seribu.

"you all kenapa berdiri lagi, silalah duduk." Pelawa Sofia yang sedari 4 orang pelajar itu belum duduk lagi.

Fuh! 4 orang pelajar paling hot di sekolah duduk semeja dengan budak perempuan biasa? Wow! Amazing! Kalau orang lain lihat ni pasti ada yang cemburu ni.

"okey, terima kasih. Danny, kau masuk dululah." Farid meminta Danial mengambil tempat terlebih dahulu.

Tanpa sebarang bantahan, Danial terus mendapatkan tempatnya. Pap! Seperti ada kejutan eletrik! Badan Natalia Adawiyah tiba - tiba menggigil.

Danny atau nama penuhnya Danial Akmal duduk sebelah aku? Biar betul? Adakah ini hanya illusi semata - mata? Danny? Crush gua? Getus hati Natalia Adawiyah.

"Natalia, awak okey?" soalan Syafiq menyebabkan semua manusia di meja itu kecuali Danial Akmal menoleh ke arah Natalia Adawiyah.

"okey? Ya. Okey." Dia cuba senyum

"Your hand is shaking." Sambung Syafiq lagi.

Sofia dan Hannah yang tahu sesuatu tiba - tiba senyum sinis ke arah Natalia Adawiyah.

"oh. Tangan ni. Lapar. Pagi tadi tak breakfast tu yang lapar sangat sampai menggigil." Natalia Adawiyah cuba berhelah. Takkan nak cakap menggigil sebab duduk sebelah Danny, mahu kena gelak kaw - kaw dengan mereka.

"Sofia, you ahli kelab matematik kan? Jangan lupa esok ada perjumpaan kelab." Rayyan mengingatkan Sofia.

Perbualan di meja itu diteruskan dengan bermacam - macam topik. Riuh meja itu, masing - masing bergelak ketawa. Hanya Danial Akmal yang membisu, manakala Natalia Adawiyah Cuma senyum, gelak atau angguk apabila disoal.


Continue Reading

You'll Also Like

73.7K 6.3K 53
Buku kelima Atas satu takdir yang terjalin dan ramalan yang belum diselesaikan, Dr Hazel Elmeera seorang pegawai perubatan yang kasar dan kalut terse...
73.6K 2.3K 48
Tengku Ayaaz × Naura Aqila Mengisahkan seorang gadis yang tinggal bersama ibu saudaranya tetapi sering didera Apa saja yang gadis itu lakukan semuany...
32.4K 2K 36
( 𝕁𝕠𝕕𝕠𝕙 𝕤𝕖𝕣𝕚𝕖𝕤 𝕊𝟙 ) KNOWN AS JODOH KITA Kehilangan orang tersayang milik Adam dan Nisa digantikan dengan kehadiran orang sekelilingnya b...
2.9M 98.4K 51
" TIADA BENDA DI DUNIA INI YANG KEKAL. SEMUANYA HANYALAH SEMENTARA. " - Kisah silam Rasya membuatkan dia langsung tidak percaya pada alam perkahwina...